“Umpama bertuankan anak, bibik dirumah sendiri”. Lps apa dicurahkan, bila dah dewasa anak2 mengungkit pula. Terasanya hati

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ibu kepada lima orang anak. Seorang pegawai kerajaan gred A. Masih bekerja lagi.

Apa yang nak saya luahkan hari ini ialah tentang sikap anak anak hari ini yang pandai complain ibu bapa mereka sendiri.

Saya bersyukur kerana dikurniakan anak anak yang bijak pandai. Sorang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Seorang baru graduate dari universiti tempatan.

Dua orang sedang melanjutkan pelajaran di universiti manakala yang bongsu masih di sekolah menengah tersohor di malaysia.

Apa yang nak saya bangkitkan hari ini ialah sikap anak anak yang tidak menghargai penat lelah ibu bapa membesarkan mereka.

Kebanyakkan anak anak hanya nampak keburukan ibu bapa sahaja. Bila dah besar dan dewasa, mereka ini merasakan mereka betul dan apa yang ibu bapa buat salah.

Saya suami isteri berpendapatan agak besar. Jadi sejak kecil, anak anak memang hidup senang. Kemana sahaja saya dan suami pergi melancong, kami pasti akan bawa anak anak bersama.

Hatta melancong ke luar negara juga. Dan anak anak juga pernah dibawa mengerjakan umrah. Apabila anak masuk U, saya akan tanggung semua. Jadi mereka tak ada hutang PTPN apabila habis belajar.

Tapi yang menyedihkan, anak anak saya selalu sahaja melukakan hati saya. Mereka selalu menyebut dan mengungkit benda benda remeh yang saya buat semasa mereka kecil.

Seolah olah mereka tak nampak langsung susah payah saya. Mereka juga selalu cakap saya tidak memahami mereka.

Mereka tak nampak kebaikan yang telah saya buat kepada mereka.

Dan mereka juga akan lawan bergaduh dengan saya kalau saya nasihatkan mereka. Yang paling saya sedih ialah yang no 3 ni.

Selalu kata dia ada sakit jiwa.. ada d3pr3ssion.

Apa taknye. Nak suruh baca quran punya lah susah. Nak ajak pergi masjid ada jer alasan dibagi. Selalu suruh zikir tapi mulut asyik menyanyi jer. Telinga asyik sumbat dengan lagu. Mana jiwa nak tenang.

Kalau di rumah mereka akan duduk dalam bilik masing masing dan bila saya nak ajak makan dan nak tanya sesuatu, saya terpaksa ketuk pintu bilik masing masing. Memang sakit lah jari tua saya ni. Begitu juga bila nak suruh solat.

Kadang kadang tu saya jauh hati juga sebab ada masanya, mereka buat tak dengar aje bila saya panggil. Mereka akan cakap tak dengar, yang saya rasakan itu alasan sahaja.

Bila balik rumah, saya yang kerja seharian ni pulak yang kena basuh pinggan, kemas rumah, angkat baju. Mereka pula hanya duduk dalam bilik masing masing.

Ada sahaja sebab yang diberi, nak study lah, penat lah. Bagi saya anak anak sekarang tak pandai menggunakan masa.

Memanglah tak cukup masa. Bangun tido nya entah pukul berapa. Lepas tu budget lah sibuk nak buat itu, nak buat ini. Semuanya untuk diri sendiri. Bila malam pulak asyik main game sampai larut malam.

Saya luahkan ini agar anak anak yang lain janganlah asyik fikir lelah sendiri. Fikir lah mak ayah yang dah tua yang kudrat mereka tak sekuat nana pon. Hargailah jasa ibu bapa.

Kalau sekarang dah kuat dan bertenaga, jangan lupa, mereka yang menjagamu masa kamu kecil lagi.

Kesenangan dan kemewahan yang kamu kecapi tu dari kudrat orang tuamu. Banyak anak anak selalu confess ibu bapa tak faham mereka tapi pernah tak anak anal fikir nak faham ibu bapa.

Semoga anak anak saya sedar kesalahan mereka. Saya sentiasa maafkan mereka. Saya sentiasa doakan mereka.

Reaksi warganet

Lau Sio Hong –
Jangan jadi hamba kepada anak anak. Bahagikan tugasan kepada anak anak. Yang tak patuh peraturan kalau masih belajar potong wang belanja mereka.

Kalau anak dah kerja, suruh pindah keluar dari rumah. Kalau tak tegas nanti puan dah pencen akan jadi maid jaga cucu cucu pula.

Xidi Nurhidayah Zainah –
Saya dan adik adik tak dibenarkan tutup pintu bilik kecuali waktu tido. Kalau siang hari memang mak tak bagi duduk dalam bilik lama lama. Nak study pun kena bukak pintu bilik.

Saya semakin faham kenapa mak buat macam tu. Mak taknak anak anak hidup dalam dunia sendiri dan abaikan kerja rumah. Rumah tempat hidup bersama 1 keluarga, bukan hotel atau hostel.

Fir dee –
Maaf la puan. Pada saya, memang silap cara puan besarkan anak anak. Dari kecik tak pernah kenal erti susah, erti berdikari, erti tanggungjawab, ilmu agama, mengenal Tuhan..

Lentur buluh biar dari rebung puan. Dah besar ni kalau nk tegur pun dah keras, melawan balik. Si ayah kene lah mainkan peranan. Harus tegas, garang, disiplin.

Mish Maira –
Tak tau nak komen apa. Baca ni teringat mak mentua saya. Banyak korbankan diri untuk anak anak. Selalu faham anak anak tanpa mengharapkan anak anak akan faham dia. Sangat penyabar, positif dan baik.

Selalu dia pesan pada saya sabar, sabar, sabar. Itu akan menaikkan darjat kita di sisi Allah. Yang saya tahu, mak mentua saya tak henti doa dan selalu sangka baik pada anak anak dia. Dia anggap cacat cela anak anak tu satu ujian untuk dia. Dan dia perlu sabar..

Semoga puan diberikan kesabaran untuk didik anak anak. Saya nak bagi pendapat pun, saya ni ibu muda. Anak semua kecil kecil lagi, huhu.

Che Ptsgr –
Nice content dan menusuk hati untuk jiwa muda saya ni. Apa apa pun saya harap both side cari solusi. Confession selalunya one sided story. Tak menangkan sesiapa pun…

As ibu bapa ada point of view mereka. Begitu juga anak anak. Bukan isu tak mengenang budi etc tapi banyak complexicity situation yang saya kira either ujian/kifarah dosa masa lalu.

Cth: keberkatan gaji, cara didikan, hak ibu bapa dan anak..

Mungkin Allah nak angkat darjat puan. Hapuskan dosa puan. Menjadikan puan lebih dekat dengannya dan senantiasa bermuhasabah diri.

Ida Mami AmiRash –
Puan. Saya rasa, anak anak Puan da dimanjakan dari kecil. Saya tak pasti sama ada dari mereka kecik Puan da sediakan jadual kerja rumah untuk setiap anak atau tidak.

So dari kecik mereka da terdidik untuk buat keje rumah tanpa di suruh. Ya la.. Kita mak mak ni kadang bila anak kecik kita kesian nak suruh depa buat keje rumah. Kadang saya pun macam tu gak. Itu kesilapan kita paling besar Puan.

Puan Kene cari masa jumpa semua anak Puan dan cuba luahkan apa yang Puan rasa. Kalau betul anak anak Puan sayang Puan, insyaallah depa akan bantu Puan dan luang kan masa untuk Puan serta mendengar kata lepas ni.

Satu je yg saya nak mohon dari Puan, apa pun sikap anak kita, sebagai mak jangan la sesekali kita doakan benda buruk untuk mereka. Doakan yang baik baik sentiasa ya. Anggap la mereka salah satu ujian dalam hidup Puan. Saya doakan Puan dipermudahkan urusan dan keluarga Puan dilimpahi rahmat Allah ta’ala. Aamiinn

Siti Faeza –
Inilah yang dirisaukan, ibu melahirkan tuannya. Saya bukan orang yang layak nak cakap hal ni sebab anak anak masih kecil, Cuma mungkin boleh share dari cara mak saya dan arwah mak mentua didik anak anak.

Pertama sekali yang betul betul bagi kesan adalah doa mak. Doa yang betul betul dijiwai (disebabkan ujian mereka masa tu). Mohonlah supaya anak anak diberi hidayah Allah disepanjang kehidupan mereka.

Orang orang yang mengejar akhirat dunia akan kejar mereka. Sebaliknya yang mengejar dunia, akhirat akan tinggalkan kita. Begitulah bila kita hanya tanamkan hal akademi, beri kesenangan material. Jadi roh anak anak ni kosong dari kecil.

Kedua tegas. Dulu dulu saya jeles kawan kawan bebas ke sana sini. Rasa macam mak mengongkong kami. Mertua pun cerita anak anak jiran panggil dia giila sebab dia memang garang dan kawal anak anak.

Anak anak nak tengok wayang pun dia hantar dan tunggu luar panggung sebab taknak anak anak merayau tak tentu hala.

Ketiga rasa kebersamaan sebagai ibu anak, sebagai kawan. Walaupun anak anak masih kecil dan belum faham realiti dunia, kadang kita luah juga kat diorang. Anak anak ni bila sembang hal hal besar, itu mematangkan anak anak.

Begitulah sekadar pemerhatian kecil saya. Ada keluarga terdekat yang saya lihat diberi kemewahan dari kecil, bila dah besar tak tau berdikari, masih mak ayah ke hulu ke hilir bawa resume anak.

Saya lihat bagaimana keluarga porak peranda kifarah adab dengan ibu. Jadi pada kita ibu2 ni, usahalah tak kecil hati dengan anak, sebab hidup diorang tak senang bila hati seorang ibu terluka. Maafkan dan doa anak anak berubah lebih baik. Yakin dgn doa tu.

Selebihnya sama macam komen komen yang ada, tak terlambat untuk confessor bertegas (bab masak dan kemas untuk anak anak). Jangan takut hilang anak, jangan takut anak merajuk. Semoga dengan kekuatan doa sebagai ibu, hati anak anak dan puan bertaut semula.

Sumber – Mak ibu mama (Bukan nama sebenar) via IIUMC

2 comments

  1. Abdul Muznib.
    Terkesan sangat dgn kisah Puan. . Segala komen Di atas baik semuanya. Bagi saya puan jgn putus asa masih ada jalan. Ingat hakikatnya Allah yg bg masalah tu sbb dosa2 kita.
    Tp Dia boleh tarik masalah dgn Syarat kita kembali padanya. Caranya.. ..
    1. Usaha kan JAGA Solat 5 waktu yg wajib dan dan tambah dgn Solat tahajud dan taubat.

    2. Amalkan membaca surah Yasin setiap pagi. Maksimum 40 hari. Niat kan yg baik2 utk anak2 puan.

    3. Amalkan Sedekah esp hari Jumaat. Juga niat kan utk anak2 puan dan ibubapa puan.

    Ingat jk kita mendekat kan diri pd Allah, Dia pasti mendengar dan menolong kita. Apa yg sy buat ni cakap ni adalah pengalaman atas masalah yg sy hadapi dan yakin lah Allah Masih Pengasih lg Maha penyayang.

    Lastly SABAR DAN YAKIN.

  2. Hasil dr pengalaman sendiri yg kini ibu tunggal 3 anak…. (anak2 dah besar dah bekerja) : 3 sikap/sifat yg perlu ada dan di upgrade setiap masa…..dlm diri kita….. susah nak buat tapi sangat besar di sisi Allah…… 1. SABAR
    2. IKHLAS
    3. MEMAAFKAN
    Berusahalah yg 3 ini bukan 80/90 % tapi 100 %. Susah tapi andai puan BOLEH…..puan akan nikmati tenang dan damai di hati. Berserah dan berdoa jgn lekang di bibir dan di hati. Sedeqah al fatihah utk anak selagi ada lapang. In syaa Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *