“Aku bakal dimadukan”. Aku nk cerrai. Bila tanya anak2, org tuaku. Terus aku sign surat izin bermadu

Foto sekadar hiasan.

Luahan Isteri Yang Bakal Dimadukan.

Cliche… Ya, tajuk saja membuatkan orang yang membaca akan menyampah. Aku tahu tak sepatutnya aku meluah disini.

Rosnah namaku. Seorang isteri yang setia kepada suami hampir 10 tahun. 6 bulan lepas aku dikabarkan oleh suami yang aku bakal dimadukan.

Allah ya Allah. Berat sungguh hati ini ingin menerima. Suami langsung tidak beri peluang untuk berbincang. Aku ingin tahu apa salahku?

Mungkin aku boleh berubah sekiranya ada yang tidak kena pada matanya. Mungkin susuk tubuhku, wajahku tidak secantik dahulu.

Dua pasang anak lelaki dan perempuan telah aku hadiahkan kepadanya. Tetapi mungkin ada kesalahan yang aku tidak nampak.

Selepas memberitahuku hajatnya, dia terus keluar dari rumah. Dia mengatakan dia tidak perlu persetujuan dariku.

Jika aku isterinya yang solehah, aku perlu setuju hajatnya kerana tiada cacat cela dari segi nafkah zahir dan batin. Itu dari mulutnya. Kerana wanita jarang untuk bersuara kerana ingin menjaga hati suami.

Sekiranya cukup nafkah yang diberikan, tidak perlu aku keluar bekerja siang dan malam. Aku berniaga dan menjadi agen insurans.

Kesana sini kubawa anak kembar kecilku bertemu klien kerana ingin menambah rezeki didalam keluarga kami.

Aku senyap dia tidak memberi apa apa hadiah kepadaku. Kerana aku tidak mahu dia terbeban. Malangnya disebabkan itu dia merasakan dia cukup memberi nafkah kepada kami anak beranak sehingga ingin menambah cawangan.

Malam ke malam aku tidak dapat tidur. Solatku tidak kusyuk. Ya Allah, jika aku ungkit pengorbananku kepadanya, aku akan muflis pahalaku. Itu bak kata Ustaz ustaz popular di kaca tv. Tidak boleh ungkit walaupun seinci kepada suami. Tapi aku ini manusia biasa, ada perasaan.

Aku tidak gemar untuk bergaduh ataupun bercakar. Aku himpunkan dua orang anak pertama dan keduaku. Aku mengatakan jika aku ingin bercerrai, adakah mereka setuju?

Mereka memberontak dan tidak mahu rumah ini terbelah dua. Mereka mengatakan mereka akan membenciku sekiranya aku mohon untuk bercerrai. Allahuakbar!

Aku mengusulkan kenyataan ini kepada orang tuaku. Mereka juga mengatakan yang mereka tidak setuju. Bagi mereka apa salahnya dimadukan. Benda yang halal dan Allah murka sekiranya bercerrai. Aku kembali kerumah dan menandatangi surat izin bermadu. Kerana tiada siapa pun yang menyebelahi hasratku.

Dia bangun dengan wajah berseri pagi itu, ibaratkan mendapat wang terpijak, bahagianya dia aku lihat. Tiada ucapan terima kasih mahupun memberi ciuman mesra. Langsung dia tidak memperkenalkanku dengan bakal isteri keduanya.

Dia mengatakan dia telah menyewakan rumah lain kepada kami anak beranak. Semua apartment 2 bilik. Kerana rumah yang ku duduki sekarang adalah rumahnya. Dia ingin tinggal disini bersama isteri kedua.

Aku diam… Asalkan dia memberikan kami sebuah rumah untuk kami tinggal, itu sudah melebihi cukup. Kerana ini adalah tanggungjawab nafkahnya dan dia tidak akan dipersoalkan oleh Hakim atau Allah diakhirat kelak.

Aku hanya membatu dan pura pura kuat. Yang mengejutkan aku anak kami pertama dan kedua rupanya sudah bertemu dengan bakal ibu baru mereka.

Patutlah mereka setuju suami berkahwin lagi. Menurut anak keduaku, bakal ibu mereka itu selalu membelikan hadiah kepada mereka.

Aku agak iri hati kerana dari percakapannya dia sudah lupa yang aku ini ibu yang melahirkannya. Mungkin aku agak kedekut kepada anak anakku kerana aku ingin mengajar mereka berdikari. Apa sahaja yang dihajat mesti mendapat dari hasil usaha sendiri.

Sama ada belajar bersungguh sungguh atau membuat sebarang kerja rumah, aku akan memberikan mereka hadiah selepas itu. Mereka masih kecil, mungkin mereka masih lagi tidak nampak mengapa aku menjadi sang kedekut pada mata mereka.

Suami mengatakan dia akan membawa anak pertama dan kedua tinggal bersamanya. Aku hanya perlu membawa anak kembarku kerana mereka masih menyusu. Aku tidak membantah. Hanya air mata sahaja menjadi teman tidurku setiap malam.

Bulan depan adalah majlis mereka. Anak anak telah ditempah pakaian baharu. Aku rasakan yang bakal maduku adalah orang senang. Tapi sampai sekarang aku masih tidak tahu siapa namanya dan bagaimana rupanya.

Sepanjang penulisan ini aku masih mengemas barang barangku untuk ke rumah baru. Kawan kawanku memberi kata semangat. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk diriku.

Aku akan ada banyak masa untuk diriku sendiri. Aku sudah tawar hati kepada suami, aku tidak pernah bertanya apa perancangannya untuk giliran malam. Bagi aku, asalkan ada tempat berteduh dan terpulang kepadanya untuk balik kerumahku ataupun tidak.

Ada sahabatnya yang menyaranku untuk sambung belajar. Aku masih pertimbangkan hal ini. Mereka juga menyuruhku untuk berikan semua anak anakku kepada bakal madu untuk dijaga. Lagipun ini adalah tanggungjawab suami dan bukannya aku.

Sahabat sahabat sekalian, aku ingin mengetahui pendapat kalian mengenai ini. Adakah perlu aku memberikan kembarku kepada suami untuk dijaga?

Ada tak apa apa idea untuk menjana lebih pendapatan disamping menghabiskan masa dari hanya menangis mengenang nasib?.

Aku harap ada yang senasib denganku memberi sikit tunjuk ajar bagaimana hidup bermadu.

Sesungguhnya hatiku sudah tiada apa apa lagi perasaan. Hanya kepada Allah aku memohon supaya ikhlaskan hati ini kerana hidup ini hanya pinjaman semata-mata..

Sekian, Wassalam…

Reaksi warganet

Ida Mami AmiRash –
So sad sis. Pasal anak tu maybe yang kembar sis bole jaga coz masih menyusu kan? Kesian pulak. Yang 2 lagi if nak ikut ayah dia biar kan je.

Agreed dgn u. As long da ade tempat tinggal up to him pasal giliran balik rumah tu. Tak balik pun tak pe if dia balik just untuk menambah derita di hati u.

Just think positive. Maybe Allah nak sis ade ‘me time’ after this. Ape yang Allah da aturkan tu mesti ada hikmah tersembunyi. Hope u stay strong.

Satu dua tahun ni just tengok dulu rentak suami tu. If kebahagiaan yang dia bina hanya untuk membuat u menderita, better u mulakan hidup baru. Insyaallah ada sinar untuk insan insan yang teraniaya.

Kima Kim –
Buat persediaan kemungkinan bila dia dah kahwin nanti, rumah sewa yang puan duduki tu, dia akan mula culas untuk bayar.

Sedangkan dalam perkahwinan sedia ada pun dia tak bertanggungjawab/tidak mampu. Puan dah bole mula mencari side income dengan kemahiran yang ada pada diri puan (masak / jahit / mengajar etc..)

Moga urusan seharian puan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki utk diri dan anak anak.

Sya Nysya –
Zalimnya suami puan. Jagalah anak kembar puan sebaiknya. Anak anak yang berpaling tadah biarkan dengan ayah mereka.

Belajarlah kemahiran baru untuk mengisi masa lapang. Jangan gunakan masa puan yang berharga untuk menangisi apa yang terjadi. Ingatlah bahawa airmata kita mahal untuk dihabiskan untuk manusia tak guna. Hanya utk Allah.

Mengadu pada Allah. Orang yang teraniaya Allah akan makbulkan doa. Saya doakan moga puan tabah dan diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. InsyaAllah ada hikmahnya. Jangan mengalah. Tuntut hak puan sebagai isteri.

Cik Puan Ammy –
Puan. Kalau anak pandang kebendaan berbanding kasih dan sayang ibu kandung. Puan pergilah sambung belajar. Cari duit banyak banyak.

Tapi anak anak jangan lupa. Jangan minta cerrai cuma minta izin secara baik untuk sambung belajar. Suami sedang hangat bercinta memang lah akan izinkan, maklumlah pengantin baru kan.

Puan sambung belajar atau tumpukan pada biz puan cari duit banyak banyak kumpul harta sendiri. In sha Allah anak anak akan kembali kepada puan sebab kasih ibu tiri takkan sama dengan kasih ibu sendiri.

Jika berlebihan, anak puan sangat beruntung. Jika kurang, sekurang kurangnya mereka masih ada ibu yang menyayangi mereka.

Rohani Hassan –
Kita tidak memiliki apa apa, semuanya milik Allah. Kita ada orang yang kita sayang, Allah akan ambil balik bila Allah suka.

Kita ada suami, suami cari perempuan lain. Kita ada anak, bila besar mereka dengan kehidupan masing masing. Akhirnya kita tinggal sendirian.

Semua hak Allah. Yang tinggal dengan kita hanya amalan baik. Doa dari anak yang soleh dan sedekah jariah. Yang lain Allah ambil semuanya.

Suatu ketika kita bahagia dapat suami yang baik tapi Allah ambil balik dalam bentuk kematian, kecurangan pergi kepada perempuan lain. Itulah kehidupan, kita kena terima hakikat kita tidak memiliki apa apa semuanya milik Allah.

Hanya dengan mengingati Allah jiwa jiwa akan tenang. Ingat Allah banyak banyak sis. Saya doakan sis tabah hadapi ujian ini dan Allah akan berikan kebahagiaan pada sis.

Wani Haris –
Hampir nak menangis baca confession puan. Suami tak menghargai puan.

Pandangan saya, puan letak la anak anak yang sulung dan kedua tu di rumah ibu tiri baru mereka. Tapi puan jangan lupa jenguk, sekurang kurangnya setiap hujung minggu, pastikan mereka berdua tak didera fizikal, mental dan em0si.

Anak anak kembar, puan jaga. Kalau suami tak menghargai puan, puan kena belajar menghargai diri sendiri. Kalau dapat, sambung belajar tinggi sikit. Ada jalannya selagi ada kemahuan..

Saya doakan puan tabah. Banyakkan berdoa, Allah Maha Mendengar, pulak pulak doa orang yang teraniaya. Bab cerrai, puan fikir la masak masak. Dari pihak puan, hati puan sendiri, kena juga timbangkan hati anak anak.

In the future, kalau anak anak sulung dan kedua tu dilayan dengan buruk, nafkah makan minum persekolahan diabaikan, saat anak anak rasa mereka tak perlukan ayah mereka lagi, puan dah kuat dari segi fizikal, mental, em0si, juga kewangan, tuntutlah percerraian dengan cara baik.

Semoga Allah permudahkan urusan puan, anak anak puan, dilimpahkan rezeki yang berkat asbab ujian yang berat ni..

Sumber – Rosnah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *