“Isteri atas kertas”. Lps akad, aku ditinggalkan. Digntung xbertali. Ujian mula dtg. Ketar kepala lutut aku haritu

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum, thanks sebab siarkan confession saya. Confession ni adalah berkenaan beberapa siri episod kecurangan yang saya hadap.

Kebetulan pula sehari dua ni heboh tentang seorang selebriti dicop ‘home wrecker’. Saya tak mahu ulas pasal dia sebab dia sudahpun terima bahagian dia. Allah Maha Melihat guys.

Nama saya Lea. Berumur 27 tahun dan seorang eksekutif swasta di sebuah syarikat pembinaan. Sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang saya kenali hampir 10 tahun.

Tapi, saya ditinggalkan selesai sahaja majlis akad. Katanya dia terpaksa berkahwin dengan saya. Dengan kata lain, saya digantung tidak bertali.

Sehingga kini saya masih isterinya yang sah. Saya tidak menolak kejadian ni juga ada sangkut paut dengan sihir pemisah. Tapi, wAllahualam. Allah lebih mengetahui.

Waktu berkawan saya jarang berjumpa suami sebab dia di utara dan saya diselatan. Kami banyak berhubung di telefon. Ada laa dalam 2, 3 kali kami berjumpa selama 10 tahun berkawan, itu pun waktu kenduri di rumah keluarga mertua.

Hubungan saya dengan keluarga mertua juga rapat. Pernah sebelum kawen suami cakap, saya mungkin akan jadi menantu kesayangan ibu ayah dia sebab sebelum kawen pun ibu ayah sangat ambil berat pasal saya.

Tapi, selama kami berkawan tu jangan cakap laaa berapa ramai girls yang contact saya just untuk bagitau suami saya tu bf dia. Saya layankan je. Tapi, 3 tahun lepas dia lamar saya untuk jadi isteri..

So, kami makin rapat. Tak kisah pun gosip gosip pasal suami. Sebab? Saya fikir kalau dia ajak saya kawen, maknanya dia serius dengan saya. Jadi saya teruskan. Gosip gosip liar saya abaikan.

Selama tempoh menunggu untuk jadi isteri ni hubungan kami normal. Tak pernah bergaduh. Sebab saya jenis yang tak suka bergaduh. Kalau merajuk pun seminit je bertahan.

Sampaikan, kakak kakak ofis tegur,

“Lea, akak tengok awak ni happy je. Selalunya orang bercinta ni ada la masa masa masam muka. Yang awak ni tak nampak pun muka stress ke apa”.

Malas sebenarnya nak bergaduh. Kita sakit hati. Jadi, saya cuba jadi orang yang positif. Tak kisah pun tengok komen komen gedik beberapa orang perempuan di fb suami. Tapi komen komen tu suami tak balas pun. Jadi saya tak ambik port sangatlah.

Tipulah kalau kata saya tak merajuk, tak cemburu. Ada juga, tapi malas dilayan. Suami pun jenis cool. Bukan jenis marah marah. Tak cepat melenting.

Pada saya, dia lelaki yang sangat baik. Hormat orang tua, soft spoken dan semestinya kacak. Mungkin sebab tulaa ramai peminat.

Sampailah hari menikah, saya ditinggalkan. Tanpa nafkah zahir batin. Tanpa khabar berita. Mesej mesej saya tak dibalas. Cuma hal hal penting sahaja.

Sedih memang sedih. Suami berubah 360 darjah. Sampaikan saya dah tak kenal siapa dia. Kami dah macam orang asing. Dah bergelen air mata habis. Tapi sekarang dah kurang sikit membazir air mata. Sebab hidup perlu diteruskan.

Penat jugak menangis ni. Mata hidung semua jadi sembap. Hodoh je bila bila tengok cermin. (Tapi saya cantik tau hahaha perasannya).

Maka bermulalah episod ujian dalam hidup saya. Tak lama lepas kawen, ada seorang perempuan hantar pesanan di fb. Disoalnya siapa saya? Tak tahu ke yang suami saya tu dah ada gf sebelum ni?

Saya masa tu ketar kepala lutut jugalah, hahaha. Tapi saya cuba wat lek wat peace. Saya balas dengan cara paling berhemah.

Tak mahu jadi perempuan low class seperti dia. Saya just cakap, ye dia suami saya. Kami dah berkawan lebih 10 tahun. Kisah kisah cinta dia sebelum kami menikah ni saya tak layan sebab sekarang dia suami saya yang sah. (Biarpun saya ini hanyalah isteri diatas kertas sahaja).

Terus dia diam dan block saya di fb. Eh, dia pulak yang block kita.

Semua benda benda diatas tu saya tak sorok pada keluarga mertua. Pendek kata Allah dah anugerahkan saya keluarga kandung dan keluarga mertua yang terbaik. Tapi mungkin ini permainan Dasim. Benci melihat hubungan halal anak Adam.

Selepas dari episod perempuan tu, muncul pulak episod gf yang lain pula. Tapi yang ini special sikit sebab sampai ke hari ni memang suami saya berhubungan dengan dia.

Dah banyak mata yang melihat mereka keluar berdua. Pernah juga terkantoi chat suami dengan perempuan itu. Saya cuba berseloroh, supaya dia berterus terang kalau dia ada gf lain.

Memang takklaaa dia nak mengaku. Kenapa nak takut? Kenapa tak nak mengaku? Saya fikir, mungkin dia tak nak perempuan itu dipersalahkan.

Pernah dia marah pada saya, sebab saya cuba mesej perempuan tu. Saya cuma nak berkenalan dengan gf suami. Tapi berapi saya dimarahi suami. Perempuan tu mengadu saya mesej dia. Eh, penakut rupanya dia.

Jadi saya hanya berdiam diri. Dah orang tak suka kita. Walau saya punya hak sebab saya isteri. Tapi hak saya dinafikan suami. Saya fikir, nak je saya saman perempuan ketiga ni. Tapi malas pulak, sebab suami sendiri yang melayan. Dan saya pula dah lama dibuang.

Ada yang suggest supaya saya minta fasakh. Tapi pada saya itu jalan terakhir saya akan ambil sekiranya semua usaha saya dan keluarga menemui jalan buntu.

Lagipun, siapa tak sayang suami. Dan saya sayang perkahwinan ni. Kalau boleh saya akan usaha selamatkan sehabis daya. Tapi andai kata, usaha saya tak berbalas.. maka saya redha.

Pasal siihir pemisah yang saya cakap tadi, saya ada dibawa berjumpa dengan ustaz Darul Syifa. Rata ratanya mengatakan suami terkena guna guna. Siapa pelakunya? Saya pun tak tahu. Allah jualah yang Maha Mengetahui.

Sehingga ke harini, saya masih lagi berikhtiar. Cuba untuk mengembalikan semula suami ke pangkuan keluarga. Tapi takdir Allah tak siapa yang tahu. Saya hanya mampu berserah.

Suamiku, saya ampunkan segala salah dan silap awak. Buat teman wanita suami, selamat berbahagia diatas kesedihan orang lain.

Buat penyihir yang hanya Allah sahaja yang tahu, semoga Allah mengampunkan dosa kamu. Dosa kamu pada saya mungkin boleh saya maafkan tapi saya perlukan masa.

Buat keluarga tersayang, maafkan Lea. Lea hanya memberi duka buat ibu ayah. Doa Lea semoga Allah segera memghapuskan luka luka di hati ibu, ayah, umi dan walid. Dan semoga Allah memberikan kita semua jalan yang terbaik.

Tak ada siapa yang betul dan tak ada siapa yang salah. Saya tak menuding jari pada sesiapa. Semuanya aturan Allah. Tak kan terjadi sesuatu tanpa izin Allah.

Akhir kalam, setia is not depends on gender. Boys or girls kalau nak curang tu, curang jugak. Kalau salah seorang tak melayan, tak kan jadi kes curang mencurang ni.

Satu lagi guys, dunia harini mungkin makin moden, kereta terbang sembang kencang tapi jangan terkejut kalau orang yang percaya pada siihir ini masih wujud.

Mungkin kisah saya hanya ada 1 dalam 100 orang. Tapi percayalah ujian Allah banyak menyedarkan kita.

Ujian setiap orang berbeza. Allah pasti akan uji setiap hambanya yang beriman. Ujian saya begini, ujian kamu pula begitu. Allah menguji sesuai dengan kemampuan kita.

Semoga saya dan yang senasib dengan saya akan menemukan titik redha yang sebetulnya. Mungkin waktu itu barulah Allah mengabulkan setiap doa kita.

Teruskan berdoa dan meminta tanpa putus. Allah tidak zalim. Sampai waktunya, kita pasti temui bahagia samada di dunia atau di akhirat

Kisah saya ini masih belum menemui penamat. Tapi, saya sudah bersiap sedia untuk menerima sebarang kemungkinan. Baik atau buruk pun ia terpaksa saya terima.

Mohon doa kalian semua semoga Allah memberikan jalan keluar yang terbaik untuk kami.

Semoga ketemu lagi. Assalamualaikum.

Reaksi warganet

Nadiya Amani –
Macam mana confessor boleh setuju kawen dengan lelaki ni tanpa meneliti akhlaknya terlebih dahulu. Adakah sebab beliau kacak semata mata?

Padahal sebelum kawen lagi dah ada ramai perempuan tampil mengaku bf patut dah tau apa patut buat tu. Anyway dah kawen, memang kene redha je la sambil berdoa, berusaha la win hati dia balik, itu sahaja jalan untuk awak.

Sambil sambil tu solat istikharah minta Allah mudahkan jika suami tu panjang jodoh dengan awak, dan doa diberi kekuatan untuk berpisah jika bukan jodoh terbaik dan akan memberi keburukan di masa hadapan.

Jaja Halim –
Aku ni kan bukan tak percaya bab bab siihir ni. Tapi setahu aku, kalau dah kena siihir, takde nye dia nak cakap dengan awak elok elok, nak reply text text awak even hal hala mustahak. Dia terus hilang je tanpa khabar.

Dan kalau betul pun dia disiihir, dah lama kot gf2 dia soh dia cerraikan awak. Buat ape nak bermadu kasih dengan orang lain sedangkan boleh dapatkan laki awak sekelip mata je.

Ape pun saya doakan urusan awak dipermudahkan. Kadang laki ni kawen sebab nak mak ayah dia bahagia je dengan ape yg dorang kenan. Mungkin gf2 lain mak ayah dia tak suka. Untuk puaskan hati parents dia, dia kawen dengan awakkk… Gitewww laa kot

Jeera Jasmeen –
Ni bukan siihir lagi dah. Dah memang playboy. Biasanya orang yang kena siihir akan sakit.

Awalnya sis cakap, husband sis masa kawan dia ok kan, memang la dia ok, sebab sis diam, tak mencetuskan perbalahan, tak membangkang, manjang positif je. Tak salah nak positif tu, tapi cuba kena tempat.

Dan saya rasa gf2 suami sis ni semua kena tipu jugak. Mesti banyak alasan dia bagi nak jadikan gf dia. Ya, memang semua aturan Allah, tapi kecurangan tu manusia yang pilih (kalau sorang je gf dia tu mungkin la dia terbabas, boleh lagi nak cakap ujian Allah, ni dah dua tiga empat tu memang sengaja la.)

Hidup ni pilihan, nak bahagia atau sebaliknya. Kalau sis rasa ok suami macam tu, maka bersabarlah banyak banyak, sampai ke tua mungkin. Pilihan hidup kat tangan sendiri. Yang sekeliling kita boleh nasihat je.

Fazidah Abdul Kadir –
Ni bukan cerita dalam tv sis. Takdenya dia nak balik kepada awak. Isteri akan ikut suami masuk syurga, tujuan berumahtangga ni sunnah nabi tapi dah kalau bergantung tak bertali dan suami pulak dok cari bangkai kat luar dari yang halal, macamana nak masuk syurga bersama?

Awak pula terjerat dok pergi berubat kesana kemari. Silap perubat boleh jatuh syiirik pulak. Mintak dijauhkan lah ya. Nak buat ketaatan dan dapat pahala seorang isteri pun macam mana? Mungkin dapat lah pahala menunggu dan setia, tapi sia sia jugak.

Baik cari suami lain yang boleh hidup bersama dengan mawaddah dan rahmah. Awak kan cantik lagi. Tak berbaloi pun menunggu, defeats the purpose of marriage in Islam lah.

Kalau macam ni baik takpayah kawin. Berbakti pada mak ayah pun dapat dah pahala sabar dan berkhidmat. Why are u hurting yourself? Islam pun tak tuntut. Tinggalkan lah dia, sebelum terlambat.

Fatin Falcon –

Aku rasa teori kena siihir timbul sebab laki dia tak pernah sentuh dia after kawen kot?

Sis, most of us suka mintak petunjuk Allah dalam doa hari hari. Tapi bila Allah dah kasi petunjuk most of us tutup sebelah mata.
Sebelum awak kawen Allah dah tunjuk dah laki awak tu boya darat. Tapi sebab dia ajak awak kawen terus awak buat buat tak nampak petunjuk tu.

Kalo awak belom kawen, saya suggest awak tinggalkan je dia. Tapi sebab dah terlanjur kawen, awak try ajak dia gi kaunseling ke or awak ajak orang yang korang dua hormat dan percaya untuk jadi orang tengah selesaikan masalah korang.

Benda ni kena face to face tak boleh main whatsapp aje. Tanya laki tu depan depan muka dia, kenapa dia buat awak gitu, sampai bila nak buat awak gitu.

Awak kena sayang diri awak dulu before sayang orang lain. Saya taktau la awak ni positif ke bendul sangat entahlah. Saya doa awak jumpa jalan penyelesaian ok.

Sumber – Lea (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *