Aku pergi pusat urut, minta gadis yg suami pernah langgan. Aku terkjut, sambil menangis aku trun tangga

Foto sekadar hiasan.

Hi semua. Aku gelarkan myself sebagai Hana (bukan nama sebenar).

I don’t know how and where to start the story tapi takpe aku akan cuba ceritakan confession ini dengan sebaiknya dan aku berharap confession ini disiarkan untuk pengajaran semua termasuk aku.

Aku merupakan seorang isteri berkerjaya (senior exec di sebuah syarikat oil & gas) berusia 34 tahun dan mempunyai seorang anak.

Suamiku merupakan seorang manager di sebuah syarikat oil & gas kepunyaan negara (rasanya semua tahu kot). Usia perkawinan kami telah menjangkau 9 tahun pada tahun ni.

Pada mata kasar dan pada pandangan keluarga aku termasuk keluarganya dan jugak kawan kawan kami, kami berdua adalah pasangan bahagia dan kerap menunjukkan kebahagiaan itu di laman social seperti Instagram and Facebook.

Tapi betul lah orang kata, disebalik bahagia pasti ada terselit duka dan duka itu aku alaminya sejak awal tahun lepas (2019).

Oh ya sebelum terlupa, I came from a good family background tapi dugaan berlaku di hujung hujung ketika aku melahirkan anak tunggal ku. Ayahku memilih untuk menduakan mak dan berkahwin secara senyap.

Hingga ke hari ini hanya aku dan adik mengetahui mengenai perkahwinan kedua ini tapi merahsiakan daripada mak demi menjaga hatinya.

Dari saat itu hati aku remuk memandangkan aku memandang tinggi ayah sebagai ketua keluarga yang dihormati dan sehinggakan aku set suami pilihan aku haruslah seperti ayah.

Bila terjadi seperti itu, aku hanya tinggal suami ku untuk menjadi satu satunya lelaki yang dipercayai dan diharapkan untuk kekal setia dan menjadi suami mithali untuk keluarga kecil kami.

Malangnya semua tanggapan itu meleset. Semuanya bermula pada awal tahun lepas apabila secara tiba tiba aku mengalami gangguan peri0d dan upon checking with specialist. Aku disahkan mempunyai cyst yang kecil di 0vari.

I was admitted to the hospital dan sepanjang berada di hospital, suami menjaga dengan baik dan tiada apa apa yang ganjil padanya.

Sepulangnya aku dari hospital pada hari keesokannya, kami keluar makan malam bersama seperti biasa dan apabila pulang, while waiting for the lift.

Tanpa disengajakan, anak ku yang selalu bermain games di handphone suami telah memberikan phone itu kepada aku untuk dipegang sementara suami sibuk mengeluarkan barang dari bonet kereta.

From that moment, berbagai notifications telah appear di phone suami especially dari laman social seperti Wechat, Tinder and etc.

Berderau drah aku apabila aku click di bahagian chat ada berbagai bagai chat di dalam, mostly flirting chat. Aku bingung dan terus menangis semahu mahunya di dalam toilet rumah selepas confront dengan suami untuk jelaskan apa yang aku lihat tadi.

He explains that all these cuma suka suka sahaja since aku kurang melayani kehendak batinnya dan semua ini dilakukannya pada lewat malam sambil menyiapkan kerja atau research paper ketika aku sudah tidur bersama anak.

Aku jadi confuse dan bertambah bingung since apa maksud nya sebagai kurang sedangkan sebagai isteri berkerjaya, aku masih melayani kehendaknya almost every day walaupun ada sehari dua aku knock down early sebab letih dengan kerja ofis.

Masihkah aku dianggap kurang melayani sehingga memilih untuk flirting chat?

Selain dari flirting chat, aku mula menjadi penyiasat tegar di mana sebelum ni aku begitu jujur dan setia tidak spot check langsung handphone suami demi 100% percaya.

Aku mula menceroboh email nya, WhatsApp web demi mencari bukti walaupun in the end, bukti itu hanya meremukkan lagi hati aku.

Ada setengah chat yang aku jumpa untuk request girl for massage in which bila aku confront again, he told me,

“Oh pegi massage saja saja sebab dier urut best. Takde request lebih pun. Lagipun kawan yang recommend”.

Apakah perasaan isteri yang lain sekiranya ini jawapan suami anda?. Aku sukar mempercayai untuk sekadar massage tanpa lebih lebih knowing the nature of the business.

Sehinggakan aku pernah pergi sendiri ke tempat massage yang dikantoikan dan request sendiri girl yang suami pernah request untuk massage, tahu apa jawapan owner tempat massage tersebut?

“Sorry.. sorry.. sini takde massage untuk perempuan!” dan terus menutup pintu. Aku sempat menjeling ke dalam dan memang suasana sangat gloomy and dark and semua pelanggannya memang lelaki.

Air mata aku berjurai dengan lajunya sambil menuruni tangga, sambil merasa kejamnya Tuhan pada aku menurunkan ujian sebegini di saat aku memilih untuk setia tanpa curang kepada suami dari hari pertama perkahwinan kami sehingga ke saat itu.

Hari hari yang berlalu sememangnya memberi tamparan hebat kepada aku dan aku menjadi paran0id.

Setiap tingkah laku suami mula menjadi perhatian aku sehinggakan jika suami stay up lewat malam menyiapkan kerja atau research paper (suami ku juga masih belajar untuk phD), aku akan jadi cuak dan berdebar debar mengenangkan adakah suami akan flirting chat seperti dulu. Sungguh trauma tu membuatkan aku tak nyenyak tidur dan ini berlarutan untuk beberapa bulan.

Aku umpama penyiasat persendirian yang akan check aktiviti suami setiap hari dan sesungguhnya semua tindakan aku ini akhirnya memakan diri sendiri.

Aku disahkan mengalami anxiety dis0rder dan memerlukan khidmat kaunseling pskiatri (tanpa mengambil ubat) untuk menenangkan diri.

Di hadapan Dr Pskiatri aku menangis semahu mahunya tanpa dia bertanyakan apa apa soalan. It was such a relief walaupun in the end nasihat Dr itu lebih kepada supaya aku mendekatkan diri kepada Tuhan dan jangan menyalahkan diri sendiri.

Kesan dari anxiety dis0rder, aku mula mengalami gejala physical antaranya :

1. Rasa kebas di seluruh badan – sehingga pernah admit di wad untuk berjumpa pakar saraf dan menjalani ujian saraf untuk mengesan sebarang abnormal. In the end result nya, aku sihat dan normal dan ianya cuma perasaan aku.

2. Rasa kering tekak dan mulut – aku ingatkan aku menghidapi penyakit serius kerana ia berlarutan for almost 3 months ++.. In the end, resultnya tetap sama, aku sihat dan normal.

Sesungguhnya semua ini sangat menyeksakan jiwa dan aku sangat bersimpati dengan anak tunggal aku yang terpaksa menghadapi semua ini di mana mood swings aku yang boleh hadir secara tiba tiba.

Dan aku pernah rasa nak throw him from level 8 of our house bila dia cuma bertanyakan soalan yang simple sahaja.

Begitu besar impaknya kepada aku untuk melalui dugaan Tuhan ini dan mujurlah lama kelamaan aku belajar untuk memujuk hati dan akhirnya pulih dari anxiety dis0rder pada hujung tahun lepas.

Aku memilih untuk tidak lagi mengambil tahu aktiviti handphone suami setelah dia bersungguh sungguh meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya kembali.

Walaupun kepercayaan itu tak mampu aku kembalikan 100% seperti dulu, tapi aku biarkan kepercayaan itu ada demi anak aku dan perkahwinan ini.

Semoga Tuhan merahmati perkahwinan ini dan semoga aku terhindar dari perasaan untuk membalas dendam atas semua yang telah suami lakukan kepada aku.

Setiap hari suara suara dari dalam asyik mempengaruhi aku untuk membalas dendam. Namun cepat cepat aku ingatkan kembali status aku sebagai isteri dan ibu kepada anak lelaki di mana perlakuan itu sangat la against the norm.

Kepada suami, I’ve suffered this a lot inside alone and I healed myself because of I choose to heal it demi sayangnya saya pada awak dan anak.

Semoga peluang kedua ini tak disiakan kerana saya takut sekiranya suatu hari nanti saya tak mampu nak pandang awak dengan rasa cinta sebagaiman saya selalu pandang awak dulu dengan penuh rasa sayang dan cinta yang mendalam sebagai ketua keluarga dan pelindung saya dan anak.

Sekian…

Reaksi warganet

Aina Charmaine –
Don’t ever put your husband (another human) before Allah and Rasulullah. Kita akan sayang sedalam yang mungkin pada lelaki bergelar suami. Tapi hidup penuh dengan ujian.

Maka sentiasa ingatkan diri untuk bahagia bersendirian. Raikan orang sekeliling tapi jangan terlalu attached, people comes and go. Ramai wanita diuji dgn kecurangan, begitu jga lelaki.

Anda diberi rezeki dari sebuah keluarga yang baik baik, kerjaya yang elok suami yang berkerjaya. Maybe ini ujian besar untuk anda. Percayalah semua orang sedang diuji. Moga Allah permudahkan urusan puan.

Oya Alya –
Hana, nasib kita hampir sama. Saya pun masih dalam healing process (walaupun dah bertahun). Tapi sejak beberapa minggu lepas saya rasa much better.

Banyak stage2 dan cycle2 yang saya alami. Kejap marah, kejab sayang, kejab benci. Tapi sampai saya faham, ni sebenarnya semua pasal diri kita dan perjalanan hidup kita. Letak tepi suami dengan skandal2nya. Fokus pada diri kita. Kita denga Allah.

Tapi tu la, cakap senang. Tapi nak capai benda ni susah. Memag kene doa sungguh sunguh dengan Allah. Biar Allah yang uruskan hati kita.

Awak cuba identify motivator mana yang sesuai dengan awak. Contoh macam saya suka Abu Hurairah Asifa, ustazah Asma Harun, Firdaus Mokhtar. Cuba follow, cari yang sesuai dengan awak. Yang boleh buat awak tenang. Yang penting DOA.

Nazya Haser –
Aku pernah lalui. Bukan pasal ayah. Tapi pasal suami. Dah lama aku tau. Dari sbelum dapat anak sampai dah dapat anak.

Betol orang kata. Takde apa yang bole ubah seseorang kecuali diri dia sendiri. Even anak pun tak mampu buat dia berubah.

Aku jadi penyiasat. Semua benda dia buat aku bole detect. Aku buat wasap web. Hack emel fb dia bagai. Dia curang guna fb fake. Tapi bila aku pilih untuk tidak bergaduh, aku jadi pendam dan dendam.

Aku sampai ikat tangan aku bile suami aku tido sebelah aku sebab aku rasa nak amek pisau nak tkam dia. Dan memang aku pernah nak tkam dia tapi sipi2 kena tilam.

Bila anak panggil aku macam tersedar. Cepat cepat aku buang pisau. Dan yang paling aku bersyukur akhirnya aku bercerrai walaupun bukan dengan cara baik. Kami wrestling, hahah.

Tapi aku tenang sekarang. Hampir setahun berlalu. Aku seronok jalani hidup aku skarang dengan anak aku…

Lieya Lie –
Ape yang puan hadapi hampir sama dengan saya. Saya pun ade dpresion, anxiety, kebas seluruh badan, selalu mengantuk, hilang selera makan, split identiti. Malam malam memang tak boleh tido sebab otak duk berperang.

Allah sahaja yang tahu. Lebih baik berikan cinta kepada Allah daripada manusia yang tidak menghargai. Sampai masa, suami yang menganiayai dan menzalimi isteri akan mendapat balasan yang setimpal diatas perbuatannya. Moga Allah berikan kekuatan kepada sesiapa yang sedang menghadapi masalah.

Sara Laila –
Sayang kan suami jangan terlalu sayang sangat sampai kita letak kepercayaan 100% dengan suami biarpun nampak dia baik perfect sekali pun.

Kita kena letak at least 10% tak percaya dekat suami. Dan kita tak boleh nak expect lebih dengan orang. Tak kira lah dengan siapa pun.

Sebab expectation tu lah yang akan buat kita jadi down sebab kita expect dia macam tu macam ni tapi lain pula yang jadi. So just let it be and let it simple. Sayang berpada pada.

Suami hanya pinjaman sahaja. Sakit tu memang sakit tapi kita kena pikir tu juga mental kita hati kita. Be positive. Buat prkara yang buat kita happy luang kan masa dengan anak. Beli barang yang puaskan hati kita.

Lagipun puan pun kerja bagus banyak income so tak perlu risau sangat pasal suami tu. Risau pasal diri kita sudah lah. Kita bahagiakan diri kita jangan expect lebih dengan orang lain terutama husband sebab tu ramai yang kecewa sakit berlebihan. Sekian

Sumber – Hana (Bukan nama sebenar) via IIUMC

One comment

  1. Memang sakit bila d tipu apa lagi dgn org yg Kita betul2 percaya…puan percaya lh..dekatkan diri dgn Allah.. mohon semoga d lembutkan hati Kita..belajar untuk syg diri sendiri…berserah dgn Allah 300%…insyallah Hati akan tenang wlaupn puan Tau husband masih buat benda yg sama..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *