Angkara fitnah, suamiku aruwah. Tamat eddah, aku bersiap utk nikah lg. Tp kejutan yg aku terima

Foto sekadar hiasan.

Nama saya Edriana. Dari perak. Telah bergelar ibu tunggal sejak tahun 2018. Mempunyai 3 orang anak yang kesemuanya sedang bersekolah rendah dan menengah. Aruwah suami saya meninggalkan saya buat selamanya kerana pendrahan otak.

Asalnya, saya dari keluarga yang senang kerana suami saya merupakan seorang engineer di sebuah agensi kerajaan tempatan di sini.

Di samping itu, dia turut mempunyai pendapatan tambahan hasil pekerjaan luar dengan menerima ribuan ringgit setiap bulan dan kami hidup senang lenang tanpa menggangu duit gaji.

Saya juga bekerja dalam sektor kerajaan dan mempunyai wang sendiri.

Apa yang saya dan anak minta, semuanya tak pernah gagal. Barang kemas, motosikal, kereta, wang saku, pakaian cantik, melancong dalam negeri (kerana saya terlalu takut naik kapal terbang) dan alatan dandanan diri, semuanya ada. Malah lebih dari itu yang saya dapat.

Namun, setelah saya melahirkan anak yang ke-3, kehidupan kami mula berubah sikit demi sedikit. Saya dapat melihat kelainan sikap suami.

Dia yang sememangnya pendiam, menjadi bertambah pendiam. Selalu sakit kepala yang teruk dan bila pulang dari kerja, saya lihat dia sangat sangat keletihan melebihi biasa.

Mulanya saya sangka dia hanya letih biasa. Namun, setelah cek di klinik, drahnya terlalu tinggi sehingga mencapai bacaan 195 dan boleh mendapat strok pada bila bila masa jika bacaan drah masih tinggi.

Rupanya setelah saya bertalu talu bertanya soalan padanya, baru saya tahu bahawa dia terlalu stress dan tertekan dengan pekerjaan termasuk karenah yang entah apa apa dari pihak atasan suami saya.

Tiada lagi income tambahan keluarga kerana suami sudah tidak mampu untuk bekerja lebih masa lagi.

Suami bertambah stress. Memikirkan komitmen untuk menanggung keluarga kandung dan tanggungan keluarga sendiri yang tinggi.

Dan hutang along yang melampau akibat ditipu rakan (panjang ceritanya dan tak dapat nak tulis di sini), telah mengakibatkan keadaan kesihatan suami saya bertambah teruk.

Akibat daripada ini, kami menjadi sangat susah sehingga hendak membeli ketam dan udang pun terpaksa mengorek poket baju sana sini.

Hutang kena bayar. Anak anak bersekolah juga harus ditanggung. Makanan pula terputus. Barang rumah seperti vacuum dan microwave terpaksa dijual kepada rakan untuk memberi anak makan dan buat belanja sekolah.

Kesusahan kami ketika itu tiada siapa pun yang tahu. Semua orang sekeliling menyangka kami baik baik saja. Sedangkan Allah saja yang tahu betapa teruknya kami masa itu.

Gaji suami dan saya dihabiskan untuk bayar hutang along suami, hutang bank (pinjaman kad kredit) dan duit kereta dan hutang pembelian rumah. Susah kami, tak kena memang tak tahu. Dah kena, baru rasa macam mana kritikalnya apabila duit terputus setiap bulan.

Kerana tidak sanggup melihat anak anak kelaparan dan terputus makanan (masa ini saya yang kecil baru barumur 2 tahun dan masih memerlukan pampes dan susu), saya memohon bantuan salah seorang rakan saya yang bernama Hairudin.

Dialah yang membantu memberikan duit poket pada anak anak saya untuk persekolahan mereka termasuk bantuan makanan dan barang basah serta pampers dan susu buat anak kecil saya.

Saya memohonnya untuk merahsiakan hal ini termasuk daripada pengetahuan isterinya kerana terlalu malu dengan kedaifan saya dan keluarga sekiranya dia dan rakan rakan saya tahu hal kesusahan ini.

Setelah 1 tahun berlalu, akhirnya terbongkar semuanya apabila isteri Hairudin mendapat tahu bahawa suaminya sedang membantu saya dan keluarga saya. Dia menuduh saya dan Hairudin mempunyai skandal. Juga menuduh saya mengikis duit suaminya.

Dia tidak tahu bahawa saya sebenarnya bukan mengambil pertolongan suaminya secara percuma sebaliknya membayar secara ansuran ke atas perbelanjaan yang dikeluarkan setakat mana yang saya mampu.

Perang besar antara kami bertiga tercetus. Segala carut marut dihamburkan kepada saya dan saya tidak membalas carutan tersebut kerana tahu dimana kedudukan saya. Saya yang bersalah dalam hal ini.

Akhirnya, Hairudin dan isterinya bercerrai. Kerana apa? Kerana saya yang dianggapnya sebagai wanita jalang yang meruntuhkan rumahtangganya.

Dalam tempoh eddah, dia memfitnah saya dan bekas suaminya ke sana sini sehingga berita palsu yang direkanya berkaitan kami berdua pernah melalukan ‘hubungan’ secara rela di pusat beli belah tersebar hingga ke pengetahuan suami dan rakan rakan ofis suami saya.

Suami saya terkejut sehingga pengsan pada waktu itu (masa ini, suami berada di rumah bersama saya). Saya yang langsung tidak pandai berdikari dan tidak tahu memandu, telah menelefon ambulan dan setelah diberi rawatan.

Dipendekkan cerita, suami saya meninggal dunia kerana pendrahan otak akibat hipertensi0n hingga menyebabkan saraf otak nya putus.

Saya meraung bagaikan orang gila. Hilang sudah tempat bermanja, hilang tempat bergantung. Saya menjadi balu serta merta. Allahuakbar! Saya menangis sehingga ke saat ini walaupun sudah 2 tahun berlalu.

Hidup saya masa ini berganda ganda susahnya. Dengan hanya tahu membawa motosikal, saya mengusung anak anak saya bersekolah dalam apa jua cuaca. Kami pernah basah lencun bersama buku sekolah anak apabila hujan datang secara tiba tiba.

Pada saat ini juga, nama baik saya menjadi sangat tercemar dan bertambah parah dengan isu fitnah yang dibawa oleh bekas isteri Hairudin.

Dengan isu skandal ‘intim’nya, isu pelcurnya, isu mata duitannya, termasuk isu sugar daddy nya, dan entah hapa hapa lagi cerita binatang yang saya sendiri tidak tahu, telah tersebar di antara rakan rakan saya dan rakan suami saya.

Saya dan Hairudin dipulau, dihina, dicaci dan dibenci merata tempat di mana saja kaki kami pijak. Perasaan malu dan hina yang ditanggung kami berdua tanpa mereka di luar sana tahu cerita yang sebenar. Hanya Allah saja yang tahu betapa azabnya kami ketika ini.

Saya turut di bebani hutang suami saya yang ditinggalkan termasuk menyambung bayaran bulanan kereta suami dan hutang kad kredit di salah sebuah bank. Keluarga mentua pula tidak memperdulikan kami dan tidak ambil tahu pasal kami.

Apabila saya membaca kisah isteri abam yang menjadi balu sekelip mata dan keluarga mentuanya, air mata saya pasti akan jatuh kerana kisah saya juga hampir sama sepertinya.

Hanya yang untungnya balu abam itu ialah dia tahu memandu kenderaan dan hanya mempunyai seorang anak kecil sahaja.

Masa waktu kem4tian suami, Hairudin banyak membantu menguruskan pengebumian suami saya di kampung kerana saya sebatang kara di sini.

Keluarga kandung saya berada jauh dan tidak tinggal di satu negeri. Dia turut meneruskan bantuan kepada kami hingga kini dan tidak pernah lagi terputus makanan setakat ini.

Dia yang terlalu kasihankan saya yang tidak terurus termasuk sedih melihat anak saya yang masih kecil, membuat keputusan untuk mengambil saya sebagai isteri. Syukur masih ada yang sudi simpati pada saya. Allah maha besar.

Setelah tamat eddah 4 bulan 10 hari, saya membuat persiapan sedikit demi sedikit anpa pengetahuan Hairudin. Tujuannya untuk memberi kejutan padanya sebagai balasan bantuannya selama ini.

Urusan pernikahan berjalan lancar. Borang nikah juga telah tersedia. Hanya menunggu masa untuk dibawa kepada pegawai kariah untuk pengesahan. Kami merancang untuk berkahwin pada penghujung tahun 2019. Ibu sudah mula mengedarkan kad. Jemputan sudah dipanggil.

Catering turut dibincang dan telahpun setuju. Photografer turut dibayar. Ibu menjadi excited dalam segala hal. Sebelum ni, dia yang paling banyak menangis mengenangkan nasib saya bersama anak anak yang masih kecil. Ibu orang paling gembira kerana saya bakal mendapat penjaga baru.

Ibu tahu kesusahan saya yang tidak pandai berdikari kerana selama ini suami 100% yang menguruskan rumahtangga. Itu silap saya kerana terlalu manja. Menganggap suami berumur panjang, akhirnya sekelip mata hancur harapan ditengah jalan.

Namun, senyum di wajah saya tidak lama. Lagi tak sampai sebulan kami akan melangsungkan perkahwinan, Hairudin memberitahu bahawa dia sudah berkahwin lain.

Saya terduduk kerana terlalu terkejut. Di otak saya hanya terbayang wajah aruwah suami, wajah anak anak saya dan wajah ibu saya. Di mana saya dan keluarga hendak menyorokkan malu kami. Maruah kami dicarik carik. Jemputan sudah dipanggil. Semuanya sudah siap.

Hati saya menjadi sangat hancur. Tak kan mungkin akan elok kembali sehingga saya m4ti. Dia bercinta di belakang saya di saat dia sedar tarikh perkahwinan kami semakin hampir. Tak perlu menyalahkan Tuhan dalam hal ini kerana kesalahan ini datang daripada kita.

Kita yang tak kuat menepis hasutan syaiitan. Tak perlu salah siapa. Saya yang salah kerana masih diam ke atas perlakuan hina orang dan diam di atas perlakuan orang terhadap maruah diri yang setaraf tapak kaki lembu saja.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Dah la keadaan saya susah. Saya menjadi bertambah susah kerana hal mempermainkan perasaan saya ini. Sudah tahu saya susah, dia menambahkan lagi susah saya.

Saya menangis berganda ganda kali ini. Mungkin inilah ujian Allah pada saya kerana pernah menjadi asbab kepada kehancuran rumahtangga Hairudin yang terdahulu.

Bantu saya untuk move on, semua. Saya sudah tidak boleh bergerak ke hadapan. Jiwa saya sudah mti. Setiap kali saya pandang wajah anak anak saya, saya pasti menangis.

Hingga kini otak saya masih tidak dapat melupakan suami saya. Saya berpendapat, jika aruwah suami saya dapat melihat semua ini, pasti dia sedih mendapat tahu perlakuan keluarganya terhadap saya dan anaknya.

Pastinya dia lagi sedih apabila melihat isterinya ditipu begini oleh Hairudin sedangkan dia mengenali Hairudin sebagai seorang yang baik dan boleh diharap dalam menjaga makan minum kami sepanjang dia sakit.

Tatkala jika suami tahu isterinya kini sedang bergelut dengan masalah fitnah dan hinaan sepanjang masa oleh masyarakat keliling, pastinya hati dia akan hancur sehancurnya.

Anak anak nya kini menjadi anak yatim sekelip mata. Isterinya bergelar janda. Sentiasa dipandang serong sebagai perampas sedangkan bukan itu hakikat diri saya..

Dunia ini terlalu kejam buat saya. Saya terlalu ingin mengikut jejak suami. Saya ingin tidur disebelahnya di alam barzah sana. Saya akan bawa anak anak saya bersama saya untuk berjumpa ayah mereka.

Namun, entah bila saat itu akan sampai, saya tidak tahu kerana kem4tian adalah dirahsiakan Allah. Terima kasih semua kerana sudi melayan coretan saya ini. Assalamualaikum…

Reaksi warganet

Cik Senah –
Jangan sedih. Hairudin pun bijak juga, baik dia nikah anak dara. Tanggung sorang daripada tanggung awak dan 3 anak. Bangkit dan berusaha lah sendiri untuk besarkan anak anak. Insyallah, akan dipermudahkan. Awak ada kerja, pencen suami pun ada. Life style kena lah tukar sikit

Puteri Pelangi –
Kenapa nak salahkan orang lain puan. Puan sebelum ni penah bergantung penuh pada suami. Lepas tu, bergantung penuh pada hairudin pulak.

Dah sampai waktu berdikari sendiri. Susun balik hutang hutang. Ambik lesen kereta. Anak anak kene diberitahu status kehidupan sekarang. Teruskan perjuangan dan berdiri atas bakat dan usaha sendiri.

Tak de orang boleh pijak pijak maruah puan lagi. Jangan puan letakkan maruah dan nilai puan pada tahap terendah. Puan yang kene anggap puan adalah yg terbaik dan terhebat!. Moga dipermudahkan urusan. Yang baik dari Allah, yang pincang itu datang dari kelemahan sendiri. Move on puan..

Normaya Mokhtar –
1. Hutang Along tu boleh cuba minta pandangan dari PPIM.

2. Hutang rumah patut selesai sebab ada MRTA.

3. Kereta kalau dah takde hutang, simpan. You pergi ambik lesen. Kereta automatik sekejap je kot dah pandai bawak.

4. Hutang kad kredit boleh buat pengstrukturan semula. Cuba rujuk dengan AKPK.

5. Jangan terbawa bawa perasaan tentang Hairudin tu. Anggap je takde jodoh. Berhenti letakkan pengharapan pada manusia, jiwa lebih tenang.

6. You masih bekerja kan? Susun balik perbelanjaan keluarga.

7. Kuatkan hati dan semangat untuk teruskan hidup. Allah takkan uji lebih dari kemampuan hambaNya. Jaga diri, jaga kesihatan. Doa banyak banyak minta Allah permudahkan semuanya

Ann Fardan –
Pilu mengenangkan nasib Puan. Namun apa kan daya kesilapan demi kesilapan menyebabkan Puan menjadi mngsa keadaan.

Saya tidak rasa hairudin ikhlas membantu ketika Puan masih bersuami. Dia mencintai Puan dalam diam. Sebab itulah dia bantu Puan sehingga menyebabkan dia bercerrai.

Namun adat manusia Puan. Ketika dalam tangan orang memang kita nampak manis. Namun bila sudah tidam dimiliki sesiapa, kita nampak sebagai beban. Sebab itulah dia pilih wanita lain. Usah bergantung pada manusia Puan, bergantung lah pada Allah semata mata.

Bangkit Puan. Pedulikan kata fitnah orang. Demi perut dan masa depan anak anak. Benda yang paling kita takut sebenarnya benda yang paling kita kuat hadapi jika Puan berani.

Moga Allah permudahkan urusan Puan dan anak anak. Kembali kan maruah Puan. Dengan cara berdikari atas kaki sendiri!

Fatimah Zaharah Yusof –
Cite ape aku baca ni, hmm. Masa suami meninggal meraung macam orang gila tapi lepas meninggal tak sabar tunggu habis edah sebab nak kahwin dengan Hairudin.

Hutang sana sini tapi kahwin baru nak grand catering photographer bagai mana datang duit pulak? Kereta suami tu tak reti bawak pun kan, simpan buat ape? Jual jela.

Suami penjawat awam, lepas meninggal mesti dapat pencen terbitan, ex gratia semua tu. Then lepas kena tinggal dengan hairudin baru nak terbayang wajah suami? Eh aku pulak yang emo.

Noor Lini –
At 1st place, puan buat silap besar sebab minta tolong suami orang apatah lagi minta rahsiakan dari isterinya. Suami isteri patut takde rahsia.

Cuba letak kita kat tempat isteri dia setakat pinjam sikit sikit lain cerita ni setahun tanggung puan dan anak anak. Bila tersebar fitnah sampai meninggal suami puan, sampai bercerrai orang tu.

Takpe la benda dah jadi, elok juga puan tak jadi kahwin dengan laki tu. Now puan kena bangkit. Puan ada kerja, strukturkan balik semuanya. Jangan harapkan bantuan manusia.

Bangun tahajud, Allah nak dengar kita minta dari Allah. Kalau susah pun sekurangnya puan akan tenang bila ngadu kat Allah. Solat taubat hari hari. Minta tolong kawan pompuan pun hati hati sebab mulut orang adat dah tu mengata.

Kita je yang tahu susah kita. buyat part time jual apa apa. Fikirkan anak anak tu. Jangan fikir nak cari suami untuk bergantung harap lagi. Jodoh tu biar datang sendiri. Moga dimurahkan rezeki puan….

Ruhaiza Samsudin –
Saya just wonder. Awak cakap masa suami awak ada buat side income, gaji langsung tak usik. Pelik jugak saya sebab takkan langsung tak ada buat simpanan, kecemasan.

And I guess banyak berlaku pembaziran masa aruwah suami msih ada. That’s why la org tua tua selalu pesan hidup bersederhana la walaupun mampu.

Lepas tu nak kwin lagi sekli siap jemput orang bagai. Ni lagi pelik sebab kata banyak hutang tapi nak buat mjlis bagai. Hmm apa pun, kadang kena muhasabah diri la kan..

Kadang kadang apa yang kita lalui ni kifarah atas dosa dosa lampau kita. Harap lepas ni tt ni ambil iktibar dan tak bergantung pada orang lain untuk hidup. Sebab saya tau, ramai je ibu tunggal yang boleh besar kan anak sndri tanpa menghadap ihsan orang lain.

Sumber – Edriana (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *