Duit cukup2, tp niat nak bantu kucing jlanan. Tuhan balas. Aku terkejut. Tiba2 rezeki tak disangka datang

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Thanks to admin kalau siarkan post aku ni. Aku nak kongsi beberapa kisah manis yang terjadi dalam hidup aku sepanjang bulan 8 ni.

Kisah aku bermula bila kau selamatkan stray cat atau kucing jalanan untuk bawa ke klinik. Nampak dia tak sihat dan aku tak sampai hati nak biarkan sahaja.

Disebabkan waktu aku nak bawa kucing tu klinik haiwan kerajaan dah tutup sebab dah jam 8.00 malam, jadik option yang terlintas dalam kepala aku ialah bawa ke klinik swasta.

Berdebar jugakla nak fikirkan berapala kos rawatan yang nak kena nanti. Gaji lambat lagi. Tengah hujung hujung bulan ni baki dalam bank pun ada ngam ngam RM200 je. Tapi aku tawakal, bawa jugak.

Actually masa aku bawa kucing tu aku sendiri pun dalam keadaan tak sihat. Demam baru nak kebah, tapi aku gagahkan jugak bawa moto, Letak kucing dalam beg galas, rempit pi klinik.

Lepas dapatkan rawatan dan ubat, kos dia dalam RM160 lebih jugak. Aku tawakal terus bayar sebab aku memang niat nak kucing tu sembuh.

Balik tu aku suap ubat kat kucing, sambil aku cakap dengan dia,

“Meow, kakak sebenarnya tak berapa ada duit, tapi takpela awak doa kakak murah rezeki, janji awak sihat.”

Malam tu badan aku letih gila sebab masa balik dari klinik tu hujan pulak. Mujur beg kucing tu kalis air, jadi aku jela basah lencun. Baru nak lega demam dah jadi nak demam balik.

Lepas mandi, solat, makan ubat aku terus tidur. Bangun esok tu, tengok tengok ada whats app masuk, kawan aku bank in RM180. Dia kata gunala dulu sementara nak gaji.

Masa tu aku pelik eh macam mana dia tau aku tengah pokai. Allahu terkedu aku.

Pagi tu memang aku start rasa lemah badan mungkin effect kena hujan semalam. Aku gagahkan bangun, bagi kucing makan ubat then aku sambung baring.

Sambil sambil tu aku scroll fb, nampak ada orang share resepi nasi ayam KFC. Masa tu aku cakap dalam hati sedapnya kalau dapat makan, lama dah tak makan kfc..

Nak keluar beli memang aku tak larat, food panda, grab pun tak masuk kawasan aku.

Entah bila aku tak sedar aku terlena balik pastu dengar orang ketuk pintu. Rupanya jiran aku mai hantar KFC, guess what? Menu dia nasi ayam KFC sebijik macam aku teringin tadi.

Ya Allah sebaknya aku rasa. Jiran aku bagitau dia singgah KFC tadi pastu teringat kat aku. Tu alang alang beli sekali.

Ok selang beberapa hari, kawan aku belanja makan western. Jujurnya dah lama aku teringin nak makan. Memandangkan harga dia sampai dekat RM40+ sekali makan, aku pendamkan.

Duit yang aku nak asal guna nak makan tempat hipster tu aku gunakan untuk beli makanan kucing. Aku balik ja keja aku singgah pasar bagi makan kucing kat situ dan mana mana kucing jalanan aku jumpa.

See, Allah ganti balik semua yang aku teringin dengan cara tak disangka sangka.

Banyak lagi pengalaman manis keajaiban sedekah yang buat aku rasa sangat takjub dengan kekuasaan dan kasih sayang Allah.

So pesanan aku, jangan kedekut kongsi rezeki dengan makhluk yang kesusahan. Insyaallah berkat rezeki korang dan dilapangkan rezeki.

Reaksi warganet

Fauziah AlinHusin –
Bukan nak riak. Tapi terjadi juga dekat saya. Saya bagi rm300 dekat hamba Allah ni, sebab nampak dia dalam kesempitan.

Tiade niat ape, hanya nak menolong je. The next week sales saya, tiba tib jadi rm2k++, saya home baker. Tak pernah pernah orang order berduyun duyun mac ni, subhanAllah. Kuasa sedekah sangat hebat.

Nurain Razali –
Selama bela kucing kucing ni. Tak pernah rasa tidak kecukupan. Sentiasa rasa cukup. Dulu rasa macam cuak gak, cuak la kot kot kalo sesak duit gaji..

Ye lah kan. Manakan pasir, makanan lagi. Eh, tiba tiba je ada je maghi kucing kucing entah dari mana mana. Menumpang makan makanan kucing rumah ni.

Dari sekor, jadi 4 ekor, tambah jadi 8ekor. Now lahir yang baru jadi jumlah 11 ekor. Tu belum dikira yang mari bila time lapar sahaja.

Selalu marah marah juga kat kucing kucing yg datang tu tapi suami kata, tak apa. Ada rezeki dorang, dorang lapar juga, bau dari jauh makanan budak budak ni.

Itu baru pada haiwan. Apatah lagi sedekah pada keluarga. Saya memang menjaga mak ayah yang dah tua. Kalo ikutkan rasa, ish, sipi sipi aje tinggal gaji.

Tapi, tak pernah rasa sempit. Pujuk hati juga kadang kadang tu. Tak pe, cukup nye cukup nye. Nah. Memang Cukup aje..

Sesungguhnya ‘rezeki tak disangka’ itu adalah benar. Banyak kalo nak diceritakan. Disimpan kemas menjadi kenangan manis.

Nicky Kueh Lodeh –
Aku yang tak bela kucing ni pon mana mana kucing yang datang bertandang dekat umah aku, aku mesti cakap dekat dia,

“Hang tunggu sat aku p beli ayam goreng rm1 satgi kita makan sama sama”.

Memang betoi kucing tu tunggu, siap ajak kucing kucing lain lagi. Biasanya aku beli ayam goreng banyak. Dalam 12 ke 15 ketul. Aku makan 5 ketul dah kenyang.

Yang lain lain kucing lah makan. Sampai lah hari ni. Job datang bertimpa timpa tak memang tangan sampai kena sub ke orang lain, hahaha.

Azwani Shaari –
Bab sedekah ni memang ajaib, kan. Saya part time buat bisnes online. Sekali tu dah tengah bulan. Memang takde sales masuk, takde orang bertanya tanya barang untuk kita follow up balik dan sendu je page meniaga.

Pagi tu nak beli makanan, teringat nak sedekah kat sape sape yang saya jumpa kat kedai tu. Sekali jumpa kucing mengiau ngiau, so bagi lah makanan kat dia sikit.

Guess what? Dalam jam 11am tu ada kastemer bank in duit. Bila check conversations, last dia tanya barang tu 7 bulan yang lepas. Hari kejadian tu terus bank in. Mujur barang tu pun memang ada stok sedia, Alhamdulillah rezeki.

Kek Kedai Kek –
Banyak kali terjadi. Antara kisah saya, basikal anak rosak jadi saya ada sedikit saving hasil jual kek. Disebabkan saya simpan duit untuk beli alatan kek bernilai rm300.

Saya cancel niat saya sebab basikal anak rosak susah untuk dia ke sekolah. Saya redha, saya sedekah duit simpanan tu nak repair basikal dia. Tak pa, hat mak lain kali. Saya anggap rezeki dilain kali..

Saya pakai duit tu untuk repair basikal rm70. Saya ikhlaskan hati nak tengok anak anak gembira dan anak kecik saya nak juga basikal. Usianya 3 tahun, menangis nangis dia nak basikal warna pink tu bernilai rm 89. Beli juga sebab anak menangis.

Dari rm300 saving ada la dalam 141 baki. Balik rumah saya pujuk hati, bulan depan la beli. Sambil sambil tgk shopee. Tiba tiba peralatan nak buat kek tu harga nya ada lebih murah dari saler lain.

Yang mula saya tengok rm 300 dan yang ni rm 150. Barang yang sama, Allah. Menangis saya. Dalam bahagian anak anak, ada juga rezeki saya. Cuma perlu tambah rm14 sekali duit penghantaran..

Allah tulis perjalanan rezeki saya dan anak cukup cantik. Terima kasih Allah. Allah tulis perjalanan setiap hambanya yang bersedekah…

Syazwani Amira Adlin –
Ye betul. Yang penting niat tu ikhlas tanpa harap apa apa. Beli seluar dekat mak sendiri rm10 je. Sales malam tu bape jam niaga je dapat 110. 1x, ALLAH balas 10x.

Belikan anak buah baju sempena birthday. Esoknya Tak sangka sangka sales dekat 300+.

Rumah aku ada kucing singgah. Kami bagi lah makan siap beli bekas makanan. Anak aku lah dok ingatkan beli makanan kucing walau dia baru 3y. Rezeki anak aku, orang suka sedekah duit. Balik masuk tabung.

Banyak lagi. Sayangnya ALLAH kat kita. The power of sedekah.

Sumber – Miss Joyah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *