Bercerrai hidup masa tgh sarat. Bila anak lahir, aku rasa xredha. Soalan mak buat aku tersentak. Rasa nk meraung

Foto sekadar hiasan.

Hai. Nama aku Effa. Umur lewat 30an. Aku mempunyai 2 orang anak. Aku rasa sudah cukup dan aku plan tidak mahu ada anak lagi. Tapi dengan izin Allah aku pregnant lagi.

Bermula bila tahu aku pregnant aku mula serba salah. Adakah aku patut teruskan pregnant atau buang saja baby ni.

Bila aku tanya pada suami, dia kata terpulang pada aku. Fikir punya fikir aku teruskan juga kandungan ini tapi dengan rasa berat hati. Dengan rasa tidak redha. Aku mula rasa malu dan tak suka bila orang tanya pasal kandungan aku.

Pada awal usia kandungan ku, Suami aku kantoi curang. Setelah terbongkar kisah curangnya dia ambil keputusan untuk cerraikan aku..

Masa usia kandungan aku 6 minggu jatuh talak satu di depan hakim. Dia terus keluar rumah dan tidak peduli kan aku dan anak anak. Tiada siapa yang tahu aku telah bercerrai dengan suami selain dari family aku.

Selepas itu aku makin jadi tidak redha dengan apa yang terjadi. Semua aku rasa salah di mataku. Kenapa Allah uji aku macam ni sekali. Aku uruskan semua hal seorang diri, urus anak anak sekolah, pergi check up.

Kebetulan masa PKP aku yang tengah sarat mengandung ni beli barang keperluan seorang diri. Sampai waktu nak bersalin aku sendiri drive balik ke kampung untuk bersalin. Mujur masih ada family yang membantu.

Aku sering merintih dan merungut tapi cuma dalam hati. Bila penat aku salahkan takdir Tuhan. Aku persoalkan kenapa la aku masa aku mengandung ni la macam macam dugaan..

Aku teruskan life walau hati ku tidak redha dengan semua yang terjadi hingga aku selamat bersalin.

Alhamdulilah baby aku sihat sempurna dan comel. Semasa dalam tempoh berpantang setiap kali aku rasa sakit selepas pembedahan, bila baby aku meragam, bila anak anak aku buat perangai aku mula fikir macam macam. Aku mula menyalahkan takdir. Aku jadi stress.

Hingga aku berkira kira nak bagi susu sendiri atau susu formula. Sampai tahap aku rasa nak bagi orang lain baby aku ni.

Tapi itu semua hanya di dalam hati dan fikiran ku sahaja. Aku tidak luahkan pada orang lain. Orang lain nampak aku steady dan normal sahaja.

Hingga suatu hari selepas aku habis pantang 44 hari. Baby aku mula meragam, menangis tak henti tanpa sebab. Aku lagi la naik stress..

Bila aku pegang dan pujuk baby lagi dia menangis. Bila mak aku dukung dan pujuk, baby aku diam. Tapi takkan aku nak harapkan emak aku saja nak jaga baby.

Sebolehnya aku tak nak susahkan siapa siapa. Suatu malam sedang mak aku pujuk baby aku yang tengah meragam mak aku tanya satu soalan yang membuatkan aku tersentak.

“Mak nak tanya Efa ni. Efa ada ke rasa macam tak suka kat anak Efa ni. Ada ke rasa macam nak bagi kat orang lain baby ni???”

Ulpss tertelan air liur aku. Muka aku rasa panas. Otak aku ligat berfikir. Macam mana la mak aku tau aku ada rasa macam tu. Aku selalu bermonolog dalam hati jer. Tapi aku cover perasaan aku tu.

Aku jawab..

“Ehh mana ada mak.. Efa sayang anak Efa ni…”

Huhu, sumpah aku sayang baby dan anak anak aku. Cuma aku selalu rasa tak redha dalam hati jer.

Pastu mak aku kata..

“Owh kalo macam tu takpe la. Baby ni dia tau perasaan mama dia kat dia. Ni dia nangis ni saja lah tu minta perhatian mama dia ni..”

Aku rasa nak meraung masa tu. Tapi aku tahan. Aku terus pergi amik wuduk dan solat. Aku menangis masa berdoa.

Aku rasa aku manusia yang kufur nikmat yang diberi oleh Allah swt. Aku salahkan takdir aku sedangkan aku tau Allah swt tak menguji hambanya di luar kemampuan. Aku jadi lupa semua itu.

Aku bersungguh sungguh minta ampun pada Allah swt. Aku rasa sangat sangat berdosa pada Allah swt. Berdosa pada baby dan anak anak aku.

Habis solat aku tengok baby aku sedang tidur lena. Kesian baby aku tak salah apa apa. Dia tak tahu pun apa yang jadi kat mama dan papa dia.

Dah la papa tak ada dan tak sayang dia. Takkan la mama pun nak buat dia macam tu.. Aku meraung lagi.

Rasa bersalah datang bertimpa timpa. Aku mula rasa menyesal. Aku usap kepala baby aku. Aku cium cium baby aku sambil menangis dan cakap kat baby,

“Mama minta maaf sayang.. Mama tau mama salah.. Mama sayang baby..”

Lepas dari hari tu hari hari aku solat taubat dan minta ampun kat Allah swt atas khilaf aku. Hari hari aku cakap kat baby,

“Mama sayang baby.. Baby jangan merajuk lagi dengan mama ye..”

Ajaibnye baby aku macam faham je apa yang aku cakap kat dia. Bila aku usap usap kepala dia sambil cakap macam tu, mata dia tengok je muka aku. Macam faham je perasaan mama dia..

Sumpah aku rasa bersalah. Alhamdulilah baby aku pun dah kurang meragam.

Sekarang baru aku sedar kadang kadang apa yang kita fikir itu la yang akan jadi. Macam kes aku cuma aku monolog sendiri je dalam hati. Tak redha tak ikhlas. Aku tak luahkan pun

Kini aku rasa bahagia ada baby yang comel. Aku rasa ikhlas dan redha dengan semua hal. Hati dan jiwa aku makin rasa lapang dan tenang..

Doakan aku guys dapat teruskan life dengan anak anak. Ex laki aku langsung tak bagi nafkah atau tanya khabar berita aku dan anak anak. Takpe la aku redha. Biar la kat dia..

Terima kasih sebab sudi baca luahan hati aku. Khilaf seorang ibu.

Reaksi warganet

Shahrizaton Sharifuddin –
Nafkah anak tu hak diorang. Sebagai ibu, tuntut la hak tu bagi pihak anak. Nanti anak anak dah besar kena cari ayahnya juga untuk jadi wali. Jangan biar ayah diorang bersenang senang abaikan tanggungjawab dia.

Dayang Hazlina –
Pengalaman saya la dengan bekas suami. Sebab nafkah tu biasanya di minta masa nak urus percerraian dekat mahkamah depan hakim ada surat tulis berapa nafkah kena bayar tiap bulan untuk anak.

Dan hakim tanya si bapa setuju atau tidak dengan jumlah nafkah yang ibu minta untuk anak ke akaun bank su ibu. Ada surat bapa kena sain depan hakim.

Dan ibu sebagai penjaga anak anak boleh buat aduan atau mahkamah akan keluarkan saman jika si bapa gagal bayar nafkah yang di tetapkan. Dan si bapa boleh di penjara kan sebab engkar dengan arahan mahkamah untuk urusan itu.

Tiada pula mahkamah minta saya bayar satu sen pun. Semua percuma untuk Sabah, kalau negeri lain saya tak tahu.

S Hazirah Tajul Rahim –
Anak Anak tu harta dunia akhirat awak sis. Tentunya tak mudah nak hadapi semua ni tanpa suami yang perginya cuma bercerrai hidup.

Syukurlah, keluarga sis masih ada. Begitu mengambil berat dan banyak membantu. Keraplah meminta nasihat dari ibu dan ayah supaya sis terus kuat untuk lalui kehidupan yang akan datang..

Sarah Bt Zamhuri –
Sis kau jangan redho sangat lah please lah. Nafkah tu hak anak anak kau sis. Ikhtiar dulu baru nak redho lepas tu.

Btw kite geng hujung 30an tubik baby. Tapi rumah tangga aku ada lagi lah.

Aku akui bila dah kertu hadap baby dalam pantang sangat la letih. Sumpah aku dah lalui. Siap terkena baby blues.

Kira kau lagi hebat boleh hadap sorang diri. Aku takleh la. Dah abis maximum penat sabar aku. Kena pass baby kat laki aku pulak la. Dah keje dia kan.

Dhuha Imani –
Kak bab nafkah anak akak jangan redha kak. Tu hak anak kita kak. Kak kena buat tuntutan nafkah kat ex akak tu. Kalau akak tak ada duit nak buka file. Boleh pergi kat jabatan bantuan guaman. Setiap negeri ada kak.

Bayaran untuk buka file setiap kes murah je. Kesian baby tak merasa langsung nafkah daripada bapa. Nanti cakap kat peguam suruh buat potongan gaji suami terus masuk dekat akaun.

Athiera Burhan –
Dear Effa, boleh follow puan dzuriasikim dzulkefli untuk dapatkan balik kebahagiaan Effa..

Puan ni bangkit setelah ditiggalkan oleh suami selepas bercerrai dia tak ada duit, tak ada kerja, tak ada kereta. Dihalau dari rumah dengan 5 orang anak yg masih bersekolah….

Allah sayangkan Effa, dia nak Effa kembali ke jalan yang betul. Kadang kadang sifat pemaaf kita tu memakan diri. Dari Effa terus hidup dengan manusia tak guna tu ada baiknya percerraian ini.

Mesti ada hikmahnya. I pray for your happiness dear Effa. Love yourself first sebab orang yang tak sayang diri sendiri mana mungkin menyayangi orang lain.

Sumber – Effa (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *