Hamil kali ini, umpama tak berlaki. Mcm ‘janda’ tanpa talak. Bila suami ‘lari’ keluar rumah aku tenang

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin kalau secebis kisah hidup aku yang berliku ni disiarkan. Sekiranya tersiar, semoga dapat menjadi iktibar kepada sekalian penghuni alam.

Nama aku Lara (bukan nama sebenar). Berumur lewat 20-an. Bekerja sebagai freelance accountant dan berniaga sepenuh masa. Sudah berkahwin dan dikurniakan 2 orang cahaya mata dan juga bakal menimang cahaya mata ketiga pada oktober 2020 (insyaAllah).

Dan oh ya, aku seorang penghidap severe D3pr3ssion dan menjalani rawatan bulanan serta pengambilan ubat penenang secara harian dan berterusan sehingga diberitahu kelak.

Selalu aku baca “KESILAPAN TERBESAR SEORANG WANITA ADALAH SILAP MEMILIH SUAMI.” Aku dalam lingkungan 80-20. 80% tak setuju, 20% setuju. Sebab apa? Sebab ini berkaitan secebis hidup aku yang bakal aku gali.

Aku kenal suami aku pada penghujung tahun 2010. Sebagai seorang yang konon konon tergolong dalam wanita yang mudah jatuh hati dengan pak lawak, maka aku tak nafikan baliau seorang yang mampu buat aku ketawa berdekah.

Awal tahun 2011, tepatnya tahun baru. Di hadapan pagar rumah parents aku, dia minta untuk couple. Ya ya, sepantas itu. Dan aku terima. Genap setahun bercinta, kami bertunang. Dan selepas setahun bertunang, kami bernikah. Nampak smooth and steady bukan?

Sebelum nikah dan selepas beberapa bulan nikah, sebelum aku mengandungkan anak sulung, suami aku seorang yang super duper tip top.

Solat tak tinggal, cakap berhemah lemah lembut, sejuk mata memandang. Memang lelaki kiriman syurga bagi aku. Bab kebajikan rumah, kebajikan aku sebagai isteri, memang berada di tahap langit ke7.

Memang keterlaluan aku puji masa tu. Dan even kerja dia memerlukan dia berada di luar kawasan berminggu minggu, aku redha kan sahaja. Sampai lah ketika aku disahkan mengandung.

Time ni sampai dah simptom perempuan mengandung yang mengada ngada minta perhatian lebih. Bila dia beritahu yang dia perlu outstation, aku mula buat drama mengalahkan sinetron.

Mula mula dia layankan sahaja tapi mungkin lama kelamaan, dia fed up. Nahhh.. belang sebenar dia mula timbul.

Dia start baran and maki hamun aku. Entah lah berkaitan atau pun tidak. Tapi aku rasa macam ya.

Aku dah mula syak sesuatu masa tu tapi aku abaikan. Perangai dia bertambah teruk bila dia berhenti kerja. Dan dia berhenti kerja masa aku tengah sarat mengandung.

So segala isi perbelanjaan, aku yang tanggung. Kerja dia, paw duit aku. Lepas aku bersalin, dia kerja semula tapi semuanya tak sama macam awal awal dulu. Dia dah start culas bagi belanja rumah sampaikan sewa rumah pun aku yang tanggung.

Jangankan belanja rumah, belanja nafkah aku pun. Sejak kejadian dia berhenti kerja tu sampailah ke hari aku share kisah ni, 1 sen pun aku tak pernah dapat. Aku jadi malas dah meminta.

Sebab tu aku gagahkan diri kerja. Semua benda aku nak buat kalau boleh. Asalkan aku boleh dapat duit. Tapi sayang punya pasal, aku bertahan. Demi anak pun ya. Siapa ja nak anak membesar tanpa salah seorang ibu atau bapa?

Bila aku disahkan mengandung anak kedua, perangai dia makin menjadi jadi. Langsung tak bekerja. Jadi aku nekad, keluarkan modal untuk berniaga.

Sambil aku kerja, aku berniaga juga. Tapi bila aku masuk office, dia akan take over. Di sini kesilapan terbesar aku. Bila hujung hari nak closing, duit modal tak dapat, untung apatah lagi. Sudahnya, terpaksa berhutang dengan kakak dia untuk modal esoknya.

Dan begitulah seterusnya sampai aku ambil keputusan untuk stop terus. Masa aku mengandung anak kedua ni lah, dia dah berani angkat tangan. Time aku tengah sarat, dia boleh belasah aku umpama tak ada esok. Aku hadap ja dengan tangisan.

Masa anak kedua aku dah berumur 7 bulan, dia ditangkap polis dek kerana ddah. Ya, sikap dia berubah mendadak sebelum ni adalah kerana ddah. Masa aku dapat khabar tu, aku gelak.

Tak sedih, tak apa. Sebab aku rasa, this is it. Allah nak bagi dia sedar. Semoga dia sedar. So merasa lah dia di dalam selama 8 bulan. Masa dia ditahan reman sebelum dijatuhkan hukuman, aku gigih melawat dia di penjara dua minggu sekali. Then dia dipindahkan ke penjara lain bila hukuman dijatuhkan.

Disebabkan jauh, aku tak dapat lah nak melawat selalu. Lagipun tempohnya dah tak lama masa tu. Jadi korang rasa aku ni isteri yang tak cukup mithali lagi ke?

Family aku tahu tapi abah aku ni jenis seorang pemaaf. Dia banyak bagi aku semangat and dorongan. Kata dia, semua manusia buat silap.

Semoga kali ni dia dapat pengajaran sebetul betulnya. Cuma dia jangan ulang. Kalau dia kena sekali lagi, abah aku sendiri akan bawa aku ke penjara untuk minta cerrai. Itu janji abah. Aku redhakan sahaja.

Selepas dia keluar, perangai dia jadi baik sangat. Sama macam awal awal nikah dulu. So aku memang excited nak jalani hidup ‘baru’ dengan dia and anak anak.

Berbuih mulut aku dan mak dia pesan supaya lupakan kisah hitam tu. Buat corak baru demi anak anak. Dia pun dok angguk angguk serupa belatuk. Senyum ja mengiyakan.

Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya taufan berkampung terus. Perangai baik tu sekejap ja. Dia kembali menyetan. Maki hamun sepak terajang tak payah cakap lah. Termasak nasi lembik sikit pun, periuk tu dilemparkan ke lantai. Berderai pinggan mangkuk. Pecah retak pintu bilik.

Aku ni dah jadi punch bag dia dah. Tapi aku yang sekarang bukan macam dulu. Sekali dia pukul, berganda ganda aku balas. Bertinju bertomoi tu tak payah cakap.

Aku tak sia siakan ajaran silat pak sedara aku dulu tu. Pernah dia mengalah sebab terlampau sakit bila aku lawan balik pukulan dia. Puas hati aku. Sakit memang sakit tapi kepuasan tu melebihi segalanya. Then berbaik sekejap untuk tempoh 1 2 bulan tanpa drama Bruce Lee and Jet Li.

Sekali lagi aku diuji bila dia ditangkap polis. Kali ni adik beradik dia dan mak pakat nak jamin dia. Sebab takut family aku tahu punya pasal. Maybe taknak kehilangan menantu macam aku gamaknya.

Tapi nak jamin tu, bukan semua orang hulur duit ya. Hulur air liur sahaja. So aku lah juga keluar duit untuk hal ni.

Oh, masa ni aku sambung balik berniaga tapi share dengan suami. So ini juga salah satu sebab aku gigih jamin dia sebab aku memang tak larat nak handle seorang diri. Dan demi anak anak yang semakin membesar, panjang akal. Setiap detik tanya mana ayah. Nak tak nak, aku kena berkorban.

Disebabkan satu persatu petaka, hati aku jadi keras. Sampai aku hilang rasa dengan suami. Memang dari awal perkahwinan, aku tak pernah guna gelaran abang atau honey atau whatsoever dengan dia. Aku cuma jalankan tanggungjawab aku sebagi isteri dalam rumah ni.

Tapi tu lah. Aku lah isteri, aku lah suami. Dia masih seronok enjoy melagha bak bujang. Balik rumah bila rasa nak balik. Selebihnya dia tidur luar.

Mula mula dulu aku terkesan juga tapi lama kelamaan, aku tak kesah dah. Terkadang rasa lebih baik dia tak ada daripada ada. Tahap aman dan makmur tu memang payah nak aku gambarkan bila dia tak ada. Bahagia.

Belanja rumah, belanja anak anak, belanja dia, semua atas pundak aku. Sehari aku kena paw paling koman RM20. Disebabkan aku malas nak bertekak dan menyebabkan anak anak terpaksa menyaksikan filem aksi ditengah rumah, aku hulur ja tanpa banyak bunyi.

Tapi ada masanya aku melawan juga, tak bagi. Masa tu lah dia buat perangai maki hamun macam kalah judi. Ada masa aku diamkan, ada masa aku berlawan cakap. Ikut lah mood aku nak masuk kot mana. Tak pernah sekali pun dia tanya aku, apa lauk yang ada atau tak ada kat rumah.

Yang dia tahu, dia bangun tidur tengah hari nanti, dah ada lauk untuk dia santap. Nasi perlu dihidang. Well, aku bela anak raja tau.

Anak sulung aku selalu buatkan aku mengalah. Bila ayah dorang dah bersuara minta itu ini, dia akan datang kat aku dan merayu supaya aku turutkan. Sebab dia takut ayah dia mengamuk. Korang rasa hati mak mana tak remuk?

Awal tahun ni, aku disahkan mengandung lagi. Kali ni, aku mengandung umpama tak berlaki.

Ya, dalam bertegang leher setiap masa pun menjadi juga. Mesti korang akan cakap macam tu. Macam aku mention awal tadi, even tak ada rasa, selagi dia suami, aku masih jalankan tanggungjawab sebagai isteri.

Siapa tak takut neraka? Sedangkan neraka dunia ni dah habis teruk aku kena, at least bagi lah aku rasa syurga abadi. Gitu ayat penyedap hati aku. So aku pergi check up sendiri.

Sebenarnya benda tu dah biasa. Dari anak sulung lagi. Aku sikit pun tak kesah. Dan bila baby dah pandai bergolek tendang sana sini, aku layankan sorang sorang. Kadang aku share dengan anak anak aku. Mengekek lah kami 3 beranak melayan baby melasak.

Dia? Apa dikisahkan. Janji dia berjaya membujangkan diri. Eh, aku pun tak peduli mana pun sebenarnya.

Macam aku mention awal tadi, aku penghidap severe d3pr3ssion yang perlukan rawatan dan ubat. Aku start detect benda ni masa 2018. Time tu aku struggle teruk dengan company.

Dapat pula boss yang jenis perah keringat kita macam perah santan. Sampai jernih lah hampas tu diperahnya. So aku start stress melampau. Kebetulan aku mengandung dan keguguran akibat keadaan emosi tak menentu.

Masa tu aku kat kampung. On the way ke hospital, dalam ambulans, aku called suami and maklumkan. Tahu apa respond dia? DIA SALAHKAN AKU 100%.

So start dari situ dia akan tekan aku pasal kandungan tu. Dia kata aku sengaja gugurkan kandungan tu yada yada yada. Nak ja aku benamkan dia ke sungai dan biar buaya makan.

Lama kelamaan, disebabkan peel tak endah aku, benda tu makan aku dari dalam. Aku jadi 100% mental tak stabil. Pernah sekali kami berperang besar sampai dia pecahkan pinggan kaca yang penuh nasi and lauk pauk. Aku jadi geram, aku ambil serpihan tu and aku kelar tangan aku semahunya.

Dia jadi takut dan terus berlari keluar. Tak berguna nampaknya kan. Hahahaha.

Dan aku pernah hunus pisau kat dia, tanpa aku sedar sebab dia melepuk anak sulung aku yang baru lepas mandi tapi tak reti lap badan. Macam Chandramukhi rasuk Jhyotika tu ha. Aku tersedar bila anak sulung aku tersentuh tangan aku. Kalau tak, dah jadi cover berita Metro dah.

Aku disuruh dapatkan rawatan (paksaan) masa aku mula mula buat check up awal kehamilan. Masa nak ambil drah, nurse tu perasan kesan torehan.

Terus dia rujuk aku ke doctor pakar. Dan start dari situ aku menghadap segala macam rawatan.

Sepatutnya sebagai suami, seharusnya dia prihatin kan. Sepatutnya dia kurangkan bagi tekanan. Tapi tak. Makin menjadi jadi dia tekan aku. Setiap hari, tanpa rasa bersalah. Dia memang suka lah kot aku giila. Eh tak semudah itu. Aku gagah lawan.

Bila start PKP, aku terpaksa tutup business. Bila dah boleh berniaga, aku mula semula tapi tukar produk. So dengan sarat macam ni lah aku usahakan semua. Sorang sorang.

Tapi aku tak kisah sangat. Sebab dengan menyibukkan diri, buat aku rasa tenang. Buat aku lupa benda benda yang bersarang dalam otak. Sampaikan aku rasa nak berniaga ja 24/7 tanpa henti. Badan penat tak apa, jangan jiwa lelah. Itu falsafah aku sekarang.

Tapi mengenangkan anak dalam kandungan, aku akur lah juga. Karang tak pasal pasal terberanak masa tengah berniaga. Haru. Suami aku macam biasa lah. Malam lepas aku habis niaga, dia akan paw aku. Itu memang dah jadi rutin harian dia. Tak pernah miss. Hairan aku.

Baru baru ni kami bertekak dalam kereta. Kali ni paling melampau sebab dia tumbuk aku depan mak dia sendiri. Baru mak dia tahu perangai anak kesayangan dia tu macam mana.

Aku sikit lagi nak langgar dia time tu. Aku blah, tinggalkan dia. Aku off phone. Aku tinggalkan anak anak dengan jiran.

Sebab aku tak boleh risikokan anak anak dengan emosi tak stabil aku time tu. Ni pesan doctor and nurse berkali kali. Aku sedaya upaya ikut. Aku cari port bertenang.

Puas aku keliling, aku ambil keputusan lepaskan rasa kat kubur. Aku park kat parking kubur tu dan aku menangis semahunya.

Then bila dah reda sikit, aku on phone. Notifikasi missed call berpuluh kali dari suami. Aku type text, suruh dia anggap aku dah mati. Then aku off kan semula phone, aku balik rumah. Depan anak anak haruslah kena pandai berlakon. Dia belum ada kat rumah.

Malam tu dia balik. Dia lipat kain baju dia, dia keluar. Tapi tak semua lah pakaian dia yang dia angkut. Dia duduk rumah mak dia.

Sebelum sebelum ni kalau bergaduh, aku kerap halau dia. Hati sakit, apa pun boleh jadi. So kali ni dia memang pergi betul betul.

Alah, rumah mak dia bukan jauh mana pun dari rumah sewa kami ni. Anak aku yang nombor 2 tu berlari lari anak pun boleh sampai dalam 5-7 minit. Dan ini lah pergaduhan terbaru kami rasanya. Aku rasa tenang sikit sebab tak ada aura kehadiran dia dalam rumah ni.

Aku tak berharap apa apa pun dah dengan rumahtangga ni. Ada, ada lah. Tak ada, apa nak dikata. Aku cuma fokus untuk bersalin and besarkan anak anak ja. Doakan aku, korang.

Ye, memang kesilapan terbesar wanita adalah salah memilih suami. Tapi kalau dah jenis suami yang pada awalnya ibarat malaikat, siapa yang boleh duga dia berubah menjadi Azazil?

Selagi kita boleh lawan hak kita, kita lawan. Biarlah bertumbuk bertomoi pun, jangan jadi punch bag suami.

Sakit fizikal tak setanding sakitnya jiwa. Sekurang kurangnya kepuasan tengok dia sakit kena belasah tu kena ada. Hahahaha.

Mesti ada yang persoalkan, kenapa tak tuntut fasakh atau minta dia cerraikan terus. Kalau lah sesenang itu, aku dah buat. Terlalu banyak sudut dan penjuru yang perlu aku titikberatkan.

Aku rasa, bukan aku seorang ja isteri yang dalam dilema macam ni. Kami tak bdoh ya, tapi situasi dan keadaan yang tak mengizinkan. Dan aku percaya, mungkin ada hikmahnya semua ni.

Aku berpegang pada ayat, di setiap kesulitan akan diselitkan dengan kesenangan. InsyaAllah.

Doakan aku dan anak anak sekali lagi ya korang. Doakan aku selamat bersalin. Doakan aku kaya raya supaya dapat menyenangkan semua orang terutama wanita wanita yang menjadi mngsa suami begini.

Salam sayang….

Reaksi warganet

Madamme Que –
Lepas bersalin please pakai perancang. Sian anak anak u.. Ya memang tanggungjawab wife lunaskan kehendak suami tapi u boleh pilih untuk jaga kesihatan u dan anak anak.

Or better u walk away trus. U sakit, anak anak kecik.. Kenapa nak hidup lagi dengan biawak zalim tu?

But if u choose to stay.. Pleaseeeee pakai perancang.

Rizal Rodzuan –
Maaf, tapi saya tak simpati dengan awak. Kerana awak hanya beri alasan demi alasan untuk setia dengan lelaki sebegini.

Yang suami memang pakej neraka tak payah nak komen, cuma awak yang nampak macam ada kerja elok, educated dsb tapi masih nak setia dengan lelaki sebegini.

Lps tu mengandung lagi dan lagi supaya lagi banyak alasan untuk setia dalam perkahwinan t0ksik ni. Yang sy kesian cuma anak anak awak je yang nampak Sangat menderita, dipukul ayah mereka dsb.

Dok tengok benda ni setiap hari, takut mereka trauma je atau lagi teruk jadi Macam mak ayah mereka bila dah besar. Oh well..

Aina Hazwani –
Mungkin Puan belum cerrai sebab mengandung. Moga dipermudahkan urusan cerrai Puan hujung tahun ni. Moga urusan Puan, anak anak dan anak dalam kandungan dilindungi. Cerrai pun mungkin silver lining dalam hubungan Puan.

Oh, Puan juga lebih dari mampu nak sara diri sendiri lepas cerrai. Apa guna simpan barang yang rosak atau merosakkan

Nurul Afiful Huda –
1. Ada pakai perancang dak? Takkan dalam situasi gini langsung tak terfikir nak merancang.

2. Anak anak sebenarnya dah terkesan dengan pergaduhan puan dan suami. Benda ni dah bagi kesan pada kesihatan mental dan emosi anak.

3. SAMPAI BILA??? Nak tunggu sampai anak mati atau sampai you sendiri masuk dalam penjara sebab bnuh suami sendiri?

Sorry, might be little bit harsh..

Tapi, you dengan anak anak tak perlukan suami biawak hidup la. You boleh tanggung semua sendiri. Dah you yang cari nafkah untuk keluarga, baik you pisah saja dengan dia..

Fikir la, sampai bila nak bertahan. Semua ni bagi kesan pda diri you dan anak anak. you kata you sayang anak anak, tapi anak anak membesar dengan tengok contoh yang tak baik, you tak kesian ka pada kesihatan emosi dan mental anak anak you??

Emy Zahara –
Saya yakin jauh di sudut hati, puan sebenarnya dah tahu apa tindakan yang sepatutnya diambil. Sebab tu puan confess di sini.

Cuma puan belum cukup kekuatan untuk bertindak. Saya doakan semoga Allah permudahkan urusan dan tunjukkan jalan terbaik untuk puan dan anak anal di dunia dan akhirat.

Chin up, stand tall puan! Div0rce is not the end of the world!. Run for your life while u can!

Sumber – Lara (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *