Liarnya adik. Hamil sblm nikah. Anak umur 6 bulan, bercerrai. Lpstu tiba2 hamil lg. Aku nekad

Foto sekadar hiasan.

Assalammualaikum wbt. Terima kasih admin approve confession ni. Hai nama aku Bunga (bukan nama sebenar), berumur pertengahan 20-an, belum berkahwin dan baru je tamat belajar.

Terlebih dahulu aku nak highlight kan, confession ini bukan berniat untuk mengaibkan sesiapa. Lebih lebih lagi orang yang aku cerita kan ni adalah ahli keluarga aku sendiri.

Straight to the point, aku nak minta pendapat kalian akan kewajaran untuk aku jadi ibu susuan kepada anak buah aku sendiri. Untuk pengetahuan, anak buah aku ni berstatus anak luar nikah.

Ibu dan ayahnya telah bercerrai ketika dia berumur 6 bulan. Mereka berkahwin pada usia yang sangat muda pun sebab nak tutup malu. Adik aku dah pregnant sebab terlanjur dengan bekas suaminya.

Malu tu tak usah cerita la sebab keluarga kami agak terkenal di kawasan perumahan.

Setahun kemudian, beberapa hari lepas ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama, adik aku dicerraikan selepas beberapa bulan bergaduh dan tak duduk sebumbung. Bergaduh sebab apa tu tak perlu la aku cerita. Sekarang anak buah aku tu dah berusia setahun.

Aku akui, adik aku memang agak liar sejak dari zaman sekolah lagi. Banyak sangat benda liar dia dah buat sampai mama dan papa kami malu nak hadap muka jiran jiran. Bukan tak nasihat, dah pelbagai cara dari selembut lembut cara sampai ke cara yang kasar.

Kami pernah bawa jumpa pergi pakar psik0logi, tapi kejap je dia berubah lepas tu buat balik perangai lama. Kami dah jumpa ustaz untuk buatkan air dan doa, tetap sama.

Macam macam cara dah buat tapi belum ditakdirkan lagi untuk dia berubah. Walhal sekarang dah ada anak pun perangai kuat melawan dan membentak dia tu makin menjadi jadi.

Masa dia start bergaduh dengan ex husband dia pun dia dah ada boyfriend baru. Aku terpandang dia tengah buka apps omi dan tengah search for friend. Aku tanya nak buat apa pakai apps tu, selamba dia kata nak cari papa baru untuk ni (anak dia) sambil ketawa macam orang miang.

Lepas bercerrai dia dah start keluar dating dengan pakwe baru, siap bawak anak. Orang cantik la kata kan, mesti la ramai terpikat. Tu la bezanya dia dan aku. Dia ada rupa paras yang cantik, manakala aku ni biasa biasa saja.

Allah itu Maha Berkuasa, lepas je berapa bulan dari tempoh dia bercerrai, DIA beri petunjuk. Kebetulan kawan kepada adik aku juga berkawan dengan aku.

Masa tu kami terserempak di sebuah pasaraya, kami borak borak kosong. Tiba tiba dia tanya aku,

“Kak Bunga, Daun (adik aku) pregnant lagi ye kak. Kelmarin saya nampak status WhatsApp dia tunjuk pregnancy test. Pregnant second katanya, tahniah la ucap kat dia”.

Aku terkejut, berderau drah aku serta merta. Adik aku hide status Whatsapp dari aku! Tapi aku cepat cepat cover,

“oh yaka, taktau pulak dia tak bagitau akak lagi la tu”.

Untuk pengetahuan, kawan kawan dia taktau pun yang dia dah cerrai, cuma keluarga je yang tahu.

Macam mana adik aku boleh pregnant lagi sedangkan dia dah bercerrai. Aku rasa nak menjerit sekuat hati. Aku tak dapat tahan airmata. Aku kesian kat mama dan papa. Sampai hati kau dik malukan kami untuk kali kedua!

Sampai ke rumah aku buat biasa je. Aku rasa meluat tengok muka dia. Patutlah aku dah lama tak nampak kau peri0d. Bila mandi je asik muntah. Anak mintak susu badan pun merungut payudara kau sakit.

Kenapa kau buat macam ni dik, kenapa! Lepas kau dah malukan kami dulu, kami masih terima kau. Dan kau ulang lagi silap yang sama!

Perkara ni aku cerita kat mama sebab apa apa hal tentang adik memang kami saling bincang untuk cari jalan penyelesaian. Mama menangis semahunya, mama dah agak. Cuma mama tak bagitau aku je tentang perubahan yang dia nampak pada adik.

Mama tanya adik, adik tak mengaku. Dia kata dia post gambar lama sebab saja saja sebab nak tunjuk kat kawan. Mama mengamuk macam kena rasuk hantu. Kalau saja saja kenapa hide status daripada kami!!!

Lepas dari kejadian tu, aku selalu tenung anak buah aku tu. Aku kesian sangat kat dia. Dia taktau apa apa. Dia tak berdosa. Aku nak dia jadi manusia yang berguna dan berjaya bila dah dewasa nanti.

Sementara tunggu dapat kerja, memang aku dan mama yang babysit dia. Setiap hari aku layan dia, suap makan, mandikan, even pergi beli groceries sekejap pun aku bawak dia.

Aku anggap macam anak aku sendiri. Mak dia kerja dari pagi sampai ke tengah malam. Waktu pagi bangun lewat sebab penat keje semalam. Bangun tidur pergi keje macam biasa.

Tak sempat urus makan pakai anak dulu. Takpelah, kami uruskan anak dia. Kami tak pernah kisah pun pasal tu.

Aku rasa dia jumpa mak dia masa dah tidur je. Cuti seminggu sekali, tu jela waktu dia spend time dengan mak dia. Tu pun kadang kadang keluar tak bawak anak, balik lewat petang.

Sejak tu aku nekad nak jadi ibu susuan merangkap ibu angkat dia, tapi aku kena makan ubat untuk ada susu ke? Apa yang aku perlu buat?

Aku tahu dia memang dah drah daging aku. Tapi nanti kalau dia dah besar, macamana aurat dia dengan suami aku, dengan anak anak lelaki aku? Aku segan nak bagitau mama dan papa sebab aku anak dara lagi.

Wajarkah aku jadi ibu susuan dia atau pun tak perlu. Kalau aku jadi ibu angkat dia, berdosakah aku pisahkan dia dari mak kandung dia?

Aku sangat perlukan pendapat kalian untuk buat aku berfikir secara rasional sebab aku hanya ada tempoh lebih kurang 11 bulan sahaja sebelum dia berusia 2 tahun. Aku buntu.

Reaksi warganet

Tiey –
Untuk tt, Pada pendapat saya tak perlulah tt jadi ibu susuan ank buah tt tu. Sebab dia pn dah setahun sebulan kan. Journey untuk penyusuan ibu pun cuma lagi 11 bulan kan.

Cuma sekarang yang penting bonding tt dan ank tu. Memandangkan adik tak jaga sangat bby tu, biar tt je jaga dia macam anak tt.

Jangan biar adik pengaruhi baby dengan benda benda yang tak elok. Adik dating tak perlu dibawa. Tt ajar benda yang baik baik. Dan jika satu hari adik kawen dan nak berpindah ke tempat lain tt usahala bela anak tu. Sayang baby setulus kain yang putih.

Kita yang mencorakkannya. Jangan biar terdedah pada perkara perkara yang negatif. Niat yang baik baik ye tt. Semoga semuanya dipermudahkan untuk tt.

Shyra Sepeai –
Salam. Tahniah jadi aunty yang baik dan fikir well being anak anak buah. For me, tak perlu pun u susu kan tu sebab dia dah setahun sebulan which tak depends sangat pada susu ibu untuk survive.

Kalau less than 6 bulan, maybe u can consider. Kalau u sayang anak buah tu. U jaga je la. Sebab mak dia memang tak nak jaga dia Dan anak buah tu bukan alat untuk mengajar mak dia jadi dewasa.

Masa berjalan. Anak semakin besar. Rezeki dia tak boleh pilih mak bapak tapi dia ada rezeki aunty dan nenek yang baik. Jaga je la dengan baik dan didikla secukupnya.

Hal mak nya yang tak guna gila jantan tu lantakkan lah. Yang penting anak buah u sihat dan ckup kasih sayang walaupun bukan dari mak tak guna dia tu.

Ida Ahmad –
Persoalan : wajarkah saya jadi ibu susuan?

Tujuan : jga aurat dengann bakal suami dan anak sendiri..

Pandangan saya: Tak perlu

Reason saya : Biarlah hubungan indah ibu saudara dan anak saudara itu kekal begitu. Anak itu ada bapanya, walaupun bukan biopanya yang sah. Tak perlu diangkat baby sebagai anak angkat. Sebab selama ni yang jaganya mama dan penulis kan. So kekallah begitu.

Cuma, bagilah attention yang lebih. Bantu, lindungi dan bertindaklah seperti ibu dan bapa kepada baby yang bertuah itu. Bila baby itu kiriman tuhan, pasti aturannya sangat indah.

Jangan fikirkan tentang aurat itu dulu. Didik dia sebaiknya. Agar dia faham sejauh mana batas pergaulannya. Bila dia faham hukum hakam, semuanya akan elok sendiri.

Ummi Al Humaira –
Kalau awak nekad nak buat anak awak tu jadi anak angkat, ok digalakkan awak jadi ibu susuan dia.

Tapi make sure, sebelum awak jadi ibu susuan anak tu, awak buat hitam putih dengan adik awak. Yang awak nak ambik anak dia jadi anak angkat, pergi ke saluran yang betul. Doc apa yang kena disediakan tu kena rujuk pada yang pakar.

Supaya nnti bila dah besar, dia tak boleh tuntut anak tu. Biasalah, bila anak dah besar dah faham, boleh disuruh itu ini dan dah boleh Cari duit sendiri time tu memang akan SAYANG ANAK sangat…

Tapi kalau awak tak buat hitam putih, saya rasa, tak perlu kot buat anak tu jadi anak angkat atau susuan.

Rany Nasiet –
Banyak lagi kaedah lain selain nak jadi ibu susuan. Susu formula banyak kot.

Selain tu. Cik dara lagi. Selalu kes ibu susuan ni timbul bila baby kecil lagi. Baby yang bergantung 100% dengan susu untuk hidup. Lepas tu ibu susuan ni memang dah ada susu untuk dikasi pada baby. Cukup 5x kenyang, jadilah anak susuan.

Kes juga terjadi bila seorang wanita yang dah ambil keputusan untuk tak bersuami tapi dia nak jadikan anak angkat tu ada drah dia so dia ambil pil utk produce susu supaya anak tu bila besar nnti (kalau lelaki) tiada lagi aurat dengan dia.

Kes cik pulak….
Sah sah bby tu anak saudara yang memang muhrim dengan cik. Tapi bila cik nak juga susukan dia, kalau cik ada anak nanti anak anak cik dengan dia dah jadi adik beradik susuan. Mean haram untuk mereka jika menikah.

Zaman dah canggih. Dunia dah maju. So fikir masak masak.

Nur Hajarul Musa –
Umur anak saudara dah setahun sebulan kan? Boleh beri fresh milk dan full cream milk dah dik kalau mak dia taknak bf kan dia.

Bukan taknak galakkan awak susukan anak saudara, tapi nanti akan ada perubahan h0rm0n, kacau peri0d dan fizikal pun berubah bentuk terutama bahagian payudara. Penyusuan susu ibu ni perjalanannya agak mencabar sikit.

Awak jaga makan pakai anak saudara tu, beri kasih sayang yang mak dia tak boleh beri. Mesti dia akan anggap awak macam mak dia. Jaga dia elok elok, ajar dia dari kecil ni agar dia tak jadi macam mak dia.

Soal adik awak tu, kita berdoalah lepas dah puas nasihat. Hati ni Allah yang pegang, jadi mintalah pada Allah moga adik awak kembali ke pangkal jalan. Lagipun dari jalan cerita awak ni, awak sekeluarga pun dah puas nasihatkan dia. Usaha dah buat maka berserahlah pada Allah pula.

Jaga anak saudara elok elok ye. Jangan bagi mak dia bawak dia keluar ikut pegi dating ke apa. Sekarang ni zaman kena curiga dekat orang lain. Kaki ped0 di mana mana. Mungkin adik awak tu awak dah tak boleh nak buat apa. Tapi anak saudara tu insyaAllah, awak boleh pelihara dia.

Jangan ambil sepenuhnya tanggungjawab mak dia. Biar mak dia tahu juga tanggungjawabnya kepada anaknya tu. Anak kecil tu tak bersalah. Umur setahun gini masa dia explore dunia. Bagi kasih sayang dan didikan yang elok tau.

Tapi, kalau awak betul betul la tekad nak menyusukan anak saudara tu juga, cubalah berbincang dengan pakar lactati0n. Ada step stepnya.

Moga dipermudahkan segalanya. Jaga diri.

Sumber – Bunga (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *