Tergamaknya suami. Tgh aku bersedih keguguran, suami galak ‘melanggan’. Bila pandang wajah mak, aku xsanggup

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan hai guys, aku Rose. Kisah yang ingin aku kongsikan ini berkenaan masalah rumahtangga aku dan aku perlu nasihat, pandangan yang baik baik. If nak kecam pun go ahead guys, coz in the end only ALLAH SWT can judge me.

Aku baru berkahwin selama setahun, aku berkenalan dengan suamiku melalui media social. Awal perkenalan semuanya begitu indah. Perangai sebenar pun belum terserlah dan terungkap.

So guys sebelum kahwin makesure siasat betul betul bakal pasangan anda dan jangan jadi macam aku yang aku rasa aku sudah salah buat pilihan besar dalam hidupku.

Di mata keluargaku, suamiku perfect. Rupanya yang manis, hormat orang tua, solat, dan musim PKP waktu puasa setiap hari suamiku mengimamkan solat terawih hinggakan mamaku bangga punya menantu seperti dia tapi perangai sebenar suami hanya aku yang tahu luar dan dalam.

Suamiku seorang suami yang tidak setia. Baru 2 bulan kahwin suami ku curang dengan kawan di media socialnya. Alasannya is just kawan, mereka kenal sebelum suami mengenali aku lagi. Kawan apanya if chat dengan emoji emoji cinta, ishh sakit hati aku.. grrr.

Then suami memujuk aku, mengaku salahnya. Dan aku memaafkan suamiku. Dan kes curangnya bermula bila dia try hard mengurat kawan kerjanya yang single yang anak dara. Dan si anak dara pun melayan. Jadilah pasangan kekasih yang hanya bercinta di ofis..

And as a wife kau akan ada satu instict if laki kau buat benda yang tak baik di belakang kau. Bila aku cek phone suami so terbongkarlah kisah cinta mereka.

Aku jadi jijik dengan suami. Sakit hati, marah, kecewa dengan suami. Dan macam biasa suami memujukku dan meminta maaf. End up hatiku jadi lembut dan memaafkan suami (yaa aku tau aku, bdoh and i admit it)

Then pada bulan puasa, suami aku terkantoi nak jumpa 1 pempuan ni yang dia kenal di Michat. Bersayang sayang darling2 bagai..

Ya Allah time ni aku memang mengamuk giila. Aku packing barang barang suami dan aku halau suami keluar dari rumah sebab time tu aku memang taknak tengok muka suami aku dah. Rasa sayang, cinta, kasih, hormat aku hilang pada suami.

Tapi kerana time tu musim PKP dan dah nak hari raya, suami takda keluarga yang terdekat aku try lagi lembutkan hati dengan memaafkannya, and gives him chance to start over again (yaa i know im stupid, eh nama juga cinta itu buta kan hahaha so this is hw it feel).

Tahun ni saja aku sudah keguguran 2x. 1st awal tahun dan baru baru ni yang 2nd miscarriage aku kena akui memang salah aku sebab tak jaga kandungan aku sebab overstr3ss bila suami curang lagi dengan pempuan lain..

Untuk yang ini aku rasa broken giila sebab sudahlah i lost my baby husband lagi curang, Ya ALLAH tak kuat aku time tu.

Sebabkan aku tak tahan dengan perangai GATAL suami aku mengadu dengan family husband. Dia tak ada parents dah tapi adik beradik dia semua salahkan suami. Bagi nasihat dan tegur baik baik coz time ni aku dah nekad nak failkan kes cerrai.

Tapi bila aku pandang wajah mak aku time tu, aku tak sampai hati nak hancurkan hati mak aku. Yang anak yang dia jaga dari kecil ni bakal jadi janda sebab mak aku sayang sangat suami aku macam anak sendiri.

Dan aku takut mak aku tak percaya if she know the true colour of my husband. Aku tak dapat imagine macamana kecewanya mak aku. So aku start discuss baik baik dengan suami aku. Berbual macam kawan kenapa mesti curang? Sebelum buat ada fikir aku ke as a wife?

Suami aku diam, menangis. He said its all bcause of NAFSU DAN EGO. Rasa nak lebih even da ada isteri yang baik, lawa, bertanggungjawab. Saja nak test market as SUAMI ORANG dan rasa tercabar bila tengok kawan kawan yang sudah berkahwin ada scandal..

In my minds was like.. what theee… So aku tanya suami aku elok elok. Hati aku, perasaan aku ni yang da hancur, kecewa ni nak buat macamana?

Husband minta another chance untuk buktikan yang dia betul betul sudah berubah. Aku pun tak tau aku ni bodoh atau da kena mandream dengan suami aku sampai aku iyakan jer nak bagi peluang bagai. Tapi rasa sayang, cinta, kasih dan hormat aku tak macam dulu dah..

Aku start ada trust issue dengan suami even dia pergi buang sampah pun aku cakap dia bergayut dengan pempuan lain. Dia start enjin dalam keta pun aku cakap dia chat pempuan lain, dia tido lambat aku cakap dia vc dengan pempuan lain. Aku rasa insecure.

Aku langsung dah tak percaya apa suami aku cakap dan kadang kadang dalam hati aku doa yang tak baik buat suami aku. Aku tahu sebagai isteri tak baik doakan benda yang tak baik tapi hati aku ni rasa macam kosong dah.

Dia try fix everything like cakap elok elok dengan aku, belikan aku macam macam, post gambar aku di semua media social dia but i feel nothing. Kosong..

Sampai menangis nangis aku dalam sujud dan doaku semoga Allah hadirkan rasa sayang tu semula tapi hati aku da tak ada rasa do you feel me guys?

Then today, phone husband tertinggal coz dia rushing nak jemput kawan dia kat airport.

So aku cek la semua dalam phone aku coz dalam fikiran aku maybe aku kena cek satu satu supaya aku percaya yang suami aku da betul betul berubah and setia dengan aku but expectation always hurt. Sekarang suami aku da level level setan dah siap langgan plcur.

Ya ALLAH sakit jantung aku bila nama chat char servis yang dia nak dengan berlainan plcur. Semua perbuatan dia tu time aku berpantang keguguran di rumah mak aku. Dia siap ajak datang rumah lagi.

Tak guna punya laki time aku typing ni aku rasa nak mencarut carut suami aku rasa nak ambil lesung batu nak pkul kepala dia.

Aku tak ready nak confront suami aku. Aku just buat macam biasa jer dan bila aku tengok suami, aku rasa jijik sangat. Aku ada bagi hint nak berpisah cara baik tapi si mulut buaya tu keep saying (abang, sayang sayang la.. sampai mati.. hingga jannah) puiii naik loya tekak aku dengar.

So guys, what should i do? Nak kena bagi chance yang ntah keberapa kali dan broken lagi ke? ka kena bagi suami betul2 berubah, bagi moral support? Tapi aku rasa macam mana nak bercerrai ja tapi aku fikir family kami berdua?

Then should i get test H.1.V? Coz dalam chat tu husband da pernah ‘bersama’ dengan berlainan plcur yang dia langgan. If aku get a divorce proses dia senang tak? Lagi lagi suami yang tak nak lepaskan..

Tolong aku guys. Segala pandangan, nasihat, cacian anda semua aku hargai dan perlukan. Thanks you so much in advance..

Reaksi warganet

Nur Hafizah Abdul Hadi –
Kalau saya sebagai mak, saya lagi sedih kalau anak perempuan saya orang buat macam ni. Saya akan bangga kalau anak saya stand up for herself. Takde suami tak semestinya takkan bahagia. Anak pun takde lagi, please hurry and run!

Ruby A. Rashid –
Mak awak lagi sedih kalu dapat tahu anak perempuan Dia yang disayangi, ditatang sejak kecil dianiaya sebegini.

Find your own happiness dik. Macam mana awak nak jadi anak baik jika awak sendiri merana, sayang diri sendiri dulu. Hikmahnya adik tiada anak lagi. But first and foremost go for full checkup. Semoga Allah permudahkan urusanmu Dik.

Sara Athirah –
Senang sangat nak mintak cerati asalkan simpan bukti dia melanggan. Allah dah bagi jalan dan petunjuk sis. Berhenti aniaya diri sendiri, lari selagi masih belum ada anak dan penyakit.

Kalau asyik bagi second chance hujung hujung nanti berpisah jugak. Tak bercerrai, mti kena H.1.V. Maaf kata kata saya memang kasar tapi saya percaya disudut hati sis membenarkan apa yang saya pesan ni. All the best sis. Semoga Allah berikan kekuatan

Ct Eyza Jamaluddin –
Sebenarnya awk pun dah tau jalan yang patut awk amik. Tapi awak buat confession ni untuk dapatkan kekuatan dan kentalkan hati awak kan?

Suami yang curang dan sampai tahap berziina memang susah nak berubah. Percayalah yang sampai mati pun awak takkan boleh maafkan dan lupakan perbuatan dia tu even awak cuba.

Proses untuk bercerrai tak susah pun even suami taknak lepaskan awak. Sekarang ni ada hakam. If suami taknak lafaz, akan lalui beberapa proses then hakam yang akan lafazkan cerrai bagi pihak suami if suami tetap taknak lafaz..

Aimi Syazana –
Sis. I rasa ur mom lagi sedih kut u jadi mngsa lelaki buaya macam ni daripada sedih u tukar title jadi janda. Mak mana nk tngok anak merana?

I faham perasaan gugur tu. I pun gugur 2 kali tahun lepas. Bulan 1 dan bulan 8. 22hb ni cukup setahun anak kedua i pergi ke syurga.

Dalam keadaan kita macam ni, em0si kita tak stabil. I don’t know ur feeling. Tapi I memang jiwa kacau teruk masa gugur. Masa ni sokongan suami sangat lah penting.

Tapi kalau dah macam tu gayanya suami sis, dont bother la sis. Baik u kuat dengan support dari mak u je. Suami tu tak rasa sakit u masa gugur. Sebab tu dia tak sedar diri. Tak tau apa isteri lalui mentally and physically.

Jangan lah nak tahan perasaan tu lagi. Sabar dengan bijak itu perlu. Sabar saja tapi tak guna kebijaksaan pun salah. Bijak tapi tak sabar pun salah. Biar lah seiring.

I doakan ada sinar bahagia untuk u lepas ni.

Khairul Kamariah Aziz –
Tiada ibu yang takkan percaya anaknya sendiri sis. Drah dagingnya. Suami mu tu masih orang luar walaupun dia hanya menantu.

Walaupun takkan putus hubungan antara ibu mentua dengan menantu incase uol bercerrai sekali pun. Sis kena ingat, tiada ibu yang tak nak yang terbaik untuk anaknya.

So berterus terang dan kalau boleh tunjuk la bukti yang kukuh. Apapun buat la isthikarah. Bertanya lah pada Allah jawapan yang sebaiknya. Apapun, please jangan stress. Jaga diri.

Sumber – Rose mawar berduri (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *