“Aku doa bapak mti cpt”. Aku dah xtahan. Kesian sgt mak. Rupanya kakak2 pun hrap dorg bercerrai

Foto sekadar hiasan.

Hi, nama aku Nada. Aku ada 3 orang adik beradik. Aku anak bongsu dan umur aku jauh dengan kakak kakak aku. Diorang dah masuk 3 series. So memandangkan aku anak yang terakhir, memang aku jelah yang kena menghadap apa yang jadi dalam rumah ni.

Kakak kakak aku semua duduk jauh. Aku nak tanya boleh tak kalau nak doa bapak sendiri mati cepat? Aku dah tak tahan tengok mak aku hidup macam single mother dan macam bibik selama perkhawinan dia. Oh fyi mak ayah aku dah 28 tahun kahwin.

Mak aku makin sebiji macam “single mother” sejak ayah pencen. Mak dah biasa pergi mana mana sorang diri naik motor. Angkat gas, angkat benda berat? Kopek durian? Semua mak aku yang buat.

Ayah? Mengangkang tengok tv. Tu jelah kerja dia, dari pagi sampai ke malam. Bila lapar je dia bangun pergi dapur.

Kau bayangkan lah, dia breakfast je 2x, pukul 8 sekali. Then dalam pukul 10 lebih makan lagi. Tak sempat sampai pukul 12, dia dah buat bunyi dia lapar dari ruang tamu (menguap kuat kuat atau dia akan cakap LAPARNYAAAAAA).

Aku dengan mak sumpah sakit hati. Kita ni macam bibik dalam rumah, kerja tak pernah nak siap.

Dianya? Tahu baring bising lapar. Kalau bapak aku breakfast tak makan berat takpe. Aku faham dah waktu lunch dia akan lapar. Tapi, semua makanan yang ada atas meja dari pagi semua dia sebat.

Dahtu bising cakap lapar lagi. Memang aku dengan mak aku kat rumah ni kerja fully nak kena penuhkan perut bapak aku ke?

Ada 1 hari tu, sebelum lunch lagi bapak aku dah makan berat dalam pukul 11 lebih macamtu.

Jadi aku dengan mak aku pun tak masak lah dulu sebab masih kenyang dan kitorang nak rehat sekejap last last tertidur sampai pukul 2. Tiba tiba aku terdengar bapak aku hempas tudung saji atas meja.

Kelam kabut mak aku pergi dapur, mak aku cakap dia tertidur ingatkan bapak aku dah kenyang tadi. Ayah buat taktahu je dan tak bertegur dengan mak aku dalam 3 4 hari. Dan ayah jenis tiap hari makan petang kena ada. Kalau takda, dia akan perli perli aku dengan mak.

Jadi sekarang, kami praktikkan untuk siapkan lunch before 2pm. Sementara aku cuti sem ni boleh lah aku tolong mak aku, kalau aku dah takda. Siapa nak tolong dia mengemas? Siapkan lunch sharp pukul 12?

Ayah pernah baling pinggan sampai pecah sebab mak terlupa nak amik ayah balik kerja. Ayah pernah tinggalkan mak tepi jalan dan biarkan mak balik seorang diri.

Ayah pernah membdoh dah membangangkan aku sebab aku tersalah dengar apa yang dia minta. Ayah pernah suruh mak tolak motor yang rosak dari rumah ke kedai motor.

Ayah pernah cakap mak takde otak sebab mak masak 1 lauk tak sedap. Aku benci ayah.

Ok tu part makan, ni aku nak cerita part tak reti menolong. Kadang kadang bila kitorang tak buatkan air ayah, dia akan buat sendiri tapi dia akan biar sampah sachet tu atas meja makan beserta cawan minum yang dah kosong dan kerusi yang tak disusun balik.

Dia sorang je minum tapi meja makan punya besepah macam 5 orang makan. Dan ayah jenis makan apa apa, dah habis dia akan biar atas meja.

Dia cuma bawak diri dia je pergi cuci tangan. Kadang kadang tu macam makan pisang goreng, keropok lekor je. Tapi still besepah. Setiap kali lepas ayah makan memang aku kena sapu. Dengan sambal yang tumpah, serdak serdak makanan lagi. Senang cakap macam budak kecik makan la.

Ayah memang dari dulu makan bersepah, bukan sebab dia dah tua yeee. Aku dengan mak aku tak lari dari macam bibik kan?. Kitorang ni kena tatang ayah macam raja.

Aku jenis yang tak boleh nampak sepah. Ada sampah sikit kat lantai pun aku sapu dan aku tak suka atas meja makan tetamu penuh barang contoh macam helmet dan barang menukang.

Setiap hari aku akan kemas rumah. Tapi cuba bayangkan setiap hari aku kemas setiap kali tu juga bapak aku akan sepahkan. Jenis dah keluarkan barang barang tak reti nak simpan balik dan dia akan biar je barang tu macamtu.

Bila aku nak alihkan nak kemas, dia marah tak bagi aku kacau barang barang dia dan aku pun serik nak alihkan barang barang bapak aku sebab selalu sangat aku disalahkan bila ada barang barang dia hilang sebab aku kemas.

Bila ada tetamu nak datang, baru lah bapak aku kelam kabut suruh aku kemas rumah.

Masa tetamu nak datang time tulah baru dia sibuk suruh aku lap meja, lap kerusi, lap TV eh semua benda lah. Time takda orang datang, macam tongkang pecah rumah.

Macam nak menangis kadang kadang bila aku dah kemas rumah elok elok, siap vacuum ayah sepahkan balik.

Ni part guna tandas, aku nak pesan tak kesah la lelaki ke perempuan. Lepas berak ke kencing tolong lah check mangkuk tandas tu, check keliling tandas ada taiik ke kuning ke dan TOLONG LA BELAJAR TEKAN FLUSH.

Dah beberapa kali jadi dekat rumah aku, bapak aku berak lepastu taiik tu merecik recik sampai jatuh kat lantai. Kembang tekak aku, nasib baik lah dah beberapa kali jadi tu aku tak pernah nampak.

Mak aku yang nampak dan dia akan bersihkan. Kadang kadang mak aku sampai nangis. Bila mak aku cakap dengan bapak aku, dia taknak mengaku.

Oh lupa nak cakap, ayah jenis tak pernah nak mengaku salah dia. Memang takda orang lain lagi yang buat sebab tandas tu mak ayah aku je yang guna. Tandas tu dalam bilik diorang.

Bapak aku pun jenis selalu marah marah mak aku. Dia bukan kesah dekat public ke kat depan anak anak ke. Suka hati dia je nak herdik mak aku,

Aku ni pulak jenis pantang kalau nampak bapak aku macamtu. Memang seminggu lah aku tak bertegur dengan bapak aku, kalau dia cakap pun aku buat taktahu je.

Sakit mak aku, sakit lah aku. Malas aku nak cerita bab ni panjang panjang. Membuak buak sakit hati. Kitorang anak anak dia pun dah puas makan herdik bapak aku. Kitorang paling tak suka kalau kena buat kerja dengan ayah sebab salah sikit habis bdoh bangang bbi semua keluar.

Bapak aku memang tak dera kitorang dari segi fizikal. Tapi dia dera emosi kitorang. Apa yang kitorang cakap semua salah, dia saje yang betul.

Kalau mak aku lupa tutup lampu lepas guna dia bising, marah macam apa. Tapi bila dia sendiri lupa tutup air dalam toilet dan mak aku marah marah. Dia taknak mengaku salah dia.

Kalau ada bukti sekali pun dia takkan mengaku. Hari hari macamni yeee. Korang mungkin nampak apa yang aku cerita ni benda biasa. Tapi aku dah cukup sabar dengan perangai bapak aku. Dulu masa aku form 4, aku pernah doa biarlah mak bapak aku bercerrai.

Aku lagi rela tengok diorang bercerrai daripada bapak aku jadikan mak aku macam bibik dan dera mak aku dari segi emosi, mental. Aku ingatkan aku sorang yang macamni, rupanya kakak kakak aku pun pernah berharap diorang bercerrai hahah.

Aku punya tahap benci dengan bapak aku sampai kalau dia datang meja makan, aku cepat cepat bangun walaupun makanan tak habis lagi. Mak aku pun dah jenuh nasihat aku tak baik buat bapak aku macamtu.

Mak aku kata takpela mungkin Allah nak uji mak aku, belum saat Allah makbulkan doa dia. Kadang kadang aku pernah nampak mak aku nangis masa solat subuh sebab mak aku kalau solat subuh je dia solat dalam bilik aku atau ruang tamu.

Aku pernah terdengar doa mak aku untuk ayah aku sampai tesedu sedu dia. Semoga Allah SWT berikan mak aku kesabaran yang tinggi dan semoga ada manisnya suatu hari nanti untuk mak aku.

Aku nak mintak kepada sesiapa yang baca confession ni doakan kebahagiaan mak aku ye? Aku taknak tengok mak aku nangis sebab perangai bapak aku dah. Aku nak mak aku bahagia.

Terima kasih mak sebab jadi segala galanya untuk keluarga kita. Terima kasih jugak mak sebab jadi wanita paling kuat. Sayang mak!

Untuk ayah, terima kasih sebab dah buat Nada trauma. Terima kasih sebab buat Nada rasa taknak khawin sebab Nada takut Nada jumpa lelaki macam ayah.

Untuk ex boyfriend yang aku dah meng – ex kan dia tanpa sebab walhal dia seorang yang sangat baik dan soft spoken. Maafkan aku, aku benci lelaki. Aku taknak kawen dan aku taknak kau terlalu berharap kita akan berkhawin.

Aku tau mesti ramai marah aku sebab doa yang bukan bukan untuk bapak aku kan? Mesti akan ada yang cakap bersyukurlah ada ayah. Aku memang bersyukur tapi sakit dia hanya keluarga aku saja yang tahu.

Orang lain takkan faham apa yang kami rasa. Aku dah cuba untuk jadi anak yang baik untuk bapak aku. Tapi ada saja benda yang buat aku makin benci dia. Aku minta maaf sebab buat confession macamni, aku dah tak mampu nak tanggung.

Untuk para pembaca, doakan ayah aku berubah. Aku teringin nak tengok bapak aku berlembut dengan kami semua. Walaupun aku nak bapak aku mti cepat, tapi jauh dekat sudut hati aku aku nak sangat tengok ayah aku berubah.

Aku tau aku anak derhaka sebab doa yang tak elok untuk bapak aku. Doakan aku boleh terima ayah aku, doakan aku tak jadi pendendam. Terima kasih.

Reaksi warganet

Ashani Ahmad –
I feel u. Tapi Allah takkan kabulkan doa yang tak baik. Jadi cuba tukar doa kepada Ya Allah berikanlah yang terbaik untuk ibuku dan kami sekeluarga sesungguhnya engkau maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Insyaallah.

Jika perpisahan yang terbaik Allah akan permudahkan, jika bukan pasti ada hikmahnya nanti.

Nurul Athirah –
Bila biasa di “RAJA” oleh maknya macam tu la jadinya. Contoh depan saya banyak. Tapi Allah celikkan mata, bagi akal fikiran dekat kita untuk tidak jadikan contoh ni untuk generasi seterusnya.

Dunia ni Allah nak uji kita, sekejap je sabar la. Sampai satu tahap punya la geram kita ignore je “RAJA” ni. Selalu yang kena macam ni fully housewife. Semoga ganjaran syurga yang tertinggi buat ibumu nanti. Aamiin

Cik Rose –
Anak dah besar besar. Cuba tolong mak tu keluar dari persekitaran t0ksik tu. Kekadang nak bahagia perlukan usaha. Cuba suruh mak pergi mahkamah. Try buat cara ugut nak cerrai.

Anak anak pun besar dan support. Nanti tau lah ayah awak sedar diri. Bila masing masing nak lari dari dia. Lelaki ni kalao dilayan ego dia lagi dia suka. Habis sampai bila awak nak mengadap. Kekadang jadi prempuan kena berani. Dan jangan cuma duduk berharap dan meratap. Satu apa tak jadi nanti..

Eimaisma Ismail –
Itulah. Memang biasanya siapa yang paling banyak berkorban, dia yang akan terkorban. Dia yang akan paling banyak makan hati, paling banyak pendam perasaan.

Biasanya orang yang selalu fikirkan orang lain daripada diri sendiri, yang sanggup susah sebab dia lebih sayang kepada pasangannya. Last last menderita.

Nak harap berubah si ayah tu macam tak mungkin. Tapi tiada yang mustahil kan. Mudah mudahan ada sesuatu yang boleh buat si ayah sedar suatu hari nanti. Manalah tau.

Jangan selepas si emak pergi baru dia nak sedar. Masa tu dah tak guna. Susah nak dapat isteri baik camni tau……huhu!!!! Ape la tue..

Peah Peah –
Setiap manusia berbeza ujian kita. Ada yang diuji ayah macam TT ni. Ada yang diuji ayah ambil ddah, ada yang diuji ayah kahwin lain, cerraikan mak, ada yang diuji ayah sakit tak boleh bangun, berak kencing anak anak kena uruskan. Ada yang diuji ayah berhutang dengan along atau dgn saudara mara.

Cuma tahap kita nak menerima dan bersabar melaluinya. Tak naklah menyalahkan TT dalam hal ini sebab dia yang melalui dan rasa. Minta Allah tolong kuatkan dan tambah tahap sabar untuk mengadap ayah yang perangai dia menguji sabar kita.

Dia mungkin tak berubah dah, umur pun dah senja. Nanti bila dia dah tak de kita akan rasa rindu dengan dia dan rasa nak dengar suara tengking dan herdik dia tu walaupun masa kita lalui tu rasa sakit hati geram dengan perangai dia. Percayalah semua ini hanya sementara selagi dia masih hidup.

Sumber – Nada (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *