Dulu Ayah Su playb0y. Isteri dicerraikan, anak diabaikan. Bila dah tua, ini ‘balasan’ yg dia terima

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Semenjak dua menjak ni famous pulak kes kes playb0y. Macam macam la. Aku sebenarnya malas nak ambil tahu atau nak ambil kisah tentang artis ni.

Ye la. Macam si BA dengan AS… Punya la kita bagi kata kata semangat dekat BA untuk meneruskan hidup dan bangkit, tuptup… Hmmm malas nak teruskan…

Ambil ikhtibar dari kisah artis ni, aku nak cerita tentang kisah keluarga aku sendiri. Keluarga terdekat aku juga la sebab kami keluarga besar yang rapat. Ini tentang sepupu mak aku. Kita bagi nama dia Ayah Su (bukan nama sebenar).

Ayah Su ni berperwatakan ceria, peramah dan dimata anak anak sedara dia ni memang seseorang yang senang dibawa bersembang. Kami semua anak anak sedara ni memang sayang dan pandang tinggi dekat Ayah Su.

Cuma Ayah Su ni ada satu perangai. Perangai playb0y. Kami semua memang dah tahu dah. Sebab dia memang jenis tak tahu malu. Tambah tambah lepas dua dua tok dah meninggal.

Event family pun selamba je tinggal bini dan anak anak dia. Lepas tu bawa girlfriend. Puas dah sedara mara dan adik beradik nasihat. Tak jalan.

Pernah sekali isteri dia pernah serang rumah mak aku masa dia bawa girlfriend dia ke rumah kami. Kami tak layan pun girlfriend dia tu. Mak aku tak bagi salam pun.

Tapi sejak haritu Mak Su jauh hati dengan kami semua. Ye lah, tak boleh salahkan dia jugak. Di mata dia kami macam bersubahat kan.

Satu masa, lepas Ayah Su bertukar tukar girlfried dan dia rasa dia ni kebal dan Mak Su tak kan buat apa-apa pun kat dia. Mak Su minta cerrai.

Rupanya Mak Su tengah cari kekuatan nak berpisah. Cari tapak untuk buka langkah. Kebetulan masa tu memang Ayah Su dah jumpa kononnya cinta hati dan soulmate dia.

Ayah Su cerraikan Mak Su. Atas dasar tanggungjawab dan rasa bersalah, mak aku dan kakak Ayah Su selalu melawat Mak Su. Hulur duit apa yang patut.

Alhamdulillah walau dia agak sesak tapi dia dapat lah besarkan 4 orang anak dia. 2 lelaki, 2 perempuan. Semua berjaya.

Mak Su mula mula kelat juga dengan kami. Tapi lepas dia dah bercerrai dia dah tak kisah dah. Sebab bagi dia, masalah dia dengan Ayah Su dah selesai. Malas nak gaduh gaduh dengan orang lain.

Ayah Su pula kena tinggal dengan cinta hati dia. Dia masih macam tu juga. Bertukar tukar girlfriend. Lagi suka bercerrai sebab dah bebas.

Walaupun Ayah Su ni jenis orang yang bergaji besar juga, asset dia hanya kereta dengan apartment. Lain lain tabur dekat gaya hidup playb0y dia. Bercuti sana sini. Dengan anak anak sekadar hulur duit bulan bulan lepas tu tunjuk muka.

Bab makan, pakai dan sekolah anak anak Mak Su urus sendiri. Mak aku selalu takut adik adik aku ikut perangai Ayah Su.

Ye la, hidup nampak senang lenang. Tak de apa apa komitmen. Happy go lucky. Girlfriend bertukar tukar muka semua jenis lawa lawa.

Dalam pandai Ayah Su ni ayat perempuan, ada seorang perempuan ni lagi pandai dari Ayah Su. Habis duit Ayah Su kena kikis. Masa ni Ayah Su dah 55 dah. EPF dia tinggal baki baki je.

Mujur la masih kerja dan kereta dengan rumah dah habis bayar. Lepas kes ni dia dah slow down. Anak anak dia pun lepas sorang sorang kahwin. Fast forward 10 tahun iaitu sekarang.

Ayah Su kerap sakit sakit. Lepas satu penyakit satu lagi hinggap. Dari masalah drah tinggi ke kencing manis bawa ke buah pinggang sampai la yang paling baru ni dia ada knser hati. Ayah Su yang dulu tegap gagah makin lama makin susut makin kecut.

Masa Ayah Su sakit memang anak anak tak uruskan sangat. Sekadar hulur duit dan jenguk jenguk je. Sama macam mana Ayah Su buat masa dia muda dulu. Kakak Ayah Su la yang uruskan. Satu hari Mak Ngah aku iaitu kakak Ayah Su cakap la kat anak anak dia.

Nasihatkan tak baik berdendam dengan bapa dia, jawapan anak dia buat semua orang tak dapat nak cakap apa. Mak Ngah dah tua. Suami dia pun bukan sihat sangat. Anak anak ramai dah pindah. Tolong pun weekend je la.

“Mak Ngah, masa adik masuk hospital demam panas sampai seminggu mana ayah?. Masa abang nak register masuk belajar kat Perlis mana ayah? Masa mama drah rendah mana ayah?”

“Banyak lagi abang boleh cerita Mak Ngah. Susah senang kami adik beradik dengan mama. Abang boleh jaga ayah. Tapi memang sekadar melepaskan tanggungjawab je la. Maaf cakap. Nak bagi kasih sayang macam Mak Ngah jaga, mungkin tak la. ”

Ayah Su duduk rumah anak dia Yie dua bulan. Lepas tu sibuk nak balik rumah Mak Ngah. Katanya anak dia tinggal je dengan orang gaji.

Kerja dia dengan TV je. Lepas tu serabut dengan hiruk pikuk orang ada anak kecik. Ye la, dia masa muda mana lekat kat rumah. Tau buat anak pastu cari girlfriend.

Penyudahnya sekarang Ayah Su duduk dengan Mak Ngah semula. Yie dengan adik beradik upah orang gaji untuk Ayah Su di rumah Mak Ngah. Sebulan sekali datang jenguk hulur duit dekat Mak Ngah untuk keperluan Ayah Su dan saguhati untuk Mak Ngah.

Ayah Su setiap hari merungut anak anak tak boleh harap. Tak dapat jaga dia. Bagi dia duit bulan bulan tu kira dah bagus sangat la untuk anak anak.

Kami sedara mara hela nafas dan geleng je la dengar rungutan dia. Dia patut bersyukur walaupun tak ada belaian kasih sayang dari anak, kebajikan dia tetap terjaga. Bukan di campak terus ke bawah jambatan mana mana.

Mak Su pula hidup senang. Nampak la usia dia dah tua. Makin sakit. Tapi bahagia. Tiap kali check up di KK anak hantarkan. Anak ambil. Cukup masa pergi bercuti. Umrah dah. Haji pun dah. Cucu semua sayang dia.

Macam mana dia selalu bersusah untuk senangkan anak dia, macam tu juga la anak dia bersusah untuk senangkan dia. Hati dan perasaan dia adalah keutamaan anak anak dia. Allah berikan dia masa tua yang bahagia dan lapang.

Aku harap dalam hujung usia Ayah Su, dia sempat sedar kesilapan dia dan minta maaf dengan anak anak. Ataupun anak anak sendiri ampunkan dia dengan ikhlas.

Semoga Ayah Su sempat bertaubat dan pergi dengan tenang satu hari nanti.

Reaksi warganet

Aein Sein –
Sifat playb0y tu tak kemana pun. Bila dah tua macam tu la baru ada timbul rasa kesal. Kesal sebab buang masa dengan perempuan sana sini. Duit habis, Masa habis.

Sedangkan duit tu boleh belanja untuk benda lain. Cuba setia dengan isteri yang ada. Besarkan anak sama sama. Mesti waktu tua dah senang. Masa tu anak anak dah besar.

Tu tak kawen baru. Kalau kawen baru lagi la. Umur dah pangkat atok anak baru nak masuk tadika. Hmmm

Ezd Airanies –
Eloklah ‘dibahasakan’ Mak Ngah tu. Hanya yang mengalami memahami. Nak memaafkan ayah yang lupa diri dan sibuk dengan perempuan lain ni mungkin boleh.

Tapi nak melupakan saat ditinggalkan, diabaikan dan kena survive tinggal dengan mak dan adik beradik tu susah. Orang hanya tahu berkata, tapi takde rasa empati kepada orang yang hadap kesusahan tu.

Semoga Mak Su tu bahagia dengan anak anak dan cucu cucu. Orang baik akan dikenang dan pasti dilayan baik.

CW Nor Farah –
Brtol tu. Saya sokong MakSu awak. Kadang kadang dia cuba bertahan, harapan suami akan brubah. Tapi lama lama, hati tu jadi makin tawar. Isteri hanya pada tanggungjawab.

Pada sape nak mngadu? Family pasangan, semua tak nak masok campur. Time susah, biasa lah tu, sape nak susah same sama kan. Hadap lah sorang sorang, menangis depan anak anak… SEUMUR HIDUP.

Sampai bila nak makan hati. Bercerrai bukan mudah, nak besarkan anak anak seorangan pon tak mudah. Saya tabik dengan MakSu awak, sikit sikit dia bersedia untuk move on..

Sampai 1tahap, angkat kaki dengan senyuman. Pada kawan kawan yang suami dia macam ni, wanita bagi peluang bukan sebab dahagakan tuntutan batin semata, kadang kadang kita harap ada keajaiban.

Bertahan selagi mampu, sampai 1hari, air mata tu dah kering. Melangkah la dengan kuat. Anak anak ada disisi.

Muhammad Nur Syafiq –
Itu pengajaran untuk kita yang belum lalui kehidupan berkeluarga. Tapi, sebagai anak, walau jahat macam mana pun ayah atau ibu kita, kita tak ada hak untuk balas kejahatan diorang.

Kalau betul percaya Allah itu Maha Adil, kita percaya adanya Hari Pengadilan, kita tahu tanggungjawab sebagai anak. Bukan sekadar menjaga kebajikannya tapi hatinya jugak.

Kalau ayah/ibu kita tak pedulikan kita waktu muda diorang, siapa kita untuk membalas bila kita dewasa. Jadi apa bezanya kita. Kita menjadi apa yang kita benci.

Siapa saja yang tak sakit bila ibu yang kita sayang disakiti hatinya. Tiada kerugiaan bagi orang yang bersabar, menahan marah, berlapang dada menerima perkara lepas yang tak mampu diubah lagi.

Pilihan atas kita, untuk terus benci perbuatannya dan diri dia, atau belajar maafkan dia dan cuba ambil masa dekat dengan dia. Tebus masa dulu yang hilang sedang dia jalani hari hari senja dengan penyesalan tak berpenghujung.

Alina Said –
Itu la natijahnya. Apa yang kita pernah beri, kita hulurkan, kita sumbangkan, semuanya dinilai atas kemurnian hati atau skadar melepaskan sebuah tanggung jawab atau amanah.

Semoga Allah limpahkan kesejahteraan serta kesedaran untuk ke dua dua belah pihak. Agar masing masing dapat meraih pahala didunia hingga ke jannah. Semoga saling memaafi agar tiada dendam dihati.

Sumber – Awin (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *