Sebaik terima wasiat aruwah suami, aku terkedu. Bila pihak bank dtg, aku terduduk. Tak sangka ibu mertua begitu

Foto sekadar hiasan.

Pengajaran pada sang suami. Aku isteri. Anak 5. Telah kematian suami setahun lalu. Aruwah suami bekerja Ofshore. Gaji mencecah 20k setiap bulan. Keuarga kami bahagia mempunyai 5 anak kan. Bergado tu biasa.

Saya bekerja. Pegawai di Pejabat Perikanan. Gaji saya mencecah 5k. Rules perbelanjaan kami, barang saya, saya beli sndiri kerana saya ada pendapatan sendiri.

Dan sepanjang suami tiada sebulan bekerja, saya akan menanggung semua. Suami bekalkan bayaran bulanan, cuma tak ade la memenuhi keperluan sebulan. Tapi, saya faham yang suami perlu menanggung ibu bapa dan adik adiknya juga.

Berbalik pada selepas kepermegian aruwah suami saya, tidak disangka suami saya mewasiatkan segala harta kepada anak dan ibunya.

Untuk saya isteri dapatlah savingnya yang tak sampai 10k. Saya terdiam ketika menerima wasiat. Saya berdoa dalam hati supaya ibu mertua dapat membantu, cukup untuk membayar hutang suami telah memadai.

Satu satu pihak bank datang. Menyatakan hasrat mengutip hutang. Mashaallah hutang suami saya mencecah 300k (credit card, pinjaman, kereta, rumah dll).

Dengan apa saya mahu bayar, sedangkan insurans dan wasiat suami, untuk anak perlu berumur 18 tahun. Saya terduduk.

Saya hanya meneruskan pembayaran rumah dan hutang hutang aruwah dan hutang saya sendiri. Rumah inilah tempat saya berteduh dengan anak anak. Saya cuba menuntut pada ibu mertua saya untuk meringankan bebanan saya.

Bukan tidak dibagi tapi rm500 bulanan diberi tak mampu nak membiayai anak anak sekolah, makan minum apatah lagi hutang. Saya begitu sedih. Apa yang tidak disangka, ibu mertua saya yang dulu baik dengan saya, yang disanjung suami, syurga kepada suami saya, tak disangka bersifat demikian. Tidak berlaku adil.

Jawapannya, ibu mertua perlu menanggung bapa mertua tak bekerja dan anak anak yang masih sekolah (adik suami). Sedangkan nafkah tu sepatutnya mendahului anak saya. Saya tak nak gadohkan.

Saya begitu sedih. Saya perlu hadap dengan anak. Anak kecil saya terpaksa putus susu. Terpaksa disekolahkan disekolah biasa.

Makan apa yang mampu. Barang rumah banyak dijual. Emas saya apatah lagi. Selepas kejadian, keluarga suami lebih menyepi. Mungkin takut saya menuntut lebih.

Saya dah redha. Saya percaya rezeki Allah itu pasti. Saya berserah pada Allah. Biarlah mereka yang bersalah terima balasannya nanti. Walhal, adik beradik suami yang bekerja bukan kerja biasa biasa.

Tapi masa inilah, mereka menganggap saya mampu menanggung dengan kerjaya saya. Selepas saya kebuntuan, saya menurut kata rakan rakan sepejabat. Saya terpaksa berdaftar ke AKPK, walau hakikatnya hutang tu bukan dibuat oleh saya. Simpanan ASB saya bukan digunakan untuk anak anak saya.

Saya membayar sepenuhnya hutang suami. Setiap bulan perbelanjaan wajib saya beli beras, meehoon, biskut, susu, pampers, telur. Anak saya yang sebelum ni senang turut sedih bila hari hari perlu makan telur. Itu je saya mampu.

Untuk sang suami di luar, tolong fikirkan semula bila mewasiatkan penama. Fikirkan siapa yang bersusah payah waktu hidup bersama yang menjaga dan mnguruskan anak. Fikirkan nafkah mana perlu didahulukan. apatah lagi waktu suami sudah tiada.

Jangan biarkan isteri menanggung hutang. Cukup pengalaman saya, bukan untuk memburukkan aruwah tapi sebagai pengajaran untuk kalian di luar sana. Saya tetap sayangkan aruwah suami saya itulah syurga saya

Reaksi warganet

Nor Rasyidah Ithnin –
Inilah hakikat. Bila suami fikir, isterinya akan berkahwin lain bile dia tiade nti. Jadi harta hartanya isteri tak payah diberi. Takot bini senang lenang hdup.

Sempit sangat permikiran. Tak tahu nak cakap. Tapi itula hakikatnya. Kalau tak nak isteri tu senang bile dia tiade nanti, jangan lah ditinggalkan membebani hutang pulak.

Semasa hidup pun serba serbi tak cukup diberi. Elok hutang hutang tu wasiatkan skali pada siapa harta tu diberi. Nak harta amik la skali dengan hutang hutang..

Nazuha Alias –
Kesiannya. Sabarlah. Itulah yang selalu berlaku bila ada kematian. Isteri yang akan jadi mngsa. Pihak lain yang dapat duit mesti diam ja. Siapa tak mau duit free kan.

Buat para suami, Ambik laah insuran yang betul. Sis tak tau apa nama dia, tapi macam rumah abah sis nih, automatik langsai bila abah sis meninggal. Jadi anak isteri terbela.

Kalau boleh buat laa wasiat yang sepatutnya. Jangan seronok seronok buat hutang. Nanti kita mati orang yang hidup terpaksa menanggung semua. Kesian. Moga kakak nih tabah dan redho.

Kayanne Abdul Halim –
Inilah hakikat. Bila seseorang meninggal dunia, manusia hanya memikirkan berapa banyak harta yang ditinggalkan. Kelam kabut tuntut apa yang difikirkan hak.

Hanya mengira harta peninggalan untuk dibahagi bahagi. Tapi lupa jumlah hutang yang ditinggalkan. Tak pula dibahagi sama rata. Terpaksa la anak isteri tanggung sampai ke akhir hayat.

Bertabah lah si isteri. Harta benda boleh nampak. Hutang memang orang tak nampak dan kadang buat buat tak nampak.. Huhu

Nor Syawana –
Kalau ikotkan selepas kematian suami adik beradik lelaki kepada suami yang patot menjalankan tangungjawab memberi nafkah pada anak anak sis.

Time nak duit semua muncul dah dapat duit semua hilang. Begitulah lumrah hidup. Sepatotnya benda yang wajib dibayar adalah hutang suami kerana hutang tue perkara wajib didahulukan. Lepas tue harta yang tinggal biarlah dibahagikan mengikut Islam tapi suami sis dah berikan wasiat pula.

Red Cherry –
Ramai yang dah dapat DUIT jadi gelap mata ean hati. Duit yang sepatutnya digunakan untuk tanggung cucu drah daging sendiri digunakan ke hal lain.

Sedih dengan tok nenek, pak menakan yang ada sifat TAMAK kononnya harta tu ikut faraid dan wasiat. Tergamak biarkan bekas menantu susah payah bayar hutang aruwah suami sorang diri.

Ooo.. Hutang taknak tolong bayarkan. Duit faraid kemain lagi nak tuntut. Patutnya, duit wasiat yang dorang dapat, digunakan utk LANGSAIKAN hutang piutang aruwah. Hutang bawak ke mati oiii!!

Suami suami kat luar tu, jadilah manusia yang bijak. Kesianlah kat isteri yang kena tanggung hutang piutang awak. Susah senang waktu hidup.

Wanita di luar sana, sebenarnya ramai yang TERKENA macam ni. Cuma taknak panjangkan cerita dan bermasam muka dengan mertua je.. Hibahkanlah isteri dengan wang yang secukupnya.

Puteh Membunga –
Biasa lah kalau dah tamak kan. Sebelomnya baik baik belaka bila berdepan dengan harta pusaka keluarlah wajah dan perangai sebenar. Harta sepencarian diketepikan faraid entah kemana..

Kadang kadang yang tiada kena ngena pun tumpang sekaki kot lah dapat sesen dua. Yang jadi mngsa isteri dan anak anak. Jahil punya pasal kan. Padahal hutang aruwah perlu di langsaikan dulu seblom difaraidkan.

Seblom difaraidkan kalau isteri tuntut harta sepencarian kena selesaikan dulu bab ni. Setel bahagian isteri baru lah difaraidkan. Tentang wasiat tu isteri boleh pertikaikan. Semua jumpa dekat court lah senang citer.

Alyzz Mohamad –
Bila sebut pasal kematian soalan pertama yang ditanya, banyak ke KWSP aruwah. Ade socso ke tak. Bukan nak tanya aruwah ade hutang ke.

Kadang kadang kita rasa sistem faraid ni macam tak adil bagi waris yang sepatutnye. Sebab waris yang dapat hanya tau nak duit tanpa melunaskan tanggungjawab.

Kalau ikut hukum faraid yang sebetolnya, sape yang dapat bahagian dari harta simati (warisnya) kena bertanggungjwb dengan ape jua yang simati tinggalkan.

Contoh jika simati tinggalkan hutang dan anak kecil, waris yang menerima faraid simati harus ambil tanggungjawab tersebut. Bukan ambil harta faraid tapi tak tunaikan tanggungjawab.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *