Adik lari rumah, senyap2 dah kahwin. Bila jumpa isterinya, aku xtahan. Sengaja aku perli adik cukup2

Foto sekadar hiasan.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua… Sebagai pengenalan, aku kenalkan diri sebagai Kak Long kerana aku anak sulung daripada 10 orang adik beradik. 8 orang perempuan dan 2 orang lelaki.

Ayah kak long anggota polis dan Ibu Kak Long pula seorang guru tapi mereka baru sahaja pencen tahun lepas.

Hidup dalam keluarga yang ramai membuatkan kami jadi sangat rapat. Lagipun ibu ayah kak long sangat tegas dalam mendidik kami. Rotan dan hanger menjadi makanan kami jika kami nakal.

Konflik dalam keluarga kak long bermula bila adik kami ke yang ke 9 dan yang waktu itu dia baru berumur 19 tahun membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang remaja berusia 17 tahun yang dia kenali melalui social media.

Kak Long kenalkan adik kak long sebagai “D”. Kak long sangat rapat dengan “D” kerana kak long lah yang menjaga “D” bila ibu ke sekolah untuk mengajar sesi petang. “D” banyak diuruskan oleh Kak Long.

Oleh kerana daripada 8 adik beradik kak long semuanya telah berkahwin dan mengikut suami masing masing serta tinggal jauh dari kampung, kami memang mengharapkan “D” untuk tinggal bersama Ibu dan Ayah kerana “D” pun selepas SPM memang terus decide untuk tidak sambung belajar dan bekerja di kampung.

Walau pada asalnya ibu dan ayah membantah keputusan “D”.

Bila mana “D” mengambil keputusan untuk berkahwin, ibu dan ayah serta kami memang membantah sekerasnya.

Ini kerana kami tahu kedudukan kewangan “D” pada waktu itu memang tiada simpanan serta motorsikal pun kami yang belikan untuk kegunaan dia pergi kerja sebagai balasan sanggup tinggal bersama ibu ayah.

Kerana bantahan tu, “D” sanggup tinggalkan rumah dan tinggal bersama keluarga remaja tu. Ibu dan ayah sangat kecewa sehingga kesihatan ayah merosot dan mudah sakit.

Bertambah sakit bila kami hanya menerima perkhabaran bahawa “D” telah menikah tanpa pengetahuan kami itu pun melalui media social.

Kami menjadi sangat marah dan ambil keputusan untuk ambil semula motorsikal yang diberi dan tidak hiraukan “D” lagi.

5 bulan selepas itu, kami dapat tahu juga melalui media social, “D” bakal menjadi ayah untuk tempoh 6 bulan akan datang. Dan yang menjadikan keadaan makin teruk bila MCO dikuatkuasakan dan “D” diberhentikan kerja.

“D” kembali ke rumah tetapi dengan niat untuk meminta duit sahaja. Tiap minggu muncul dan itu lah ibu ayah kita, marah mana pun pada anaknya tetap diberi duit dengan alasan untuk cucunya. Bila kak long tahu kak long jadi sangat marah dan sakit hati.

Jadi kak long sengaja memperli dia dalam whatsapp group famili dan selalu menunjuk nunjuk apa yang kak long makan, beli, pergi bercuti shopping,

Malah menunjuk nunjuk kak long ada belikan barangan bayi untuk adik adik kak long yang bakal bersalin juga tetapi kak long siap nyatakan ini hadiah untuk sekian sekian bukannya untuk anak “D”.

Mesti semua mengecam kak long kan… takpe, kak long maafkan. Sebenarnya untuk pengetahuan semua, kak long sebenarnya telah maafkan apa yang berlaku bila dengar “D” bakal menjadi ayah.

Kak long sangat gembira, tetapi semuanya terbantut kerana isteri “D” sangat kurang ajar. Tidak pandai untuk mengambil hati ibu ayah malah hati kami pun.

Bila berjumpa tidak pandai nak bermesra tidak pandai nak bersalam. Buat bdoh jadikan kami sebagai tunggul walaupun kak long yang hulurkan tangan untuk bersalam. Itu yang membuatkan Kak Long menjadi sangat kejam malah makin kejam.

Kak long tahu, itu sangat kebudak budakan tapi itulah hakikatnya… Dan banyak lagi keburukan isteri “D” yang sangat mengaibkan sebenarnya.

Sekarang bila ibu ayah mula menerima “D” kembali, hati kak long seperti tidak boleh menerima hakikat itu. Kak long mula menjauhkan diri dari aktiviti yang bila “D” ada bersama.

Maafkan kak long, ibu ayah semua adik beradik… Kak long masih belum boleh menerima hakikat itu…

Kak long sangat sayangkan “D” tapi kak long tak boleh menerima kehadiran isteri “D” dalam hati kak long malah sangat benci pada dia. Kerana dia adik kak long menjadi orang yang sangat berlainan, kerana dia semuanya berubah…

Reaksi warganet

Sya Syila –
Kak long be rasional ok. Memang D silap kahwin belakangkan mak ayah. Tapi dah kahwin dah punn. Patutnya kak long as a sister, Doakan D bahagia. Nasihat D. Bimbing dia.

Wife D pun muda sangat lagi. Baru 17 tahun. Orang muda ni kadang terlupa nak hormat yang tua. Tapi kalau kita yang tua pun tak sayang yang muda macam mana yang muda nak hormat yang tua. Haa cenggitu lahh. Apa apa punn. Semoga kak long dan D akan bebaik semula. Air yang dicincang takkan putus.

Aina Dimana –
Katanya D umur 19. Mungkin tanggapan kak long dia masih belum matang dan stabil. Apa salahnya bagi pluang untuk dia bina hidup sendiri. Hidup mati dia bukan kena ikut cakap kakak kakak dia je. Yang konon lebih makan garam. Guide lah die. Tapi nampak dalam cite ni, kak long pulak yang tak matang😂
.

Rohaizah Abwahab –
Kak long, berlapang dada dan maafkan mereka. Mereka dah kawin dan dah nak jadi mak ayah pun. Kita yg lebih tua ni sayangi lah dan bimbinglah mereka. Mereka tu masih budak2 kalau bagi akak.

Mungkin k.long pun tak tahu bagaimana SIL dibesarkan. Cuma doakan rumahtangga mereka bahagia dan sebagai k.long tunjukkan lah kasih sayang kepada mereka berdua apatah lagi kpd anak sedara yg bakal lahir nanti.

Bee Bee –
Mungkin kak long. Mungkin isteri D tu dijodohkan dengan D sebab keluarga kak long yang sempurna.

Jadi, beri sedikit kesempurnaan itu pada isteri D. Mungkin dia tidak dididik macam keluarga orang lain. Mungkin ibu ayahnya tak seperti ibu ayah ornag lain yang menitip beratkan hal hal adab dan lain lain. Mungkin.

Linda Normas –
KakLong yang buat onar perli perli and menunjuk nunjuk dalam whtsapp. Lepas tu nak maafkan orang yang mengecam ? Hahahaha adoii

Macam ni lah Kaklong. Benda dah berlaku. Adik pun dah bernikah. Itu lebih baik dari dia buat jahat kat luar. Bimbing adik ‘D’ dan isterinya. Ajar dan perlahan lahan bawa mereka masuk dalam keluarga Kaklong.

Budak tu baru lagi, baru nak belajar hidup.
Kaklong banyakkan bersabar yaa. Begitulah hidup. Tidak semua yang kita rancang akan mengikut kehendak kita. Sabar yaa Kaklong

Yanaz Hzq –
Ni pendapat saya. Bagi kita yang dah lama kawin dan mungkin kewangan kita stabil, jangan kita bongkak dan pandang rendah untuk adik adik kita yang masih muda menjadi suami isteri.

Kadang kadang si adik perlu bantuan nasihat kita. Saya sebagai kakngah selalu nasihat adik adik lelaki saya, didik isteri bantu isteri dalam rumah tangga. Adik adik ipar kita itu bukan dari acuan yang sama dengan kita.

Saya tak suka beza beza kan sayang dengan adik adik ipar duai. Rentak hidup kalau senget, kita yang tua beralah betulkan.

Lagipun, mak bapak kita dah tua. Kalau adik beradik bergaduh sedih diorang. Adik adik ipar saya tinggal dengan mama papa saya. Saya terima kasih sangat sebab diorang sanggup berjauhan dari keluarga sendiri dan datang tinggal disini bersama.

Syafirra Salipok –
Kak long ni dah lah salah, tapi tanak mengaku salah lepas tu nak menyalahkan orang.

Typical anak sulung, die ajer yang betul sebab die yang besar.

Jodoh si adik awal, nasib si adik tak senang.

At first da lah tak terima wife die. Tapi adik kau jugak yang nekad nak dia. Bila dah kawen bukan kau welcome kau rampas segala yang ada. Orang tu baru nak start hidup. Moto buruk pun kau berkira. Ok fine diorang mencuba. Nasib sekali lagi PKP. Kau pulak dok perli perli.

Takpelah harini nasib adik kau. Ingat Kita ni hidup berketurunan. Macam maner nasib adik kau nanti kene kat nasib anak kau pulak.

Aku tak marah if kau just Tak bantu die. Tapi bila kau dok perli dok show off. Kau bonggok. Pastu dah buat macam tu kau fikir wife die nak sanjung kau anak beranak? Keluarga wife die entah entah jaga adik kau macam tatang minyak.

Sumber – Kak Long (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *