Lps suami ‘pergi’, bapa mertua ambil kesempatan. Tambah2 bila adik ipar bersalin, aku terasa sgt2

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum readers. Nama ku Ummi. Seorang balu dan dah ada 2 orang anak solehah usia setahun dan 3 tahun.

Sejak suami tiada aku hidup berbekalkan duit insuran dengan pencen suami. Walaupun belum lagi ada rezeki untuk bekerja tapi alhamdulillah masih cukup semuanya.

Waktu awal pemergian aruwah suami, aku dah bahagikan semua harta ikut hukum faraid dengan keluarga sebelah suami.

Keluarga suami tak ada pun yang menolak maka aku bahagikan semuanya ikut hukum agar aku tak akan ditanya nanti.

Tapi seusai pembahagian, bapa mertua ku meminta lagi seribu ringgit untuk kos baik pulih keretanya yang rosak.

Masa tu aku tak rasa apa apa lagi maka aku hulurkan la dengan rela hati.

Setelah itu ada lagi beberapa kejadian bapa mertua ku menghubungi aku meminta beberapa ribu ringgit untuk dia bawa isteri dan anak anaknya berjalan jalan katanya.

Masa tu pun aku masih lagi tak rasa apa apa sebab aku kasihankan mereka yang juga kehilangan anak sulung tercinta maka aku hulurkan juga.

Kenduri aruwah di sebelah keluarga mereka juga aku yang tanggung semuanya. Tapi duit sedekah dan sumbangan orang ramai masa kenduri tu aku tak dibagi walau sedikit pun.

Masa tu aku sudah sedikit terasa. Tapi Allah juga yang Maha Mengetahui segalanya. Duit sedekah tu hilang tiga hari selepas kenduri aruwah.

Masa mak mertua aku cerita duit tu dah hilang aku sedikit pun tak terkejut sebab aku rasa duit tu memang bukan hak dorang pun.

Aku sekarang duduk dengan mak ayah aku. Rumah mertua jaraknya lebih kurang 7 jam perjalanan dari rumah mak ayah aku.

Tapi dalam 3 bulan sekali aku mesti bawak anak anak aku jumpa atok dan nenek dorang sebab anak sulung aku ni suka sangat dengan atok sebelah sana tu.

Dan setiap kali balik ke sana macam macam permintaan aku dapat dari adik adik ipar aku dan tak lupa bapak mertua aku sendiri.

Kurang sedarkah mereka yang aku ini tidak bekerja malahan perlu menanggung 2 orang anak pula.

Bawak makan angin, belanja dapur, belanja makan luar, tukar tayar dan karpet kereta mertua pun dia mintak duit aku juga. Salah aku juga sebab aku terlalu berlembut dengan mertua.

Tapi pernah sekali aku fahamkan mertua yang aku tak ada kaitan nak bayarkan kos tukar tayar kereta dia. Tapi dia tetap nak aku tambah juga duit sedikit sebab dia tak ada duit katanya.

Maka berhuhu je lah aku dalam hati. Aku bukan apa, mak mertua rapat sangat dengan aruwah suami jadi lepas suami tak ada ni aku seboleh bolehnya nak gembirakan dia.

Jadi aku tak kisah sangat nak belanja bawa makan angin tu sebab nak tengok dia gembira.

Setakat kejadian yang aku cerita ni tak ada lagi yang menggores hati aku sangat. Tapi selepas adik ipar aku melahirkan anak, aku rasa iri hati sangat dengan anak dia.

Masa awal kelahiran tu bapak mertua aku dah belikan baby cot harga 450 ringgit untuk cucu dia yang tu.

Dalam hati aku selalu kata tak ada duit tapi boleh pulak belikan yang tu untuk cucu dia. Yang buat aku ralat sangat bapak mertua aku ni kaki surau.

Takkan la dia tak sedar yang aku ni dengan anak anak aku nafkah wajib yang dia mesti lunaskan. Aku tulis confession ni penuh dengan air mata.

Aku rasa sedih sangat untuk anak anak aku. Kalau untuk aku sedikit pun aku tak kisah kalau tak dapat apa apa.

Yang lagi menyedihkan tadi adik ipar aku yang bongsu cerita yang bapak mertua aku ni tengah cari kereta mainan besar yang boleh sit and drive untuk cucu dia yang satu tu.

Allahu, aku terus peluk anak anak aku lepas dengar cerita tu. Anak anak aku satu apa pun tak pernah dapat dari atok dorang.

Aku rasa iri hati sangat. Cucu dia yang tu ada lagi ayah dia nak belikan apa apa untuk anak dia. Dia tak sedar ke anak anak aku ni dah tak ada ayah? Tapi wajarkah aku rasa iri hati macam ni? Ke aku je yang lebih lebih.

Tapi alhamdulillah, aku ada mak ayah yang sangat sayang dengan cucu dorang ni. Ada kakak kakak dan abang ipar yang tak berkira sikit pun nak belikan apa apa untuk anak buah dorang.

Sekarang aku tengah hunting job ni. Korang doakan aku murah rezeki ye supaya dapat bahagiakan anak anak aku.

Reaksi warganet

Nurul Haida Mohd Ali –
Tulah pelik now balu pulak kena tanggung pak mertua. Bukan pak mertua tanggung cucu cucu dia. Nampak now dia kurang ilmu agama yang betul tu.

Nak aniaya orang kalau gitu, berhentilah jadi baik camtu. Perjalanan anak anak jauh lagi banyak benda yang nak dibelanjakan nanti. Stop bawak mereka datang sana untuk jaga hati sendiri.

Itu la bila hukum hakam buat buat tak nampak. Bila suami dia meninggal, serta merta tanggungjawab jatuh dekat waris sebelah suami iaitu Ayah suami.

If Ayah tak mampu or dah tiade, jatuh pulak dekat adik beradik lelaki suami. Ni bukan nak bagi duit kat cucu tapi siap mintak duit lagi. Tak takut dosa pahala ke?. Kalau bab duit, semua buat buat tak paham and tutup mata.

Nurul Nadiyah –
Baik tu boleh tapi tolonglah jangan terlalu baik walaupun dengan keluarga mertua. Amek kesempatan dalam kesempitan orang.

Allahuakbar pakcik dah tua tua geng surau pulak tu tolong la dalami ilmu agama sebagai keluarga mertua yang anaknya sudah tiada.

Tak pun puan kene cakap gini kalau dia mintak duit. Duit faraid hak anak anak saya nak kene simpan untuk dorg belajar esok esok ke University nanti wahai atok. Duit saya pulak bukan untuk atok yea. Atok dah ada bahagian sendiri kan?

Faezah Jamali –
Nampaknya mereka ni mengambil kesempatan atas kebaikan puan….

Mungkin lepas ni puan kena banyak guna istilah “anak yatim” apabila membahasakan anak anak puan pada keluarga mertua.

Contoh..

Saya nak beli barang dapur untuk anak anak yatim ni..

Ayah nak saya guna duit anak yatim ni untuk tukar tayar kreta ayah ke?

Puan perlu berhati hati sebab puan adalah penjaga amanah terhadap harta anak anak yatim..

Nell Yahya –
Cukup la sis jaga hati orang, tolong jaga hati sendiri dan perasaan anak anak pulak. Pak mertua kan dah dapat bahagian dia orang, duit yang sis dapat tu gunakn sebaiknya untuk menyara hidup sis dan anak anak.

Jauh lagi pjlnan hidup ni. Sepatutnya pak mertua tu lebih arif anak anak sis dah jadi anak yatim. Kenape asyik duk mengharap duit dari sis lgi.

Bagitau jer, duit yang ada tu untuk perbelanjaan masa dpn anak anak. Jangan nanti termakan harta anak yatim. Sia sia je amal ibadat selama ni. Inshaa Allah, semoga ada rezeki sis untuk dapatkan kerja nanti..

Puteri Pelangi –
Gini je, sampai waktu beri kasih sayang dan berkongsi rezeki dengan anak sendiri melebihi orang lain.

Untuk keberkatan hidup, duit pencen aruwah suami tu, allocate siap siap untuk mak ayah aruwah walau rm50 sebulan tetap hulur (atau lebih, yang mana difikirkan sesuai).

Stop tolong hal hal emergency. Jarakkan waktu untuk proses pemulihan, budak budak asal boleh pergi tempat tempat yang ada mainan dan air…

Insyaallah segalanya makin baik untuk sis dan anak anak. sis kene gembira, baru nanti anak anak akan gembira. Bekerja bukan pilihan tepat jika duit pencen dan perbelanjaan anak anak mencukupi especially jika anak anak masih kecil.

Just fokus pada anak anak dan keje online je untuk sampingan dan isi masa lapang sambil dapat income. Tarik nafas dalam dalam… Redha. Susun balik kehidupan. Jalan terus. U are the best

Faridah Ahmad –
Anggaplah segala kebaikan yang awak dah buat tu rezeki depa. Yang dah lepas biar je tapi lepas ni tolong mana berpatutan je.

Sepatutnya nasib awak yang dibela, tapi sebaliknya. Tak nafikan, macam mana pun status awak. Ada ibubapa mentua tetap akan ada perasaan untuk bagi extra pada cucu terutamanya kalau cucu tu datang dari anak perempuan depa.

Walaupun dia ada anak lelaki kesayangan, tapi cucu dari anak lelaki tu belum tentu jadi cucu favourite dia. Semoga sis dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatan ye.

Fia Ummazahra –
“Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali.” Itu je yang saya mampu bagi nasihat. Bila baca confession puan ni jadi mendidih hati.

Kadang sebab sebenar kenapa kita sering “dibuli” adalah berpunca dari diri kita sendiri. Kita lah yang “membenarkan” diri kita “dibuli”. Be firm but not arrogant.

Keluarga mertua puan tiada kena mengena dah dengan puan kalau bab bab belanja duit segala. Si datuk tu yang sepatutnya menanggung nafkah anak anak puan. Bukannya 100% atas batu jemala puan.

Move on lah puan. Jaga diri sendiri dan anak anak puan baik baik. Boleh nampak kan mereka cari puan hanya untuk “kepentingan” peribadi mereka sendiri. So tak perlu dah rasanya nak terlalu mengikut kehendak mereka.

Saya doakan Allah murahkan rezeki puan untuk dapat kerjaya yang sesuai dengan keperluan puan.

Sumber – Ummi (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *