Tak mahu bermadu, ibu failkan fasakh. Bermulalah episod hitam dlm hidup kami. Anak2 pula jd mngsa

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Andai confessions ini disiarkan, moga netizen berikan komen komen yang dapat membantu aku. Semoga semua netizen dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Aku seorang wanita berusia lingkungan 25 tahun. Ini kisah hidup aku. Aku mempunyai 5 orang adik beradik. Aku sudah pun menamatkan ijazah. Sedang bekerja dan mencari erti hidup.

Adik beradik yang lain sekadar SPM, PMR atau belajar tidak habis. Aku bukan anak sulong atau anak bongsu.

Ini pula latar belakang ibu bapa aku. Ibu aku seorang wanita warak. Penampilan dia sangat menutup aurat. Ibu tidak pernah tinggal solat dhuha dan tahajud.

Setiap hari ibu mengaji Al–Qur’an. Sekali pandang ramai mengimpikan emak seperti ibu aku. Ayah aku pula seorang lelaki biasa. Tidak tahu bab agama. Sekadar biasa biasa sahaja. Tetapi ayah seorang yang humble dan rendah diri.

Ini pula kisah sebenar kehidupan aku. Ayah mula berubah 20 tahun lalu. Ayah sibuk dengan kerja. Jarang di rumah. Demi mencukupkan ekonomi keluarga ayah kerja lebih masa.

Sehingga ayah benar benar sibuk. Ayah selalu outstation. Dan akhirnya terbongkar ayah sudah berkahwin lain selama 6 tahun.

Alasan ayah? Kerana tidak tahan dengan sikap ibu. Kerana ibu tidak menjaga keperluan ayah. Em0si, harta benda, penghormatan, penghargaan semua ibu tidak ambil peduli kerana sibuk menguruskan 5 orang anak.

Kemudian, ibu fail Kan fasakh kerana tidak mahu hidup bermadu. Setelah itu, kehidupan ibu dan 5 orang anak benar benar terjejas.

Ibu failkan fasakh tanpa berfikir panjang. Keputusan mahkamah dan hak penjagaan anak memihak kepada ibu. Semenjak itu, ayah semakin culas memberikan nafkah anak.

Ya, masalah demi masalah timbul. Ibu baru mahu mula bekerja. Ditambah pula ragam anak anak. Masalah kewangan mula memghimpit ibu. Ibu juga mempunyai masalah kesihatan yang tidak kr0nik lagi ketika ini.

Hari berlalu, ibu semakin berubah. Ibu bertukar menjadi bengis, pemarah dan panas baran. Ego ibu sentiasa dihadapan.

Semua anak tidak dibenarkan membuat hatta satu kesalahan. Ibu tidak mahu lagi mendengar tangisan anak walau apa jua alasan. Ibu tidak mahu lagi melihat anak anak brgaduh. Semua itu dilarang.

Ibu sudah tidak memeluk anak anak. Ibu juga tidak pernah mengungkap kata kata sayang atau kata kata motivasi.

Kesan kepada anak anak? Anak anak membesar dengan ketakutan. Membesar dengan rasa benci kepada ibu dan ayah.

Ketika kanak kanak lain bermain di taman permainan, kanak kanak ini terkurung di dalam rumah. Takut untuk keluar bermain. Takut meminta izin. Takut hendak bercakap. Takut akan ibu. Takut dimarahi. Takut dipukul.

Maka bermula episod hitam. Adik beradik ku yang lelaki mula ponteng sekolah, melawan cikgu, bertumbuk, pecah masuk rumah orang, dan lain lain.

Yang perempuan?. Bergaul bebas, ponteng sekolah dan lain lain. Ya, berlaku kepada ahli keluarga aku.

Ya ibu sudah berubah. Mulutnya penuh kata kata cemuhan dan makian. Hari demi hari sama sahaja. Dan semua anak sudah meningkat dewasa.

Ya, mulut ibu masih sama. Setiap hari ada sumpahan baru. Ada makian baru. Ada carutan baru. Ibu berwatakan narsistik dan eg0istik.

Ayah? Dia ada. Tetapi begitulah, dengan sikap bersahaja.

Ayah? Ayah seorang play viictim tetapi ayah bukan manusia mencarut atau maki hamun. Ayah culas bab nafkah. Dijanjikan RM100 untuk setiap anak. Tetapi diberi hanya RM50 atau separuh. Begitulah kitaran.

Tetapi syukur, ibu mendapat bantuan pelbagai pihak untuk hidup dan membesarkan anak anak. Cuma tidak tahu dimana silap. Wang sering menjadi isu.

Anak anak seperti patung boneka. Dipukul, dimaki hamun, diherdik, dihina dan disumpah seranah. Semua berlaku ketika kecil.. Selepas dewasa, emosi anak anak dicalarkan dengan kata kata makian.

Sepanjang PKP ibarat episod duka buat anak anak. Seperti menelan kaca, peritnya untuk hadam segala kata kata ibu.

Bbi, bdoh, anjing, anak tak guna, anak hram, anak pembawa sial dan lain lain. Selain kata kata itu, ibu juga akan berkata,

“Menyesal lahirkan manusia seperti kamu”

“Aku tidak halaIkan air susu ibu”

“Aku sepatutnya gugurkan kamu”

“May you die due to hit by lorry”

Dan lain lain cukup pembaca faham perasaan saya.

Dibawah ini ialah soalan soalan yang diberikan kepada saya untuk memberi solusi kepada sikap ibu ini.

Ada yang berkata, “kenapa tidak pindah jauh, jangan stay sekali”

Jawapan saya : Ibu mempunyai masalah kesihatan kr0nik sekarang ini tetapi mulut Ibu masih boleh berkata kata. Oleh itu amatlah sukar untuk anak tinggalkan ibu bersendirian.

Ada yang berkata, “berikan ibu nasihat dan dengarkan ibu ceramah agama”

Jawapan saya : Ibu sering mendengar ceramah agama dan saya tidak tahu mengapa ibu masih bersikap begini.

Ada yang berkata, “nasihatkan ibu secara halus iaitu post moment mengenai dosa dosa ibu menyumpah anak atau apa apa yang berkaitan”

Jawapan saya : Ya… sudah dilakukan. Hasil nya? Hubungan ibu dan anak yang “post” moment moment itu akan menjadi semakin keruh. Segala keburukan atau kekurangan anak itu akan menjadi zikir sepanjang masa. Ibu akan menafikan sekeras keras nya moment moment anak itu.

Ada juga yang berkata, “berikan ibu perkara yang Ibu sukai, nescaya ibu berubah ”

Jawapan saya : Ibu sukakan Wang. Anak anak berikan wang, walau kadang tidak banyak tetapi tidak putus. Tetapi akhirnya ibu tetap mngeluarkan kata kata buruk untuk didengari.

Jadi harus dilakukan bagaimana lagi ?

Kesan? Ya memberi kesan hebat kepada aku dan adik beradik aku. Kata kata makian dan carutan makanan setiap hari. Ya sesama sendiri juga sering begitu. Bulan puasa? Sama sahaja.

Bagi adik beradik perempuan, untuk melangkah ke alam perkahwinan ialah perkara yang sangat mustahil. Takut menjadi ibu seperti IBU. Takut anak anak melalui nasib seperti ANAK2 ini. Takut brsuamikan LELAKI seperti ayah.

Sebagai perempuan, semenjak dewasa saya mula memahami sikap ibu. Saya tidak tahu nasib saya jika berada ditempat ibu. Saya cuma tidak faham mengapa ibu suka marah marah dan maki hamun? Tetapi Ibu warak.

Saya bukan lagi kanak kanak yang hanya menerima setiap makian ibu. Tetapi mental dan emosi saya dan adik beradik sangat kukuh dan kuat.

Doakan ibu saya berubah wahai netizen. Doakan saya mndapat ibu yang penyayang dan berkata kata baik. Saya dan adik beradik takut sumpahan ibu menjadi nyata.

Reaksi warganet

Shafa Marwah –
Ibu awak tekanan, di tipu selama 6 tahun. Kita tak tau sakit yang dia hadapi. Dia perlukan sokongan..

Di tambah lagi kata kata ayah awak seperti tidak di hargai ibu awak. Sedangkan ibu awak bertungkus lumus menjaga kamu semua. Sepatutnya ayah awak lah yang kena hargai ibu awak.

W.n Fatiha –
Walaupun bapak awak tak maki hamun anak anak, tapi dia lah yang mnjadikan ibu awak macam tu.

Bukan salah ibu awak ni salah bapak awak 100%. Dah la curang, mengabaikan tanggungjawab dan buat ibu awak d3pr3ssion. Tapi cara ibu awak nak maki hamun anak anak tu memang salah. Itu dah ibarat doa dari mulut dia.

Dia kena muhasabah diri juga. Ingat ye time sakit anak juga yang jaga dia. Anak anak pon satu, yang dah besar tu ringankan tulang. Tolong ibu, biarla ibu nak cakap ape dan tak appreciate pon.

Yang penting u all dah buat part sebagai anak. Anak yang berbakti kepada ibu Bapa inshallah dimurahkan rezeki Oleh Allah. Ibu awak sangat penat minda dan badan.

Pesan dekat adik adik, tolong jangan buat perangai. Ibu awak tak de kasih sayang. Sebab tu dia jadi bengis. Bagi dia cucu, inshallah dia akan turn down bengis nya.

Nur Farhanah Syamimi –
Yuna jumpa la ustazah atau kaunsellor. Saya faham situasi Yuna. Sangat sangat memahami.

Ustazah pernah cakap jangan risau Allah takkan mengangkat doa yang zalim dari ibu yang macam tu. Jangan fikir sangat, memang ade ibu yang macam ni sebab dia stress dengan suami, anak jadi mngsa.

Hari hari sajian dengan maki dan sumpahan, pukulan dan benda benda yang tak salah pun kena. Doa moga ibu dan ayah berubah, doalah banyak banyak.

Hanya orang yang pernah lalui yang akan paham. Tak kan hari hari, hati kosong hari hari nak siksa anak. Jangan sampi macam tu. Moga mak tu nanti ade laki bujang atau duda mengganti ayah. Dan juga moga kita nanti tak jadi macm tu. Doa banyak banyak

Siti Elyvana –
Cuba amalkan peluk ibu setiap hari. Rendahkan ego anak anak dan cuba pupuk perasaan sayang pada ibu.

Bangun pagi, peluk cium ibu supaya ibu rasa tenang dan kurang beremosi. Bila ibu marah, cepat cepat peluk ibu. Bila ibu mula memaki atau menyumpah, cepat cepat peluk ibu. Mungkin dengan cara tu ibu akan berubah sedikit demi sedikit. Good luck

Nim Rokiah –
Satu je nak cakap, ibu ko penat.

1- Tiba tiba dapat tahu suami kawen baru. Cuba tanya wanita yang dah kawen, kalau suami ada bini lain apa perasaan korang.

2- Kena jaga 5 orang anak dalam keadaan kewangan tak stabil. Bekas suami pulak lepas tangan.

3- Struggle masa korang kecik, tak mungkin dia cerita.

Penat yang dia hadap masa korang kecik tu dibawak sampai ke besar bila anak anak pulak jadi perangai macam macam.

Ko sendiri cakap, bapak ko bagi alasan ibu ko sibuk jaga anak 5 orang sampai abaikan ayah ko. Dekat sini dah nampak ibu ko dapat suami tak guna, tak tolong jaga anak.

Lepas tu senang senang nikah baru bagi alasan keperluan terabai. Panjang lagi aku nak type, tapi malas la. Itu la aku nak cakap, ibu ko terlalu penat. Penat dia tak hilang hilang sampai korang dah besar panjang. Tu sebab dia jadi macam tu.

Ko maybe nampak simple, nak jaga 5 orang anak sorang sorang bukan mudah hoi. Salah didik sikit je maka terpesong la anak tu. Mana dengan nak cari duit lagi, nak pikir anak 5 orang lagi. Semua sorang sorang plak tu.

NuRina Lydia –
Untuk ubahkan ibu, hanya doa Yang boleh buat masa sekarang ni. Jadi what you can do is selamatkan your siblings. Nasihat dan cerita pada adik beradik yang ibu mungkin macamtu sebab sedih atau marah pada ayah dan lain lain. Bukan salah mereka.

Back up ibu sedikit agar adik beradik tak membenci ibu, tapi lebih pada kesian padanya. Also nasihat adik adik agar tak ikut jejak ibu, perangai ibu. Make sure kita tak mengikut perangai ibu yang tak elok.

Ada orang bila dikenakan ujian, menjadi lebih kuat dan baik kerana belajar dari ujian tersebut. Dan ada orang bila kene ujian, mengalah dan menjadi lemah.

Bantulah adik adik menjadi kuat dan baik. Based on confession ni pun boleh nampak, awak kuat dan mampu mengubahnya. Your happiness is in your hand, depending on how you look at it. Good luck!

Sumber – Yuna (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *