Di talak 3 melalui wasap, aku tersenyum. Pelik knp diuji, rupanya tuhan hendak pulangkan bahagia

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika siarkan confession ni.

Bahagia. Semua orang nak bahagia. Tak terkecuali sesiapa pun. Aku nak bicara bahagia dalam konteks rumahtangga. Ini kisah aku.

5 tahun lalu, suami aku curang. Curangnya dengan isteri orang. Siapa sangka bahagia yang aku rasa selama ni, Allah bagi pinjam 8 tahun ja.

Sebaik sahaja aku tahu dicurangi, macam biasalah kan rasa orang rampas bahagia kita, meroyan, menangis sampai bengkak bengkak mata.

Tapi suami aku waktu tu macam tak bersalah je perangainya. Tambahan lagi keluarga mertua langsung tak membantu nak menasihati anak atau adik dia orang.

Menyalahkan menantu lagi adalah sebab katanya aku yang tak ikut tinggal dengan suami sebab kami PJJ dah 3 tahun. Walhal selama ni aku layan mereka macam keluarga sendiri. Dia orang pun selama ni baik ja dengan aku.

Pendek kata 8 tahun tu hubungan aku dengan keluarga mertua memang takda masalah.

Berbalik pada kisah suami aku curang. Aku apa lagi masa tu bila dapat tahu, punya nak mintak balik bahagia aku dengan Allah, dua tiga bulan jugak la aku bangun tahajjud, solat hajat, yassin 7 mubin. Amal doa itu, amal doa ini. Dengan harapan aku dapat balik bahagia aku.

Rasa macam bdoh dan terhegeh hegeh ja bila ingat balik. Haha. Tapi tak apa lah, sekurang kurangnya aku usaha nak pulihkan rumahtangga aku.

Tapi itulah, Allah tak makbul pun doa aku. Sehinggalah kami bercerrai tahun lepas dengan talak 3. Hah, ambik kau. Dia bagi tiga terus tanpa aku minta. Haha.

Masa dia lafaz tu, kalau ada yang fikir aku menangis, sebenarnya langsung tidak. Aku tak menangis. Dia lafaz melalui whatsapp. Dan aku jawab ‘OK’.

Aku bagitau mak dan keluarga aku yang aku dah dicerraikan talak 3 pun dengan muka aku yang seolah olah tak ada perasaan. Mungkin sebab aku dah move on.

So, sekarang hiduplah aku dengan status ibu tunggal kepada anak anak lelaki yang comel.

Jadi disinilah point aku sebenar nak cerita pasal bahagia. Benarlah Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Dulu aku bangun tahajjud mintak Allah pulangkan suami aku. Hanya itu tujuannya. Dah ada masalah berat baru nak bertahajjud. Ikhlas atau tidak waktu tu, Allah je yang tahu.

Yang aku fikir masa tu, aku nak doa sangat sangat minta pada Allah. Aku nak sangat Allah ikut kehendak aku. Sebab bila suami aku curang, aku rasa tak bahagia.

Aku nak Allah pulangkan bahagia aku. Tapi Allah tak bagi waktu tu. Allah biar ja aku lalui banyak perkara pada waktu tu. Banyak benda susah payah aku hadap dan aku kena selesaikan sendiri.

Kereta rosak atas highway menangis aku depan abang peronda yang datang bantu. Haha. Rumah aku biarkan bergelap sebab mentol lampu rosak.

Aku tak biasa nak panggil tukang repair lelaki masuk dalam rumah aku. Tapi sekarang dah repair lah. Paip patah pun aku buka youtube tengok cara macam mana nak pasang semula. Dan semua tu aku buat sendiri.

Dan dalam keadaan tak sedar, dari ujian yang Allah bagi pada aku waktu tu, perlahan lahan aku jadi wanita yang tabah.

Aku ke hulur ke hilir urus itu ini sendirian. Cari nafkah, besarkan anak anak. Dari tak tahu isi minyak kereta aku dah pandai isi minyak. Haha.

Dari tak pandai isi angin tayar kereta sekarang pun aku dah pandai. Bab maintenance kereta pun aku dah pandai jugak.

Kalau pergi bengkel, insyaAllah jangan senang senang dia orang nak tipu aku. Semua ni berkat tunjuk ajar adik adik lelaki kat tempat kerja yang banyak membantu.

Pandangan kawan kawan pada aku kini, aku dilihat wanita tabah dan semangat kental. Kata mereka, jika mereka lalui semua ni, tak tahulah macam mana mereka nak hadap.

Mereka rasa, mereka tak mampu sekuat aku. Tapi aku selalu nasihatkan kawan kawan, jangan pandang aku sebegitu.

Sebab ujian masing masing tak sama. Dan yang pasti, Allah uji kita dengan ujian tertentu sesuai dengan kemampuan kita. Allah tak akan bagi lebih.

Dan Allah bagi ujian begini pada aku. Sebab Allah tahu aku mampu nak lalui walaupun pada awalnya aku rasa lemah, menangis tanpa henti.

Dulu, aku selalu tanya pada Allah diakhir solat, kenapa DIA uji aku begini.

Tapi lama kelamaan aku perlahan lahan terima yang Allah uji sebab Allah sayang, dan Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik walaupun pada ketika itu aku tak nampak langsung hikmah disebalik ujian ni.

Jujur aku katakan, sebenarnya sejak aku dah bercerrai, aku rasa aku lebih bahagia dengan anak anak. Kepala aku dah tak serabut. Hidup aku tenang.

Aku dah tak fikir pasal jodoh baru. Yang aku fikir nak besarkan anak anak ja. Aku nak ke mana, nak buat apa, nak makan apa, balik kampung pun kalau cuti seminggu, seminggulah aku kat rumah mak aku.

Dah tak payah nak bahagi cuti 3 hari rumah mertua, 3 hari rumah mak sendiri. Nikmat bagi aku. Sekarang baru aku sedar selepas 5 tahun baru Allah makbulkan doa doa aku. Dulu aku nak bahagia kan?

Ya, Allah dah bagi bahagia aku dengan cara yang bukan aku mahu tapi dengan cara apa yang aku perlu. 5 tahun tu lama jugak kan aku nak menanti bahagia aku.

Itu sebab Allah pesan, bersabarlah dengan ujian. Orang yang sabar pasti ada kemanisan dipenghujungnya. Jadi, kalian yang sedang diuji dengan apa apa ujian, bersabarlah ya. Hikmahnya pasti tiba.

Pada semua pembaca yang membaca confession aku ini, jika kalian masih punya pasangan yang baik aku doakan kalian sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat.

Pada yang punya pasangan bermasalah, usahalah untuk sama sama perbaiki diri. Jika masih gagal untuk perbaiki selepas berusaha, buatlah sesuatu.

Bahagia dan derita ini pilihan, bukan ketentuan. Dan pesanan aku jugak pada wanita yang bergelar ibu tunggal seperti aku. Perlunya kita untuk memastikan akhlak dan peribadi kita sentiasa terjaga.

Buat sesuatu ikutlah batas syariat. Sebab aku tak nafikan cabaran bergelar ibu tunggal. Jika kita tak jaga peribadi kita, tunggu masa ja orang nak menghina dan pandang rendah dengan status yang kita bawa.

Reaksi warganet

Norhayati Zaluddin –
Rasa down hari ni tapi bila baca confession ni jadi semangat sikit. Saya pun single mom anak 1, tapi sebab suami meninggal.

Tahun ni tahun ke 4 tanpa dia dan masih bertatih untuk kuat dan berdikari. Wish me luck sis. Harap harap esok esok saya dah hebat pasal kereta haha macam sis. Lets be strong together, kita kuat lebih dari apa yang kita fikirkan .

Nur Imaan –
Sangat terinspirasi. Tak semua single mom boleh kuat dan mandiri macam you sis. Ada yang menjadi perosak rumahtangga orang lain. Ada yang bergelumang dalam kancah maksiiat..

Semoga Allah lindungi sis dan anak anak. Stay strong stay positive you deserve the happiness. Bahagia tak semestinya hanya ada pada suami.

Intan Norliana –
Saya ada orang terapat seperti sis, superwomen. After 15 years hamba Allah tu dicerraikan kerana orang ke3. Sekarang bangkit besarkan anak anak seorang dan saya tengok dia lebih bahagia dari dulu.

Permulaan nak bangkit Allah je yang tau peritnya dia. Menyalahkan diri sendiri, anak anak terpaksa dibesarkan tanpa kasih sayang seorang bapa.

Tapi bagi saya apa guna ada bapa tapi jiwanya tiada untuk anak anak dan keluarga?Allah bagi yang terbaik kannnn. Dan itu yang terbaik.

Asbab perpisahan itu, hamba Allah tu jadi ibu dan bapa kepada anak anaknya. Semua hal anak anak, rumah, kereta apa yang dia tak boleh buat? Name it.. Tebuk lubang pasang rak, tukar paip, all done.

Tiade masalah yang tiade penyelesaian bagi dia. Saya doakan Allah sentiasa permudahkan urusan tt dan hamba Allah yang saya ceritakan tadi. Sentiasa ingat apa yang jadi kepada kita itu yang memang terbaik walo pahit.

Naziha –
Sebenarnya, kalau kita perhatikan kehidupan, pilihan kita berganding dengan nasib kita. Nasib kita berganding dengan takdir kita.

It just like there is some force that come from a deeper place (Allah, tapi kalau bukan muslim sekali pun, kita boleh rasa kewujudan nya walaupun kita tak nampak). This force dia draw kita kepada certain experiences and away from others.

Jodoh, percerraian, rezeki etc, bagi sesetengah orang yang jenis tak faham orang lain dia akan 100% salahkan pada orang tu kalau ada percerraian etc. Tapi bagi saya benda itu bukan 100% on us. Dan ada elemen lain yang patut kita ambil kira.

Contoh, orang usaha kita pun usaha mungkin lebih lagi usaha, tapi orang tu berjaya kita tak berjaya.

Sebab itu orang yang kaya, berjaya, rumah tangga bahagia jangan besar diri. Ambil kira faktor untung nasib. There are people who are luckier than others. Kadang kadang yang bercerrai ni, they could be the most loving person, could be a lot better in character than you.

At the end, kita kena surrender bahawa laluan hidup ni dah ditentukan. Yang menentukan bagaimana tu cara penerimaan kita. Things merely happened, it is up to us whether kita nak ambil dari sudut positive atau negative.

Nurul Ashikin Ali –
Kita tak mampu pegang hati, cinta, ihsan dan sayang dia untuk kita selamanya. Aku selalu mohon Allah merubah kembali hati dia agar sayangku kembali, berlembut, paling paling tidak kasihankanku.

Aku jauh dr family. Mama dan adik perempuan je aku ada. Paling paling koman aku minta kasihanilah aku yang bersendirian di tempat orang. Allah tak kembalikan pun. Malah hati dia terus membenci.

Tapi, bila aku tengok balik dalam aku tak sedar Allah mendidik aku agar berdikari mengurus kerjaya dan anak anak sendiri. Belajar buat semua sendiri. Ini membuatkan dia rasa bertambah benci seolah olah aku tak perlukan dia. Aku perlukan dia, dibalas herdikan. Aku berhenti meminta ihsan darinya. Anything i can do on my own, aku buat je. Xtahu, google. Xtahu, rujuk kawan kawan yang tahu.

Hasil proses didikan Allah tu, aku sedar aku tak perlu menahan herdikan dan hinaan lagi. Suasana keluarga tak bahagia memberi kesan kepada anak anak. Maka, aku buat keputusan. Doakan aku sihat dan kuat menjaga amanah Allah sebaiknya ini.

Sumber – Melati Putih (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *