“Jgn sampai kita kahwin, ko hamil aku pijak prut ko”. Tnggal bbrp bulan sblm majlis, aku nekad

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Pertama sekali, terima kasih kepada admin jika penulisan ini dipilih untuk disiarkan.

Aku terpanggil untuk menulis sekadar untuk meluahkan segala yang terbuku di hati apabila kejahatan yang jelas lebih dipercayai berbanding kebenaran.

Aku perkenalkan diri aku sebagai Alia (bukan nama sebenar). Aku berumur pertengahan 20-an. Dan ex tunang aku yang aku gelarkan sebagai Meon (bukan nama sebenar) juga berumur pertengahan 20-an.

Kewujudan wanita ke 3 yang bakal aku ceritakan ini aku gelarkan sebagai Kiah (bukan nama sebenar) berumur hujung 30-an. Aku cuba pendekkan cerita semampu aku untuk memudahkan pembaca.

Aku berkenalan selama 3 tahun dengan Meon semasa aku di tahun akhir pengajian ijazah sarjana muda. Aku dan Meon di semester akhir bagi pengajian diploma di universiti yang berbeza.

Setelah beberapa bulan menamatkan pengajian, aku buat keputusan untuk menyambung pengajian aku ke peringkat sarjana dan Meon?? Dia pula membuat keputusan untuk menyertai latihan sebagai perajurit muda selama 6 bulan dan kini dia adalah seorang anggota tentera darat.

Kisah ini bermula selepas 3 tahun perkenalan dan Meon mengajak aku untuk mengikat tali pertunangan.

Pada awalnya, aku banyak kali menangguhkan tarikh pertunangan kerana sikap nya yang panas baran, suka maki hamun dan hina aku juga keluarga aku, suka menipu, suka berkasar dan malukan aku depan rakan rakan nya.

(Pada awal perkenalan, sikap nya memang seperti ini tapi tidak terlalu kelihatan, namun semuanya makin jelas). Namun, setelah didesak oleh Meon dan keluarganya, aku pun bersetuju untuk mengikat tali pertunangan.

Minggu pertama sebagai tunang, aku dilayan cukup baik seperti yang dijanjikan. Namun, semuanya berubah apabila dia mula maki hamun aku kembali, tipu aku, dan selalu ugut aku untuk cari perempuan lain setiap kali berlaku pertelingkahan antara kami.

Di sini, bermula lah buruk sangka aku dan tak percaya aku kerana sikapnya.

Keadaan bertambah teruk, apabila family Meon terlalu suka masuk campur dan Meon suka memburukan aku supaya dia tak nampak bersalah, dan semestinya walau apa pun berlaku keluarganya lebih mempercayai kata kata nya.

Paling aku tak boleh lupa ketika berlaku salah faham dan dia sedang marah, dia pernah cakap pada aku,

“Jangan sampai aku kawin dengan kau Alia, kau mengandungkan anak aku, aku pijak perut kau”, “Jangan sampai aku pijak muka kau Alia depan bapak kau, biar bapak kau tahu, dia ada anak tak guna macam kau”.

Tindakkan aku?? Semestinya beritahu keluarganya. Reaksi keluarganya?? Marah sebentar pada Meon dan cakap pada aku,

“Ala, Meon tu cakap je, tengah marah biasalah, takkan nya dia buat macam tu”.

Keluarga aku? Ya, silap aku disini, sepanjang perkenalan aku dengan Meon, sekecil kuman keburukan Meon tak pernah aku cerita sebab aku taknak family aku tak suka, aku nak jaga aib Meon, dan pada masa itu aku sangat sayangkan Meon.

Hari silih berganti, tahu tahu tinggal beberapa bulan sebelum tarikh majlis yang dibincang bersama keluarga. Meon terus berkasar dengan aku dan tidak ambil tahu hal berkaitan majlis.

Disinilah bermula kewujudan Kiah. Kiah juga seorang anggota tentera yang menyertai program di mana Meon merupakan anggota yang terlibat untuk menjadi jurulatih program tersebut.

Pada waktu ni, dah beberapa bulan Meon langsung tak hubungi aku dan alasan nya pada keluarga, dia terlalu sibuk, terlalu penat dan takda masa untuk hubungi aku.

Taknak hubungi aku untuk elakkan pergaduhan dan aku mengongkong nya sedangkan sepanjang aku berkawan, tidak pernah sekali pun aku halang dia keluar dengan kawan kawan dan sebagainya.

Cuma sebagai tunang, aku memang halang dia menggunakan aplikasi chatting, seperti Omi, Tinder, Bigo dan sebagainya kerana dia pernah menggunakan aplikasi ini untuk mencari perempuan.

Lama lama hati aku terus m4ti dengan sikapnya sehinggalah suatu hari, seorang rakan kepada Meon menghubungi aku dan bercerita tentang kewujudan Kiah yang sentiasa keluar dengan Meon kemana mana sahaja Meon pergi.

Dan berserta 3 keping gambar bukti Meon ‘tidur’ bersama Kiah dengan tarikh yang cukup jelass menunjukan mereka curang dibelakang aku ketika aku masih tunangnya. Hati yang dah lama m4ti terasa sedikit pedih dengan penipuan dan segala alasan.

Pada waktu ini, aku yakin jika aku beritahu secara terus pada keluarganya, keluarganya akan cakap aku mencari silap Meon dan pasti mereka takkan percaya cakap aku (Aku dah kenal keluarganya).

Jadi, aku buat keputusan untuk buat status whatsapp yang mana status itu aku tetapkan hanya boleh dibaca oleh kakak, adik Meon, Ayah dan Emaknya.

Status tu sempat dibaca oleh kakak nya sahaja, selepas itu aku terus padam dan kakaknya terus menuduh tanpa henti aku membuka aib dan gambar yang aku beri, langsung dia tidak percaya.

Meon macam biasa mempertahankan diri dan menyalahkan aku dengan alasan, aku tak faham kerja, aku mengongkong, aku buruk sangka. Bukan itu sahaja, aku juga sering dituduh membuka aib kerana aku suka berkongsi kata kata hikmah di FB.

Selepas beberapa hari, aku membuat keputusan untuk putuskan ikatan pertunangan dan menyimpan aib Meon dan Kiah sebab aku memang tiada lagi perasaan pada Meon dan aku dah mula move on.

Meon pula masih terus memburukan aku dan menyalahkan aku pada keluarga, saudara mara dan rakan rakan dengan mengatakan aku lah punca hubungan kami putus. Keluarga Meon macam biasa masih percayakan Meon.

Kiah jugak tidak ketinggalan untuk terus membuat status FB secara public menghentam aku, memburukan aku, mengata aku dan menyalahkan aku seolah olah dia mngsa dan aku pula menganiaya hidup dia dan Meon.

Setelah beberapa minggu ikatan kami telerai Meon terus mengikat tali pertunangan dengan Kiah dan akan berkahwin dalam masa terdekat.

Namun, Kiah masih lagi rancak mengata aku bersama akak Meon dan terus bercerita perkara yang tidak benar dan menyalahkan aku untuk mendapatkan kepercayaan saudara mereka, rakan rakan dan orang keliling.

Aku pernah menghubungi Kiah melalui whatsapp untuk berbincang secara baik. Namun Kiah tetap tidak berpuas hati dan mereka masih lagi berlakon seolah olah mereka adalah mngsa dan aku menganiaya mereka.

Aku pernah diugut Kiah dan dituduh terhegeh hegeh dengan Meon hanya kerana aku menghubungi Meon untuk meminta Meon menasihati Kiah dan akaknya untuk berhenti memburukan aku.

Aku telah memberi amaran banyak kali untuk sebarkan gambar gambar tersebut jika mereka tak henti memburukan dan fitnah aku di media social. Namun, amaran aku tidak di endahkan mereka dan Kiah masih rancak memburukan dan menfitnah aku.

Oleh kerana mereka tidak henti berbuat demikian di media social, aku telah memberitahu Meon yang aku bercadang untuk menyebarkan bukti bukti tersebut (tapi belum sebar).

Akan tetapi Kiah tanpa segan silu telah mengugut aku untuk membuat laporan polis sedangkan dia merupakan salah satu punca keretakkan ikatan pertunangan aku dan Meon

Sehingga kini, aku masih tidak punya peluang dan ruang untuk membersihkan nama aku dikalangan orang keliling kami dan bercerita hal sebenar kerana ramai yang menasihati aku untuk mendiamkan diri.

Aku teraniaya, aku ditipu, aku mngsa, tapi dimanakah pula Keadilan untuk aku?

Reaksi warganet

Hayati Su Mi –
Ada juga perrmpuan hujung 30an nak berebut dekat lelaki yang dah bertunang. Tunangnya pula pertengahan 20an. Huhu, tak tau malu ke apa.

Tapi Meon tu bukannya baik pun. Meon tu nak dekat Kiah sebab Kiah berpangkat kot atau Kiah tu nak dekat Meon sebab Meon yang berpangkat. Tak tahu sape pangkat lebih tinggi.

Biar je la diorang tu. Sebab diorang memang sepadan pun. Silap silap Meon tu kaki pukul selepas kahwin. Nak ke?

Tentera ni banyak kena pergi operasi. Kalau sikap Meon tu macam tu, time perfi operasi ada je jumpa perempuan lain.

Berdoa sis, kalau berdoa in sha Allah termakbul. Atau paling senang sis bagi gambar tu dekat pihak atasan Meon dan Kiah. Mampus la diorang tu, kena panggil..

Nurain Ismail –
Sebenarnya TT dah lepas dari Meon dan keluarga itulah keadilan yang TT cari. Kalau kahwin, habislah keluarga akan sentiasa control kehidupan TT.

TT bagitau semua dulu dengan family. Siap sedia dengan bukti semua. Buat report polis dan get ready lau Kiah buat cerita lebih lebih, report aje Kiah pada jabatan dia.

Nomi Asri –
Meon dah kawen kan? Biar je la Kiah jaga dia. Kau belum move on ni. Kau dah lupa kau single? Come on. Enjoy ur life. Kenal kenal la dengan orang lain.

Elok sangat dah tu Allah jauhkan meon dari kau dik. Patut kau syukur Meon tak jadi laki kau. Tak payah nak contact Meon / family Meon lagi. Fb dan social media lain sila block Meon, Kiah, kakak Meon dan seluruh ahli keluarga serta keturunan Meon. Mulakan hidup baru tanpa Meon. Itu baru nama move on, move forward.

Peah Peah –
Tak buat salah tak perlulah takut. Biarlah dia orang nak tuduh atau nak kata apa pun.
Boleh je block dan tak perlu layan apa saja kata kata kesat atau tohmahan fitnah.

Sebab benda tak betul, biasalah orang bersalah memang akan buruk kan kita. Kalau tak tahan sangat gi buat report polis, dalam report tulis bekas tunang dan keluarga mengancam keamanan dan ketenteraman hidup dengan status yang dimuat naik di FB, WhatsApp dan mana mana socmed.

Sertakan bukti. Tunjuk segala laporan yang telah dibuat kepada bekas tunang atau kakak dia. Besyukurlah tak berjodoh dengan si Meon tu.

Yaya Oh Yaya –
Tepat dan betul tindakan adik putuskan pertunangan dengan Meon tak guna tu. Cukup setakat tu je dik, tak perlu buat apa lagi. Selama mana dan sejauh mana je Meon dan family serta Kiah tu boleh bercerita buruk pasal adik.

Percayalah, lama lama depa akan diam sendiri. Buat tak tau je. Untunglah segala keburukan Meon tu dah terbongkar sebelum korang jadi berkahwin. Kalau tak lagi macam macam drama keluar.

Dah la family Meon pun bengong 2×5. Kiah tu tunggu nasib hari dia je tu. Ko sabar je dik. Tak rugi sekupang pun setakat mulut mulut orang ni. Semoga adik ditemukan dengan jodoh yang baik dan soleh ye.

Eja Rashid –
Kata dah move on. Ini bukan move on sebenarnya. Masih lagi simpan dendam dan sakit hati. Bagi saya tiga2 ni sama je.

Lebih baik tukar nombor dik. Buang nombor diaorang. Tak perlu jumpa, Tak perlu berbalas mesej. Keluar dari kelompok mereka.
Lama lama diam la.

Radin Arishah –
Ada banyak hikmat disebalik semua ni.

1. Mujur putus tunang, kalau tidak nanti kami akan baca confession isteri didera.

2. Cacian terhadap tt oleh Kiah/xtunang tu bukti dorang tak guna

3. Blok je dari social media.

4. Dah kata move on, jangan peduli. Tak payah nak bincang bincang, nak explain apa apa. Tutup buku lama, bakar terus buku tu.

Sumber – Alia (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *