“Suamiku lembap”. Pelik, sblm kahwin aku mcm ‘buta’. Dah kahwin, masing2 tunjuk perangai sebenar

Foto sekadar hiasan.

Assalammualaikum. Terima kasih sebab sudi pilih confession ni untuk disiarkan dan dibaca.

Pertamanya aku memang sudah siapkan mental untuk terima segala cacian, tohmahan, dll. Sebab aku akan terus straight forward tanpa perlu berlapik lapik.

Dalam ni aku akan banyak kutuk orang lain dan angkat diri sendiri. Aku minta maaf awal awal kalau buat kalian rasa tak senang. Tapi aku perlukan teguran dan nasihat untuk diri aku. Untuk itu orang perlu tahu situasi aku dan membuat penilaian berdasarkan apa yang aku tulis.

Aku dah berkahwin sejak beberapa tahun. Tapi aku dan suami hidup PJJ atas tuntutan kerja. Kami tak ada masalah atas perkara ni. Bahkan kami sendiri tak selalu beria ria untuk berjumpa.

Jumpa setakat setahun sekali pun memadai. Dan kami juga buat family planning supaya belum ada anak buat masa sekarang.

Sebelum kahwin kami bercinta tak lama. Tapi sebab masing masing rasa serasi maka berkahwinlah. Aku pun dulu memang jatuh hati dengan dia. Bagi aku, dia hampir sempurna.

Tapi lepas kahwin masing masing tunjuk perangai masing masing. Dan aku tak suka banyak benda yang ada pada dia. Aku pelik macam mana lah, sebelum kahwin mata aku boleh buta dengan kekurangan2 ni.

Dan kami juga kerap bergaduh atas macam macam perkara. Disebabkan itu aku rasa macam nak cerrai sebab aku rasa macam tak nak hidup dengan dia sampai ke tua.

Dalam otak aku, kami pun belum ada anak, jadi masih sempat untuk buat keputusan. Tak perlu pertimbangkan hal anak.

Sebenarnya aku dan suami dah pun berbincang bab ni. Suami aku kata, dia sedia melepaskan aku. Tapi dia kata kalau boleh pertahankanlah. Sebab dia sangat sayangkan aku.

Dan aku pun masih sayang je juga dengan dia. Tapi sebab aku tak suka dengan perangai perangai dia, jadi aku pun tak kisah dah kalau tak bersama.

Kami pun selalu bergaduh dan aku selalu marah dia (bersebab). Bila gaduh pula aku selalu sebut perkataan cerrai. Memang banyak sangat sangat dah dosa aku.

Aku rasa lagi lama bersama lagi la banyak dosa. Dia kata, kalau betul betul dah tak nak dekat dia bagitahu segera. Sebab dia tak nak sia siakan masa dia bersama aku. Sebab umur dia pun dah meningkat.

Tapi ada beberapa faktor yang buat aku berat untuk cerrai. Tu aku tulis bawah bawah nanti.

1) Aku tak berapa suka untuk bersama dengan dia sebab aku rasa dia ni agak lembab. Aku rasa menyampah bila orang terangkan sesuatu kat dia, lepastu dia akan tanya balik benda sama.

Atau dia ulang balik benda yang orang tu bagitahu untuk double triple confirm, walaupun benda tu orang dah terangkan banyak kali. Tambahan pula benda benda tu sepatutnya sekali dengar pun dah dapat tangkap.

Lepastu selalu sangat bila aku bagi tahu sesuatu, dia respond macam faham. Tapi hakikatnya dia buat endah tak endah je. Lepas dah lama lama, bila aku tanya balik, dia kata tak tahu. Padahal aku dah pernah bagi tahu.

Jadi aku rasa menyampah dan benda ni boleh menimbulkan pergaduhan. Kenapa kau tak peka dengan apa yang orang cakap. Kau ni lembab ke?

Dan dia juga selalu buat buat tahu. Bila orang tanya dia, tapi dia tak tahu jawapan, dia akan pusing pusing atau reka jawapan. Kalau tak tahu cakap sajala tak tahu. Kenapa perlu tipu. Aku tak suka orang yang tak jujur.

2) Dia banyak tak tahu benda benda simple. Jemur baju tak reti. Menjahit simple simple tak reti. Ikat rambut pun tak reti! Beza softener dengan sabun basuh baju pun tak tahu.

Macam macam lagi lah tak tahu. Benda benda basic yang umumnya orang umur dia patut tahu. Sedangkan dulu dia sekolah asrama dan belajar luar negara. Aku tak faham kenapa dia tak ada basic life skills dan knowledge macam ni.

3) Aku tak suka tengok dia makan. Lahap. Kunyah pun sambil terbuka buka mulut, berbunyi kuat pulak tu. Lepastu comot comot. Kalau ada family gathering aku sampai perlu pesan berkali kali supaya makan dengan lebih sopan.

Ayah aku seorang yang kemas. Adik beradik aku orang yang judgemental. Aku tak nak ayah aku ada pandangan buruk terhadap dia, sebagai orang yang kurang adab bila makan. Dan aku pun tak suka kalau adik beradik aku kutuk suami aku dalam diam.

4) Dia selalu bersangka buruk dengan orang lain. Seolah olah macam semua orang tu nak buat jahat dan berniat buruk dekat dia. Memang la kita kena sentiasa berhati hati, tapi kenala berpada pada. Contohnya aku dulu jenis mudah simpati pada orang dan selalu bagi sedekah.

Tapi suami aku selalu cakap “orang tu tipu, orang ni tipu, jangan mudah tertipu, diorang bukannya orang susah pun”. Sampai satu tahap aku jadi terpengaruh dan mula jadi kedekut dalam bab memberi.

Bukan dalam hal ni saja, kalau nak membeli dengan orang pun, dia selalu meragui penjual tu. Kononnya penjual tu nak tipu kita la. Memang la benda tu boleh jadi tapi apa sebabnya yang kau nak cakap macam tu? Tak pasal pasal semua orang kau pukul sama rata.

5) Dia kalau marah selalu diam sambil berkerut. Kalau dia diam dan move on tak apa, tapi dia ni jenis marah sambil bermasam muka. Bila aku dah buat baik dekat dia (kira nak lupakan pergaduhan), dia susah nak maafkan.

Masalahnya bila aku tanya “ok ke tak” dia jawab “ok” tapi dalam masa yang sama masam muka. Kalau tak ok tak payah la nak jawab ok. Dah macam perempuan pulak. Susah sangat nak jujur je dan cakap aku salah kat mana.

Aku memang jenis pemarah, tapi bila aku marah mesti bersebab. Kalau aku tak puas hati aku akan cakap dekat dia kenapa dan aku perlukan dia untuk jawab. Bagi penjelasan dan defend diri dia. Aku nak setelkan masalah ni melalui perbincangan.

Kalau ternyata aku yang salah AKU MEMANG AKAN MENGAKU. Tapi dia akan terus menangkan aku “yela awak betul”/ “ye saya salah”/ “ye saya penipu”. Padahal bukannya dia maksudkan pun cuma dia malas nak layan.

Akhirnya kalau bergaduh akan sentiasa tergantung tanpa penyelesaian. Sentiasa macam ni. Aku dah tegur dia tapi dia kata dia malas nak panjang panjangkan. Dah tu kalau dia jawab macam tu je tapi masam muka sampai 3-4 hari pun jadi panjang juga.

6) Dia tak pandai layan perempuan. Kalau aku merajuk dia tak reti nak pujuk. Dia tak tahu apa yang perempuan nak. Kalau waktu awal awal kahwin dulu lagi teruk.

Sampai aku perlu bagi skema jawapan apa tindakan yang perlu dibuat kalau perempuan buat macam ni, macam tu. Tapi walaupun aku cakap banyak kali pun dia tetap tak reti nak amalkan. Tak romantis pula tu. Dia mana pandai nak buat surprise surprise ke, bagi ayat ayat manis ke.

7) Dia ni kurang common sense dalam macam macam-macam-macam perkara. Ataupun kesedaran sivik contohnya tak kisah parking kereta dekat tempat parkir OKU.

8) Dia tak pandai jaga penampilan diri. Selekeh je. Rambut pun tak reti sikat. Kalau keluar pun pakai tshirt2 buruk/ lama. Bila suruh beli baru macam macam alasan dia bagi, katanya dah banyak baju kat rumah.

Padahal semua baju 10 tahun lepas punya, pun buruk buruk juga. Biasanya akulah yang belikan baju elok sikit untuk dia, atau kemaskan apa yang patut. Tapi sampai bila?

9) Libid0 rendah (tak boleh la nak cerita panjang. Yang rasa je faham.)

10) Aku selalu rasa tak disayangi. Bila dia tengah sibuk mesti dia akan selalu marah marah dan mencuka. Di saat aku memerlukan dia mesti dia tak ada menemani aku.

11) Dia tak ada pekerjaaan tetap.

12) Bila aku hadapi tekanan atau mental breakdown, suami aku bukanlah orang yang aku akan atau boleh cari untuk bercakap/ luahkan. Sebab suami aku bukan jenis memahami.

Ataupun kalau aku ada masalah lain yang melibatkan perasaan, aku tak boleh nak cerita kat suami aku. Kiranya aku tetap sunyi walaupun dah bersuami.

Dan banyak lagi benda yang aku kurang senang tapi tak tulis dekat sini. Tolong jangan cakap “awak patut jaga aib suami” sebab aku memang tak pernah bagitahu pasal benda benda ni dekat sesiapa pun. Paling kurang kat sini kita saling tak mengenali. Dan aku pun penat simpan.

Aku nak luahkan. Aku nak tahu pendapat. Macam mana aku nak minta pendapat kalau aku tak cerita.

Berbalik pada perkara kat atas, apa yang buat aku berat untuk cerrai, yang pertama aku tak nak malu. Keduanya family in law aku baik sangat terhadap aku.

Mak mertua aku pun nampak sayang sangat dengan aku. Ketiga sebab suami aku banyak je kebaikan. Aku fikir sebenarnya suami aku ni ok je. Cuma aku yang susah nak menerima.

Dan aku fikir mungkin orang lain lebih layak dapat suami aku. Orang yang solehah mesti dapat terima suami aku dengan baik dan hidup bahagia.

1) Dia sanggup buat apa sahaja asalkan kita bahagia, contoh belanja makan walaupun tengah tak ada duit, bawa jalan jalan tempat kita nak pergi walaupun sibuk (tapi sebenarnya aku tak suka bila dia tak jujur. Kalau tak mampu bagitahu. Aku tak suka buat orang rasa terbeban.)

2) 100% setia dan jenis tak pandang perempuan lain.

3) Walaupun slow, dia kuat ingatan. Dia akan ingat bila dating pertama, dekat mana, pakai baju apa. Haha.

4) Walaupun tak pandai tapi dia selalu ada usaha untuk bantu kita buat kerja rumah. Contoh kalau aku masak dia akan tolong basuh pinggan. Kiranya bertanggungjawab la, bukan jenis goyang kaki.

Jadi apa yang perlu aku buat? Teruskan atau tak? Mohon beri nasihat dan cadangan solusi. Aku sangat hargai. Terima kasih semua.

Reaksi warganet

Salina Shamsudin –
Lepas ni, akan ada dalam senarai Jabatan Agama, antara sebab pasangan bercerai :

1. suami tak tau jemur baju
2. suami tak tahu menjahit
3. suami tak tahu ikat rambut (ikat rambut sapa ntahhhh)
4. suami tak tahu beza antara sabun dengan softener.

Tapi takpe lah. Cerai ajelah. Lepas tu cari suami lain, jangan lupa letak syarat bakal suami tu kena tahu sidai baju, kena tahu ikat rambut blablabla…

Your husband deserve someone much better than you, tt.

Azie Azim –
Tarik nafas, lepas, byk sangat dah keburukan dia ko nampak, umur pon bukan makin muda, dia makin tua, saham makin naik, aku rasa dia ni jenis lelaki wat lek wat pis ni, tapi ko jenis adventure, jgn buang masa, bercerai je dik, pasal hubungan baik ko dgn keluarga dia, boleh je tukar jadi kawan, bercerailah sementara tkde anak, ada org yg mcm ni, alhamdulillah perkahwinan kedua dia bahagia walau bermadu, good luck, dia terlalu baik utk awak.

Satirah Jamaluddin –
Aku rasa kau ni kene bertenang lebih sikit..berbalik dgn agama..masalah perempuan ni bila ada sesuatu perkara tak mengikut expectation dia..sikit2 nak cerai..masing2 tak boleh nk berbincang ke apa dah? (Sbb tu ler kuasa cerai dkt tgn lelaki kalo tak asal gaduh hal kecik ke tak puas hati..mengidam itu ini tak dpt beli padahal kedai sececah je..tak reti menjahit lah ape sume nak bercerai je keje agak nye). Dah nama pun suami isteri..akan nmpk kekurangan masing2 jadi sama2 perbaiki ler. Owh kau lupa yer..isteri kan cerminan suami..ke kau pun sama mcm suami kau? Cuma beza dia dkt sini..suami kau ni tak de lah nk buat luahan dkt sini..haha kita yg perempuan ni jgn nk acah2 good je sentiasa..muhasabah diri balik..sama2 perbaiki diri..

Nik Nur Raidah –
Kalau sis tak tahan sgt dengan keburukan dia..berpisah aje la.. macam suami pun nampak redho aje kan. Dia pun taknak ubah sisi2 buruk yg tt tak suka tu kn so nak tunggu apa lagi? Tak payah pikir in law ke apa, tt pun x suka hipokrit, tak suka menipu..so jujur je la..tak perlu nak tunjuk hubungan tu bahagia sedangkn sebaliknya.

Tapi satu je akak nak nasiht tt.. manusia ni takkan ada sempurna. Akak mula2 kawin dulu gitula..gaduh je selalu sbb ada benda yg kita tak leh terima pasal dia. Setahun, dua thn, 3 tahun slow2 dah boleh accept. Husband pun ada usaha dia cuba improve apa yg kurg. 5 tahun ni..tak leh imagine kalau nak spent lifetime sgn another men.

Marriage ni bukan happily ever after dik. Dia permulaan hidup. Kalau adik jadi bercerai, akak doakan adik dapat husband yg lebih baik.. n better kenal dulu elok2 sebelum kawin sbb lelaki ni mmg plastik, sebelum kawin perangai lain, lepas kawin barulah keluar perangai dia yg sebenar 😅😁 ( ni husband yg ngaku 😂)

Azie Fazila –
Kalau dah sampai hang panggil suami hang tu lembap, eloklah berpisah je. Mana tau ada perempuan lain yang boleh betulkan kekurangan-kekurangan dia. Senang cerita bila dah kahwin ni, kita ni saling melengkapi. Apa yang kurang kat dia, mungkin lebih kat kita. Apa yang kurang kat kita, mungkin lebih kat dia.

Teringat aku kat kata-kata mak Mira Filzah,

“Rumahtangga yang sempurna adalah rumahtangga yang tak mengharapkan kesempurnaan.”

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Sumber – Mai (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *