“Jujurnya aku sunyi”. Aku cuba utk bergaul, tp ini aku dpt. Aku kuis2 mknan, tekak perit. Perut tiba2 kenyang. Aku sedih

Foto sekadar hiasan.

Hai, aku bersyukur sangat sangat seandainya confession aku ini tersiar. Kerana aku memerlukan sokongan dan dorongan ketika ini. Apapun ini adalah confession aku yang pertama, jadi aku memohon maaf jika ayat aku tidak berapa jelas dan sedikit tunggang langgang.

Berdasarkan tajuk diatas, ini lah yang akan aku ceritakan mengenai kisah hidup aku. Aku Syahida (bukan nama sebenar). Aku merasa cukup bahagia ketika zaman aku berada di sekolah menengah, segalanya indah, kecuali peraturan asrama yang agak ketat. Hehe

Cerita aku bukanlah bermula dengan zaman sekolah menengah aku. Tetapi ingin aku jelaskan ketika aku berada di zaman sekolah menengah, aku sangat bahagia bersama kawan kawan walaupun aku seorang introvert.

Segalanya bermula ketika aku menyambung pelajaran di peringkat diploma di sebuah IPTS. Pada awalnya, kukirakan.. Aku bakal mendapat kawan yang ramai, kawan yang sekepala, kawan yang boleh lepak lepak bersama.

Namun, segalanya hanyalah sekadar angan angan. Baru beberapa minggu bermulanya sem 1, sekumpulan pelajar dari batch aku telah menubuhkan satu geng antara mereka. Yang telah memisahkan mereka dengan orang lain.

Pada mulanya, aku tidaklah kisah sangat. Tetapi, lama kelamaan mereka semakin menunjukkan asobiah (berpuak) mereka. Makan hanya bersama geng, lepak bersama geng, status di up mengenai geng, menyambut birthday sesama geng, seolah olah mereka akan sehidup sem4ti bersama.

Aku agak terkilan kerana mereka seperti hanya bergaul rapat sesama geng mereka sahaja. Aku adalah seorang introvert, mustahil untuk aku memulakan bicara, bergurau mesra, bertepuk tepuk, melepak di bilik yang lain, aku memerlukan masa untuk rapat.

Aku takut untuk memulakan bicara, tetapi aku akan mula bercakap seandainya ada yang menegur aku dahulu. Namun, Semudah itu mereka menubuhkan geng dan memulaukan yang lain.

Aku tekad, aku tidak akan menghiraukan mereka, pelajar lain masih ramai. Aku akan cuba untuk bergaul dengan yang lain. Ada satu hari tu, aku mencuba untuk bertegur sapa dengan pelajar yang lain. Ketika itu petang, kebanyakannya akan melepak di bilik, aku cuba mendekati dan berbual kosong.

Gembira hati ini apabila kunjungan aku diterima baik. Aku bertekad untuk lebih rapat lagi dengan mereka. Namun, segalanya turut musnah apabila aku mengetahui mereka juga bergeng. Macam mana aku tahu? Mereka juga mempunyai grup whatsapp sesama mereka.

Impian aku sudah musnah. Untuk pengetahuan korang, batch kami tidak lah ramai. Dalam 60 lebih macam tu je, ye laa. IPTS, bidang syariah pulak tu, bukan semua yang berminat.

Suatu malam aku berasa agak lapar. Kebetulan roommate aku mahu keluar makan di kedai makan yang terdekat dengan kolej, cuma perlu berjalan kaki sedikit untuk sampai, aku meminta kepadanya untuk join sekali. Aku pun terus bersiap siap.

Setibanya di bawah, baru aku perasan, rupa rupanya kesemua mereka adalah geng A (geng pertama yang ditubuhkan) aku mula merasa segan.

Satu perkara yang korang perlu tahu mengenai roommate aku, dia seorang yang suka meninggalkan aku seorang diri dibilik. Kami jarang bercakap, dan dia sendiri jarang berada di bilik. Dan bilik itu hanya menempatkan 2 pelajar, jujur aku sunyi..

Sangat sunyi, aku akan bahasakan dia Mawar. Mawar terus bertegur sapa dengan geng dia dan terus melupakan aku. Perjalanan ke kedai makan tersebut terasa sunyi, masing masing bercakap dengan geng mereka. Tinggal aku sahaja yang berdiam diri mengikuti mereka dari belakang dan dibiarkan berjalan seorang diri.

Ketika tengah makan, tiba tiba seorang daripada mereka mula mengira ngira jumlah batch kami yang tidak mempunyai geng. Satu, dua… Kemudian… Semua mata tertumpu kepada aku, sedar lah aku ketika itu bahwa hanya tinggal aku dan dua orang lagi yang tidak mempunyai geng.

Aku sedih, aku hanya menundukkan pandangan kearah mangkuk aku. Aku menguis nguis makanan, tekak aku mula merasa perit, perutku tetiba kenyang, aku menolak mangkuk ketepi.

Dalam perjalanan balik, aku berusaha untuk berjalan beriringan dengan mereka. Tetapi tiada siapa yang mempedulikan aku.

Sesampainya aku di dorm, aku terus bersiap siap untuk solat isyak, memandangkan aku pergi makan sebelum azan isyak.

Tiap kali aku sujud ketika solat isyak, aku menangis. Air mata aku mengalir tanpa dipinta, hati aku sebak. Sebak sangat sangat, aku cuba menahan tetapi gagal. Akhirnya aku membiarkan sahaja ia terus mengalir memandangkan Mawar juga tiada dibilik.

Hina sangat ke tidak bergeng? Adakah membawa dosa? Aku mencuba untuk bergaul tetapi ini yang aku dapat. Penyesalan aku mengikut mereka keluar makan, biarlah ini yang terakhir kalinya. Sungguh tidak ku sangka, belajar agama, tetapi masih mengamalkan sikap asobiah.

Pernah sekali aku tidak mahu pulang kerumah pada hujung minggu. Saja aku ingin mencuba, tetapi ia adalah satu pengalaman yang cukup berat bagi aku.

Aku hanya terperuk di dalam bilik. Tidak bercakap dengan sesiapa pun, dalam keadaan lapar hanya makan biskut. Mereka yang bergeng sudah siap siap membawa bahan mentah untuk memasak. Hanya aku yang dibiar seorang diri.

Mustahil untuk aku berkunjung kebilik mereka, sudah semestinya aku tidak dilayan. Ada yang keluar pergi beli MCD, aku tak tahu, sumpah. Kalau aku tahu, aku pon mahu mengirim sesuatu. Bunyi suara yang riuh sedang makan makan buatkan hati aku sedih, aku lapar. Tapi tiada siapa yang peduli.

Hampir setiap bulan, asrama akan didendangkan dengan bunyi lagu happy birthday to you, tapi tiada satu pun yang aku pernah dijemput untuk menghadiri. Mereka hanya melakukannya sesama geng. Geng A sambut sesama mereka, Geng B sambut sesama mereka.

Pada hujung minggu, status akan dihujani dengan gambar mereka sesama geng keluar jalan jalan, gambar selfie, gambar makanan, gambar ootd, semua sekali di up kan distatus, aku terguris, jujur aku katakan.

Aku tiada sesiapa untuk menceritakan hal ini. 2 orang lagi pelajar yang tidak mempunyai geng adalah mereka yang jenis suka buat hal sendiri, makan pon rilek je sorang, pergi kedai sorang. Tapi bukan aku, aku sejenis yang memerlukan teman.

Aku tidak berniat mahu menceritakan ini semua kepada ibu bapa aku, walhal ibu aku menganggap aku mempunyai kawan yang ramai.

Setiap kali aku akan ke asrama, ibu menyuruh aku membawa bekal yang banyak supaya aku dapat makan bersama kawan kawan. Yang hakikatnya aku makan semuanya sendiri kerana aku tiada sesiapa untuk diajak.

Pernah sekali ibu membawa ayam goreng yang banyak. Kebetulan ada beberapa orang yang lalu lalang di depan bilik aku, terus aku mengajak mereka masuk.

Suasana menjadi amat riuh dan aku sukakannya. Sebelum ini bilik aku sunyi sepi dan aku hanya bercakap dengan dinding, sekarang ini, bilik aku riuh dengan suara manusia. Tetapi ia tidak lama, selepas ayam dihabiskan, semua beredar dan keadaan bertukar kepada asal.

Terkadang aku merasa d3pr3ssed dan down sangat sangat tiap kali aku melihat status mengenai geng mereka, screensh0t perbualan mereka dalam group khusus, video yang diedit bersama gambar gambar mereka, aku menginginkan perkara tersebut.

Aku menginginkan kawan, hidup aku sangat sepi. WhatsApp aku sendiri sunyi dan aku bukanlah seorang yang bercinta atau in relationship. Aku sorang sorang kena hadap benda ni. Takda sesiapa disisi aku untuk tenangkan hati aku.

Aku menganggap inilah ujian untuk mendapatkan diploma. Aku pernah terbaca satu artikel ini, dia bagitau. Perempuan memang tiada kes buli, tetapi mereka dibuli dari segi mental bukan fizikal, yesss.. Aku mengalami ia sendiri, aku merasa cukup tertekan dan down disebabkan aku tiada kawan.

Reaksi warganet

Nurzulailey Hamzah –
Berpuak ni sebenarnya tak bagus. Hanya akan hidup dalam bubble atau circle dia sahaja dan kurang empati dengan sekeliling. Belajarlah untuk berdikari atau being alone. Kerja esok pun bukan geng geng yang tolong. Semua kena buat sendiri dik..

Anne Aziz –
Benda ni, Anne hadap masa sekolah. Masa tu asal call famili mesti nanges. Sampai mama cakap, Belajar je rajin2. Fokus. Tak payah fikir sangat kawan2. Famili semua ada doakan.

Masa tu orang semua benci Math. Anne fokus gila gila dekat Math. Sampai semua orang cari bila nak belajar Math. (Benda ni mungkin tak membantu sangat, tapi itulah diversion.)

Awak fokus untuk grad, dan kalau rezeki sambung belajar lagi, Anne doakan awak dapat kawan yang baik baik.

Amalia Mohd Mahdzir –
Awak nak berkawan, awak kena mulakan dulu. Awak ingat awak tuan puteri yang ada dayang kena jaga menemani dan menghiburkan awak?

Cuba kaji kenapa awak tak sehaluan dengan geng a atau b. Betul ker awak nak bergeng dengan mereka. Dan sebenarnya tak ber geng ini akan mengajar awak memantapkan jati diri. Awak tak akan dependent kepada orang lain hidup awak.

Tapi jangan sombong, jangan kedekut. Dan jangan sampai digunakan sebab awak nak masuk geng ada bff. Insyaallah awak akan jumpa bahagia. Berteman atau bersendirian.

Fazidah Abdul Kadir –
Takpalah dik, saya rasa kalau introvert awak mesti gembira duk sorang sorang. Kalau bersama ramai orang rasa rimas dan drained.

Cukuplah beberapa orang kawan baik dan kita memang happy alone. Mungkin awak bukan introvert, awak extrovert in disguise sebab nak jugak join the crowd tapi tak pandai bawak diri.

Dan kalau macam tu baiklah awak mula buat geng sendiri dari course2 lain. Tu cadangan je lah, nak ikut boleh tak nak pun takpa.

Tapi sampai bila nak salahkan orang, kita jugak perlu berubah, berbaik baik dengan semua orang dan boleh join sapa saja lebih baik dari label diri masuk geng yang itu dan yang ini. Great leaders don’t fit in they made their own packs..

Nadiah Eskay –
Akak rasa mulai sekarang awak dah boleh mula belajar untuk jadi lone ranger dik.

Bukan apa, orang yang berpuak, dia memang akan selamanya berpuak, melainkan kalau dia tiba tiba insaf.

Kita tak boleh nak ubah orang, so kita slow slow ubah diri kita. Once adik dah biasa sorang sorang, adik pun tak peduli dah apa orang nak kata kat adik ke apa ke.

Sedih akak baca adik dok tahan lapar sampai tak makan. Sorang sorang pun boleh happy dik.

YuYu Ghazi –
Saya pun pernah merasa benda yang sama, dari zaman diploma dan sekarang degree pun merasa lagi.

Jadi saya nak syor dekat confessor, mula mula kita memang takleh terima but at the end kita boleh atasi benda tu. Saya yakin kerana saya boleh, mesti confessor pun boleh.

Actually bila kita duduk sorang, selalu buat kerja sorang dan kemana mana pun sorang, kita boleh independence sebenarnya. Which means duduk lah kat pulau mana pun kita boleh atasi semua ni.

So don’t give up confessor, orang buang kita tak semestinya kita ni kurang bagus dari mereka. Mungkin kita lagi hebat dari diorang sebab tu diorang tak layak bersama kita. Huhu

Sumber – Syahida (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *