Pelik lps kahwin tak lekat2, nekad ajak suami ke hospital. Terkjut kami, rupanya benih suami kosong

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan cerita aku. Confession ni mungkin sesuai dibaca bagi yang dah berkahwin atau pun mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

Tetapi mostly apa yang aku cerita ni adalah knowledge yang sangat berharga di mana aku rasa aku patut share untuk pengetahuan semua terutama yang telah mendirikan rumah tangga.

Nama aku Su. Umur aku 29 tahun. Suami aku 2 tahun lebih tua dari aku dan dia satu satunya anak lelaki dalam keluarga sebab abang suamiku telah meninggal dunia.

Kami mendirikan rumah tangga baru tiga tahun. Orang kata masih early stage dalam perkahwinan. Kami nikah atas dasar suka sama suka. Berkawan bertahun tahun sebelum memilih untuk mendirikan rumah tangga.

Masih lagi segar dalam ingatan aku. Selepas kami nikah, mertua aku ada sebut,

“Kalau boleh jangan lah ada anak lagi dalam waktu terdekat, rancang dulu”.

Aku terkedu. Kerana aku memang niat aku nikah sebab aku betul betul bersedia untuk menjadi isteri dan ibu kepada anak anak aku.

Sungguhpun mertua aku nasihatkan aku supaya tidak mengandung, namun sejak dari kami nikah aku dah fikirkan cara terbaik untuk aku mengandung.

Setiap bulan aku beli OPK (0vulation monitoring kit) di samping catat dalam apps kesuburan untuk aku tahu hari apa yang aku paling subur.

Jadi bila tiba hari paling subur kami akan mencuba bersungguh sungguh. Hanya kami berdua saja yang tahu struggle itu.

Fast forward, ketika usia perkahwinan genap setahun, aku masih belum mengandung. Dipendekkan cerita, satu hari, aku ajak suami aku pergi ke sebuah hospital untuk check sama ada aku ni ada masalah untuk mengandung.

Oh ya untuk pengetahuan aku datang bulan pada setiap bulan biasanya tepat pada waktu. Berat badan aku normal. Begitu juga dengan suamiku, sihat, normal dan tidak mempunyai masalah berat badan.

Prosedur pertama, adalah dari part isteri. aku perlu membuat ujian pap smear, kemudian ujian h0rmon. Drah aku diambil untuk diuji sama ada h0rmon aku stabil atau tidak.

Kemudian aku perlu membuat transvaginal ultras0und, supaya doktor dapat melihat sama ada aku dapat menghasilkan telur (0vum) yang normal. Dan ujian yang terakhir adalah HSG. Iaitu untuk mengesan sama ada tiub fall0pian aku tersumbat atau tidak.

Dan alhamdulillah semua ujian itu aku berjaya dan keputusannya aku tidak mempunyai apa apa masalah. Oh ya untuk part aku ni bukan ambil masa sehari ya untuk settle. Berbulan juga sebab bergantung pada hari subur dan hari kita datang bulan.

Settle part isteri, tiba masa suami aku membuat ujian sperma. Suami diarah untuk mengeluarkan semen dia supaya doktor boleh lihat sama ada dalam semen dia mempunyai sperm – sperm yang normal.

Cara dia keluarkan semen tu jangan la dibayangkan ya para pembaca. Suami kena keluarkan sendiri, ada bilik khas yang disediakan di hospital. Keputusan untuk suami cuma mengambil masa beberapa jam saja. Jadi kami decide untuk tunggu di hospital.

Selang beberapa jam, nama kami dipanggil untuk masuk ke bilik. Aku cool saja sebab memang fikir yang baik baik inshaAllah tiada apa apa yang buruk. Aku yakin.

Tiba tiba keputusannya adalah, “azoosepemia”. Aku macam “oh okay” mungkin ada sesuatu tapi aku tak adalah terkejut sebab aku pun tak tahu apa itu azoospermia.. Kemudian doktor jelaskan azoospermia adalah keadaan di masa seseorang lelaki tidak menghasilkan/produce sperm langsung.

Dalam erti kata lain, semen yang dikeluarkan oleh lelaki tersebut adalah kosong sahaja. Tanpa sperm. Di mana sepatutnya seseorang lelaki menghasilkan berjuta juta sperm ketika kemuncak, tetapi suamiku kosong.

Di atas kertas tu tercatat -NIL-. Doktor jelaskan, azoospermia boleh terjadi sekiranya kilang sperm rosak atau saluran spermnya tersumbat.

Dan doktor pesan, satu satu nya kaedah untuk kami mendapatkan zuriat hanyalah IVF. Itu pun sekiranya suami aku punya masalah adalah saluran spermnya tersumbat. Di mana doktor akan cucuk ball dia dan terus sedut keluar semen dari ball dia.

Sekiranya ada sperm jadi doktor akan terus senyawakan dengan 0vum aku. Tetapi sekiranya tiada juga doktor sarankan untuk ambil anak angkat saja.

Fikiran aku tiba tiba jadi kosong. Pandangan aku gelap. Apa yang harus aku buat aku tak tahu. MENANGIS ? MARAH ? SEDIH ? Entah aku sendiri tak tahu.

Kami decide untuk ulang sekali lagi ujian untuk suami lagi 2 bulan. Sebab nak betul betul kepastian. Dalam waktu 2 bulan itu macam macam yang suami aku amal. Healthy food dan healthy lifestyle .

Selain ambil pelbagai jenis supplement dan vtamin. Dalam tempoh 2 bulan ni juga tempoh yang betul betul menduga sebab suami aku kadang kadang hilang pertimbangan.

Dia rasa dia useless dan tak mampu berikan aku anak, dia nak lepaskan aku. Bergaduh almost everyday sebab aku asyik menangis je. Aku menangis kenapa Allah duga macam ni.

Fast forward, dah selang 2 bulan kami buat ujian lagi sekali untuk suami. Dan keputusannya masih sama. Cuma waktu ini aku dah tak terlalu sedih dan terkejut kerana aku memang tak nak letak high expectation supaya aku tak kecewa.

Sekarang aku dah redha dengan perancangan Allah. Cuma aku tak boleh terima kalau orang asyik tanya soal anak. Paling aku tak boleh terima kalau orang siap pegang perut aku dan tanya,

“Bila nak ada isi ni, dah lama dah” . Aku cuma cakap, “inshaAllah, doakan ya.”

Kenapa ya asal tak ada anak je, isteri yang dituduh mandul dan tak subur. Sedih betul aku. Aku rasa annoying sangat. Kenapa orang tak faham? Orang dekat luar tak faham betapa kami suami isteri nakkan zuriat.

Aku dengan suami aku, kalau tengok budak kecil atau baby dekat luar kami boleh tersenyum sendiri sebab seronok tengok keletah diorang. Apa yang kami dah lalui, naik turun hospital, check sana sini, susah payah kumpul duit untuk IVF, Orang tak tahu.

Jadi di sini aku nak pesan, aku minta tolong sangat sangat sangat, kalau dah tak ada benda baik nak cakap, lebih baik diam, dari menyakiti perasaan orang.

Family aku tak tahu hal ini kerana aku tak mahu mengaibkan suamiku. Tapi keluarga mertua aku semua tahu kerana kami decide untuk cerita.

Tapi sekali lagi aku rasa annoying sebab jujurnya aku tak suka bila keluarga mertua aku nasihatkan pergi berurut, makan itu ini untuk tingkatkan kesuburan suami aku.

Kalau korang tak ada dalam situasi aku, tolong jangan nasihat yang bukan bukan. Aku bukan tak percaya urut batin ni, tapi bila kita dah tahu apa solution untuk dapatkan anak, kita terima dan teruskan jela apa rancangan dari doktor.

Mertua aku ni juga antara orang berada berpangkat. Tapi suami aku biasa saja. Yang buatkan aku lebih sedih, mertua dan jauh hati, walaupun diorang tahu masalah suami aku, diorang langsung tak support financially or mentally. Tapi bila habis kan duit pada benda benda lain tak apa.

Mertua aku ada 5 orang cucu. Setiap kali cucu balik ada saja benda mahal mahal yang dibelikan. Nilai beratus ratus. Kalau dah 5 orang, dah berapa pula kan.

Aku dengan suami pula langsung tidak dikisahkan. Walaupun masalah tu datangnya dari anak diorang, diorang ignore je as if macam penyakit suami aku ni boleh baik dengan sendirinya. Kononnya kalau ada rezeki mesti ada punya tanpa apa apa rawatan.

Sampai sekarang aku susah nak terima. Bukan aku terlalu mengharap nilai ringgit, tapi sekurangnya support lah kami ni. Bagi kata kata semangat pun aku syukur.

Sekarang, suami aku dah settle dah pun operation. Alhamdulillah spermnya ada dan telah di bekukan untuk disenyawakan dengan ovum aku. Doakan perjalanan IVF kami berjalan lancar ya kawan kawan.

Dalam masa yang sama kami masih lagi dalam fasa kumpul duit sebab IVF ni sekurang kurangnya kena ada dalam 15 ribu. Tapi boleh bayar sikit sikit. Kami berdua makan gaji saja jadi memang ambil masa.

Doakan kami suami isteri kuat dan tabah harungi ujian ini bersama sama.

Sekarang, kami dah ada rumah kami sendiri. Walaupun kami belum ada anak, tapi kami masih lagi bahagia alhamdulillah. Apa yang aku nak makan, apa yang aku teringin suami aku cuba penuhi.

Jadi aku cuba lawan perasaan aku untuk tidak meletakkan anak itu sebagai punca kebahagiaan. Aku redha dan terima ujian ini dari Allah swt untuk menguji kesabaran kami berdua.

Terima kasih sudi mendengar luahan hati aku.

Reaksi warganet

Cheq Senah –
Dulu, doc kata suami punya sperm sikit. Tak sampai 10k, mati tengah jalan je katanya. Rezeki, lepas 3 tahun saya pregnant.

Masa pregnant, ada fibr0id pula. Doc kata, “Sorang saja ini lah anak awak…..”

Sekarang, tahun ke 12 perkahwinan, saya dalam pantang anak ke-3. Baru 6 hari bersalin. Positive sis….. Positive…..!!! Salam sayang.

Fith Hairi –
Saya dulu ada perawat rawat saya cakap saya ni tak boleh pregnant. Masa tu umur saya 17 18 gitu. Tak tahu lah dia boleh tau macam mana.

Lepas kawen beremut pulak anak anak saya.
Rezeki kan, Allah yang tentukan. Kita as hamba ni jangan jemu mintak. Tak mustahil semuanya bagi Allah..

Syafinaz Roslan –
Selain dari IVF, kena jugak lapangkan hati. Berbuat baik pada mak dan mentua. Ni awak berkira kira duit mentua pulak.

Dah mentua nak sedekah pada cucu cucu dia tak kisah la nilainya berape. Saya faham awak maybe tertekan dan stress. Kena redha sis, anggap ni ujian dan berbuat baikla sesama makhluk.

Hary Kael –
Aku ada pak sedara yang smpi sekarang takde anak, even anak angkat. Happy je dorang habiskan sisa sisa usia sama sama. Mungkin dalaman tak tau lah kan.

But what im trying to say, tt jangan jadikan isu anak 1 masalah besar dalam rumahtangga. Redha berlapang dada, terima ni as ujian.

Selagi suami memberikan yang terbaik untuk kau, jadilah isteri terbaik untuk dia. Unless u cannot live without anak, then cari laki lain lah jawabnya. Apa apapun moga IVF nanti berjaya, tt dapat anak anak kembar ke, Amin.

Noor Alyanaa –
Tak nak cerita nasib sndiri. Cuma nak pesan satu. Kukuhkan kasih sayang. Yakin pada NYA, terus berdoa dan usaha. Cari positive, abaikan setiap aura negative yang ada sekeliling kita.

Jadikn yang negative pembangkit semangat. Biarkan sahaja jika mereka mereka tiada support mental fizikal dan apa sahaja.

Ini rumahtangga kita. Kita mampu buat yang terbaik. Paling penting suami isteri lebih memerlukan satu sama lain. In shaa Allah yang baik baik sahaja untuk rumahtangga kamu. Salam sayang utk kamu.

Hafiz Ahmad –
Dik, ujian ni masih belum perit lagi. Ada seseorang yang saya kenal dia azoospermia juga, dan dah buat 0peration. Langsung tak ada sperm walaupun satu.

Dia sedih dan isteri dia pun sedih. Selepas 5 tahun isteri dia dapat kerja baru yang sangat bagus. Rezeki melimpah ruah untuk isteri dia. Lepastu isteri dia decide untuk tinggalkan dia.

Rupa rupanya isteri dia dah jumpa lelaki lain kat tempat kerja baru jauh lebih kaya dari dia. Tinggallah dia sorang sorang meratapi nasib.

Dah lebih setahun saya tengok dia macam orang gila tak dapat terima kenyataan tentang apa yang berlaku kat atas diri dia. Selalu salahkan diri sendiri, hilang keyakinan, demotivated dan cepat putus asa. Jauh berbeza dengan dia yang saya kenal masa zaman sekolah dan uni. Sedih saya tengok dia.

Suzy Abdullah –
Cukup setahun kawin husband ajak pergi buat ujian kesuburan. Saya pun kahwin umur 29 husband 30. Kahwin lewat memang kalo boleh nak anak cepat.

Result dari buat ujian HSG tiub fall0p saya dua dua block. Masa wat ujian HSG tu memang sakit untuk orang ynag tiub fall0p block.

Sama macam kes sis doc siap suggest amik anak angkat. Sebab IVF je cara saya boleh dapat anak sendiri. Decide nak wat IVF di LPPKN berdekatan Sogo, even tau chances cuma 20% je.

Kali ke3 sepatutnya kena pergi untuk treatment plan saya disahkan pregnant. Saya macam tak caya siap cakap kat doc klinik swasta saya pergi, saya ni da wat HSG dan tiub fall0p saya dua2 block…

Kuasa Allah kan dia nk bagi takkan cepat dan takkan lambat. Yang penting usaha, moga ada rezeki untuk confessor menimang cahaya mata. Yang penting kena +ve. Alhamdulillah now anak saya dah da dua.

Sumber – Su (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *