Tak tahan mulut mak mertua, pak mertua pula suka cium2. Tk sangka, aku dipergunakan

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Ramai yang cakap bernasihat tentang perkahwinan sekufu tapi aku adalah diantara orang yang merasakan ‘breaking the rules for good apa salahnya’. Dan aku merasakan ketidakseronokkan dalam perjalanan hidup aku sekarang.

Aku Anya (of course lah bukan nama sebenar, nama yang aku pilih jika kelak mempunyai anak perempuan.. hahahaha)

Kembali ke topik asal, ini adalah confession kerana aku merasakan perasan kurang suka pada keluarga mertua aku. Aku berkahwin few years ago. Selepas sebulan berkenalan, mertua aku datang merisik.

Cepat sangat kan? Semua orang berpendapat kerjaya aku bagus, gaji ok (padahal banyak commitment), bijak dan sedang mengambil PhD, ada rumah dan kereta sendiri.

Sedangkan husband aku baru habis diploma, baru few months kerja, tiada asset. Macam something fishy lah kata kawan kawan aku pun. Mesti korang dah bayangkan gap umur aku kan? Ye tak salah tekaan anda, gap kami hampir 10 tahun.

Mak aku bersetuju sahaja memandangkan tunang tak jadi aku taknak proceed hubungan ke next level dan mak aku tak sanggup tengok aku jadi anak dara tua (actually aku pun tak tahu apa dalam hati dia). Mungkin ini alasan paling kukuh untuk 3 series berjodoh kot.

Dan dalam ramai ramai kawan lelaki aku dia yang commit to go for the next level.

Few months later, lepas dah kahwin baru aku faham satu persatu nasihat orang sekeliling termasuk pakar motivasi. Mertua aku awal awal cakap yang aku kena ikut husband aku especially kalau balik kampung.

Rupanya dari first day aku kahwin mereka dah atur dan influence macam mana husband aku kena kawal aku.

Masa awal kahwin dulu rumah aku masih aku sewakan, tapi mereka paksa suami aku untuk move in rumah aku cepat cepat padahal penyewa aku ada few months ahead. Nasiblah penyewa tu kawan aku so kami settle cara baik.

Lepas tu setiap minggu kami kena balik kampung. Hari khamis dan jumaat dah call untuk remind balik kampung. Call harian tu lain cerita. Maaf okay. Mak aku didik aku untuk jarang call family (jimat topup dan berdikari sikit katanya). So aku memang shocked terima deringan telefon hari hari.

Baru kahwin takde fasa honeymoon ye. It’s all about them. Kena simpan duit sebab hari family mereka, duit setiap minggu balik kampung. Sampai aku rasa tertekan dan mengambil keputusan untuk menipu.

Aku cakap ada ada kerja sebab ada auditor nak check documentation lah ape lah. Padahal aku duduk datang office tengok Korea dari pagi sampai petang. Punyalah sebab taknak balik kampung.

Kalau diorang call phone aku, aku cepat cepat silent or buat buat sakit perut.

Kadang kadang mak aku berkecil hati sebab lebihkan keluarga sana sedangkan dia single mom dan a cncer survivor. Tinggal seorang je so fahamlah kan mak sendiri kecil hati tapi taknak anak menantu terasa hati juga.

Kenapa aku taknak balik kampung?

Ok. First, kalau aku balik kampung rumah mertua aku tiada bilik. So aku kena tidur diruang tamu atau bilik transit which is bilik orang lalu lalang untuk ke bilik kayangan (bilik kak ipar aku). Mak pak mertua aku ni ada 7 orang anak. Anak lelaki 5 dan 2 perempuan.

So malu lah nak tidur ramai ramai kat luar tu. Dengan aku ni pukul 9 -10 malam dah tidur dan mereka stay lagi mer0kok depan tv. Kadang kadang rasa nak tegur je. Ramai budak budak dekat situ kenapa masing masing merokok tak ingat dunia.

Tapi pak mertua aku ni per0kok tegar. Jadi aku zip mulut dan memberontak dalam jiwa je. Dahlah tu setiap kali balik mak mertua aku kedekut tilam. Sampai hati dia bagi aku tidur toto nipis satu inci. Sob.

Aku dah biasa tidur atas katil, tilam spring yang baik untuk tulang belakang tu. Banyak nyamuk sebab tingkap diaorang punya kaca semua dah pecah jadi ada langsir je.

Bilik air usahlah cakap. Malam malam aku mesti ajak husband aku sebab banyak katak terbang dan bilik air tu berada diluar rumah. Sumpah takut.

Waktu aku pregnant hari tu sanggup aku tunggu husband aku balik tournament sepak takraw kampung dia untuk buang air jam 4 pagi. Kalau siang aku akan pergi ke petrol pam berdekatan sebab aku tak selesa.

Mulut mak mertua aku boleh tahan juga. Asyik cakap aku ni dah tua lah, gemuk lah (aku 60 kg kot biras aku yang 80 kg tu tak pula dia cakap). Dia suka nyorokkan makanan tak bagi aku makan, bagi aku makan bekas bekas dia.

Kadang kadang dia campak masuk dalam pinggan aku (paling aku geram dia suruh aku habiskan aiskrim batang yang dia dah jilat jilat).

Second, aku tak suka pak mertua aku nak peluk cium. Aku tak selesa. Mungkin sebab aku tak ber’bapa’ so aku tak suka affection dari lelaki ke arah itu.

Kadang kadang dia buat depan ahli keluarga. So jadinya ramai akan question pak mertua aku kenapa cium aku seorang, sedangkan ramai menantu lain lagi. Dia cakap aku special sebab ada baby.

Kalau takde baby pun sama je aku tengok. Mak mertua aku pun satu, dia suka r4b4 husband aku ni. Kadang kadang pagi dia kejut husband aku sambil r4b4 dia. Pelik betul aku!

Dan setiap kali aku balik mesti diaorang akan sibuk nak masuk bilik transit tu. Nak kejut lah, nak tanya benda benda mengarut lah.

Malu lah weyhh kalau aku tengah menyusu. Rasa aku nak menangis je dan dan tu. Kadang kadang baby menangis kul 3 pagi nak susu tetiba dah ada kat hujung tilam. Come on lah takkan lah aku tak terbangun nak bagi susu kot.

Dan lepas tu kalau diaorang dah masuk bilik dia orang akan buka pintu luas luas. Macam nak perhati apa aku buat dalam bilik. Pernah aku kunci dan mak mertua aku duk perli je.

Third, terasa dipergunakan. Setiap kali kami balik. Kereta aku akan jadi bahan ke sana ke sini. Nobody pun tanya. Terus ambil kunci dan drive termasuk lah anak buah yang tiada lesen lagi.

Aku dulu nak driving pun mak aku tak kasi. Dia cakap simpan saving 1K dulu. Nanti kalau accident ke apa ke ada duit emergency. Kita bukan orang kaya. Kami yang hidup selesa pun boleh fikir.

Mak mertua aku suka ajak husband aku ke sana sini dan aku tak dibenarkan ikut. Aku tahu dia saja nak korek apa apa lah tu.

Kadang kadang kami kena hantar anak buah dia balik university yang memang jauh dan berpatah balik.

Dan pak mertua aku boleh cakap, sebab aku isteri memangnya kena ikut tanggungjawab suamiku jaga anak buahnya dan bukan tanggungjawab suamiku terhadap keluargaku dan anak buahku.

Seriously? Adik beradik aku perempuan semua dan takkan anak buah aku tak boleh bergantung pada aku?

Disebabkan itu aku minta pindah kerja ke tempat yang jauh jaraknya dari rumah. Kira kira 10-12 jam perjalanan. Jadi kita orang berpindah ke tempat baru.

Pada mulanya mereka suruh husband aku jangan ikut. Tapi kuasa Allah swt company suami aku kena downsizing dan husband aku diberhentikan kerja jadi haruslah dia ikut aku kan. Rumah aku? Ye mereka suka campur hal urusan aku.

Disebabkan mereka beriya volunteer jadi agent nak sewakan rumah aku jadinya mereka sibuk tanya husband aku duit semua. Aku tahu mereka ikhlas nak tolong tapi tak tahu lah kenapa hati aku ni tak nak husnuzon.

Sebab depa asyik je cakap, “Rumah kau macam mana”, pada suamiku (itu rumah aku kot, aku beli 4 tahun sebelum kahwin). Penyewa dah bayar ke belum. So husband aku cakap itu rumah Anya mestilah masuk bank dia.

Dan mereka minta aku bagi duit tu kepada husband aku, mereka cakap “Anya bagi jelah Khuzairi duit tu, rumah kamu berdua juga”. Rumah tu sebulan gaji suami aku kot. Aku sewakan rendah kerana mulut mereka yang tawar menawar dengan penyewa. Sobs.

Duit tu untuk loan bank, bukan dibelanjakan. Tanya pula berkali kali setiap kali call. Kalau buat video call tak ke aku kena bagi muka fake? Pasal gaji aku pun mereka sibuk nak tanya, duit anak aku pun sibuk nak kira.

Peliknya aku masa kami nak kahwin mereka langsung tak hulur duit. Suami aku, aku dan mak aku yang keluarkan belanja.

Aku tahu mereka bukan senang tapi bila mereka jual tanah kepada pemaju dan jadi Orang Kaya Baru, mereka lupa janji nak tolong husband aku yang sungguh banyak komitmen sebab hutang hutang yang mereka lambakkan kepada suami aku.

Berpindah tidak bermakna cerita ini tidak berakhir mudah. Kalau aku balik kampung, aku memang adil, 3 hari kampung dia 3 hari kampung aku.

Tapi kalau mertua aku tahu kami ke rumah mak aku dulu mesti dia akan suruh singgah rumahnya walaupun jam 1 pagi ke 4 pagi ke. Mesti touchdown dulu sana.

Suami aku Alhamdulillah rasional dan menolak sebab akan rugi few hours dan sampai separuh hari ke kampungku jadi kiraan akan tidak adil.

Tapi mertua aku akan tukar trick untuk datang ke rumah mak aku dan spend the whole day kat rumah aku sampai mak aku rimas. Selalu sangat buat macam ni sampai mak aku rasa marah dan bengang.

Kadang kadang ada juga dia suruh aku bercerrai sebab dia rasa aku dipergunakan.

Aku? Bukan Tak pernah terfikir. Tapi cuba aku buang jauh jauh. Bukan sebab anak. Bukan sebab takut jadi janda. Sebab hubungan aku ikhlas dengan suami aku.

Susah senang dia, sabarnya dia walaupun kadangkadang hilang juga sabar (huhuhu), tapi tak tahu lah kan jika Allah bolak balikkan hati aku.

Aku masih tiada simpanan, sebabnya asyik nak tolong suami. Nafkah, suami aku bagi time PKP jelah sebab tak kena bayar hutang. Aku jenis tak berkira tapi sedih kadang kadang lihat suami aku struggle dan parent dia minta aku tanggung anaknya.

Ni duit gaji ni aku nak saving untuk buat sambutan hari jadi anakku mungkin tak jadi kerana mereka dah start collect duit untuk ‘event’ makan malam mereka. Suami aku awal awal dah warning tak perlu beli perabot dapur, tumbuk je cili kat lantai sebab kena simpan duit.

Kalau ada tips nak jadi keras atau tips mengelat balik kampung. Sila bagi komen. Amat amat tertekan.

Oh ya last sekali aku takut balik sebab mertua aku macam jalani ilmu sesat je. Dia orang kalau travel memang tak solat, fatwa apa pun aku tak tahu. Lepas tu kalau zikir, macam orang sesat juga terjerit jerit, macam kat dalam tv tu. Takut aku.

Mimpikan hidup tenang.

Reaksi warganet

Hajah Salbiah –
Hai confessor. Saya selalu jadi silent reader sebab takut komen saya jadi asbab orang lain salah buat keputusan. Tapi kali ni, saya gatal tangan nak komen.

Kalau saya, ni kalau saya lah. Saya luah dan bincang terus terang dengan suami. Kalau tak jalan juga, saya rela bercerrai dari dikelilingi orang t0ksik.

Tapi itu kalau saya. Untuk confessor, kalau nak avoid pencerraian, maybe boleh rujuk kaunselor perkahwinan. Mereka lebih arif dalam mmbantu hal hal sebegini. Take care confessor.

Fittri Naqiea –
Bahagian apenya hak laki dalam rumah kau, rumah tu beli sebelum dia wujud, kalau aku dah pulangkan anak dia kat mak pak dia. Laki kau tu takde mulut ke nak backup anak isteri???

Mulut kau tu pun elok jadi longkang sikit. Asyik ikut je, dahla takde simpanan, esok mati semua harta untuk anak kau family laki tu bolot. Hidup jangan jadi bdoh sangat ikut je apa orang kata.

Selama jadi bujang boleh keras, lepas kawin lemah pulak ye kak. Lepas ni dorang mintak duit ke apa apa ko cakap je TAKDA. Nak mintak kat anak mak ni, apesal saya pulak bagi nafkah. Jangan diperbdohkan lagi sis.

Ezd Airanies –
Kalau this kind of family, memang penting jadi ‘queen control’. But not in a harsh way la. Just control suami daripada mudah sangat keluar duit untuk benda tak perlu. Ikutkan sangat permintaan keluarga yang merapu, etc. Keyword – TEGAS.

Bunyi macam kejam tapi kalau hati kita sakit, orang gunakan kita sampai kita hidup asyik settlekan masalah diorang dan terpaksa hadap hidup yang toksik tak guna juga kan. Semoga diberi ketabahan. Been in your shoes. Alhamdulillah now recover slowly. Huhu

Ari Kael –
Kena bertegas dik. Duit sewa rumah kau is totally yours. Tak perlu nak berkongsi ke nak kesian ke dengan laki tu. Iyaa dia baik. Tapi dia mudah ikut cakap makpak dia. Kau jangan jadi baik sangat.

Kalau mentua sibuk cakap anak dia ada bahagian dalam rumah kau tu. Kau diam je, tapi belakang kau buat tak tau. Duit kau tetap duit kau jangan share. Jangann topup lelebih, jangan tanggung sangat laki tau.

Dia nak kumpul duit untuk family event dia, silakan. Tapi guna duit sendiri, 1 sen kau jangan contribute. Ajar sikit dorang ni, tapi ajar cara halus since kau cakap dorang ni macam sesat kan. Takut gak nanti melarat ke bomoh bagai. Take precaution think ahead.

Baca balik confession kau ni and read it as masalah orang lain. Apa yang kau akan nasihat? U know the answer. Start simpan duit without your laki knowing. Simpan documen berkaitan duit kat opis.

Start bertegas dengan somi tu. Jangan bagi muka nanti lama lama dia akan naik lemak dan pijak kepala kau. Tak percaya? Pi join KRT sana dan baca kisah kisah kat situ.

Moza Lynda –
Sebab tu Islam suruh cari yang sekufu. Break the rules? you break your heart. Aku taknak la nak nasihatkan kau untuk cerrai. Tapi aku rasa dah tiba masanya kau say NO!.

Kau kena tahu apa tanggungjawab kau sebagai isteri. Tolong laki? yes. Tapi sampai bila? patutnya dia yang kena fikir macam mana nak hidup tanpa kau bantu dia. Setakat kau topup topup mana kurang tu mungkin la. Asyik la family event. kau kena buat saving. Itu hak kau, duit kau. Tak de sapa boleh sentuh income kau termasuk laki ko.

Pasal duit sewa rumah tu, kau kena berkeras. Kau tuan rumah kot. Apasal orang lain nak control harta kau pula. Nanti kau dah mati pun, diorang tak de hak pun dekat situ.

Sedangkan hidup pun dah menyibuk, ntah2 dah mati waris kau pun tak merasa harta yang kau tinggalkan. Kau fikir la baik baik. Buat la apa je alasan yang kau boleh buat untuk break the normality yang diorang buat dekat kau.

Khadijah Mohammad –
1) Rumah puan tu hak puan. Sebab ada sebelum hasil pekahwinan, suami tiada hak langsung. Walaupun harta sepencarian, kecuali faraid.

2) Belajar say NO, tanggungjawab puan hanya pada suami, anak anak dan ibu kandung sahaja, dan tanggungjawab suami puan pada isteri, anak, ibu bapa kandung sahaja.

3) Harta puan, tiada hak dimanipulasikan oleh pihak mertua. Mohon bijak selangkah dari mereka. Memang perlu bersikap tidak terlalu husnuzon… hhahahah….

4) Malangnya dapat family mertua begini.

5) mohon menolak jika dicium oleh bapa mertua, belajar menolak dengan tangan. Pleaselah, kita wanita belajar MALU lebih. CIUM itu dah terlalu melampau.

Sumber – Anya (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *