Kahwin muda. Tangan kaki hinggap muka isteri, dia balas. Tapi, bila lahir anak ke3 aku nekad

Foto sekadar hiasan.

Salam min. Cerita cerrai berai je hari hari aku baca. Ni aku nak share cerita bahagia pula. Tapi yang sedih kami tengah diuji sampai aku tak habis habis menyesal atas apa yang aku buat.

Aku nikah muda. Masa tu aku 23 tahun je isteri pulak baru 18 tahun. Kami nikah pada tahun 2010 dan alhamdulillah dikurniakan 4 orang anak yang bijak cantik macam ibu dan kacak macam ayahnya pula.

Masa mula mula kawin dulu, saya sorang yang panas baran isteri pula jenis kuat melawan. Tangan kaki hingap dekat muka isteri, dia pula melawan gigit dan cakar saya. Habis berdrah drah tangan badan dicakar. Dia pula lebam lebam badan saya belasah.

Pergaduhan punca dari kami yang tidak matang. Contohnya isteri malas masak, saya pula tak reti nak tolong buat kerja rumah. Kadang kadang gara gara isteri membebel pun boleh jadi gaduh besar.

Lepas lahir anak pertama, kami masih macam tu, gaduh lawan lawan. Anak kedua sama juga. Tapi saya jenis tak layan perempuan walaupun sekarang saya kerja dalam badan beruniform dan berpangkat tinggi.

Ramai wanita tergila gila termasuk di office tapi tak layan sebab bagi saya tu semua buang masa. Cuma saya memang panas baran. s

Sampai lah lahir anak ke 3. Saya nekad nak berubah. Saya taknak pukul isteri saya.

Pertama saya biarkan isteri membebel. Bila dia buat muka, saya cepat cepat bawa anak main main. Bila dia nak makan sesuatu saya cepat cepat beli. Saya dah mula beri isteri hadiah, emas, bunga dan kadang kadang ajak anak isteri makan dan melancong diluar.

Sejak tu isteri dah mula berubah. Isteri dah belajar masak. Masakan pertama isteri adalah nasi briyani kambing sebab tu makanan kesukaan saya. Isteri berlajar dari google je.

Baru saya tahu isteri masak sangat sedap min. Saya puji masakan isteri saya, lama kelamaan isteri saya makin rajin belajar. Macam macam resepi isteri masak dan semua menjadi, sampai lah kek dan biskut pun isteri saya dah pandai buat. Dan saya selalu puji isteri saya dan dia makin semangat nak buat sesuatu.

Bukan tu je min, makin usia meningkat layanan isteri saya makin top. Macam macam cara dia belajar untuk puaskan saya. Sedangkan dulu macam macam alasan dia beri untuk menolak. Makin saya puji isteri hebat, makin pandai dia layan saya.

Bukan tu je. Anak anak lagilah dia reti sangat nak handle. Pukul 4 am dah bangun masak bekal anak anak. Pukul 8 am kerja semua dah siap.

Saya pula kalau malam selalu tolong basuh pingan, jemur kain, dan bawa anak anak main. Masa tu isteri pula santai santai berehat.

Ya Allah hebatnya ujian yang kau berikan sebelum ni dan semuanya kau hadiahkan dengan kebahagiaan. Syaratnya adalah kena bersabar dan nekad berubah. Jangan kita berharap pasangan kita berubah kalau kita sendiri tidak berubah.

Jika kita berubah menjadi lebih baik, in sha Allah pasangan kita juga akan baik baik.

Sekarang isteri saya baru melahirkan anak nombor 4. Alhamdulillah rezeki makin mencurah curah bila saya dinaikkan pangkat dan kami akan buka bussines sendiri.

Tapi isteri diuji bila disahkan sakit kenser tahap 2. Saya yakin isteri boleh sembuh, setiap penyakit pasti ada ubatnya. Semoga Allah jaga keluarga kami.

Saya nak pesan pada lelaki diluar sana. Nak isteri yang baik, cuba kita perbaiki diri dahulu, in sha allah semua akan baik baik.

Isteri bukan hamba, tapi amanah. Sama sama lah saling bantu membantu. Buang sikap ego dan panas baran. Isteri wanita yang kita pilih. Pastikan pilihan kita tepat dan jagalah dia..

Reaksi warganet

Nur Aisyah –
Sama la rumahtangga aku. Gasak bergaduh, semua pecah. Muka pun naik pecah. Da masuk 3 tahun kawin, nak gaduh pun kene request. “Nanti maki maki eh. Bosan pulak tak maki dan gaduh gaduh”. Ahaha.

Suami pun makin baik walaupun dulu macam hawau perangainya..

Tapi sekarang ni saya sakit. Suami pun tak tau lagi. Tak nak bahagia yang ada berakhir dengan kesedihan pada dia. Moga saya kuat dan sentiasa kuat. Dan doakan lah saya bole bagi anak pada suami sebelum saya pergi.

Nor Liza Md Arif –
Semoga isteri tuan dapat sembuh dari knser
Ingat ye. Pesakit knser ni sangat sangat sensetif. Bila dah start kim0 nanti, tetap la memuji isteri seperti selalu.

Bagi dia sokongan moral. Mungkin isteri dah tak mampu nak layan macam dulu tapi jangan lah mengeluh….

Sentiasa simpati dengan dia. Jangan la ada perasaan jelek pada isteri nanti.

Sesungguhnya berat ujian ni. Semoga tuan, isteri dan anak anak tabah menempuhi ujian ini. Doalah banyak banyak agar isteri dapat pulih dari knser.

ElyShia Charlie –
Sebab tu orang selalu cakap, isteri adalah cerminan suami. Baik isteri, baiklah suami. Rajin isteri, rajinlah suami.

Nak sesuatu kebaikkan, suami harus tunjukkan jalan, sebab suami adalah ketua. Kalau ketua tunjuk perangai tak baik, nescaya isteri dan anak anak akan ikut sama.

Syabas kepada tuan, kerana mampu mengubah diri serta seluruh ahli keluarga tuan. Semoga isteri tuan cepat sembuh dan diberikan kesihatan.

Wawa Darwish –
Ni baru betul. Bukan lari pergi cari bini baru. Dua dua ada salah. Tapi sebagai ketua rumahtangga, ko gunakan akal dengan cara yang betul. Kebanyakan isteri ni lah yang dia nak. Tapi ramai suami tak paham.

Sebab tu pakar kaunseling cipta istilah ni, isteri cerminan suami. Ni la yang diorang maksudkan. Ada sesetengah tu guna istilah ni pun jadi punca bertelagah…

Just nak remind suami adalah ketua kepada isteri. Jadi coraklah rumahtangga kamu dengan ilmu dan kesabaran. Barulah semuanya dipermudahkan.

Kalau cetek ilmu belajar lah, kalau lebih ilmu sebarkanlah. Moga korang kuat, berdepan dengan ujian Allah. Banyak lagi ujian juga menanti kami..

Filzah Adilah –
Masa saya mula mula kawin dulu, mak tiri saya selalu pesan. Kalau suami isteri gaduh gaduh kadang suami pukul pukul, bersabar lah, drah muda. Itu yang dia pesan lah.

Tapi kebanyakan komen kat KRT ni, bila kena pukul sekali terus disuruh bercerrai berai. TT ni pun panas baran juga.

Kalau isterinya buat luahan di KRT masa mula mula kawin dulu, mungkin mereka dah bercerrai berai. Dan anak anak tak bahagia seperti sekarang.

Lepasni bantu lah orang orang yg meluah di sini dengan komen komen yang membina dan memberi semangat. Setiap manusia ada peluang untuk berubah..

Faridah Muda –
Bagus ayat ni, jangan kita berharap pasangan kita berubah kalau kita sendiri tidak berubah. Jika kita berubah menjadi lebih baik, in sha Allah pasangan kita juga akan baik.

Nak isteri yang baik, cuba kita perbaiki diri dahulu in sha allah semua akan baik baik. Isteri bukan hamba tapi amanah. Sama sama lah saling bantu membantu. Buang sikap ego dan panas baran. Isteri wanita yang kita pilih pastikan pilihan kita tepat dan jagalah dia..

Moga kita dapat ambil teladan dari apa yang TT sampaikan.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *