“Ibu bekerja lg penat dr surirumah”. Panas dgr kata suami. Haritu aku xtahan, aku luah. Terdiam suami

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Sengaja saya memilih ruangan ini agar dibaca sama oleh kaum adam.

Saya nak share sakitnya hati marahnya rasa bila suami cakap, “ibu bekerja lagi penat daripada suri rumah”. Sedangkan saya isterinya, suri rumah sepenuh masa.

Semuanya bermula bila dia cerita rakan rakan perempuan di tempat kerjanya bila balik kerja tidak terus ambil anak dari pengasuh, tapi balik mandi rehat rehat dulu baru ambil anak dari pengasuh.

Saya jelaskan penat suri rumah ni bukan penat fizikal tapi lebih kepada penat emosi. Hadap anak anak 24 jam. Tiada istilah siapa lagi penat. Bekerja atau suri rumah, sama sama penat.

Suami masih pertahankan pendiriannya sambil membandingkan pula dirinya yang lelaki pun balik kerja, penat. Apatah lagi perempuan bekerja.

Membaranya saya rasa. Tapi saya tahan. Tak guna saya balas sebab dia bukan pernah jadi suri rumah. Tak pernah lagi seumur hidupnya jaga anak anak 24jam tanpa saya.

Anak anak saya pula semua susu badan. Tak pernah tinggal anak semasa anak anak masih bayi dengan ayah mereka, melebihi 2jam.

Jadi saya tinggalkan bayi kami dengan suami dan ambil wuduk untuk solat. Tak lama tu suami beritahu bayi kami masukkan penutup sejenis krim natural ke dalam mulut.

Saya tak risau sebab tiada bahan bahaya. Cuma perut anak saya ni sensitif. Mudah kembung.

Usai solat saya duduk bersendiri masih merajuk. Bayi kami mula menangis meraung raung tak pernah meraung begitu. Sakit perut gamaknya.

Saya jugalah yang kena sapu minyak. Urut urut. Sampai bayi sendawa dua kali. Lepas tu saya pujuk pujuk sambil susukan dia.

Saya tanya suami,

“Tengok tak anak tadi?”.

Dia kata tengok. Saya tanya,

“Tengok macam mana? Nampak tak muka anak? Nampak tak tangan anak? Ke nampak kepala saja?”

Sebab suami tengok sambil baring atas katil. Anak pula di atas lantai tepi katil sana.

Suami terdiam. Nampak sangat dia tengok ala kadar. Sekadar tengok di mana anak. Bukan tengok apa anak buat.

Suami jawab, “balasan”.

Maksudnya balasan terhadap dirinya atas kata katanya.

Terus saya luahkan semua.

“Ingat saya duduk rumah jaga anak anak ni tengok macam abang tengok? Sekadar tahu di mana anak?”

“Saya duduk rumah, tangan anak baru mula nak mengutip pun saya nampak. Gerak geri anak semua saya perhati”.

“Sedangkan anak tu lincah bergerak bukan statik macam patung. Bukan budak besar boleh faham kalau kita kata jangan”.

“Kawan kawan abang tu balik rumah rehat dulu sebab nak dapatkan tenaga kembali untuk jaga anak anak pula. Maksudnya nak buat kerja lain pula yang turut memenatkan”.

“Nak hadap ragam anak anak memang tak penat macam kerja buruh bina bangunan, penatnya penat lain”.

“Suri rumah tu memanglah bukan sejenis pekerjaan dapat gaji tapi dia tetap buat kerja”.

“Kalau rasa jadi suri rumah tak penat atau tak lah penat mana, jadilah suri rumah sepenuh masa dulu dengan adanya anak anak kecil. Barulah rasa macam mana”.

“Saya suri rumah tapi tidaklah saya kata ibu bekerja itu tak penat. Semua orang ada penat tersendiri dalam memainkan peranan masing masing. Jangan dibanding banding”.

Saya, kalau orang lain yang kata saya tak ada hal. Tapi bila suami sendiri yang kata, memang cari hal….

Reaksi warganet

Ct Hajar Aziz –
Saya isteri bekerjaya. Bagi saya, jadi surirumah lagi penat wehh. Kalau hari Sabtu saya cuti suami keja, rasa tertunggu tunggu bila suami nak balik. Oiii aku dah habis ‘bateri’ dah nii. Haha.

Anak anak tak duduk diam seminit. Kalau dorang tidoq petang tu rasa ya Allah leganyaa. Kalau tak dah macam mak lampir aku rasa. Haha

Sheikha Ibtisam –
Sebenarnya yang paling penat jadi suri rumah adalah bila suami tak hormat kita. Anggap kita orang gaji. Hal rumah dan anak harapkan kita saja yang urus dan pandang perempuan luar yang kerja dengan dia lagi bagus dari kita yang banyak berkorban untuk dia.

Sebab tu perempuan sekarang trauma nak jadi suri rumah. Kalau jadi suri rumah pun masih bekerja cari duit dari rumah. Double triple penat.

Zie Sakura –
Sangat sangat setuju sis. Saya ibu yang bekerja, PJJ pulak sorang sorang jaga anak anak yang kecik kecik. Memang jadi surirumah sangat penat mental.

Waktu PKP mula haritu, saya duduk rumah. Memang sangat penat mental dan emosi. Ada saje bahan amukan hari hari. Masa tu asyik membilang hari bilakah PKP nak berakhir.

Bila masuk kerja, kita penat fizikal pulak. Mental dan emosi tahap sederhana. Tapi penatnya fizikal rasa macam nak lari je dari dunia nyata.

Kesimpulannya, jadi surirumah ke tak jadi surirumah ke semuanya penat. Tak payah la nk kata bekerja lagi penat, atau surirumah lagi penat. Semuanya sama penat.

S Hazirah Tajul Rahim –
Isteri bekerjaya atau isteri suri rumah sepenuh masa yang ada anakanak kecil berderet deret memang sangat penat lebih lagi kalau suami jenis tak ambil peduli dan tak mainkan peranan untuk membantu meringankan beban isteri.

Kedua duanya saya dah lalui. Kedua duanya memang sangat memenatkan tanpa bantuan suami.

Aina Hazwani –
Saya rasa jadi suri rumah lagiii penat. Cukup lah 3 bulan jadi suri rumah time PKP ritu. Tak sabar nak balik kerja kat ofis.

Btw, jangan ikutkan sangat ibu yang rehat rehat dulu sebelum amek anak kat pengasuh.

1. Pengasuh tu suri rumah

2. pengasuh pun ada life bukan jaga anak orang je

3. kalau awak boleh rehat rehat penat lepas kerja, kenapa pengasuh kena jaga anak awak time tu?

Sama sama jaga mental sama sama ye. Good luck sis, have fun dengan anak anak.

LatZainal Azizan –
Betul, suri rumah memang penat. Walaupon saya bekerja, kita boleh beza kan penat nya macam mana.

Bila ambil cuti, dan duduk rumah. Wow, feelingnya lain macam. Masa bekerja, walaupon otak, tangan kaki bergerak kita ada juga masa nak rehat. Tipulah kalau cakap tak rehat langsung. Masa makan tu, masa solat tu kira dah rehat lah skit..

Tapi kalau suri rumah, masa makan pon tak boleh nak bertenang kalau main dengan anak kecil..

Pokoknya, jangan nak membanding banding kan tugasan suri rumah dan orang bekerja. Duduk dulu sehari jaga anak baru tau perasaan tu.

Lagi 1 orang perempuan nih bukan jaga anak jer kalau kat rumah. Semua benda dia kena ambil tau, masak, kemas, basuh kain. Semua perkara lah..

Ambil cuti sehari puan. Keluar jalan jalan. Tinggalkan anak dengan suami. Biar dia yang uruskan semua. Tengok pengalaman dia macam mana pulak. Hihi

Maizatul Ikhfa Samat –
Semoga sis bersabar. Lakukan hal rumahtangga ikut kemampuan. Jangan fikir sangat. Nanti stress.

Saya faham situasi sis. Saya pun surirumah, jaga anak 3 orang. Yang kecil 2yr masih bfeed. Letih yang sukar diterjemah.

Masa PKP haritu suami memang sentiasa ada di rumah. Dia lihat sendiri betapa struggle nye saya uruskan rumahtangga. Nasib baik dia boleh bantu mana yang patut dan memahami.

Sesekali minta izin pada suami untuk me time. Keluar seorang sekejap, riangkan hati. Sebab kerja rumah ni hari hari takkan habis.

Saya pernah bekerja auditor. Kerja yang sangat memenatkan mental dan fizikal. Kerja rumah pun sama. Memang kena banyak bersabar. Itulah wanita masakini.

Semoga ada sinar kebahagiaan buat sis bila anak anak dah besar nanti. Kita sama sama harungi ye.

Zaujah Azmi –
Sabar ya awak. Jadi isteri yang tak bekerja rasanya memang lagi penat rasanya. Anak kecik mana tau duduk diam kalau tak tidur. Time tidur pulak kejap nangis, kejap nak berbuailah, apalah. Kadang tidur tak sampai setengah jam dah bangun semula.

Bincang dari hati ke hati dengan suami. Sakit pendam sorang masalah tu. Niatlah kerana Allah apa yang kita buat agar hati kita terjaga dan tak terus tersakiti.

Ambil satu hari untuk buat me time, suruh suami jaga anak sehari. Biar dia tahu langit tinggi ke rendah. Tapi pastikan sebelum pergi masak dulu, kang lapar pulak suami tu. Lagi huru hara.

IKut saranan nabi ajar, amalkan zikir subhanaallah, alhamdulillah, allahu akbar. Time rasa nak marah cepat cepat istighfar. Sebab tu semua dari hasutan syetonn.

Ibu bekerja tak sama rasa apa yang suri rumah rasa. Saya dah melalui semua rasa rasa tu. Syukur suami memahami dari tahun demi tahun. Jadikan sabar tu pakaian kita ye. Moga dengan sabar tu kita dapat masuk syurga allah paling tinggi nantyi. Aamiin.

Sumber – Suri (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *