“Lubuk loteri ayah”. Pelik, ayah bersungguh nk tangguhkan mjlis. Bila nenek tlepas ckp, aku terkedu

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Terima kasih semua sebab sudi membaca coretan hati aku. Dengan penuh rendah diru, Aku nak membuat pengakuan bahawa aku adalah penulis confession “kecelaruan diri”, “bapa tak guna”, dan “pengantin tertunda”.

Semua cerita yang ditulis adalah saling berkaitan dan merupakan cerita sebenar kisah hidup aku. Hanya aku ubah beberapa perkara agar tiada sesiapa yang boleh mengagak bahawa itu adalah penulisan diri aku.

Untuk luahan kali ini mungkin sedikit panjang. Tapi aku cuba untuk highlight beberapa perkara penting agar kalian mudah memahaminya.

Untuk makluman kalian, majlis pernikahan aku yang sepatutnya diadakan pada bulan Mac 2020 tertunda sehingga kini. Dan peristiwa ini adalah kemuncak di mana kesabaran aku memuncak.

Dari zaman kecil, remaja, dan dewasa kini, banyak perkara kekejaman yang aku lihat di depan mata. Yang dilakukan sendiri oleh ayahku terhadap ibuku, abang abang, adik adik malahan terhadap orang luar.

Tapi macam biasa, jahat mana seseorang ayah itu, status seorang ayah tetap akan memenangi hati manusia di dunia ini.

Cuma nasib aku sedikit ‘baik’ kerana keluarga ayahku sangat mengidolakan anak perempuan. Kerana bagi mereka, anak perempuan membawa tuah.

Kerana itu, ayah aku seboleh mungkin akan cuba mentackle aku supaya tak buat hal dengan dia. Walaupun dia banyak buat taik dengan aku (kejap lagi aku cerita). Pada mereka, Bila anak perempuan dah dewasa, kena berkahwin dengan anak orang kaya.

Nanti hidup senang lenang. Dan mengikut pada pemerhatian aku, makcik makcik aku memang berkahwin dengan anak orang berada. Dan kemudian, anak anak lelaki serta ibu bapa dapat menumpang kesenangan anak anak mereka juga.

Pernah juga nenek aku sendiri pesan supaya bila dah dewasa cari pasangan yang kaya. Supaya hidup dijamin senang lenang. Tapi, apakan daya. Disebabkan bapa aku banyak buat hal terutamanya bila melibatkan duit, aku jadi sangat tak menghargai nasihat tu.

Sebab aku boleh nampak kesan hidup dalam kekayaan semata. Kosong. Tanpa kebahagiaan. Lagi lagi kalau menumpang kesenangan orang waimah suami sendiri. Silap silap pilih pasangan, kita ditindas balik.

Itu berdasarkan pemerhatian aku lah. Sebab aku dibesarkan dengan keluarga yang mata duitan, gila kuasa dan porak peranda.

Dulu aku pernah cerita macam mana ditindas dengan bapa sendiri. Aku juga selalu dimomokkan dengan dosa dan pahala kalau derhaka dengan ibu bapa.

Tapi kalau dapat bapa macam ni, macam mana ye agaknya? Sejak dari kecil nafkah anak bini terabai. Anak anak nak sambung belajar dia minta duit dengan kita. Bukan dia yang keluar duit. Yuran asrama abang aku tertangguh berbulan bulan.

Mak aku sampai pinjam along nak bayar. Dia minta dari mak aku duit, katanya nak bayarkan. Tapi, bila dapat duit, dia yang lesap. Hutang tak kurang, mak aku menanggung pula hutang along. Sedih ya tuan tuan.

Tapi disebabkan dimomokkan dengan dosa pahala, aku diam perhati. Kami sekeluarga ditindas ketua keluarga sendiri.

Duit biasiswa sekolah aku pun aku tak pernah merasa. Belum kira lagi masa 2013, aku sambung diploma di negeri utara. Baru 2 hari masuk duit PTPTN dia minta aku RM700. Katanya eksiden terlanggar kereta orang. Bila aku tanya mak aku, motor dia takde calar balar pun.

Kes lain bila setiap minggu dia call aku minta RM100/RM50. Macam macam alasan yang diberi. Paling aku tak bole terima katanya nak beli lauk untuk keluarga.

Aku belajar jauh, dengan bergantung duit PTPTN, itu pon tak pernah difikirnya. Stress tau. Aku stress dengan masalah duit tak abis abis. Dan stress dengan bapa macam ni. Selagi tak bagi, selagi tu lah hidup kau diganggu.

Semasa di tahun akhir pengajian degree, aku makin stress bila bapak aku bergaduh dengan mak aku disebabkan duit.

Mana taknya mak aku menanggung satu rumah dengan gaji RM900 waktu tu. Buat part time cuci rumah orang, tapi alih alih duit abis ke bapak aku. Takda hasil. Memang sangat susah waktu tu sebab semua adik beradik aku belajar diuniversiti, serentak waktu tu.

Akhirnya mak aku fedup, bungkus kain baju keluar dari rumah dan duduk di rumah sewa lain. Tinggal lah aku berdua dengan bapaku.

Kenapa aku taknak ikut mak? Sebab aku satu satunya anak yang tersepit pasal dosa pahala dan satu satunya anak yang sanggup menanggung ibu bapa masatu.

Adik beradik yang lain dah fedup dengan bapak sendiri. Dan macam biasa, bapak aku play v1ctim dengan aku masatu. Macam dia teraniaya. So, malas fikir panjang, aku duduk dengan bapaku berdua sahaja. Memandangkan aku pun dah start kerja tetap.

Oh ya. Bapakku kerja lompat lompat. Ikut sukati dia. Dia tak boleh kerja dengan orang sebab perangai suka mengarah macam bos dia tu. Selalu sangat bergaduh di tempat kerja. Sebab bagi dia semua orang salah. Dia seorang sahaja yang betul.

Dan macam biasalah. Awal awal duduk sekali, tiada masalah. Tapi makin lama, banyak pula masalah. Masalah bila dia buruk burukkan aku dengan semua orang termasuk office mate aku. At first aku takdelah percaya sangat cerita yang datang singgah ditelinga. Sehinggalah aku bertunang.

Majlis tunang aku 100% kos dari aku sendiri. Dia hanya order ikut sedap tekak dia saja. Masatu pula aku baru kerja, memang majlis aku tak se gah orang lain. Ala kadar sahaja ikut bajet aku.

Tiba masa majlis aku pada mac 2020, 3 hari sebelum majlis, negara kita diisytiharkan menjalani tempoh PKP. Disinilah situasi bila aku menulis confession “pengantin tertunda” sehingga mendapat kecaman dan sokongan ramai juga. Terima kasih kepada anda yang beri kata kata positif.

Dan pada masa itulah kemuncak segalanya. Tanpa berbincang dengan pihak lelaki, dia menggunakan kuasa vetonya untuk menunda perkahwinan ke tahun 2021 atas alasan dia mahukan sebuah majlis yang sempurna dengan jemputan 2k orang seperti yang dirancang sebelum ini.

Dia mewar-warkan ke semua orang bahawa majlis kami pada tahun 2021. Dan krisis aku serta tunang pun bermula juga. Bilamana kami yang sepenuh tenaga dan usaha menjadi wedding planner majlis sendiri tiada hak untuk bersuara. Aku tersepit.

Antara bapa dan tunang. Dan akhirnya pertemuan antara pihak lelaki dan perempuan menjadi sedikit tegang bila bapa aku berkeras untuk menunda ke tahun hadapan juga tanpa valid reason sehingga kini.

Akhirnya, dia berkata akan buat pada Disember tahun ini dengan persetujuan tarikh dari pihak lelaki.

Sewaktu PKP dijalankan, emosi aku tersangatlah terganggu. Ditambah lagi dengan tersepit antara bapa (kuasa wali) dan desakan pihak lelaki.

Apa yang perlu aku buat? Nothing. Disebabkan itulah aku keluarkan confession “kecelaruan diri” untuk gambarkan diri aku. Ada juga komen yang menyatakan aku tak solat. Ada juga yang berjaya meneka dengan tepat berkaitan bapa aku. Yes! Waktu itu aku amat tertekan.

Di kesempatan ini, saya ingin mewar warkan kepada semua, tolong jangan bermain main dan memperlekehkan dengan masalah emosi. Aku sendiri menghadapinya. Aku sendiri berlawan dengan diri sendiri. Susah ya. Tak mudah.

Okay. Back to story, selepas perbincangan, aku menjalani kehidupan dengan penuh tekanan. Bilamana aku mendapat berita, telah kecoh di pejabat bahawa bapaku telah menyebarkan berita keburukan aku dan tunangku.

Berita buruk macam aku terdesak nak kawin, aku melawan kata, dan cerita cerita yang mengangkat diri dia sebagai seorang wali yang telah membelanjakan kos perkahwinan kami. Banyak lagi cerita berbaur fitnah terhadap aku dan tunangku. Tak sangka, yang memfitnah aku sendiri adalah bapa sendiri.

Aku tersangat kecewa dengan sikap bapa aku sendiri sehingga menghilangkan rasa hormat aku terhadapnya sehingga kini. Salah satu sebab utama adalah kerana dia telah mengganggu keputusan kehidupan aku.

Bayangkan dia kata dengan keluarga aku bahawa dia tidak akan menjadi wali perkahwinan aku sebab aku tegur perangai dia. Dia juga ada berkata yang dia nak hilangkn diri masa majlis perkahwinan aku nanti.

Tapi dengan orang lain, dia play v1ctim menyatakan dia nak buat yang terbaik untuk perkahwinan kami.

Kesimpulannya, yang tahu perangai dia sebenar adalah kami. Kami juga dapat membaca bahawa niat dia untuk perkahwinan kami adalah “duit salam keruk” yang merupakan tradisi orang Johor.

Itu pun setelah nenek aku terlepas cakap dengan mak aku. Disebabkan itulah dia mahukan majlis diadakan dengan jemputan yang ramai. Senang hidup dia, cuci bersih menang loteri dengan duit kahwin anak sendiri.

Dia hidup dengan aku, aku tanggung segala kos perbelajaan sewa, makan minum, bil bil termasuk bil telefon bimbit. Kesudahannya, ini yang aku dapat. Tahap Sabar apa lagi yang aku perlu.

Tak. Aku tak mengungkit. Tapi terkilan. Aku jaga mak ayah aku walaupun berlainan rumah, sama rata sahaja. Tak lebih, tak kurang. Mak aku elok je. Gemok je. Haha. Tapi bapak aku sanggup buat aku macam ni. Bercerita sana sini macam aku ni tak berguna.

Sedangkan dia satu sen tak menyumbang dalam majlis kahwin waimah kehidupan aku. Dan macam biasalah, manusia memang suka mendengar dan membicarakan cerita buruk orang lain.

Dan akhirnya, aku stress sorang sorang dengan kata kata tajam manusia yang tak duduk serumah dengan aku.

Dengan segala ugutan dia, aku sedang bersiap sedia untuk melaporkan ke mahkamah syariah dan melantik peguam sekiranya ayah sendiri bertindak di luar jangkaan terutama di majlis aku nanti.

Jadinya, sehingga ke bulan ini, aku hanya menghitung hari ke bulan Disember sahaja. Dengan harapan Allah memudahkan urusan perkahwinan aku dan pasangan nanti. A

Aku dah cukup malu, cukup susah ada ayah perangai macam ni. Cukuplah. Aku dah tak tahan menjadi lubang Loteri bapa sendiri.

Reaksi warganet

Azwanita Mohd Nasir –
Confessor: baca ni.

Dulu masa kursus kahwin dekat Johor, pegawai pejabat agama ada cakap, andai wali taknak nikahkan atas sebab sebab yang tak kukuh, pejabat agama boleh bantu. So sila kumpul bukti dan buat aduan ke pejabat agama. Semoga dipermudahkan.

Btw, kalau bakal suami pun tak tahan mental nak mengadap ayah awak sekarang, lepas kahwin nanti belum ada jaminan dia mampu hadap.

Siti Zaleha –
Kenapa tak duduk je dengan mak. Kalau mak dan adikbberadik lain boleh ja duduk asing kenapa awak tidak.

Layakkah dia dipanggil bapa sedangkn macam macam dia buat dan burukkan awak dengan tunang. Kalau dia nak lari time awak nikah biar je LA.

Orang macam tu kata je tapi tak mungkin dia buat macam yang dia kata kan. Awak patut fikirkn yang terbaik untuk awak dan bakal suami. Takut nanti lepas nikah datang lagi perkara buruk yang akan dilakukannya.

Norhuda Abd Nasir –
Aku harap ko cerdik sikit untuk kumpul semua bukti yang ayah ko tu menganiaya hidup mak ko dan adik beradik. Lepas tu ko lawan..

Sekarang ni kumpul dulu. Lepas tu tinggalkan je lah ayah tu. Dia sepatutnya yang kena ada tanggungjawab untuk keluarga dia. Bukan menuai hasil bila anak anak dah besar. Bela taknak, harap orang pulak bela diaaa..

Wan Teh Aya –
Awak boleh mengadu dekat pjabat agama daerah awak kalau ayah awak tak mahu walikan awak. Awak dah pilih duk dengan ayah awak. Jadi awak kena hadap lah perangai ayah awak. L

Awak jangan tinggalkan solat. Berdoa sungguh sungguh dan awak perbanyakkn istighfar dan selawat ke atas Nabi Muhammad. Inshaallah ada jalan penyelesaiannya nanti. Yang penting kena yakin.

Norsilawati Jaminam –
Ni salah satu kesan bila mana suami buat perangai macam macam tapi isteri tetap bertahan dengan alasan anak. Padahal anak anak yang terseksa.

Sudahnya sampai ke besar jadi lintah yang menghisap drah org lain. Dulu bini dia perah, bila bini dah lari duduk asing anak pulak dia perah..

Buat TT sudah sudah la buat baik dengan bapak yang tak guna satu sen pun tu. Pindah je la duduk dengan mak, tak pun sewa asing dengan kawan kawan.

Buat report dekat pejabat agama pasal ugutan dia tak nak jadi wali tu. Boleh minta nasihat diorang pasal wali hakim. Kalau betul dia tak laksanakan tanggungjawab dia pada Allah, tak solat, tak puasa kira jatuh hak dia sebagai wali.

Cukup cukupla jadi mesin ATM dia hanya sebab ugutan anak derhaka tu. Derhaka tu Allah je yang layak jatuhkan hukuman. Bukan ayah yang teruk camni..

Sumber– Aina Naura (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *