Ibu sruh berpantang cara lama. Aku dah xtahan. Aku lpskan pd bayi. Akhirnya, aku merayu pada suami

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Namaku Hani, berusia awal 30-an. Baru melahirkan seorang bayi yang cukup comel 20 hari yang lepas.

Kisahku bermula apabila aku pulang ke kampung untuk berpantang. Ini merupakan anakku yang pertama, jadinya aku tiada pengalaman berpantang. Apatah lagi berpantang sendiri, aku tidak mempunyai keyakinan.

Lalu aku meminta izin daripada suamiku untuk pulang ke kampung selepas bersalin.

Tambahan pula, anakku mengalami ‘kuning’. Aku amat memerlukan pertolongan dan sokongan daripada ibuku kerana suamiku tidak boleh bercuti lama dek kerana baru berpindah ke tempat kerja yang baru. Selepas hari ke-empat bersalin, aku pulang ke kampung.

Pada awalnya, tiada masalah kerana aku hanya mengikut sahaja apa yang disuruh ibuku. Jangan makan ini, tidak boleh makan itu, jangan mandi malam nanti badan masuk angin.

Selepas mandi perlu memakai lulur, berurut bertungku dan sebagainya. Berstokin setiap masa ketika cuaca yang amat panas.

Selepas hari ke-10 bersalin, badanku mulai letih dan amat penat. Aku mula tidak mahu mengikuti tatacara berpantang yang disuruh. Tambahan pula, aku mengalami sembelit yang teruk yang menyebabkan luka ketika bersalin kembali sakit.

Aku hanya boleh bergantung kepada ubat tahan sakit. Kadangkala, aku terpaksa memakan 3 biji ubat tahan sakit demi untuk mengurangkan kesakitan. Ubat lawas membuang yang dibekalkan doktor sudah habis sebotol aku minum. Tetapi masalah sembelitku tidak juga selesai.

Ibuku masih menyuruhku untuk berpantang secara tradisional dengan memberitahu kebaikan dan faedah jika berpantang.

Aku mendengar ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Aku masih cuba mengikuti apa yang disuruh ibuku walaupun hati dan fikiranku semakin koyak. Anakku yang sering berjaga hingga ke pagi menambahkan str3ssku.

Aku juga perlu menduduki peperiksaan akhir untuk menghabiskan semestar ini.

Salah seorang pensyarah juga telah mengugut untuk memberikan markah kosong jika aku tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. Semua perkara ini telah menambahkan str3ss yang sudah sedia wujud dalam diriku.

Setiap hari aku menangis dan apabila ku khabarkan kepada suamiku, dia hanya mampu menyuruhku bersabar. Akhirnya, aku memberontak. Aku tidak mahu lagi berpantang secara tradisional.

Bagiku mengapa aku perlu berpantang sebegitu jika badanku sakit dan tidak selesa. Aku sama sekali tidak mahu berpantang hatta memakai stokin pun aku tidak mahu.

Ibuku mula memarahiku kerana tidak mahu berpantang. Keadaan ini mencetuskan perang dingin dengan ibuku. Aku semakin kurang bercakap dengan ibuku.

Ibuku masih menyuruhku untuk berpantang. Aku cuba menjelaskan keadaanku yang mengalami sembelit teruk menyebabkanku tidak mahu berpantang.

Aku semakin tertekan. Selera makanku menjadi kurang dan aku mula menolak untuk menjamah makanan.

Kemuncaknya, aku mula memukul diriku sendiri kerana tidak lagi tahan menanggung rasa. Aku juga mula membayangkan alangkah seronoknya jika aku mti sahaja sekarang.

Aku juga mula memarahi anakku pabila dia enggan tidur walaupun sudah disusukan. Giilakah aku?

Akhirnya, aku memohon merayu kepada suamiku untuk pulang ke rumah sebelum keadaan menjadi lebih parah terutamanya hubungan antara aku dan ibuku. Aku sama sekali tidak mahu menjadi anak derhaka.

Namun yang paling penting, anakku tidak diapa apakan olehku tanpa kusedari. Aku amat risau jika perkara ini berlaku.

Aku amat berterima kasih kepada ibuku kerana membantu aku menjaga anakku dan menyediakan makanan untukku. Aku sama sekali tidak pernah menghalang sesiapa yang ingin berpantang secara tradisional.

Namun, aku tidak lagi mampu mengikuti semua tatacara pantang itu. Biarlah diriku bernafas walaupun seketika. Suamiku membawaku pulang ke rumah kami pada hari ke-20 setelah melihatku sering menangis.

Mentalku sudah koyak, jiwa dan perasaanku sudah lagi tidak keruan dan rapuh menanti masa untuk pecah.

Wahai pembaca, salahkah aku tidak mengikuti semua pantang itu? Derhakakah aku kerana tidak mengikuti kata kata ibuku?

Tolonglah aku, bukan kecaman yang ku pinta. Tapi dorongan dan kata kata semangat agar perasaan dan jiwaku yang sudah rapuh mampu bertahan ke akhirnya.

Reaksi warganet

Asilah Muhajer –
Nak komen banyak pun tak boleh sebab sis pun dah lalui macam macam perkara setakat ini. Saya rasa sis tengah serabut dengan macam macam perkara.

Pasal suami, pasal emak, pasal study, pasal fasa baru bergelar ibu. Bertenang dan pilihlah situasi yang sis rasa sis paling selesa. Ikut penceritaan, saya rasa sis lebih selesa berpantang sendiri.

Saya dah lalui 3 kali fasa lepas bersalin. Saya tak suka guna istilah berpantang. Sebab rasa macam macam tak boleh. Saya suka guna istilah gaya hidup sihat, haha.

Ambil diet seimbang supaya pemulihan lebih pantas. Jaga em0si sebab bila em0si kita baik, kita boleh kawal semua benda dengan baik.

Nur Liyana Yahya –
Walaupun anak 1st, kurang kurang ibu mesti dah ada basic knowledge macam mana persediaan bila dah ada anak, cara berpantang dan etc.

Bila kita sendiri yang pilih untuk berpantang dirumah parents, kena terima cara parents. Confessor sendiri sepatutnya tahu kemampuan diri sendiri dari segi em0si untuk handle banyak benda dalam satu masa. Study dan ada anak kecil perlu komitmen tinggi.

Sue Aya –
Bagi saya pantang lepas bersalin maksudnya kita makan yang berkhasiat. Kurangkn minyak. Sayur, protein (ikan dan ayam) kena ada untuk tenaga. Air minum secukupnya. Lagi satu buah oren. Penting untuk cepat sembuh luka.

Tak sure nak bagi pndapat sebab taktau pantang yang mak sis ni buat macam mana. Makan ikan kering tak berkuah ke macam mana? Ikutlah sekadar bertungku untuk suamkan badan dahla.

Yang extreme sangat sampai kita tanggung siksa tak perlu kot. I feel u bab susah nak membuang lepas bersalin tu. Siksa oi.

Ieka Yusuf –
Takde pengalaman berpantang, tak yakin berpantang sendiri, pulang berpantang ke kg dan dijaga ibu.

Mungkin ibu sis jenis rigid dalam pantang, jadi banyak benda yang sis nak kena buat. Tapi sis balik berpantang sebab perlukan bantuan ibu, jadi ibu hanya niat nak membantu dengan sebaiknya.

Berpantang ni atas pilihan sendiri, badan sendiri bukan badan orang. Apa apa jadi diri sendiri yang rasa. Lepas ni kalau rasa taknak berpantang mcm ibu suruh, berpantang sendiri kat rumah, upah helper.

Pasal exam, sepatutnya sis extend dari awal lagi. Dah jadi macam ni macam tak sempat nak kejar. Kalau sempat mesti pensyarah tak perlu sampai ugut kan. Dengan emosi tak stabil lagi, ada tanda meroyan dah. Bincang dan mintak sokongan dari suami. Semoga dipermudahkan.

Siti Sohailah –
Pantang setiap orang berbeza. Tak boleh pukul sama rata. Ada orang allergic telur so tak boleh makan telur, yang tak allergic, makan je la.

Tak wajib pon berpantang, yang wajib pantang cuma hubungan suami isteri sampai kering nifas. Kalau dah sampai str3ss, betterla balik duduk rumah sendiri.

Makanan boleh order, pilih pilih la yang berkhasiat. Jangan pulak tibai maggi ke keepshi ke burger hari hari. Minta husband belikan buah buak (pelbagai kan, jangan sejenis je), minum susu (boleh lawas juga), sayur sayuran yang senang makan. Steam je dalam microwave atau makan fresh.

Time anak tido, tidolah sekali untuk berehat.

Kerja kerja rumah tu boleh sub kat suami basuh kat dobi atau minta suami settlekan sebelum gi kerja. Lelaki kan insan yang kuat!

Sekian nasihat pendek dari mak anak ramai pantang sendiri.

Cik Rebbit –
Follow Dr Rusyainie. Beliau pun menolak pantang yang extreme selepas bersalin. Makan makanan yang berkhasiat untuk kembalikan kesihatan badan.

Kalau duduk KL/Selangor, cari pakej makanan pantang. Saya makan lauk lauk yang dorang bagi takde perasa tambahan dan sesuai untuk ibu lepas bersalin. Memang sedap, dan susu pun banyak. Jangan lepaskan marah pada anak. Kesian dia tak tahu apa apa.

Pasal exam biar jela. Jangan pikir dulu. Bagi badan sis sihat dulu. Banyak banyak doa pada Allah. Moga urusan sis dipermudahkan.. Aminnn

*nak tambah tips dari tukang urut saya: kalau sis nak makan apa apa, jamah sikit je dulu. Kalau tiba tiba badan rasa menangkap sakit, jangan teruskan makan. Kalau makan jugak, memang boleh menggigil dan bentan. Setiap orang tak sama pantangnya.

Sumber– Ibu yang letih (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *