Suami curang tp salahkan aku. Bila tahu rahimku terpaksa dibuang, suami ‘buat muka’. Tergamaknya suami

Foto sekadar hiasan.

Tujuan saya menulis di sini adalah untuk mendapatkan sokongan moral dan juga berkongsi pengalaman sebagai seorang wanita yang di lahirkan normal pada asalnya tetapi diuji di pertengahan perjalanan kehidupan.

Saya seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata, dan ujian bermula selepas kelahiran anak ke 3.

Selepas habis tempoh berpantang, saya didatangi peri0d pada bulan ke 2. Dengan drah peri0d yang banyak dan sakit berterusan selama tempoh peri0d, perkara ini berlarutan selama tempoh 3 tahun.

Dari pembacaan di internet saya tahu ini bukan normal. Saya kemudian mengambil keputusan untuk membuat ujian ultras0und, ternyata apa yang saya fikirkan itu betul.

Didalam rahim, saya sedang membesarkan fibr0id dan juga aden0myosis yang menganggu perjalanan peri0d saya.

Pada mulanya saya hanya mengabaikan sahaja keputusan itu tetapi lama ke lamaan ketulan itu makin mengganas.

Saya mengalami masalah untuk kencing dan juga peri0d pain saya makin menjadi jadi. Ubat penahan sakit dan sijil MC sememangnya teman baik saya.

Hubungan intim bersama suami juga mula menjadi masaalah. Dan ini lah permulaan keretakkan rumah tangga saya.

Dalam tempoh sebulan cuma seminggu saya betul betul sihat. Selebih nya batu tungku dan minyak angin menjadi peneman tidur saya.

Mungkin akibat kurang layanan saya, suami saya kantoi curang dengan menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih hati dia yang sudah berumah tangga.

Hanya Allah yang tahu sakitnya hati saya. Namun demi anak anak, saya memaafkan dia dan menerima dia kembali. Tapi, hati saya sudah tawar.

Suami saya tidak mengakui salah dia dan meletakkan kesalahan itu di bahu saya. Dengan alasan dan tuduhan saya ada lelaki lain dan sebab itu layanan saya terhadap beliau sudah kurang.

Saya terima sahaja tuduhan dia kerana hati saya sudah tawar dan bagi saya dia hanya ingin menutup kesalahan dia dengan menuduh saya sedemikian.

Fibr0id di dalam rahim semakin membesar dengan jayanya. Saya seringkali rasa macam ingin pitam, selain perut saya sering kembung.

Tetapi, sokongan yang saya harapkan dari suami, menjadi satu harapan kosong. Dia terus hanyut, kali ini dia melanggan gadis beego pula.

Tidak tahan dengan dugaan itu, saya bertindak keluar rumah dan menumpang di rumah kenalan saya. Saya perlu ketenangan jika tidak saya boleh giila.

4 malam saya dan suami melancarkan perang dingin. Dia tidak pulang ke rumah, mengabaikan saya dan anak anak saya.

Jadi saya menghantarkan pesanan di wasap untuk kami berbincang dan menyelesaikan masaalah yang sedang kami hadapi. Seperti biasa dia masih lagi meletakkan kesalahan itu di bahu saya.

Hubungan kami di depan anak anak dan keluarga hanyalah wayang semata mata. Sedangkan di dalam hati hanya Allah yang maha mengetahui. Prestasi kerja pun terjejas dan saya sering di tegur oleh majikan saya.

Takut akan kehilangan fokus kerja saya mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan dan menyelesaikan masaalah kesihatan saya. Kerana saya tahu, sekiranya saya di buang suami maka saya perlukan kerja untuk meneruskan kehidupan saya.

Lalu saya mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta. Dan atas nasihat doktor pakar, rahim dan 0vari kanan saya perlu dibuang kerana aden0myosis itu telah menyebabkan dua 0rgan ini telah melekat dengan 0rgan 0rgan penting lain.

Saya terima dan redho atas ujian yang Allah berikan ini dan pasti hikmahnya hanya Allah yang mengetahui.

Takut berdepan hari pembedahan, saya telah menurunkan ego dengan meminta maaf pada suami atas segala kekurangan saya dengan harapan suami akan bersimpati kepada saya.

Tetapi saya silap, setelah dia mendengar penjelasan dari doktor yang kami dilarang untuk ‘bersama’ selama tempoh sekurang kurang nya 3 bulan dan saya tidak mungkin boleh mengandung lagi dia langsung membuat memek muka seolah olah mengejek, hati saya sangat sakit.

Selama 4 hari di hospital sesudah selesai pembedahan. Saya ditinggalkan di dalam wad sendirian dengan alasan, nurse ada untuk merawat saya.

Dia hanya datang meneman saya sesudah jam 11.30 malam. Saya rasa sangat down dengan kekurangan yang ada pada diri saya.

Rasa terabai oleh seorang yang sepatutnya menjaga saya dengan penuh amanah menghancurkan hati saya.

Terus terang saya boleh menahan sakit akibat pembedahan itu, tetapi sakit hati akibat perbuatan suami saya sangat membebankan emosi saya.

Jadi saya perlukan pendapat, patut kah saya pertahankan rumah tangga saya ini, atau perlukah saya akhiri semua ini setelah 17 tahun rumah tangga ini dipertahankan??.

Reaksi warganet

Joanita –
Satu jer akak nak cakap, curang itu pilihan bukan alasan. Nak beri alasan isteri sakit, tak pandai berhias, gemok dan sebagainya itu smua alasan cliche.

Cukup cukup lah masyarakat duk stere0taip suami curang kerana kekurangan isteri. Suami pon tak perfect juga. Yang perfect hanya Allah Ta’ala.

Ainul Abdullah –
Move on, jangan letakkn anak sebagai sebab utama (nak berpisah or tidak). Letakkan diri kamu sendiri (bahagia atau tidak). Anak akan happy dan bahagia sekiranya ibu bahagia.

Siapa kata single mom, anak tak gembira dan bahagia. Malahan ada yang berjaya dan menganggap ibu mereka hero yang sangat hebat yang berjuang tanpa suami. Tapi sebaiknya istikarah itu sebetul betul perbuatan. Semoga TT berjaya membuat keputusan. Think of urself first.

Reena Manjan –
Nak mengejar syurga tu mahal harganya. Puan boleh fikir yang sewarasnya. Kalau puan masih mengharapkan suami puan bertaubat dan insaf. Doalah moga selepas pembedahan dan kesihatan makin bertambah baik dan santuni suami.

Andai suami terus juga dengan laghanya. Puan boleh angkat kaki. Tidaklah baik untuk kami menghasut puan untuk bercerrai dengan suami. Kerana perbuatan itu berdosa.

Adalah lebih baik puan istikarah, bangun sepertiga malam. Mohon dberi petunjuk oleh Allah. Semoga puan terus diberi kesihatan dan bahagia yg berpanjangan. InshaAllah.

Shazrin Erma Azmi –
Kita manusia dan perempuan perlu tahu kita hidup ini atas siapa. Kita masih bernyawa harini sebab Allah s.w.t. bukan sebab suami atau anak anak.

Jika kita tidak diuji dengan suami curang, mungkin suami meninggal, tiada anak atau mungkin tiada jodoh langsung. Jangan sesekali meletakkan kebahagian kita pada orang lain. Aku hanya bahagia sebab aku bersuami, suamiku baik, anakku baik, aku sihat. TIDAK. Kita bahagia kerana siapa?

Bahagiakan diri sendiri tanpa orang lain. Hanya Puan dapat bahagiakan diri sendiri. Makna? Hanya Puan dapat selesaikan masalah sendiri. Semoga dapat move on dan diberi kesihatan yang baik dan bahagia dengan anak anak.

Farah Cindellyna –
Allahuakhbar. Bagi saya fibr0id tu bukannya sebab keruntuhan rumahtangga. Ini ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana sis percaya dengan aturanNya.

Sy juga diuji dengan knser dan menjalani pembedahan buang kesemua sistem peranakan (0vari, rahim, tiub fall0pio etc) pada Mac 2020, di saat saya betul betul mahukan anak lagi..

Alhamdulillah suami saya redha dan menjaga saya sepenuhnya ketika dalam tempoh “recovery” dari pembedahan dan tempoh kem0terapi.

Kasih sayang boleh ditunjukkan dalam pelbagai cara. Sakit bukan penghalang kami berkasih sayang antara satu sama lain. Suami memahami dan menguruskan semua ketika saya sakit. Alhamdulillah.

Inilah ujian Allah buat confessor. Banyakkan berdoa kepada Allah. Banyakkan istighfar. Semoga Allah membantu melembutkan hati suami dan memudahkan segala urusan. Aamin ya rabbal’alamin

Eleena –
Jangan minta pendapat orang ramai samada perlu bercerrai atau tidak. Fikir sedalam mungkin. Pencerraian bukan satu fasa yang mudah. Isu harta sepencarian, Hak jagaan anak kena ambil kira.

Andai bercerrai dan anda tiada sebarang harta, maka fikirlah segala kos kos yang akan ditanggung selepas pencerraian. Kos jagaan anak, ada sesetengah lelaki sangat culas dalam pembayaran nafkah anak. Jangan ikut hati, binasa, aturkan percaturan hidup dulu sebelum bercerrai. Fikir A-Z.

17 tahun adalah satu tempoh yang lama. Saya harap kamu berfikir dengan waras.

Sekiranya lelaki kamu masih lagi meletakkan segala beban ke atas kamu, maksudnya tiada sebarang rasa cinta dan sayang wujud untuk kamu. Tepuk dada Tanya selera

Sumber – NMA (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *