2 bulan nikah, tinggal dgn ibu mertua. Aku xtahan. Mertua meroyan, mcm cemburu bila anaknya dah bernikah

Foto sekadar hiasan.

Aku adalah Cik Puan Bunga (CPB), baru 2 bulan melayari alam rumah tangga. Aku memilih dia (suami) sebab dia memenuhi ciri lelaki idaman yang aku nak. Dia sangat baik, dan tahap sabar dia aku kalah, terlalu bersabar orangnya.

Bulan pertama perkahwinan, aku menangis, jiwa aku terganggu sebab aku tak pernah laluinya.

Menangis disebabkan oleh seorang mertua. Ok aku ringkaskan kat sini MIL (mother in-law) single dah 29 tahun, suaminya dah lama meninggal dunia.

MIL mempunyai 7 orang anak. Keenam anaknya yang lain semua dah berkeluarga dan tinggal jauh di merata negeri. Aku berkahwin dengan si bongsu. Tunggal bertemu bongsu (aku anak tunggal). Jadinya anaknya si bongsu tu yang tinggal bersama MIL aku.

Apa yang aku nak ceritakan ni, bukan aku nak buka aib ke apa. Aku cuma perlukan kata kata semangat dan doa dari kalian agar aku kuat, dan lebih bersabar serta ikhlas terhadap apa yang aku lakukan.

Aku nak emosi aku dalam keadaan yang stabil, aku akan menempuhi final year dalam pengajian aku.

MIL aku ni ada masalah kesihatan drah tinggi dan kencing manis. Selain itu, aku syak dia ada masalah d3pression macam tu lah. Atau bahasa yang mudah faham dia ada penyakit meroyan yang lepas bersalin tu.

Benda lama tak dirawat, melarat sehingga sekarang usianya cecah 72 tahun. Ada masanya dia akan bercakap sorang sorang, cakap benda merapu. Ada anginnya kadang kita buat apa semua tak kena.

Kita dah cakap benda tu banyak kali, dia akan bertanya lagi. Jadi perlu berulang ulang kalinya. Perkara ni, anak bongsunya (suami aku) pernah ceritakan sebelum berkahwin.

Dia mengharapkan aku boleh terima maknya. Aku jawab In Shaa Allah.

Aku tinggal di rumah MIL. Berulang alik balik rumah mak abah aku sendiri. Adakalanya, aku dan suami berada dalam bilik, kami tutup pintu.

Dia datang buka pintu, dia nak memastikan anaknya ada. Kejap kejap dia akan datang tanya anaknya. Aku sabar je melayan. Aku sedih kadang tiada privasi antara kami.

Walau pintu sudah berkunci, MIL boleh menolaknya. Kadang macam dia tak boleh terima kenyataan yang anak bongsunya tu dah berkahwin. Dia cemburu dengan aku pun ada.

Boleh dikatakan tugas aku sebagai seorang isteri dia take over, semua dia nak buat. Bagi makan dan minum dan segalanyalah.

Kadang aku rasa hilang function aku sebagai seorang isteri. Sedih aku pendam. Aku dah lah seorang student, sibuk dengan kelas online dan sebagainya.

Aku terpaksa berkorban masa tidur aku. Aku akan pastikan MIL dah tidur malam, aku akan siapkan proses segala bahan untuk memasak lauk dari malam. Kalau tidak semua dia nak buat.

Kalau bangun pagi tu, aku kena bangun awal lagi dari MIL bangun. 4:30 pagi macam tu, aku bangun prepare masak semua tu breakfast dan lunch.

Tu belum aku tengah kelas online lagi, dia kalut nak masak. Nak lunch pukul 3:40 petang macam tu, pukul 8 pagi dah nak mula masak, aku menangis aku dengan kelas lagi.

Dah terang tak pahamnya lagi. Sebab apa aku kalut nak masak jugak. Pernah sekali kakak (anak MIL) dia call ke maknya, dan aku dengar kakak tanya dekat mak, “CPB dok buat apa tu?”, mak boleh jawab ada dok dalam bilik tidur, bangun, mandi, makan.

Berjurai laju air mata aku. Sedangkan aku berhempas pulas di dapur, tu pun aku lari kejap masak kejap jenguk dalam bilik sebab ada laptop yang tengah on (kelas melalui google meet).

MIL aku ni bukan kategori nyanyok. Kadang nampak macam saja nak buat begitu pun ada, ntahlah sukar nak explain. Dia tahu je hari, kira duit, ingat je nama semua orang. Tapi dia suka cakap benda yang lepas lepas seperti cerita 5 tahun lepas gitulah.

Lagi aku tiada masa berdua dengan suami aku, walau ke tempat dekat sekalipun dia nak ikut. Aku dan suami nk balik rumah mak abah aku sendiri pun dia nak ikut bermalam.

Aku tiap tiap minggu balik. Ni 2 bulan berturut dah dia ikut kami balik ke rumah mak abah aku. Tak pernah tak ikut lagi. Dia boleh ugut suami aku, gini ayatnya,

“Tinggallah mak sorang sorang, biar mak mati sini”. Aku terkelu tak boleh nak cakap apa dah.

Aku teringin sangat nak keluar lepak berdua dengan suami aku. Tapi aku tau, aku tak kan dapat macam tu.

Kami belum pergi honeymoon. Aku tak fikir lagi bab tu, sama ada MIL aku nak ikut ke tak yang tu. Tapi sure aku rasa MIL aku akan ikut. Jadinya aku malas lagi nak fikirkan yang tu.

Tu belum masuk lagi, bab basuh kain. Aku ni mudah kecil hati juga. Aku tak boleh dengar MIL aku merungut dekat suami aku. Sabun habis, beras habis, dan pelbagai lagi, sebab aku terasa, aku ni orang baru masuk rumah mereka. Macam aku yang perabis semuanya.

Aku yang dengar ni aku cakap,

“Tak apa mak, CPB akan bawa bekal sendiri semua tu dari rumah”.

Kain baju diampaian belum kering lagi, dah dikutipnya cakap dah kering. Aku terpaksa pergi sedia semula. Sedangkan dirumah mak abah aku sendiri, habis apa apa, mak aku berbisik ja. Tak cakap keluar. Tak nak kot ada tetamu atau sesiapa pun yang berada dalam rumah aku ketika itu terasa hati.

Bab memasak pula, depan depan aku komplen yang kakak A kakak B buat elok ja jadi sedap, kena aku buat tak jadi lah.

Nasi mentah pun salahkan aku. Sedangkan rice cooker tu yang ada problem tak dapat nak berfungsi dengan baik. Kadang masak ok, kadang tak ok. Aku bersabar semuanya.

Aku ditemani dengan air mata. Aku masuk dapur, dia masuk dapur. Aku masuk bilik, dia masuk bilik. Aku tak buat apa, MIL pun takkan buat apa.

Aku ni masalah bertambah, mak dan abah ak tak selesa pula besan mereka kerap ikut kami. Ntahlah serba tak kena. Dicampur dengan mak aku membebel ke aku itu ini tak selesa. Orang tua lain tak asyik ikut, ni ikut.. Aku menangis.

Patut lah abang abang suami aku, kakak kakak ipar aku titip pesan pada aku, “adik banyak bersabar tau” sekarang baru aku faham.

Patutlah mereka jarang sekali balik rumah MIL, satunya mereka memang tak ngam dengan MIL. Maknanya disini, anak anak MIL aku, dan menantu menantunya sangat memahami dah sikap dan perangai MIL aku ni.

Banyak lagi yang aku nak kongsikan, tapi tak apa lah biarlah yang pahit tu aku telannya. Cukuplah sekadar base sahaja akau kongsikan. Kalau hingga ke dasar aku kongsikan mengucap panjang kalian semua.

Hubungan aku dengan MIL berada pada tahap yang biasa. Aku tak sampai lagi tahap aku boleh baring atas tiba, bergurau senda seperti mana yang aku buat dekat mak aku sendiri.

Semua tugas aku buat. Aku jaga makan pakai minumnya, lipat kainnya. Semua aku buatkan. Tapi masih biasa lagi.

Aku hampir nak ke str3ss. Tapi aku amik jalan, aku mengadu pada suami akan semuanya. Dia sedih dengan aku. Dia tak nak aku str3ss, dia berjanji dengan aku dia akan cuba cakap dengan maknya.

Dia cakap, yang dia perasan aku kurang selera makan Nampak raut wajah aku sedih ja. Tapi dia bagi ruang kat aku, dia tak bertanya selagi aku tak bersuara.

Ya, aku tau, aku perlu bersabar. Tua kita nanti kita tak tau nasib kita macam mana. Yang pastinya semua akan merasai tua tu. Aku berdoa ja, moga aku dan seluruh ahli keluarga menghadapi masa tua dengan baik, tak nyanyok, kuat kudrat.

Aku juga berdoa moga mak dan abah aku sendiri redha dan ikhlas akan semua ni. Mereka juga kena belajar untuk terima semua ni buat selama mana aku hidup.

Aku dah berjanji dengan diri aku dan suami aku, untuk bagi aku rasa tenang. Aku tak akan ambil hati dengan MIL. Sebab aku sejenis apa yang terjadi, aku pendam dan simpan hari ke hari.

Aku sakit macam tu. Aku perlu buang semua tu. Aku perlu kuat dan punya hati yang kering. Ni semua untuk nak bagi aku tenang dan tak serabut. Aku cuba untuk ikhlas dan berkorban semua ni.

Ya, selagi hayat aku ada, aku akan laluinya begini selamanya. Ya selamanya!

Bila aku dah berkahwin dengannya, aku juga perlu berkahwin sekali dengan keluarganya. Buruk baik aku kena terima. Yaaa, aku boleh, aku mampu, aku sedang berusaha.

Begitu juga dia, buruk baik keluarga aku, suami aku terimanya. Dia selalu cakap ini dari sebelum berkahwin lagi.

Doakan aku ikhlas dalam setiap perbuatan yang aku lakukan ni. Aku sayang rumah tangga yang baru aku bina ni. Aku tiada masalah dengan suami aku. Aku sangat takut dengan kehadiran ‘orang ketiga’ atau sesiapa sahaja termasuk MIL aku.

Sekian, Menantu yang baik…

Reaksi warganet

Sha Ismail –
Sedihnya. Macam terbayang bayang wajah aruwah nenek. Rajin orangnya. Bila dah jadi pelupa selalu tanya soalan sama. Aku paling suka nyakat dia.

Sabar ye sis. Orang tu bila dah lupa dia akan tanya benda yang sama je. Sis pun baru je kawin. Time mertua nak masak tu, just tolong tolong je potong barang ke, basuh pinggan ke. Takpe ada masa nya nanti kau pulak kena masak.

Kalau MIL nak masak teman kan aje. Cuma kalau ada kelas online ke, cuba prepare lebih awal sikit. Pastu bagitaw ada kelas kejap lagi. Time kelas tutup pintu, kunci. Habis kelas baru keluar bilik. Harap sis enjoy duk dengan orang tua. Orang tua ni penyeri hidup kita. Bila mereka dah tak ada, sunyi nya…

Akhmar Kamal –
Kalau saya jadi tt saya akan balik rumah family saya sorang. Jadi tak ada isu MIL tu akan ikut balik sekali. Diri sendiri pun dapat ‘me time’ bila balik rumah family sendiri dan tenangkan fikiran..

Family sendiri pun akan rasa selesa bila besan tak ikut. Suami pulak biarlah die ‘me time’ dengan mak dia tu. Itu lebih baik. Bincang dengan suami, kalau die faham, dia akan izinkan.

Rosnida Rosli –
Amboiii, sedap sungguh abang kakak laki sis suh sabaq naaa. Minta diorang buat giliran la jaga. Semua sihat lagi kannn. Tapi tua2 mulut boleh tahan juga naaaa. Haishhh

Sis balik sorang diri je la umah parents sis tu. So ada la ‘me time’ di situ. Kalau laki sis faham la kepenatan sis. Kalau laki sis tak paham, hempuk guna helmet. Kata kat dia “i bukan orang gaji” haa gittew.

S Fil Zah –
Tang mak mertua nak masak tu, Tak payah berebut kot. Biar je MIL tu masak, sebab tu dah rutin die. Sampai Masa nanti die beralah bagi awak pulak masak.. Huhu..

Tang lain tu, memang nampak le sebenarye MIL awak nyanyuk sikit. Take it easy je. Sembang sembang mana mana yang patut. Tanya cerita dulu dulu,vcerita Masa husband kecik ke. Dia pun dah lama sunyi kot tak de kawan.

Nur Athirah Ahmad –
Pekakkan telinga. Butakan mata. Tue jela mampu buat. Kalau sibuk, cakap sibuk dan tak payah rasa bersalah. Isteri tak wajib berkhidmat pon untuk keluarga suami. Tue atas ikhsan dan sayang isteri.

Dah rasa penat nak masak. Order jela. Tak perlu beria ria. Dah buat semua tak kena. Buat cukup cukup sudah. Tak jatuh berdosa pon aih. Khidmat mana yang perlu.

Bab dia dok mengadu kt ipaq ka apa, sila minta suami sound adik beradik dia supaya jaga mulut laki bini masing masing. Dah besaq rahmat kami bela mak, hampa jangan dok jadi batu api.

Hajar Mohd Fuad –
Baca komen komen cakap bukan lama pun nk kena hadap dengan umur MIL dah 72 tahun tu. Tapi kot la umur nye panjang macam Tun M tu. Takkan selama tu nak bersabar SENDIRI.

Isu nye sekarang kenapa dia yang kena bersabar while anak anak MIL sendiri yang lain lain da tak boleh sabar. Sedangkan syurga diorang tu. Sabar tu perlu tapi kenalah bijak juga. So anak anak lain tak culas tanggungjawab.

Cuba fikirkan prents tt yang memang ada dia seorang je. Kat sape lagi nk manja kalau bukan kt tt je. Takkan psal MIL, tt kena bersabar pastu parents tt pun kena bersabar. Adil ke tu?

Isunya sekarang kerjasama dari semua adik beradik. Jangan lepas tangan lepas da berumah tangga dan duduk jauh jauh.

Hazeiza Firza –
Adik confessor. Ya, sabar itu mudah diungkap tp susah untuk dilaksanakan. Macam mana sekali pun awak harus bersabar. Sebab MIL awk pun dah berusia.

Time awak ade kelas cuba awak cari tempat lain yang boleh awak belajar dengan tenang. Contoh, library.

Awak cakap semua anak menantu MIL awak mintak awak bersabar hadapi kerenah MIL awak. Jadi bila dorang call tanya keberadaan awak, tak payah risau atau amik ati pun bila MIL awak cakap yang awak just tido, makan, mandi sebab dorang dah faham mak dorang pun.

Yang penting awak buat kerja umah yang mana awak boleh. Semua benda boleh bawak berbincang, jangan bebankan kepala awak dengan perkara macamni dik. Anggap je ianya satu pelajaran dalam kehidupan, jauh lagi perjalanan rumahtangga awak.

Tmbahan pula MIL awk dah berumur 72 tahun “berbaktilah selagi ada”. Esok bila dia dah tkde, masa awak bersama suami sangat banyak. InsyaAllah.. Salam maal hijrah.

Sumber – Cik Puan Bunga (CPB) (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *