Bila mak lebihkan adik2, aku terasa sgt. Bila Ucu cerita hal sbnr, ‘banjir’ aku menangis. Rupanya, mak pendam

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Thanks admin siarkan coretan Kaklong. Let’s me introduce myself. Saya Kaklong kepada 4 beradik yang semuanya perempuan.

Tiga yang atas telah pun berumahtangga. Cuma berbaki adik bongsu Kaklong yang comel tu je. Doakan dia dapat jodoh yang baik ye nanti.

Cerita ni pasal mak Kaklong. Kaklong sangat rapat dengan mak Kaklong dari kecil lagi. Bagi Kaklong, emak adalah idola Kaklong. Baik lembut dan sabar orangnya.

Cuma lepas abis Universiti, Kaklong terperasan yang mak Kaklong ni selalu lebihkan adik adik Kaklong sampai Kaklong ada rasa mak ni pilih kasih orangnya.

Kaklong bagi contoh ye. Kalau masa raya sebelum sebelum ni, kalau semua berkumpul, dua bilik paling ok mak akan reserve untuk adik adik Kaklong yang dua orang tu walaupun Kaklong yang balik dulu.

Kaklong perasan mak akan cakap,

“Angah balik. Bilik tu angah suka pakai. Alang pun balik, bilik tu alang suka pakai”.

Dengan cucu cucu pun mak banyak main dan tumpu anak anak angah dan alang. Mak juga akan masak ikut menu apa yang angah dan alang suka. Seolah olah Kaklong takde teringin apa apa je.

Pernah sekali Kaklong balik minggu ni, mak masak biasa je. Minggu depan bila angah balik, menu memang istimewa. Alang balik pun best best juga mak masak.

Ni mak sendiri cerita, masa borak borak dengan Kaklong masa Kaklong call.

Kaklong mula jadi heran. Birthday yang lain lain mak akan usaha bagi hadiah. Tapi untuk Kaklong selalu mak lupa atau akan kata, “Along, mak tak reti nak beli apa”. Senang kata memang takdelah hadiahnya.

Kaklong bukanlah nak hadiah dari mak. Dan bagi Kaklong tak perlu pun. Tapi bila angah dan alang dapat Kaklong jadi cemburu juga lah. Hehehehe…

Kalau untuk ucu, Kaklong faham sebab dia masih bujang dan tinggal dengan mak.

Kalau ikut pendapatan pula, kami tiga beradik hampir sama je income. Tapi Kaklong boleh bagi sebulan RM2k untuk mak Kaklong. Adik adik Kaklong bagi sekitar 1k.

So Kaklong rasa duit bukan lah faktor pilih kasih ni kan.

Perasaan kecik hati Kaklong makin melarat. Kaklong jarang nak balik bila semua berkumpul kecuali masa raya itu pun Kaklong susun jadual bagi jumpa tak lama.

Kaklong selalu bagi alasan sibuk tak boleh join family vacation (tahun tahun sebelum c0vid). Kaklong tak mampu nak tenang bila mak ketara lebihkan adik adik Kaklong.

Kalau Kaklong call mak, katalah masa tu angah atau alang call, mak akan cakap nak jawab panggilan mereka.

Pernah Kaklong call mak tak jawab. Bila mak call balik, mak cakap tengah borak dengan angah. Ya Allah, rasa nak nangis sangat.

Soal tolong di dapur, memang Kaklong lah orang kanan mak. Angah ni rajin juga orangnya tapi part kemas rumah lah. Alang out, satu kerja dia tak buat. Dia suka tidur je.

So, Kaklong sebenarnya tercari cari apalah salah silap kalong sampai mak membelakangkan Kaklong.

Sampailah satu hari Kaklong luahkan kat ucu perasaan Kaklong. Nak luah kat mak, Kaklong memang tak mampu. Sebab Kaklong tak nak mak sedih.

Hubungan Kaklong dengan mak baik sangat walaupun Kaklong kecik hati dengan mak. Mak tak tau pun sebenarnya yang Kaklong sedang berkecil hati.

So masa berbual dengan ucu semua Kaklong luahkan. Sedih Kaklong, sakit hati Kaklong. Malah Kaklong sampai cakap Kaklong tak redha dengan apa yang berlaku.

So cerita dari sisi lain yang ucu kongsi adalah, mak sayang Kaklong paling banyak. Mak cakap Kaklong je boleh mengalah dalam semua hal.

Kaklong je faham adik adik dia tak suka mengalah untuk nak bilik yang best tu. Kaklong balik tak merengek rengek nak makan itu ini sebab tau mak penat.

Kaklong je tak pernah ungkit tak dapat hadiah. Kaklong rajin tolong mak.

Kaklong tak pernah tunjuk muka kalau mak tak main dengan anak anak dia. Malah Kaklong selalu mengalah bila adik adik call.

Mak kesian kat Kaklong, tapi mak tak tau macam mana nak balas balik kebaikan kebaikan yang Kaklong buat. Mak cuma boleh doakan Kaklong dilindungi Allah. Semoga Kaklong sentiasa bahagia.

Allahu, memang banjir lah Kaklong nangis kat restoran tempat Kaklong jumpa ucu. Takde segan segan dah. Dalam Kaklong rasa tak redha, rupanya mak rasa Kaklong adalah anak yang paling memahami.

Ya Allah jauhkan aku dari rasa rasa syak wasangka ini. Moga moga dengan sikap diam Kaklong akan sentiasa mengembirakan hati insan yang telah melahirkan kami semua Ya Allah.

Kalau Kaklong tak cerita rasa hati Kaklong kat ucu, ada juga Kaklong jadi anak derhaka tak nak balik rumah mak.

Bak kata ucu, mak sampai cakap,

“Anak anak semua lain lain sikap. Mak sampai tak tau nak layan macam mana. Silap layan, nanti anak anak tak balik rumah pula. Bila dah besar besar macam ni, mak pula kena tagih sayang dari anak anak. Bukan anak anak tagih kasih mak”.

InsyaAllah mak, Kaklong akan terus bersabar ye mak. Sayang mak… Betul lah mengalah bukan bererti kalah, Kaklong menang dalam menyenangkan hati mak 🙂

Reaksi warganet

Shikin Ilyas –
Ingatkan tadi along nak minta nasihat atau kata kata merawat luka, rupanya plot twist.. Kita pulak yang dapat pengajaran dengan sudut pandang berbeza daripada seorang mak.
TQ kak long.

Sya Nysya –
Dulu selalu juga kecik hati dengan aruwah mak. Apa apa sume keja rumah kena buat tapi adik relaks aje. Mak asyik suruh saya aje.

Tapi bila saya jadi emak baru saya faham. Selagi seorang anak dapat melakukan keja dengan cepat dan bagus maka anak tulah yg mak harapkan. Harap aruwah mak ampunkan dosa saya yang selalu rasa dianaktirikan.

Rizal Rodzuan –
Maaf cakap la, aku nampak mak tu take kaklong for granted. Mentang mentang kaklong tu asyik bersabar je. Kalau tang bilik aku faham utamakan dua adik adik tu. Tapi kenapa bila tang lain byk kaklong dipinggirkan?

Bila tang masak masakan kegemaran kaklong, bagi hadiah dsb oh mak lupa yang lagi dua boleh ingat pulak? Layanan terhadap anak anak pun beza kenapa takboleh samarata?

Baguslah mak tu asyik harapkan kaklong pasal baik dan selalu beralah. Tapi layanan kena samarata la mana yang boleh. Maaf cakap la aku rasa mak tu bagi alasan je.

Fatimah Mohd Yusuf –
Saya pun kak long jugak. Memang kadang kadang terasa macam mak pilih kasih lebihkn adik adik dalam apa segi pun tapi betul lah kan, saya kan ‘kak long’.

Saya dah dewasa, saya boleh cari sendiri dan boleh masak sendiri apa yang saya nak makan. Saya abaikan semua perasaan kecik ati semua tu demi tak nak jadi anak derhaka. Biar lah mak nak buat apa pun janji mak bahagia.

Saya pikir yang baik baik je. Lagipun hidup di dunia ni tak lama. Tanggungjawab saya sebagai anak jaga mak. Yang lain lain saya tak nak. Mintak di jauhkn jadi ank derhaka, tak cium bau syurga nanti. Sama sama lah kite jaga syurga kite… Aamiin

Jalila Mustapha –
Hai confessor. Kita geng la. Saya pun along juga. Cuma saya tak pernah rasa mak ayah saya pilih kasih. Mereka layan kami sama rata…

Ada juga la diorang manjakan adik adik tapi saya okay je sebab tak pernah rasa tersisih pun. Confessor anak yang baik. Anak yang menyenangkan hati orang tua. Selalunya anak yang mampu berdikari, mak ayah akan lepaskan anak itu.

Sebab mereka percaya yang anak itu mampu. Bukan sebab mereka tak sayang. Sebab hati mereka redha dengan kita. Confessor jangan sedih ok? Saya percaya nama confessor sentiasa ada dalam hati mak dan dalam doa doanya. Cheer up

Siti Khadijah –
Betullah kata seorang ustazah (Kalau tak silap). Kita tiada hak untuk kecil hati dengan mak. Mudah bahasa jangan mudah buruk sangka dengan mak.

Kalau dalam kes ni KakLong ambil jalan tak luah rasa dekat ucu dan dia buat tindakan ikut hati, Allahuakbar. Akan jadi cerita lain nanti.

Mak mungkin tertanya tanya kenapa Kaklong dah berubah. Mak akn menangis di tiap habis solat bertanya kepada Allah dimana silapnya. Allah pelihara Kaklong dari jadi ank derhaka dengan menggerakkn hatinya untuk curhat ke ucu. Alhmdulillah.

Sumber – Kaklong (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *