Baba kantoi kawen lain. Kaklong belasah baba cukup2. Lps apa ibu korbankan, ini baba balas

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Nama saya MY, umur 26 tahun. Apa yang saya nak cerita ni bukanlah tentang diri saya. Tetapi tentang ibu saya, bidadari syurga saya.

Beberapa tahun lepas, ibu dapat tahu baba bernikah satu lagi dan masa ibu tahu tu baba dah ada anak dengan wanita tu.

Hati ibu hancur sangat. Kalau pinggan pecah masih boleh dikutip tapi hati ibu boleh dikatakan dah jadi serpihan halus.

Takde satu hari pun ibu tak menangis, kami balik kerja mesti nampak mata ibu sembab walaupun dia senyum.

Ibu cuba sorok sakit dia dengan buat cerita lawak, ketawa tapi kami anak yang dah lama duduk dengan ibu tetap boleh nampak.. Ibu tak bahagia.

Hari yang kami semua dapat tahu perbuatan baba. Antara kami 4 beradik, kak long orang yang mengamuk paling teruk. Segala makian keluar dan dipukulnya baba sekuat hati. Rasanya kalau ibu tak halang mungkin baba boleh m4ti.

Saya anak kedua cuba menjadi neutral demi 2 orang adik yang masih kecil. Saya simpan perasaan marah dan kecewa saya sedalam yang mungkin.

Sepanjang sesi “confrontation” saya hanya mendiamkan diri. Saya hanya main dengan adik adik.

Namun satu hari tu, saya gagal kawal perasaan saya. Saya berdiri depan baba dan saya tanya baba.

“Apa kurangnya ibu?”.

“Takda yang kurang”.

“Bohong! Lelaki takkan berp0ligami secara sembunyi melainkan dia rasa isteri dia ada yang kurang”.

“Ibu tiada yang kurang”.

“Baba nak anak lagi ke? Ibu tak jaga makan minum baba? Ibu tak jaga rumah tangga? Ibu tak jaga maruah?. Mesti ada yang kurang!!! Kalau tak baba takkan buat ibu macam ni!

“Baba taknak buat maksiiat”.

“Maksiiat? Kalau baba tak dapat kawal nfsu, Allah hadiahkan baba ibu. Apa yang perempuan tu ada, ibu ada. Kenapa baba tak mendatangi ibu?”

Baba diam sahaja…

“Rasulullah S.A.W bernikah banyak pun sebab nak selamatkan kaum wanita, nak naikkan darjat wanita bukan sebab nfsu! Baba ingat kakak tak tahu, perempuan tu muda dan masih anak dara. Baba ingat baba boleh bdohkan kami semua”.

“Baba minta maaf”.

“Baba, you have to accept the fact yang kami mungkin akan layan baba berbeza selepas ni. Ibu adalah berlian yang baba dah lepaskan. Kakak boleh senaraikan satu satu pergobanan ibu.

1. Masa awal awal kahwin dengan baba, ibu makan taugeh hari hari. Ibu tidur beralaskan toto nipis.

2. Ibu hantar kami ke sekolah jalan kaki hari hari tanpa mengeluh.

3. Kakak pernah terjatuh masa pergi sekolah. Dahi kakak terkoyak besar! Ibu call baba, langsung baba tak jawab. Ibu merayu mintak tolong orang bawak kakak pergi klinik.

4. Baba pernah tak bagi kak long duit belanja. Ibu keluarkan duit ASB dia.

5. Baba accident motor, ibu berjaga malam teman baba.

6. Ibu cerita dekat kakak yang baba mintak ibu ikat sebab taknak ada anak lagi. Baba janji takkan cari orang lain. Sekarang apa yang baba buat?. Baba mungkir janji.

Inilah dia baba.. bidadari yang baba sakiti dan siakan”.

Baba hanya tunduk manakala saya gagal mengawal tangisan. Untuk pertama kali saya menangis semahunya.

Setiap kali hati saya sakit mesti terbit dalam fikiran. Kalau saya rasa sakit macam ni, ibu macam mana.

Walaupun benda tu dah berlaku lama, kesan dia pada ibu sehingga kini. Ibu lagak macam okay walhal dia tak okay.

Pernah saya cakap dekat baba,

“Kalau baba dah tak mampu bahagiakan ibu, lepaskan bidadari syurga kakak. Jangan sakitkan dia lagi”.

Baba diam…

Bidadari saya ni seorang yang kuat tak pernah sekali dia minta baba lepaskan dia dan yang paling saya respek tentang ibu. Teruk macam mana pun perbuatan baba, tetap dia pesan kepada kami.

“Baba adalah baba. Hormat dia, tak boleh nak tunjuk sayang tak apa. Hormat dia sebagai baba kak long, kakak dan adik adik. Faham?”.

Hebatkan ibu?.

Moga Allah kurniakan ibu syurga. Moga Allah permudahkan semua urusan ibu di dunia dan diakhirat.

Kakak sayang ibu sangat sangat. Kakak janji akan terus berada disisi ibu selamanya.

Reaksi warganet

Norhuda Kamal –
Sedihnya la hai. Walaupun ibu awak kehilangan sebahagian kasih sayang suami yang telahpun berpaling tadah kepada pucuk muda, ibu awak bertuah sangat sangat kerana berdiri di hadapan, belakang, kiri dan kanannya anak anak yang sangat menyayanginya.

Teruslah bahagiakan ibu awak kerana kasih sayang anak anak penguat semangat seorang ibu yang telah kehilangan cinta daripada suaminya.

Nurun Halida –
Sedih memang sedih. Tapi lawanlah kesedihan itu. Sepatutnya bidadari cik buat aduan di pejabat agama. Dalam masa yang sama boleh buat tuntutan nafkah diri, nafkah anak, harta sepencarian, hutang jika ada dan hak giliran bermalam.

Carila hobi yang baru untuk gembirakan hati sendiri. Masa dah dah jadi banyak kerana masa melayan suami dah berkurangan kerana berkongsi dengan orang lain. #SayaPeguamSyarieAA

Maswani Che Ani –
Masa saya sekolah dulu, ustaz pernah berkata hidup ini adalah pilihan. Allah beri kita pilihan, dan setiap pilihan akan dipertanggungjawabkan.

Ia bukan semudah menjawab itu adalah jodoh. Jika seorang lelaki kahwin cerrai kahwin cerrai, anak habis berselerak. Adakah itu juga semudah menjawab ‘dah jodoh’…..?

Allah beri kita akal, kita lah yang perlu menimbang tara baik buruk seterusnya membuat pilihan. Dan, ingatlah. Setiap pilihan akan DIPERTANGGUNGJAWABKAN.

Siti Norafifah A Majid –
Sebab confessor marah sangat kat baba, sebab dia rasa mum buat segalanya untuk baba dan anak anak tapi baba semudah tu je menduakan isteri.

Cari pucuk muda masa da senang, lupa segala susah payah isteri waktu susah. Semoga dipermudahkan urusan mum dan anak anak.

Kalau rasa kebahagiaan tu da takde sebab hati dah berkecai cari la kebahagian sendiri. Mungkin lebih bahagia tanpa suami.

Sapa yang cakap terimalah takdir. Saya rasa tak semudah tu untuk menerima lelaki yang sama selepas dikhianati. Rasa tu da takde. Family yang musnah atas tangan lelaki itu sendiri.

Anne Aziz –
Ini cerita p0ligami yang kalau suami gagal minta izin. Kawen sembunyi sembunyi. Hati semua orang jadi sakit.

Yang membaca pun geram je. Aishh.. lelaki please la. Akal ada 9 tu, guna molek molek.
Isteri bagi izin, baru kawen lain. Kalau tak izin maksudnya tak mampu la tu. Tak mampu dari sudut emosi, sudut wang ringgit, masa. tak mampu berlaku adil. Tak payah acah acah berangan mampu.

Semoga TT dan ibunya, adik beradik semua sentiasa dalam redha Allah. Amin amin.

Norizan Mamat –
Salam. Semoga syurga buat isteri yang meredhakan segalanya.

Makcik yang membaca ni pun sakit jantung sakit hati semua datang. Tak tau la jika terpaksa tempuh perkara tu tiba tiba. Jika kita tahu awal, kita boleh la halang.

Ini benda dah berlaku, sakit macam mana pun, lelaki boleh paksa hati kita untuk terima kerana katanya NERAKA untuk isteri menolak p0ligami.

Macam la perempuan/lelaki yang tak mau kahwin tu masuk NERAKA, sebab tolak sunnah KAWIN. Huhuhuhu… sabar jer la lelaki ni. Gunakan segala apa yang ada untuk memaksa hati sembuh sendiri bila dia lukakan dengan kejam…

CIS !! Baran plak makcik.

Ainon Mardhiah –
Sedihnya baca. Kuat betul mak awak. Semoga dikurniakan syurga tertinggi untuk mak awak.

Mungkin mudah untuk orang lain cakap dah jodoh dan mampu. Tapi hanya hati seorang isteri dan wanita yang faham perasaan bila suami dah berpaling dan berperasaan pada perempuan lain tambah tambah pada yang lebih muda.

Alasan memang banyak untuk lelaki, sebab tak pernah fikir perasaan isteri dan anak anak, lupa siapa yang ada waktu susah. Semoga syurga untuk mak awak dan semoga awak sentiasa menjadi anak yang baik dan menjaga mak awak.

Sumber – MY (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *