Adik ipar bongkar rahsia suamiku ‘melanggan’. Aku mula kikis duit suami tanpa segan. Aku ‘ajar’ dia cukup2

Foto sekadar hiasan.

Nama aku Nadiah. Penulisan aku yang pertama tidak disiarkan mungkin disebabkan content yang ada dalam cerita tu terlampau berat untuk admin terima dan siarkan. Kali kedua aku mencuba nasib.

Memang tidak dinafikan, cerita yang pertama aku bercerita berdasarkan em0si yang tengah membara dan mungkin tidak sesuai untuk bacaan umum. Terima kasih juga admin kerana tidak menyiarkan luahan hati ku yang pertama.

Dari situ juga aku berpikir baik buruk kepada keluarga aku jika cerita tersebut dikeluarkan sungguhpun bukan la nama sebenar yang aku pamerkan. Tapi sudah pastinya suami akan mengetahui cerita itu adalah cerita kami.

Serba sedikit luahan yang pertama, aku dicurangi oleh suami sendiri setelah 8 tahun perkahwinan kami. Memang dasyat apa yang aku lalui tiada siapa yang tahu kecuali aku, suami dan adik iparku.

Benarlah orang kata, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Sepandai pandai dia menyorokkan lambat atau cepat, isteri akan ketahui juga kerana naluri seorang isteri tidak pernah salah.

Setelah 2 bulan berlalu, hubungan kami suami isteri masih macam biasa. Rutin seharian kami tiada apa pun yang berbeza. Tetapi emosi dan perasaan aku terhadap suami semestinya berubah 360 darjah.

Apa yang aku ingin kongsikan di sini adalah apa yang aku lalui selama 2 bulan ini amatlah perit dan betul betul didalam kepura puraan.

Tidak mungkin aku dapat memaafkan apa yang telah suami aku lakukan terhadap aku selama ini. Aku masih menerima suami ku seperti biasa. Aku masih layan kemahuan nya, masih menjalankan tangungjawab seperti sebelumnya.

Malah perhatian yang aku berikan semakin bertambah berbanding dahulu. Tidak ku tahu mana silapnya aku sehingga dia tergamak mencurangi aku.

Secara fizikalnya aku tidak punya cacat celanya. Sunguhpun aku berkerjaya, aku tidak pernah mengabaikan suamiku. Semua kerja rumah, aku yang selesaikan.

Benarlah orang berkata lelaki kesetiaannya diuji setelah mereka peroleh kesenangan.

Semuanya bermula apabila suamiku menjual handphonenya kepada adik iparku. Terlupa untuk buang segala rahsia didalam handphone tersebut maka bermula detik aku mengetahui segala perbuatannya dibelakangku.

Beberapa kali adik ipar mengingatkan ku agar berhati hati. Jangan sampai suami diambil orang katanya.

Aku hanya menganggap bualan kosong. Masakan ada perempuan mahukan suamiku. Hitam, muke pun tiada rupa. Aku percaya kesetiaan suamiku kepada ku selama ini, setiap detik dia bersamaku.

Kasih sayangnya, kebaikannya tidak berubah. Ditambah suamiku solat tidak pernah tingal, dhuha setiap hari dilakukannya. Quran sentiasa menjadi bacaannya seusai solat. Perlukah aku persoalkan kesetiaan lelaki yang sebegitu rupa?

Adik menunjukkan segala perlakuan suamiku dibelakangku. Hanya Allah yang tahu perasaan ku. Seminggu aku berendam air mata. Beratku turun mendadak. Tidak larat untuk aku tangung semuanya. Aku bercakap lembut menyuarakan apa yang aku ketahui dan terbuku didalam dadaku.

Suami tertunduk malu, tiada sepatah apa yang diungkapkan. Aku percaya itu tanda dia mengakui kesalahannya.

Setiap kali aku bersendirian, aku sentiasa akan berfikir apa yang suami aku lakukan dibelakangku. Selalu aku membayangkan bagaimana tergamaknya dia memeluk, mencium, bermesra bersama perempuan perempuan murahan itu.

Sejujurnya pernah aku meminta cerrai kepada suamiku. Jika tidak bahagia bersamaku, lepaskan aku. Suamiku berjanji untuk berubah.

Setelah aku mengetahui segalanya. Perasaan aku terhadap suamiku terasa kosong. Perkahwinan ini bertahan bukanlah disebabkan cinta lagi. Tetapi disebabkan ikatan antara dua keluarga.

Tangapan kau terhadap suamiku juga berubah. Jika dahulu, bila aku inginkan sesuatu takut takut untuk aku nyatakan hasrat ku kepada suamiku.

Tidak sampai rasa hati ku untuk menyusahkan dia. Kerana aku tahu bagaimana susahnya suamiku mencari rezeki. Aku sememangnya bukanla isteri yang meminta minta.

Tetapi bila semuanya berlaku, aku mula berfikir. Biarla aku yang menghabiskan duit suamiku dari dia menghabiskan duit ke tempat yang tidak sepatutnya.

Aku sudah tidak kesah apa suamiku ingin melabelku. Biarlah dikatanya aku penghabis harta suami. Aku tidak peduli lagi dengan angapan sesiapa pun. Cukup la aku dibdoh bdohkan sekali.

Hikmah disebalik semuanya, apa kemahuanku semua dituruti oleh suamiku. Jika dahulunya selalu sahaja dia menyatakan duitnya tidak pernah cukup. Masakan mencukupi jika disalurkan kepada tempat yang tidak sepatutnya.

Apabila kite dicurangi kepercayaan kepada suami itu akan lenyap terus dari dalam diri kita. Bukan senang untuk aku mempercayai suamiku lagi. Biarlah masa menentukan segalanya.

Terlalu awal untuk aku memaafkan segala kesalahannya. Biarlah dia hidup didalam perasaan serba salah sepanjang hayatnya. Serba salah kerana memperlakukan kesetiaan seorang isteri.

Jika difikirkan hanya dririku sahaja ingin sahaja aku menghilang dari pandangan mata suamiku. Ingin sahaja aku bawa diriku sejauh mungkin.

Berpura pura bahagia dihadapan suami benar benar menyesakkan dadaku setiap hari. Ketawa senyum ku ke semuaya dalam kepura-puraan.

Tidak aku ketahui sampai bila aku mampu menghadapi semua ini. Hanya kepada Allah aku menangis setiap hari. Di luarnya aku nampak sangat kuat. Di dalam, em0si, perasaan, hanya Allah yang tahu.

Wanita lain bertahun untuk menghilangkan mimpi ngeri dalam ingatan mereka. Inikan aku baru 2 bulan. Mustahil bagiku. Hanya memori silam sebenarnya yang aku mainkan dalam ingatan ku setiap hari sebagai kekuatan untuk aku terus bertahan.

Semoga suatu hari nanti punya sinar baru untuk aku meniti hari hari seterusnya. Samada untuk memaafkan suamiku atau membawa haluan ku sendiri.

Reaksi warganet

Siti Noraini Maidin –
Ya Allah orangnya rajin beribadah tapi tergamak melakukan ziina? Allahu, patutlah duit asyik tak cukup. Mujur Allah tunjuk kat puan perbuatan dia akhirnya.

Adakah puan sanggup lagi nak teruskan kepura puraan puan?. Puan perlu fikirkan jugak penyakit Yang bakal puan alami nanti. Fikirlah dengan waras puan.

Nur Athirah Ahmad –
Tt dah minta suami check H.1.V? Tt pon check jugak sekali ye. Bukan apa kita tak tahu dan tak kenal sapa orang orang yang dilanggan.

Semoga Allah jauhkan dari musibah untuk keluarga tt. Untuk suami tt, anda bertuah ada isteri yang mampu terima balik lepas kesilapan besar ini. Hargai dia dan bertaubat nasuha.

Bie Bie Cdie –
Lelaki yang solat 5 waktu, ngaji, solat sunat duha, itu hanyalah nampak dari segi luaran soleh. Belum tentu dapat menahan hawa nfsunya bila telah terbiasa dengan yang haram. Yang haram itu sedap dari yang halal.

Kalau puan rasa tak tahan, tertekan dengan suami macam nie puan pilihlah jalan terbaik untuk jaga hati puan dari terus tersakiti. Sayangi diri sendiri. Baik, kasih sayang tu, tak perlu percaya. Untuk tebus kesalahan jer tu.

Snow Rain –
Macam mana boleh terima lagi?. Tak takut kena penyakit ke?. Bila puan bersama suami macam mana rasa?. Perempuan biasa kalau tahu laki dah makan luar jangan harap nak layan laki atas katil dah, terus minta cerrai.

Islam tak zalim puan, kalau suami dah ziina patut rejam sampai mti. Move on la puan, daripada nak makan hati. Seumur hidup takkan lupa tu.

Ye puan positif cuba cari mana kurangnya puan. Tak payah cari mana kurangnya puan, tapi suami puan yabg kurang sebenarnya. Jangan rasa rendah diri bila suami curang. Dia yg tak layak untuk puan.

Bila lelaki gagal kawal nfsu tu la jadinya. Kawann lelaki saya pernah cakap, lelaki kalau curang walau bini lawa ke baik ke hanya sebab nfsu. Alim macam mana pun kalau itu ujian untuk dia, dia tewas juga. Move on la puan

Noraini Othman –
Kau minta la barang kemas bebanyak atau kau minta je duit pastu kau simpan buat sebagai back up kalau terjadi sesuatu musibah dan supaya dia langsung tak de duit nak buat benda tak senonoh tu lagi atau yang lain lain yang tidak berfaedah.

H.1.V test wajib buat.

Bab cerrai ke tak tu terpulang sebab mungkin kau pernah doa minta pada Allah supaya jadikan keluarga kau keluarga yang sangat bahagia sehingga ke Syurga tapi tahulah kan, Allah kalau nak bagi, bukan bagi macam tu je.

Ada pelbagai cara Allah nak tunaikan doa kita.

Kemungkinan juga Allah sengaja nak bagi cara macam ni. Lepas tu suami bertaubat dan jadi lebih bertanggungjawab dan lebih menyayangi dan mengasihi keluarganya.

Siapa tau kan percaturan hebat Allah camana..

Kita minta pelangi tapi Allah turunkan hujan, kita merungut.

Lepas je hujan berhenti, terbit pula pelangi nan indah. MasyaAllah…

Wan Salina Wan Mamat –
Awak nak kekal dengan suami selepas mengetahui segalanya, sesungguhnya awak amat hebat!.

TAPI tolong lah jangan jadi bodoh kerana bimbang dari “kesedapan” suami awak itu nanti dibawa balik penyakit berkongsi dengan awak pula!. Tolonglah pergi buat pemeriksaan.

Sumber – Nadiah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *