Abg call mintak buat loan, setepek aku bg. Mentang2 aku keje gomen, abg ambil kesempatan

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Sebelum tu, aku kenalkan diri aku. Aku Kiah (bukan nama sebenar). Umur hampir 40, penjawat awam, dah kahwin.

Aku ceritakan dulu apa kisah yang pernah terjadi pada aku. Aku ada abang, dan yes, abang yang sifatnya jenis hutang keliling pinggang. Suka berhutang, baik dengan adik beradik, dengan mak ayah, dengan bank. Habis maximum gaji dia, dia bantai hutang.

Nak dijadikan cerita, dari dulu dia suka call aku, untuk tolong dia buat loan. Sebab dia dah tak boleh nak buat loan lagi.

Contoh nak beli laptop secara ansuran, dan yang sewaktu dengannya. Siap mintak no kad kredit lagi. Dia cakap nanti tiap tiap bulan dia bayar. Memang hangin aku kalau orang mintak no kad kredit ni.

Aku sendiri selalu pastikan tiada outstanding balance dalam kad kredit aku. Punya la aku sangat menjaga jarak aku dengan hutang. Senang senang jek orang nak ambil kesempatan.

Rekod dia membayar hutang pon sangat teruk. Susah nak bayar. Hutang tak nak tulis, tak nak rekodkan berapa dah bayar dan berapa baki. Kalau pinjam 1k, akan bayar 500 dulu, lagi 500 memang kirim salam lah nak dapat.

Dia suka brainwash kami adik beradik,

“Keluarga susah, kena tolong”, “tolong adik beradik dapat pahala”. “Pentingkan keluarga dulu”, “busuk macam mana pon, adik beradik tetap drah daging, jangan sombong”.

Ini la yang aku selalu hadam dari aku habis SPM tiap kali dia nak pinjam duit. Masalahnya, dia aje la yang susah, yang perlukan bantuan. Dia ingat adik beradik hidup senang lenang atas segunung emas kot.

Ok sekarang, aku cerita selepas aku menjadi penjawat awam. Aku ni baru jek jadi penjawat awam, tak sampai 5 tahun pon.

Dulu aku kerja swasta. Awal awal jadi penjawat awam, dia dah call aku. Mintak aku buat loan untuk renovate rumah mak aku. Aku ok la sebab nak juga balas jasa mak ayah kan dan dia suruh semua adik beradik bayar sama rata.

Aku ikat loan sekejap jek. Sebab aku tak suka hutang lama lama. Dalam tempoh hutang tu, memang aku kena PM dia. Ingat kan yang bulan ni belum bayar. Ye la, slip gaji aku dah dipotong 500 kot.

Giler tak meroyan ke aku tanggung sorang sorang. Tapi bila nak habis bayar lagi 5 6 bulan, dia tak bayar dan buat bdoh.

Masa tu aku dah pasrah, redho dan halalkan. Tak apa la, memang dia sentiasa tercungap cungap nafas dengan hutang. Mungkin dia tak ada duit. Aku bersangka baik dan halalkan. Lagi pon dah nak habis.

Seterusnya, dia ada mintak aku buat loan untuk belikan mak aku kereta. Mak ‘teringin’ dia cakap. Kereta tu murah la, monthly pon sikit. Dia cakap nanti mak bayar la.

Masa ni aku tak tahan, aku sound,

“Kereta mak kan boleh guna lagi. Kenapa nak hidup dengan hutang. Aku nak kena tanggung 9 tahun tau. Kalau jadi apa apa nanti, aku la kena tanggung”.

Aku bukan kedekut dengan mak aku. Tapi mak aku dah ada kereta, pakai jek la apa yang ada. Aku takut nak ada komitmen 9 tahun. Aku sendiri tak berani nak tukar kereta baru, walau pon aku sangat la mampu.

Seterusnya yang paling baru, dia call aku dan mintak tolong aku buat loan. Dia cakap nanti dia bayar monthly. Dia dah tak boleh buat loan lagi. Aku jek yang kerja gov boleh tolong.

Aku tak tanya berapa dia nak. Yang pasti jumlahnya pasti banyak. Aku terus sound dia,

“Aku sendiri tak buat loan untuk diri sendiri. Pastu aku nak buatkan untuk kau pulak?”.

Kalau nak ikutkan, aku pon teringin nak pakai kereta 150k ke atas, nak beli aset rumah, nak pakai barang barang branded. Tapi semua tu aku tak buat sebab aku takut dibebani hutang.

Dikala penjawat awam berebut rebut buat loan rumah, aku ni satu rumah pon tak beli. Aku malas nak pening pening kepala.

Sejak dari hari tu, dia dah tak pernah ganggu hidup aku lagi dengan mintak aku buat loan. Mungkin dia dah faham aku memang tak suka.

Kepada Pemiutang Mental, sepatutnya awak lebih tegas masa mula mula abang awak nak mintak tolong buat loan. Tapi tak apa la, nasi dah jadi bubur. Awak pon tak ada perjanjian black and white dengan dia.

So tugas awak sekarang, kena lebih garang sebab apa yang saya lihat, disebabkan awak berat mulut, dia pijak pijak kepala awak.

So mulakan dengan mintak dia bayar hutang hutang awak. Kalau dia tak nak, cerita terus dalam group WA keluarga, biar mereka tahu, bukan nak buka aib dia. Tapi nak hak awak. Percayalah orang kaki hutang ni, dia dah tak ada rasa malu, memang muka tembok la.

Contoh macam kakak ipar awak tu. Aduhhh mengucap panjang saya, bukan main happy dapat duit terduduk ye. Adik beradik awak pon saya tak boleh nak hadam, boleh dorang back up si abang durjana tu, huhuhu..

Seterusnya, tolong keraskan hati agar jangan re-finance lagi. Belajar untuk cakap “No”, jangan biarkan diri kita dipijak pijak.

Dan jangan la awak pindah pindah, tinggalkan suami awak. Kenapa awak pulak yang nak susahkan hidup awak. Kesiankan lah suami dan anak anak awak.

Dia tak nak bayar hutang awak didunia, jangan sedih, mungkin Allah SWT nak bagi awak syurga. Banyak hadis pasal orang berhutang ni, antaranya:

“Mana mana lelaki yang berhutang dan dia sudah pasti tidak melunasinya, maka ia akan bertemu Allah SWT sebagai seorang pencuri” (Riwayat Ibn Majah).

Tolong tepek hadis ni dalam group WA keluarga.

In shaa Allah, Allah SWT nak bagi awak syurga, nanti di sana, semua kita dah tak perlukan selain pahala. Kita banyak dosa hidup dalam dunia ni. Nanti awak mintak la pahala dari abang awak untuk beratkan timbangan awak. Seronok kan masa tu.

Kepada orang luar, jangan la korang ambil kesempatan pada kami penjawat awam ni. Mentang mentang lah kami mudah buat loan, mudah lulus.

Tolong berperikemanusiaan. Kesian tau slip gaji dipotong 500. Sedih tak tiap bulan tengok ada potongan. 15 tahun pulak tu. Korang ingat penjawat awam ni gaji besar sangat ke? Aku yang gred 45 ni pon tak sampai 6k.

Korang bayangkan kalau gred lagi bawah dari aku. Lagi satu, kalau korang meninggal dunia, siapa nak bayarkan hutang korang tu. Waris korang? isteri korang? memang kirim salam la.

Kepada penjawat awam, tolong jangan baik sangat buat loan walaupon untuk mak, ayah, adik beradik. Lagi lagi melibatkan jangka masa yang panjang.

Boleh pasti ke si peminjam tak akan m4ti dalam 15 tahun tu? Jangan jerat leher sendiri. Belajar belajar la cakap “No”

Bersabarlah Pemiutang Mental. Saya doakan awak diberikan kekuatan, diampunkan dosa dosa dan dimasukkan ke dalam syurga. Aamiin…

Reaksi warganet

Fith Hairi –
Kawan saya orang tabligh dulu, baru meninggal Mac lepas. Kami rapat gak. Dia cita sedara mara dia hutang dengan dia smpai buat loan ratus ratus K. Kawan kawan lagi hutang tak bayar.

Dia bagutau saya, orang hutang kita jangan halalkan. Sebab kat akhirat nanti hutang hutang tu akan gantikan pahala untuk kita balik. Orang yang hutang kita pulak yang bangkrap bila kat sana nanti..

Si Noor –
Pantang juga dengar ayat yang, “tolong adik beradik..”, “keluarga susah kena tolong” dan dll.

Memang la kena tolong kalau keluarga kita tu pun ada usaha untuk perbaiki diri bukan main minta je tapi macamtuuuuu je tanpa ada perubahan. Tu namanya menyusahkan, menyusahkan orang kan tak elok juga dalam Islam..

Maziah Mamat –
Jangankan tolong buat loan, tolong bagi pinjam dalam ratus ratus kat adik beradik pun aku berjaga jaga. Ayah aku penah pesan,

“Jangan biasakan amalan berhutang antara adik beradik”.

Sekali pinjam tak bayar. Next time sorry lah memang aku takkan bagi pinjam dah.

Norziah Othman –
Lumrah bagi mereka yang nak meminjam duit dan yang nak meminjam nama untuk duit. Sebelum dapat memang beratur tebu di tepi bibir. Bila dah dapat jumpa kita macam tak ada apa apa hutang, kita pulak yang malu.

Tegas dan berani tu sangat la bagus untuk elakkan diri kita daripada terjebak dengan manusia tak malu ni walaupun mereka drah daging kita sendiri. Tahniah Kiah, saya salute awak!

Nur Fida Asry –
Orang yang suka berhutang ni dia ada 1 habit. Sekali dia try berhutang, dia akan jadi ketagih.

Kadang kadang barang kecik kecik macam tv, mesin basuh pun boleh hutang. Padahal boleh je disiplin kumpul duit. Bukan takde alternatif lain selain bayar ansuran a.k.a hutang.

Yang jadi masalah bila tak boleh bayar. Tak boleh bayar sebab ape?. Sebab perangai boros, tak reti hargai duit dan sikap suka berhutang.

Aku penjawat awam dan aku memang cukup hati hati bab hutang hutang ni. Kalu sendiri buat hutang tak nyusahkan orang lain takpe. Ni kene tanggung pulak orang yang berhutang. Memang cilake perangai. Kisah lak aku adik beradik ke tak.

Adliah Ramli –
Alhamdulillah, pesan bapa masa menghantarkan saya ke universiti…

” Jangan berhutang dan jangan beri hutang”

“Kalau kawan susah mcm mana?”

” Sedekah aje… Jangan bagi hutang. Bila sedekah, ingat jangan sampai diri sendiri pula kena berhutang. faham tak?”

Saya ingat pesanan ini sampai bila bila. Jangan kononnya nak buat baik, menyusahkan diri yang akhirnya menyusahkan orang yang menyayangi kita (suami, anak2)

Ingat:
Bila ada orang minta buat loan bagai. Ingat satu aje. Kalau dia tak boleh bayar (tak kiralah samada musibah, mungkir janji atau dia matikah). Adakah kehidupan anda dan keluarga anda akan terjejas atas commitment loan tadi?.

Kalau ya tak payah buat loan. Sedekah aje apa yang anda mampu untuk bantu dia. Selebihnya minta maaf dan jawab dengan tegas “No”.

Sumber – Kiah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

One comment

  1. Sekarang ni hutang dgn adik beradik pun kena buat hitam putih ada perjanjian mcm pinjam dgn bank…jgn ckp mulutnya..masa nak meminjam manis mulut…bila time nak bayar..punya lah liat….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *