Mlm terakhir Ramadhan, aku lamar Indah. Aku bgtahu aku hidap H.1.V. Dia tak terkjut. Tp aku yg terlambat

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum wbt. Pertamanya aku nak ucapkan terima kasih kepada admin sebab sudi publish luahan aku ni.

Apa yang aku nak luahkan ni aku yakin sesiapa yang dah lama dalam group ni semua dah pernah dengar, bukan perkara luarbiasa pun. Tapi aku memilih untuk menulis mungkin sebagai luahan perasaan aku dan memohon doa dari kalian semua.

Okay seperti tajuk luahan aku, aku yakin semua dah boleh agak cerita aku cuma aku cuba karang bagi pembaca menilai side story aku.

Sebagai intro mudah aku kenalkan diri aku sebagai Murad (bukan nama sebenar) berumur 31 tahun. Aku berkerja sebagai penjawat awam dan masih bujang.

Aku seorang penghidap H.1.V dan telah mendapat rawatan dari tahun 2015. Tak pernah missed rawatan alhamdulillah.

Baiklah satu fakta yang semua pembaca dah boleh agak adalah, oh dia ni ada H.1.V dan bujang mesti PLU atau songsang ni.

Ya betul aku mengaku aku adalah golongan songsang tersebut. Tapi itu bukan aku nak highlight dalam luahan aku. Cuma aku bagi sikit intro dunia songsang aku. Aku mula sedar aku ada perasaan terhadap kaum sejenis ni sejak aku berumur 9 tahun.

Belum lagi ada internet untuk aku terpengaruh dengan p0rn0 ye kawan kawan. Takde juga aku terdedah kepada golongan ini sebab aku tak tinggal di asrama masa ni dan keluarga aku quite Islamic dan menjaga pergaulan serta ibadah.

Baik nak dipendekkan cerita, sejak aku dapat tahu aku ada H.1.V hujung tahun 2015 aku nekad untuk berubah.

Masa tu aku dah 4 tahun in steady relationship dengan BF aku. Tak pernah sekali pun aku tukar tukar partner or ambil ddah, jadi aku sendiri tak tahu punca aku kena.

Tapi Alhamdulillah family aku semua sangat supportive dan semua family member aku tahu status aku. Aku ceritakan masa nak ambil second test sebab aku percaya kepada doa ibu dan dengan dorongan BF aku.

Ini nikmat yang aku amat amat bersyukur. Ujian ini aku anggap sebagai tanda Allah masih sayangkan aku dan taknak aku hanyut.

Setelah aku tahu aku positif, aku cepat cepat on ubat dan aku declare aku hanya kawan dengan BF aku. Aku sangat close dengan dia, family dia dan sebaliknya. Jadi support system aku sangat kuat.

Aku juga join Usrah bagi golongan nak hijrah. Then aku jadi member yang aktif sehingga dilantik jd AJK dalam NGO orang yang nak berubah ni. Jadi pada yang ingin berubah banyak NGO ada untuk support anda dan penghidap H.1.V pun ada support group untuk bantu.

Kembali pada aku, aku kekal berkawan dengan ex BF aku sampailah aku dapat tahu dia nak kahwin dan Alhamdulillah Allah tunjukkan jalan untuk aku jauhkan diri dari dia supaya hasrat dia nak berubah tak terbantut. Aku berpindah ke Kementerian lain di negeri lain.

Aku kemurungan dari sekolah dengan hakikat aku adalah PLU, aku sangat benci pondan dan takkan berkawan rapat dengan mereka sebab aku sangat benci hakikat kau mengubah diri kau tanpa cuba melawan nfsu tu.

Aku juga sentiasa doa Allah timbulkan nfsu pada perempuan supaya aku boleh kembali kepada fitrah dan kahwin, ada keluarga dan bercinta dengan orang yang betul.

Dalam aku nak berubah. Sekali lagi aku diuji, aku melamar Indah (bukan nama sebenar) lepas aku dah kenal dia 2 tahun.

Sebelum aku lamar dia malam terakhir Ramadhan 2019, aku confess yang aku adalah PLU dan aku ada H.1.V. Penerimaan dia sangat baik. Langsung tak terkejut, Cuma aku terlambat. Dia dah terima lamaran orang lain dan bertunang. So aku jauhkan diri dari dia.

Hidup aku lepas tu down sangat sangat. Langsung tak terurus sampailah aku selalu berdoa Allah tariklah nyawa aku. Kerja aku problem dan BP aku naik sampai 170 dan kena refer pskiatari.

Nak dijadikan cerita, aku rapat dengan housemate aku (straight) dan baru putus tunang. Jadi kitorang makin rapat dan timbullah perasaan antara satu sama lain. Tapi aku sedar semua ni permainan perasaan sahaja dan takkan kekal.

Jadi aku dah tak gila bercinta macam dulu. Cuma kami sentiasa support antara satu sama lain. Dia pun ada planning nak kahwin dan dalam proses berkenalan dengan sorang perempuan di ofis dia.

Aku support keputusan dia, but d3pr3ssion aku kembali teruk memikirkan aku akan hilang sorang demi sorang orang yang aku sayang.

Setiap hari aku fight untuk terus hidup selagi diberi nyawa dan aku cuba cari jalan keluar untuk kembali semula kepada fitrah. Aku berkenalan dengan sorang perempuan ni (aku namakan dia Penawar) yang selalu ambil berat pasal aku.

Jujur aku takde perasaan pada dia. Cuma cara dia membuatkan aku yakin untuk aku bagi harapan pada dia. Aku pun nak kahwin in the mean time housemate aku ni nak kahwin supaya aku tak down lagi.

Tapi tiba tiba aku dapat tahu Indah putus tunang. Jadi aku put on hold Penawar dan minta izin Indah untuk aku tunjuk gambar dia pada keluarga aku.

Dia beri kebenaran dan aku pun inform keluarga aku. Hati aku kembali berbunga. Aku mula ada motivasi untuk hidup dan berdoa Allah permudahkan.

Setelah dipersetujui keluarga, aku melamar Indah lagi sekali. Dengan lembut sekali lagi dia tolak lamaran aku kerana keluarga dia dah carikan jodoh untuk dia. Masa ni aku rasa nyawa aku dah ditarik. Hanya tinggal jasad yang keawang awangan di muka bumi.

Perjuangan aku untuk berubah terbantut lagi sekali. Jujur aku nak kahwin bukan sebab family, bukan sebab nak tutup aib aku sebagai PLU, bukan sebab aku nak ada zuriat, bukan sebab tekanan kawan kawan dan bukan sebab aku taknak kecewa setelah housemate aku kahwin.

Aku hanya ingin ihsan Allah untuk merasa sedikit kebahagian untuk aku bahagia di dunia dan hidup aku di akhirat nanti tidak segagal hidup aku di dunia.

Aku benar-benar ingin berubah. Aku sangat sangat berharap dipertemukan jodoh yang boleh terima aku seadanya dan aku akan berusaha untuk bahagiakan dia.

Semoga angan angan aku ini jadi kenyataan dan aku tak nak lagi kembali kepada kehidupan aku yang penuh maksiiat. Sakit aku ini aku pendam, tangisan aku setiap malam untuk ihsan Allah ini aku berharap akan termakbul.

Doakan aku ya pembaca sekalian. Perjuangan aku masih belum selesai.

Reaksi warganet

Khalilah Zakaria –
Semoga terus kuat saudara. Jangan letak pengharapan pada manusia semata. Tapi satu je jangan sebab nak berubah saudara jadi manusia yang pentingkan diri.

Sila semak balik sebab utama berkahwin. Jangan aniaya perempuan atas dasar nak berubah. Jalan taubat itu payah tapi bukan dengan memijak perempuan atas dasar perkahwinan itu ye.

Syaidatun Naimah –
All da best Murad. Moga terus istiqamah berubah ke jalan yang diredhai. Bukan senang orang nak terima golongan macam Murad.

Cumanya, cari diri sendiri dulu Murad. Jangan bagi harapan dan lukakan perasaan orang yang boleh terima Murad dalam tempoh nak jadi baik tu. Kejap Indah, kejap Penawar. Jangan.

Carilah diri sendiri dulu ok. Mantapkan diri dulu, pastikan dah betul bet bersedia nak jadi suami dan ketua keluarga. Sebab tahukan perjalanan jodoh Murad takkan mudah.

Dengan bakal isteri, bakal family, bakal anak anak. Tapi janganlah mengalah. Berserahlah kepada Allah, semoga yang baik baik untuk kamu Murad.

Nur Illahi –
Dear Murad, alhamdulillah kalau suadara mahu berubah. Cuma, cinta jangan dipaksa. Kenapa beralih beralih Indah ke Penawar ke Indah semula. Tetapkan hati, solat istikharah.

Cuma, harap saudara sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang mampu dari segi batin (bukan sekadar itu, tetapi emosi dan mental memastikan cinta dan kasih sayang hanya untuk seorang WANITA, iaitu isteri saudara sendiri).

Jika tidak bersedia, saudara carilah dahulu siapa diri saudara dengan mendekatiNya. InsyaAllah akan ada kebahagiaan dalam pelbagai cara. Moga saudara teruskan perjuangan ujian saudara menjauhi nfsu songsang ni, moga hati dan naluri saudara sentiasa dilindungiNya. Dan teruskan berubat, insyaAllah Allah Maha Penyembuh.

Nuraz Wan –
Jangan meletakkan harapan pada orang. Jangan juga memilih bergantung pada orang lain untuk mencari kekuatan. Sepatutnya ia datang dari dalam diri sendiri.

Kekuatan iman dan minda untuk berubah, kekuatan kerana takut azab Allah. Sedarlah kelemahn diri.

Awk boleh jadi suami, yang baik mungkin. Tapi hanya wanita yang benar benar kuat mental saja mampu terima pesakit H.1.V jadi suami.

Cuba letakkn diri awak sebagai seorng ayah atau abang, mahukah awak beri anak gadis atau adik prempuan awak kahwini pesakit H.1.V?

Saya bukan maksudkan awak tak layak. Tapi cara awak yang menggantung harapan, mesti ada isteri atau temn baik disisi, baru ada kekuatan untuk berubah tidak begitu rasional.

Awk perlu gagah dan kuat, biarpun bersendiri. Kawan kawan yang menyokong dari jauh, jumpa sesekali, sepatutnya, sudah cukup. Ada parents dan ahli keluarga lain lagi. Saya percaya ada juga persatuan pesakit H.1.V, untuk awak cari sahabat senasib yang lebih mudah memahami..

Mira Ruslan –
Nak tambahkan d3pression kau lagi. Orang yang sihat walafiat pon takde jodoh di dunia ni. Apetah lagi kau yang sakit ni. Yang mne ujian H.1.V untuk kawin pon awal awal dah fail.

Kalau ade orang yang boleh terima diri kau tu seadanya, tak payahlah jual mahal dan duk kejar pada yang tak sudi. Orang yang kau kejar tu nampak je tak kisah kau takde H.1.V tu.

Tapi, sebenarnya dia kisah sangat. Tapi, tak nak cakap depan mata engkau yang kau tu H.1.V. Dia takut nanti dia pon H.1.V cam kau. Dia nak tunjuk dia baik je depan kau. Walhal dalam hati dia penuh stigma.

Lagi satu, kau rase lonely tu sebab kau nak kawin kan? Jangan gunakan seseorang untuk fill up kesunyian di hati kau tu. Tak pergi mane pon hubungan kau tu nanti. Baik kau banyk banyak bergaul dengan masyarakat. Beri dorang kesedaran untuk tak stigma dengan orang yang cam kau ni.

Dalam masa yang sama masyarakat bukan je boleh terima kau, komuniti kau pon mereka boleh terima dengan baik. Satu lagi, pastikan kau tu U=U baru kahwin ye.

Sumber – Murad (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *