Termakan cerita suami, mertua dtg serang. Minta kami bercerrai. Dlm eddah, suami nikahi org lain. Kini, aku bahagia

Foto sekadar hiasan.

Assalam min. Tolong hide profile saya ye. Saya nak share kisah hidup saya. Saya berumur 29 tahun. Pernah pegang status Miss J pada usia 23 tahun..

Dan alhmdulilah tahun 2018 kembali menjadi isteri kepada suami saya yang sekarang ni. Perkahwinan pertama saya pada usia 21 tahun dan rumah tangga saya hanya bertahan selama 1 tahun 9 bulan kerana campur tangan mertua dalam rumah tangga kami.

Bekas mertua saya cukup cerewet. Tiap tiap minggu dia akan datang umah saya untuk spot check (rumah sewa kami berdekatan dengan rumah mertua dan rumah family saya).

Tiap tiap bilik dia akan masuk termasuk lah bilik kami. Apa yang tak kene pada mata die sume die akan complain. Tingkap tak boleh berhabuk walaupun sikit. Lantai kene mop sentiase.

Saya just ikutkan aje kehendak bekas mertua dulu. Lap tingkap 2 kali sehari. Mop lantai 3 kali sehari. Dengan harapan dia akan suka dan sayangkn saya. Tapi ape yang saya harapkn tak kan tercapai. Dia takkan suka dan sayang saya.

Hobi dia sentiase mencari salah saya. Cerita kan buruk saya dekat saudara mara dan adik beradik dia. Bile saya mengadu dekat bekas suami, bekas suami saya pertahankan mak dia.

Bekas suami cakap apa yang mak dia cakap betol ke tak betol tetap jadi betol sebab tu mak dia. Syurga dia. Saya diam dan pendam dalam hati. Lalui hidup hari hari dengan hati yang kosong. Dari sayang dan cinta hati saya jadi benci pada bekas suami.

Tapi saya masih berdiam diri dan jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Sampai suatu hari bekas suami kantoi berhubung semula dengan bekas kekasih dia (nurse).

Saya baca tiap tiap mesej antara bekas suami dan perempuan tu. Saling sayang saling cinta. Yang paling saya sakit hati bila bekas suami buruk buruk kan saya dekat pempuan tuu. Dikatanya saya bodoh, gemuk. Tak cantik, tak berkerjaya. Just menyusahkan hidup dia.

Agak nye dia lupe. Saya makan ubat subur atas permintaan dia. Dia nak zuriat. Allah maha mengetahui. Dan saya tau kenapa Allah tak bagi saya zuriat time tuu. Hal kecurangan dia saya sembunyikan dari keluarga mertua.

Dengan harapan dia akan berubah. Tapi dia tak berubah. Dia reka cerita pada keluarga dia yang saya ade kekasih gelap. Sampai bekas mertua datang serang saya, maki hamun dan hina saya. Dan mintak kami bercerrai.

Tahun 2012 kami sah bercerrai. Pelbagai tohmahan saya terima dari orang orang kampung. 3 bulan saya berkurung dalam bilik. D3pression. Malu jadi janda pada usia muda.

Berkat doa mak adik adik sepupu dan kawan kawan saya kembali sihat dan mulakan hidup baru. Saya bekerja selepas 6 bulan berceraii. Saya rasa bebas. Hati saya tak sakit. Tak perlu pikirkan tentang manusia manusia yang tak sukekan saya.

Dan saya sedar jadi janda bukan buruk sperti yang saya sangkakan sebelum ni. Saya bahagia sangat jadi janda. Saya tak pedulikan kata kata orang. Saya jalani hidup dengan family saya.

Ohhh, lupe nak bagitau bekas suami saya berkahwin dengan nurse tu mase saya masih dalam edah dan saya sign borang p0ligami tuu..

Dekat sini saya bagitahu ye. Suami suami yang curang tu jangan ingat korang takdek edah ye. Lepas cerrai terus boleh kawen. No no no no. Korang tak boleh kahwen tanpe tanda tangan bekas isteri yang korang cerraikan tuu.

Kalau bekas isteri korang tu tak tanda tangan untuk korang kahwen dalam edah korang tunggu laa ye sampi abis edah. Hahaha

Setelah 5 tahun saya pegang status Miss J, pada tahun 2018 saya berkahwin dengan suami saya sekarang. Seorang tentera (bujang). Alhmdulilah suami saya baik sangat sangat. Tiap tiap hari jatuh cinta dengan suami walaupun dah setahun usia perkahwinan kami.

Bekas suami dengan suami saya sekarang sangat sangat lah berbeza. Bekas suami tak pernah bantu atau tolong saya buat kerja kerja rumah. Alasan dia, itu semue tanggungjawab isteri.

Suami saya sekarang ni pulak jenis suke bantu buat kerja rumah. Memasak pun sama sama. Kadang kadang saya kesian tengok dia baru balik kerja tapi tetap nak tolong saya. Padahal saya tau di penat.

Bile saya tanya kenapa tetap jugak nak tolong buat kerja rumah. Suami saya akan jawab tu sume tanggungjawab dia. Saya cuma membantu sahaja..

Terima kasih Allah hadirkan seorang suami yang sayangkan saya, yang mlindungi saya. Keluarga mertua yang baik dan sayangkan saya. Alhamdulilah..

Betol lah kata kata dari sepupu saya dulu. Allah ambil yang saya rase baik untuk saya dan gantikan dengan yang lebih baik untuk saya.

Maaf min panjang cerita saya. Buat wanita wanita yang teraniaya macam saya tapi takut untuk move on dan jadi janda saya nasihatkan jangan takut untuk jadi janda.

Jadi janda tak seburuk yang kita sangka. Kite bahagia dengan cara kite. Yang penting jaga maruah dan diri kita. Semua orang akan respect bile kita jadi janda yang bermaruah.

Buat mertua mertua dekat Malaysia ni, mohon sayangi lah menantu menantu pompuan anda. Tak kisah lah die berkerja goment ataupun suri rumah. Jangan pilih kasih. Menantu juga manusia yang berhak dsyangi.

Buat jantan atau suami curang yang rase diri tu ‘hot’ ingatlah karma Allah tu ade. Tak kene sekarang mungkin kene akan datang. Saya dah melalui nye. Saya pernah teraniaya dan saya tau karma tu ade.

Buat bekas suami saya, mohon stop ganggu saya. Stop mengaku saya isteri awak. Saya bukan lagi isteri awak. Saya sekarang isteri kepada suami yang saya amat cintai.

Daan saya bakal jadi ibu tak lame lagi. Saya bukan mandul yang macam awak dan mak awak cakapkan. Saya doakan isteri awak pun akan mengandung nanti. Sekian..tq min..

Reaksi warganet

Zaty Miserang –
Perempuan bijak macamni la bagus. Tahu buat keputusan yang tepat. Bukan sesetengah orang dapat laki biawak idup, kaki betina, isap ddah, kaki pukul. Pastu tanya, “apa yang perlu saya buat ye..” Emm soalan pun kadang kadang macam minta kaki..

Nadz Razak –
Move on macam ni laa kita mahukan. Berusaha happy diri sendiri dulu dan jauhi t0xic. Open new chapter bak kata orang putih.

Ini tak, asal kene pujuk jer cair. Kene pujuk jer cair. Suami suruh pikir pasal anak bagai tapi perbuatan ambik ddah, pkol, hari hari kene maki hina. Lepas tu rujuk, mengandong. Ulang balik benda sama. Kalau dapat kaki perempuan, adoi koyak mental. Itu pon nak jugak cair.

ps- semoga Allah kekalkan jodoh akak sampai bile bila. Akak baik, dapat suami pun baik. Moga dapat zuriat soleh dan solehah.
Amin

Rohaya Aya –
Dalam sakit hati baca kisah suami yang tendang meja pagi tadi, baca pulak cerita adik ni sejuk rasa hati. Alhamdulillah, bersyukurlah awak dapat suami baru yang baik..

Tolong awak, sayang awak sangat sangat bukan yang cari silap awak. Kutuk awak dan curangi awak. Biarlah bekas suami awak tu meroyan tak tentu fasal. Nampak sangat dia yang bersalah. Harap bahagia awak berpanjangan dan di limpahi rahmat Allah selalu.

Dan tahniah tak lama lagi nak jadi mama. Ye, terserlah sekarang siapa mandul siapa tidak.. Ha ha ha.

Noraini Aban –
Suami saya tentera saya pun tentera. Suami saya buat semua kerja rumah memasak mengemas mencuci. Saya balik kerja rehat je dan menjahit.

Bukan saya tak nak buat kerja tapi saya tak leh buat kerja nanti dia takda kerja kat rumah dia kata, hahahaha. Dari bosan bosan tak buat apa kat rumah, saya beli mesin jahit ambik upah jahit baju loreng kawan kawan..

Sebelum masuk tenteta saya ada ambik kursus jahitan giat MARA 18 bulan so saya manfaatkan juga ilmu saya dalam kerjAya saya….

Nhyati Zabar –
Alhmdulillah, suami baru awak ada kebersamaan dan perkongsian dengan awak dalam tugasan rumahtangga yang mana itulah kunci perkahwinan bahagia yang sebenar.

Bukannya tugasan rumahtangga hanya pada sebelah pihak sahaja. Semoga awak dan suami bahagia hingga ke jannah…

Mohd Hafiz Hishamsudi –
Fuh, kata kata last tersirat betul. Maknanya sampai 5 tahun bekas suaminya masih belum ada anak dengan isteri barunya.

Maisara Nuralya –
Sebak atas kekuatan dan kebahagiaan awak sekarang. Semoga awak tetap bahagia sampai akhir nyawa. Teringin nak dapat jodoh macam awak. Awak baik, tu tuhan bagi yang baik dekat awak. Istiqamah sis.

Zaratulaini Aini –
Alhamdulilah.. tapi sis bukan semua menantu yang kerja gomen mertua atau ipaq duai sayang. Kadang jugak yang hanya pergunakan Kita time perlu jugak.

Berbalik pada cerita sis, Alhamdulilah baguih move on dari hidup dengan jantan yang tak guna.. Elok tinggal sekarang. Allah hadirkn suami yang bertanggungjawab serta mertua yang baik..

Itu rezeki sis. Biaq dia yang meroyan. Karma Allah tu pasti. Biaq kan sahaja, akan Ada pembalasan nanti. Kita dah bahagia, depa pulak yang meroyan.

Jangan sesekali beri dia ruang untuk merosak kan hubungan sis sekarang. Minta dia move on dan bertanggungjawab dengan bini baru nya yang tsyang tu.

Sumber : Kisah Rumah Tangga Fans

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *