Tergamaknya abg. Adik prempuan ‘dikorbankan’ pada kwn2nya. Aku intai. Reaksi mak buat aku marah

Foto sekadar hiasan.

Bertahun aku ambil masa untuk berkarang dalam IIUM Confession. Bertahun juga aku cuba bertahan untuk tak meluahkan isi hati aku pada orang.

Alhamdulillah aku sudah berkahwin, ada suami dan dua orang anak lelaki. Anak anak aku kecil lagi. Seorang baru darjah 1.

Waktu mengandungkan anak kedua, aku memang nak anak perempuan sebab anak pertama lelaki (biasa la pasangan yang nak anak sepasang, terasa lengkap gitu).

Bila scan, baby tunjuk bebird. Aku semacam terkejut sebab nak menghadap dua hero kecil yang sememangnya orang sekeliling cakap besar cabarannya.

Lagi lagi untuk orang yang PJJ suami isteri macam kami ini.

Lama lama aku cuba sedarkan diri aku. Ye kalau aku dapat anak perempuan, paran0id aku akan jadi sangat tinggi.

Ini antara sebab dan sejarah kenapa aku jadi paran0id…

1. Umur 7/8 tahun, aku pernah dicbul oleh sepupu aku yang hanya tua setahun dari aku.

Waktu memula dicbul tu, aku rasa macam seronok. Aku ingat lagi, aku siap minta dia buat lagi perbuatan dia pada aku. BDOH.

2. Umur 9 tahun, abang aku juga pernah mencbul aku, waktu tu aku hanya cakap ‘Gatal’. BDOH.

3. Umur 12 tahun, aku pernah nampak sepupu aku mencbul pula adik adik perempuan aku sedangkan mak aku ada di sebelah adik adik aku dan aku hanya mampu cakap ‘Hei’. BDOH.

Cbulan yang dinyatakan di atas ialah menyentuh kemluan.

Cerita selanjutnya aku tak ingat umur aku berapa.

4. Waktu mak ayah aku tiada di rumah (mak ayah aku selalu takde kat rumah), abang aku bawa kawan kawan dia datang rumah, duduk di ruang tamu.

Adik perempuan bongsu aku ni, memang comel waktu kecil.

Abang aku ‘korbankan’ adik aku pada kawan kawan dia. Dia bawa adik aku pada kawan dia, dan diorang pon bawa adik aku kat porch kereta. Selanjutnya aku tak tahu apa diorang buat.

Aku cuba mengintai di tingkap bilik mak ayah aku, aku tak tahu, aku tak dapat fikir perkara yang baik dan aku harap sangat tiada perkara yang teruk lebih teruk dari apa jadi pada aku. AKU MARAH.

5. Mak ayah aku bukanlah orang yang pernah tekankan mengenai maruah.

Mereka lebih sibuk mengenai masalah rumah tangga sebab ayah aku berkahwin lagi seorang.

Waktu adik perempuan bongsu aku ni kecik, aku pernah dan selalu nampak abang aku mencium atas kemluan/ bawah perut dia.

Aku rasa marah tapi aku tak boleh buat apa sebab mak aku pun nampak tapi tak kata apa apa.

Malah aku selalu nampak (semestinya mak aku pun nampak) abang aku suka mencium adik aku (serata badan macam tu). Sambil kedua dua tangannya pegang kedua dua tangan adik ke sebelah kepala semasa baring.

Sampai sekarang aku bingung, aku terasa marah pada mak aku. Tiadakah dia rasa sangsi dengan kelakuan abang aku? Tiadakan dia rasa untuk menjaga maruah adik perempuan aku?

Tiadakah dia rasa kelakuan abang aku itu berdosa? Tiadakah tindakan apa apa yang dia boleh lakukan? AKU MARAH.

Tiada figura lelaki terbaik dalam hidup aku sejak kecil.

Percayalah, sehingga kini aku masih tak ingat moment yang menyeronokkan waktu kecil aku. Semuanya memalukan, menyedihkan. Setiap kali aku ingat, aku pasti rasa sebak, tangisan aku akan keluar.

Aku rasa bodoh, kenapa aku tak mampu tegakkan diri aku, kenapa aku tak boleh berkeras, kenapa aku tak bertindak dengan betul.

Walaupun aku kata aku BDOH dan AKU MARAH, tapi aku tetap bdoh. Bdoh yang sebdohnya sebab bila aku membesar aku seolah tidak mampu menahan nfsu aku. Nfsu syahwat aku. Bayangkan umur aku yang hanya 10 tahun, nfsu aku dah membuak buak. Sedangkan waktu tu, aku belum akil baligh lagi. Aku dah teringin orang menyentuh aku.

Untungnya aku mampu kawal diri aku. HANYA KETIKA ITU.

Sehinggalah aku sambung belajar lepas SPM, jauh dari mak ayah, sudah pandai berpasangan, ber couple. Aku rela untuk disentuh, diraba.

AKU MASIH BDOH. Walaupun selepas itu aku menyesal, tapi aku masih tak mampu mengawal nfsu aku.

Bila tiada figura lelaki terbaik termasuk ayah aku, jadi bila aku dapat sentuhan dari lelaki lain, perasaan tu jadi lain sangat. Seperti disayangi sedangkan sebenarnya di ambil kesempatan.

Selepas belajar, aku kenal suami aku. Dia tahu aku pernah disentuh sebelumnya, sebab dia pernah sentuh aku buat pertama kali dan dia pelik kenapa aku ‘melayan’ dan tidak menolak.

Cerita tidak berakhir di situ, banyak lagi dosa yang kami lakukan.

Kami ambil keputusan untuk berkahwin. Malam pertama kami, walaupun aku rasa sakit seolah dihiris pedang, namun tiada tanda yang aku punya dara.

Perkara itulah yang sepanjang perkahwinan kami sudah 2, 3 kali diungkit suami aku.

Aku juga tidak tahu kenapa aku tidak punya dara. Tiada satu ingatan pun yang keluar bilakah, bagaimanakah aku kehilangan dara aku.

Hanya ingatan mengenai masa kecilku seperti cerita aku di atas yang jadi bekalan ingatan aku, bekalan kekesalan aku.

Berbalik pada tajuk di atas, anak kedua aku pun dah besar, dan aku merancang untuk dapatkan anak ketiga. Tapi aku takut, sejarah hidup aku menghantui aku. Aku takut dapat anak perempuan.

Dulu aku pernah fikir dan luahkan pada suami aku, kalau aku dapat anak perempuan aku akan berhenti kerja.

Aku nak jaga dia A to Z, takkan aku benarkan suami aku mandikan dia. Apatah lagi membasuh najis dia, pakaikan pampers pun aku takkan bagi.

Akhirnya kesimpulan yang suami aku keluarkan, “aku takut anak perempuan aku jadi macam aku”. Sedangkan apa yang menghantui aku ialah, “aku takut anak perempuan aku senasib seperti aku”.

Kalaulah apa apa terjadi pada anak aku, maruahnya dicbul, sekalipun benda itu tak terjadi betul betul, hanya sangkaan aku.

Aku pasti, orang pertama yang akan marah, mengamuk, salahkan diri sendiri, lebih teruk lagi jadi giila ialah AKU.

Waktu ini baru aku nampak hikmah kenapa anak kedua aku ialah lelaki sebab aku sememangnya tak mampu punya anak perempuan.

Untuk menambah bilangan anak juga, aku memikirkan banyak perkara.

Aku bukanlah ibu yang terbaik untuk anak anak aku. Anak anak aku bila usia sekarang ada banyak masalah. Percakapan lewat (anak kedua), pelat (anak pertama), eczema, selalu terlepas kencing malam kat katil (anak pertama),

Masih pakai pampers (anak kedua), zat dalam badan kurang, tidak pandai membaca (anak pertama). Banyak perkara aku perlu baiki.

Aku juga tidak mampu mengawal em0si. Aku seorang yang panas baran, jarang sekali aku dapat kawal amarah aku. Such a failure mother.

Aku hanya bercita cita menambah anak. Tapi aku sendiri tak mampu untuk punya anak lelaki lagi, apatah lagi untuk dikurniakan anak perempuan pertama.

Reaksi warganet

Lydia Ed –
‘Aku bukanlah ibu yang terbaik untuk anak-anak aku’.

Your kids dont need a perfect mom. They need a happy one.

Mulakan dengan maafkan diri sendiri dlu. Past is past. Fokus untuk masa depan keluarga puan.

Fadzilah Musa –
Sesak nafas aku baca esp part adik dia kena bawak pegi porch 😖😖😖
Sorry baca skip2 je
Pasal anak2 delay itu ini tu, satu sebab kerana kurang perhatian
So berhasrat nak menambah anak lagi ke?
Tu sebab sy decide anak sy nak dua je sbb sy tahu sy byk kekurangan dan ketidakmampuan.

Liyana Amran –
Betul ke abg tu cabul?? Sebab saya ingat lagi, adik saya kecil dulu, saya suka tiup/hembus perut dia bg bunyi. Ala…yg buat bunyi tu. Sebab kita geram dengan kecomelan dia kecik2. Kita waktu tu kecil juga, sekolah rendah.

Mungkinkah abg confessor sebenarnya buat macamtu, tapi confessor fikir jauh ke lain?

Nurul Nadia –
Personally, lebih baik puan fokus pada perkembangan anak2 yg sedia ada sekarang. Quality is more important than quantity. Apa sekalipun jantina anak yg Allah berikan, bersyukur sebab Allah sahaja tahu mengapa kita layak/mampu untuk itu. Didikan kita harini menentukan siapa anak kita esok nanti. Persiapkan ilmu kendiri, emosi, mental & social mereka sebelum mereka bercampur dengan masyarakat/orang selain ahli keluarga. Sesungguhnya, besar cabaran mendidik anak2 zaman viral ni.

Puan, boleh follow pages yang berbentuk childhood education. Ada yang Islamic pun ada. Boleh follow Farah Lee, Dr Sheikh Muzaffar, Dr Taufiq Razif, Maryam Jamadi, Dr Mahani Razali, Ustazah Isfadiah & lain2. Jangan risau puan, belum terlambat untuk ubahkan semua ini.

All the best for you, May Allah ease you everything ❤️

Raza Tatiyanah –
Ikut/baca pasl parenting please. Dn sila jumpa doktor pakar ttg emosi puan. Minta ubat Seimbangkan hormon. In sha Allah akn ada perubahan.

Bab anak-anak, pelat, lambat ckp, selalu buat sesi 1to1. Janji tgo mata anak. Cari mata anak, 5saat, 10saat sambil bercakap. In sha Allah ada perubahan.

Kerap bagi anak main air, main pasir, lompat bintang, google “brain gym activity…”

Mgkin puan dah tak boleh putar masa lalu, tp puan blh ubah masa hadapan, anak2 puan perlukan puan. Berbahagialah demi anak-anak, jgn sesekali fikirkan keburukan mereka, sntiasa bersyukur.

Walahualam. *hugs*

Umi Sha –
Ya Allah kesiannya confessor, tak sanggup nak baca sampai habis. Tp apa yg aku perasan, kebanyakn mangsa cabul/rogol ni kebanyakannya berada dlm persekitaran keluarga yg toksik, dan kejadian tu selalunya dilakukan berulang kali oleh org yg berbeza – beza tp tetap dlm linkungan yg sama, cth mula2 kena dgn abang, lepas tu pakcik pulak ambik kesempatan, lepas tu atuk pulak..ibaratnya macam takde langsung org yg baik2 yg sepatutnya berfungsi sebagai pelindung di dalam keluarga tu, semua yg ada semua yg jenis tak boleh harap, harapkan pagar, pagar makan padi. Semoga confessor diberi kekuatan dan semoga Allah pelihara ahli keluarga kita semua dari benda yg bukan2. Semoga kita sentiasa berkasih-sayang dan melindungi sesama ahli keluarga, seperti yg sepatutnya.amin.

Sumber – Overthinking Mother (OM) (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *