Pelik, family Gia kaya raya. Bibik bersepah. Tp Gia sungguh2 study, cari duit sendiri. Haritu, aku tanya dia

Foto sekadar hiasan.

Aku dah follow IIUMC sejak beberapa tahun lepas tapi tak pernah komen sebab ramai member yang liked page ni jugak haha. Okey, jadi apa point aku beria menulis ni?

Sejak kebelakangan ni aku nampak banyak confessions yang berunsur penderitaan. Sama ada mengenai masalah kesihatan mental, rumah tangga, keluarga dan sebagainya. Malangnya aku takde banyak pengalaman hidup yang boleh dikongsi untuk dijadikan panduan bersama.

Tapi apabila bercakap mengenai kekuatan atau kecekalan dalam menangani ujian, only one person comes to mind. Individu tersebut ialah Gia, isteri aku.

Gia ni anak bongsu dan dilahirkan dalam keluarga yang sangat kaya. Background family aku pun selesa juga tapi rumah takde la sampai 4 tingkat termasuk basement. Gia membesar dengan orang gaji tapi dia rapat je dengan siblings dan parents dia sebab selalu pergi bercuti sekali.

Cuma, keluarga Gia ni boleh dianggap kosong bab agama. Scene orang berparti atau minum ar4k dalam rumah tu merupakan perkara biasa bagi dia. Aku ni setakat ada member yang minum kat luar je.

Bersekolah di international school, parents hantar Gia ke US untuk buat foundation. Degree pula disambung di UK. Semuanya boleh dikatakan berjalan agak lancar.

Gia pernah kata dulu sewaktu remaja, dia tak faham kenapa ada students yang struggle nak digest apa yang cikgu ajar. Baginya, kebdohan equals to malas. Kalau you malas, you jadi bdoh la. Tapi apa yang Gia tak tahu, reason untuk jadi bdoh tu bukan malas sahaja.

Ada orang tak boleh fokus belajar kat rumah sebab parents sibuk bertekak. Ada orang tak boleh belajar kat rumah sebab kena tolong parents berniaga right after sekolah.

Dan nak dipendekkan cerita, sewaktu tahun ketiga, Gia jatuh sakit. Jatuh sakit yang perlu ditahan di wad dan lepas discharged, perlu jumpa specialist setiap dua minggu. Masa ni Gia stres sebab dia yang selalu jadi best student dah fell behind her class.

Side effects ubat yang dia ambil pun tak membantu. Slowly, CGPA dia jatuh. From A to C to F. When she hit C, dia cuba lagi untuk bangkit but when she hit F, Gia rasa nak quit semua benda.

Academic advisor dia tegah untuk buat keputusan melulu tapi tak dinafikan yang Gia perlukan rehat yang cukup dan sarankan Gia untuk ambil study leave selama 1 semester. Selepas berfikir panjang, Gia akhirnya akur.

Gia tak tahu macam mana nak communicate masalah ni pada family sebab semua orang tahu dia pandai. Paling perform among other siblings. Gia tak nak buka rahsia jugak. No one knows Gia sakit.

Dia fikir, after 6 bulan penyakit dia tu boleh sembuh dan dia boleh ke UK semula dengan alasan untuk sambung master’s.

Sewaktu Gia sampai, semua orang beranggapan Gia dah habis belajar sebab kebetulan dia pulang ke tanah air pada tahun akhir pengajian.

Yang kelakar, Gia tak perlu jawab apa apa soalan sebab semua orang dah ada jawapan sendiri. Yang tahu perkara sebenar hanya Gia sahaja. Gia bijak, dia hanya berehat beberapa minggu di rumah sebelum berpindah ke Johor.

Tak perlu nak explain panjang, orang beranggapan Gia mendapat pekerjaan di sana. Walhal, Gia secara diam mendapatkan rawatan. Setiap 2 minggu berulang alik ke hospital berjumpa doktor.

Plan asal untuk berada di Malaysia selama 6 bulan musnah apabila tempoh rawatan mengambil masa yang lebih lama dan entah bila akan tamat. Gia tawar hati. Dia sedih tengok kawan kawan yang sebaya dapat kerja, travel sana sini, pakai baju penuh gaya.

And there she was, duduk seorang diri dalam rumah with blue arms sebab banyak kali kena ambil drah. Gia cuba untuk sambung pengajian di IPTA tetapi proses untuk transfer credits agak sukar.

Gia fikir dia perlu spend setahun sahaja lagi di universiti tempatan tapi tekaannya meleset apabila dia sebenarnya perlu start over berbekalkan beberapa credits transferred sahaja. Terus Gia switched plan, dia enrolled in IPTS dan dapat skip 8 subjects.

Kat IPTS tu la dia jumpa aku. Waktu tu aku kerja as assistant lecturer sebab baru sahaja habis buat master’s. Kebetulan jugak, Gia tu advisee aku. Cantik tak takdir? haha.

Disebabkan Gia registered lambat. Dia masuk kelas yang pertama pada minggu ketiga. First time jumpa Gia dalam kelas, rupa dia macam lecture aku tu membosankan yang amat. Muka yang tak impress. Kadang kadang dahi dia akan berkerut.

Tu maksudnya dia tak faham atau aku ada buat careless mistake. Tapi aku tahu dia pelajar yang komited sebab dia selalu tanya soalan melalui emel tapi dia tak pernah pulak datang office hours.

Sehinggalah musim midterm, dia tanya aku boleh tak accommodate kalau dia mintak untuk ambil test pada tarikh yang berbeza daripada yang telah ditetapkan. Aku tanya kenapa? Dia cakap ada appointment dengan doktor. Jadi aku izinkan.

Then, waktu peperiksaan akhir semester pun berlaku perkara yang sama. Aku beritahu dia perlu tunjukkan bukti untuk disimpan sebagai rekod.

Jadi dia pun emel medical report dan kad kuning yang doktor selalu bagi kat patients tu. Terkedu jugak la tengok semua tu. Baru aku tahu yang Gia tu muda 3 tahun je daripada aku. Dia kena pergi ambil ubat dan kadang kadang review bl00d test result.

Aku cakap lepas dah selesai appointment tu datang je office aku untuk ambil exam sebab nak mudahkan urusan untuk dia. Bila dah tahu dia sakit, timbul la jugak rasa concern tu but what can I do?

Sebelum boleh register subjek baru untuk semester seterusnya, students kena consult academic advisor masing masing dulu. Aku ambil peluang tu untuk interview Gia betul betul.

Kenapa baru buat degree sewaktu umur 23. Sakit apa. Sebelum ni belajar kat mana. Dan dia jawab semua soalan tu with a straight face. Muka aku pulak yang berkerut. Cuma dia tak beritahu part family dia tak tahu tu.

Aku tanya okey ke belajar kat Malaysia ni? Dia kata tak okey. Students kat universiti ni malas. Lepas tu ada lecturer English tuduh dia penipu sebab minggu ketiga baru datang kelas dan terhegeh hegeh nak cari group assignment. Padahal dia sengaja enroll lambat sebab nak skip orientation week.

Then apa yang Gia replied? Gia sekadar geleng kepala depan lecturer English tu and left the room. If only lecturer tu tahu IELTS score Gia, mesti dia termalu sendiri.

Gia beritahu yang dia nak cuba habiskan degree 4 tahun ni selama 2 tahun. Aku cakap agak ambitious tu tapi tak mustahil. Cuma dengan keadaan dia yang tak berapa sihat tu, takut isu lain pulak yang muncul.

Aku sendiri yang saksikan Gia ambil 7 atau 6 subjek setiap semester. Short semester pulak Gia ambil 3 subjek. Pernah sekali dia dapat B+. Aku pun checked on her, tanya kenapa dapat B+ sebab results yang lain semua okey.

Dia cakap untuk subjek tu dia tak study. Dia buat revision the night before exam. Subjek yang dia scored B+ tu tak penting katanya. Mujur bukan subjek yang aku ajar.

Dalam diam, aku berdoa la supaya Gia ni berjaya capai hasrat dia yang nak habis belajar dalam masa 2 tahun tu. Sebab boleh nampak keserabutan hidup dia melalui muka yang pucat dan rambut yang tak terurus. Selain belajar, Gia juga bekerja part time selaku cikgu tuisyen.

Macam mana aku tahu? Aku pernah terserempak dengan Gia pukul 10 malam lepas dia selesai mengajar di pusat tuisyen. Sebelah pusat tuisyen tu, ada farmasi. Elok je keluar farmasi, aku nampak dia unlock kereta. Terus aku tanya dari mana etc.

Gia mengajar 8 jam seminggu. Aku pun usik la Gia. Aku cakap bukan parents you kaya ke? Gia angguk, dia kata betul la tu. Yang kaya tu parents dia, bukan dia. Aku angguk.

Fast forward, Gia tamatkan pengajian keduanya setelah dua tahun setengah bergelumang dengan buku. Aku emel cakap tahniah. Walaupun target tak tercapai but still very close. Aku pesan lagi, jaga diri elok elok lepas ni. If dah dapat kerja nanti update la.

Gia replied pendek je. Dia cakap thank you dan dropped her phone number. Long story short, 3 tahun kemudian aku ajak Gia kahwin. Sebelum kahwin tu dia confessed semua rahsia dia.

Reaction aku of course la aku persoal kenapa dia tak terus terang je dengan keluarga. Gia angkat bahu. Dia ingat masalah dia simple je dan tak perlu susahkan orang lain. Itu satu.

Kedua, aku terkejut bila Gia cakap yang dia tak pernah drive sejak dia dapat lesen ketika umur 19 tahun. Kiranya dia gamble jela drive seorang diri kat Johor tu. Ketiga, dia bayar yuran universiti guna duit sendiri. Aku mampu geleng kepala je.

Sekarang aku dah tak mengajar dan bekerja di line IT. Gia is as successful as she can be.

Kami masih memilih untuk tidak mempunyai anak memandangkan aku selalunya akan travel ke luar negara atas urusan kerja. Teringat pertama kali aku pergi ke rumah Gia, ramai betul maids kat dalam tu.

Rupa rupanya setiap seorang anak saudara dia ada bibik. Bibik untuk masak lagi, kemas rumah lagi. Tapi rumah kami takde bibik. Bahagia sendiri.

Gia dalam tak sedar banyak buat benda yang aku sendiri pun mungkin tak mampu nak buat. Dia tak tahu betapa kuatnya diri dia. Tak pernah mintak simpati orang. Terlampau kuat berahsia dan jarang sekali berdrama. Dia tenang setenangnya.

For some people, she may be boring tapi you have to get to know her dulu.

In return, aku bagi la apa yang sepatutnya. Perhatian, kasih sayang dan ilmu agama.

Semalam aku baca confession mengenai insan yang suka menumpang kesenangan orang lain. Kejadian ni baru je jadi last week. Gia dan aku keluar untuk jumpa best friend dia, Hannan. Aku takde la pasang telinga ‘sangat’ pasal apa yang mereka bualkan.

Tapi secara kasarnya aku dapat tangkap yang Hannan tu putus cinta sebab parents dia tak restu relationship dia. Alasannya, the boyfriend pakai kereta Honda je. Bukan Merc ke Audi ke.

Gia terus cakap, “Your mom nak you kahwin dengan drug dealer ke?”. Aku yang masa tu tengah minum air terus tekup mulut. Nak terbatuk dengar Gia serang macam tu. Hannan cakap “no”, mak dia suruh dia kahwin dengan someone yang ada background family macam Gia.

Gia tanpa segan silu pergi bidas, “you ingat kita orang nak ke in laws macam your mom?”. Aku masa tu dah gosok bahu Gia. Bukan apa, risau kalau Hannan terasa.

Gia cerita la yang waktu dia belajar kat luar negara dulu macam macam kerja dia buat. Jadi bakery assistant, front desk assistant, tukang kutip sampah, cashier semata mata nak dapatkan duit sendiri. Dia nak rasa susah.

Dalam family dia, dia seorang je yang perangai macam tu. Hannan tu sampai 6 tahun tak kerja sebab tak jumpa kerja yang ‘suits’ her. Sekarang nak cari kerja memang mencabar.

Gia mula dari bawah. Unlike her siblings, dia tak pernah drop resume dia pada ayah dia untuk dapatkan kerja. Dia yang cari sendiri. From A to Z. Parents dia tengok dari jauh je. Gia tahu her worth.

Dia tak biar orang buli dia. Dia pernah removed a group member yang berangan nak jadi free rider. Gia cekap atur hidup sendiri. Aku ajak kahwin a year after dia habis belajar. Dia tolak. Penat belajar tak habis lagi katanya.

Pokok pangkalnya hargai lah diri anda. Kalau ada masalah, cari la jalan keluar sebaiknya. Bersedih boleh tapi jangan sampai tergadai masa depan.

Gia pernah cakap yang dia rasa hikmah tak habis belajar tu sebenarnya untuk jumpa aku je and she would do it a hundred times more just to meet me.

Okey, itu aje. Karang menyampah pulak kalian yang membaca haha.

P/s : Gia tak kejam. Dia cuma tak suka sugarcoat things tapi bergantung pada individu jugak. She can be friends with anyone really.

Reaksi warganet

Farah Ashikin –
Confessor pun bukan sembarangan. Awal awal dia dah knalkan diri dia sbgai seorang yang well educated. So tak pelik pun kalau bahasa dia indah dan susunan, ayat dia tratur. Bab nma tu pulak aku pernah ada kawan. Nama Marzia masa study dulu dan memang dipanggil Gia.

Tak kisah la cite betul ke tipu. Tertarik dengan susunan cerita dan nampak dia sangat sangat menghargai isteri dia.

Takkan la asyik nak baca cerita isteri gaduh ngan suami, Mak mentua macam neraka. Bosan jugak kan. Kadang kadang kita perlu cerita macam ni untuk clearkan otak dengan benda benda yang boleh mendatangkan tekanan .

Nadiah Eskay –
Sebenarnya kita yang golongan biashe biasheee ni pun kena ubah mentaliti/fahaman kita.

Hakikatnya bukan semua orang yang berduit minat nak pakai barang branded dan mahal atau spoiled brats. Benda ni bergantung atas individu.

Contoh macam artis la. Saya malas nak komen pasal artis kita, tapi saya tau ramai je artis luar yang duit berkepuuuuk tapi diorang sangatlah sempoi. Tak berapa layan baju branded ke apa.

Yang penting diorang ni bukan artis hollywood la. Saya malas nak mention negara mana. Apa yang saya nak tekankan kat sini, ramai je orang berduit yang sempoi.

Tambah lagi diorang bukan anak orang kaya ke apa, duit yang berkepuk tu adalah duit hasil titik peluh diorang sendiri.

Ainen Salwa –
Gia has strong mind dan dia di trained dari kecik untuk belajar di oversea yang mana kita tahu environment belajar memang bagus, openness, exposure pun bagus.

Then buat degree pulak kat UK, rasanya parents sponsor (kalau salah maafkan ya) then bila dia balik Malaysia sebab sakit dan tak dapat complete her degree. Dia tak terus down and give up everything, sebab dia ada a very supportive family.

Memang tak nampak dari luaran, cuba bayangkan typical family, medium-class, balik dari UK tak bawak degree dab tak dapat job offer mane mand nak membantu keluarga, effect dia berbeza.

Silap silap boleh mendatangkan d3pression dan tak mampu nak bangkit balik untuk sambung belajar dan seterusnya. So konteks dan environment berbeza.

Mungkin Gia tak pakai langsung duit mak pak dia untuk rawatan, belajar dsb tapi dia ada big backup dari parents dia. Yang dia boleh buat ape saja asalkan dia tahu hala tuju dia. So parents dan environment pun memain peranan la.

Tak boleh la nak cakap oo walaupun dia kaya, still dia tak luak dengan kekayaan tu. Sebab nya keadaan dia lain kalau coming from middle class family. Just my two cents.

Mohd Nur Syafiq –
This reminds me of someone. Seseorang yang dari keluarga berada, well educated tapi tak bergantung pun pada duit mak ayah dia.

Masa getir dia perlukan pembedahan, dia cari, kumpul duit sendiri untuk kos pembedahan. Masa tu aku hairan jugak, sebab dah tahu parents dia mampu, tapi dia cakap dia tak mahu susahkan diorang.

Dia antara anak orang berada yang ajar aku banyak benda baru pasal hidup. Yang banyak ubah persepsi aku dalam menilai manusia. Cara pembawakan diri dia, langsung tak sama dengan kebanyakan perempuan.

Sumber – Gia’s husband (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *