Gambar sekadar hiasan
Assalammualaikum sebagai pembuka bicara, tujuan ku menulis hanya sekadar luahan yang terpendam dalam lubuk hati ini. Luahan yang ku simpan dari apa yang aku perhatikan.
Tidak sesekali ingin mengaibkan mana-mana pihak. Sesungguhnya aku juga bukan manusia yang sempurna untuk menilai seseorang.
Kisah bermula bilamana abang ku baru saja bernikah dan mereka tinggal sekali dengan kami. Perkara ini langsung tiada masalah kerana bagiku rumah akan lebih meriah dengan adanya kehadiran menantu.
Kebiasaannya abang dan kakak ipar akan pergi kerja awal pagi dan pulang antara 6-7 petang. Untuk makan malam, biasanya mak akan masak seawal 5.30petang, aku akan bantu sikit-sikit.
Bila kakak ipar balik kerja, dia akan terus ke bilik dan rehat sekejap, selepas itu pergi mandi dan berada dibilik sehingga waktu makan malam(walau tengah tengok mak aku masak). Rutin ni memang setiap hari berlaku.
Bila waktu makan malam, semua dah terhidang baru lah abang dan kakak ipar keluar, kadangkala ada juga lah tolong angkatkan pinggan dan lauk tapi jarang. Pada awalnya aku rasa ok sebab kakak ipar baru masuk dalam keluarga, masih malu.
Tapi semakin hari, semakin aku lihat mak aku terbeban seperti terpaksa kena masakkan makan malam mereka setiap hari (jangan cakap aku tak tolong, aku tolong mana yang patut sebab mak jenis yang dia nak juga ada didapur masak).
Umur mak aku pun dah 50an. Dia selalu kata kat aku badan dia sakit-sakit, penat, tangan rasa kebas.
Aku pun bakal berkahwin dan ikut suami, cuma aku rasa kasihan kat mak aku, nanti pasti sendirian buat kerja rumah. Aku satu-satunya perempuan dalam adik beradik.
Dulu jenis kami makan malam seadanya, kadang maggi, kadang bungkus makanaan, aku pun jenis jarang makan malam. Sekarang setiap hari kena sediakan.
Rutin pagi, kebiasaanya selepas solat subuh aku akan menyapu dan mop rumah. Tapi ada kalanya aku tewas juga dengan rasa mengantuk selepas solat subuh jadi rumah masih bersepah.
Kakak ipar selalunya akan bangun, mandi, dan bersiap pergi kerja. Kadang aku berharap, dia juga bangun lebih awal untuk tolong kemas rumah, sekali sekala.
Aku tak kesah buat semua ini, cuma aku dah mula terfikir bila aku dah berkahwin nanti dan tidak tinggal di rumah ini, mak aku lah sendirian yang akan masak, kemas rumah.
Aku dah bagitahu mak aku awal-awal, kalau rasa penat tak payah masak, nanti mereka balik kerja boleh masak. Seperti biasa mak aku akan kata, “orang penat baru balik kerja, takkan nak masak lagi, kesian’.
Malam takbir raya abang dan kakak ipar bermalam di rumah keluarga kakak ipar(rumah dekat ja dengan kami). Mereka ada belikan ayam untuk mak masak, kuih dan minuman botol.
Tapi aku terkilan melihat situasi ini, apa salahnya pulang lebih awal ke rumah, tolong kemas rumah, setidaknya tolong kupas bawang, susun pinggan mangkuk, ini tiada langsung rasa nak menolong.
Walau tak sambut raya, tapi juadah raya tetap ada, mak aku sedekahkan masakkan bagi kat rumah nenek aku.
Ada bacaan doa selamat pun hari tu kat rumah, abang dan kakak ipar tiada di rumah, sibuk berbelanja kerana esoknya pkp. Kakak ipar baik tiada masalah, dia pandai tengok apa yang kurang di dapur dan topup.
Cuma aku terkilan dia tidak ringan tulang untuk membantu sedikit dalam buat kerja rumah. Aku cuma kasihan kan mak aku bila aku tiada nanti.
Mak ada meluah dengan aku dia penat. Tapi aku tahu mak takkan tunjuk rasa penat itu depan menantu, sebab mak juga kesian mereka kerja.
Harapkan abang aku nak buat kerja rumah, sama juga, pagi bersiap pergi kerja, malam baru balik. Aku juga perasan kakak ipar tak ambil cuti kerja sejak tinggal dirumah ni, hari-hari dia turun kerja.
Masih fikir positif dia ingin mencari duit lebih tak ambil cuti,sebab pkp ni mereka di bayar gaji hari bukan bulanan. Kadang bila hasutan syaitan datang aku terfikir negatif juga, dia tak nak cuti sebab nanti nak kena buat kerja rumah dan masak.
Aku nak minta pendapat pada kalian, apa yang harus aku lakukan. Aku asyik terfikir benda ni sedangkan majlis perkahwinan ku beberapa bulan lagi.
Kadang air mata aku mengalir, aku tahu mak penat. Aku cuma nak mak rehat. Ini belum lagi bila abang dah ada anak dan mereka pergi kerja, pastinya mak lah yang akan menjaga anak mereka.
Bila aku berkahwin nanti, ada masanya aku pun kena korbankan untuk berada di rumah mak mentua bila raya. Kakak ipar pun, aku lihat lebih suka bermalam di rumahnya bila perayaan.
Bila aku tak balik, abang dan kakak ipar di rumahnya, mak aku akan kesunyiaan. Nak bawa mak tinggal sekali, aku tahu mak takkan mahu, dia dah suka tinggal kat rumah yang aku belikan untuk dia ni.
Aku pun suatu hari akan menjadi menantu dan pendatang baru di rumah orang lain. Semoga aku juga tidak mengguris perasaan mentua nanti dan mampu menjadi menantu yang baik. Aku sayang kakak ipar, cuma aku tahu mak penat.
– KIRANA (Bukan nama sebenar)
Farhan Azman : Jap ye
1- dok blame Kakak ipar. Sebelum kehadiran kakak ipar, umah tu sapa setel, memang mak jek ke sebenarnya? Tak Kan dengan kehadiran seorang menantu tetibe keje jadi dabel triple pulak.
2- dah sebelum ni masak ala kadar, apasal Tak teruskan jek? Dipaksa masak ke?
3- ko pun ade dalam rumah tu. Apasal alasan ko letih orang kene terima je?
4- sendiri makan, sendiri angkat la pinggan gi sinki basuh, pinggan lauk yang kosong boleh angkat sekali. Jadi Tak Kan timbul isu nak kene usung pinggan semua orang ke sinki.
5- abang hang tak reti sediakan nafkah rumah ke untuk bini tu? Umah tu umah ko, ko boleh jek halau die bedua. Apa susah nya.
Miera Wahab : Nak tahu punca masalah kau tak? Punca utama ialah ABANG kau, bukan kakak ipar.
Lepas kahwin patutnya kena bawa isteri tinggal rumah sendiri, bukan menempel lagi kat rumah mak. Ok, kalau niat nak tinggal dgn mak sbb nak tengok2 kan mak sbb dah takde sesiapa kat rumah tu, ABANG kau jugak yg kena MULAKAN bantu mak kat dapur dan kemas rumah. Kalau abang kau dah buat, automatik isteri dia akan join sekali. Yelah, takkan suami masuk dapur, dia nak kekal terperap dlm bilik kan? Plus, sebagai ketua keluarga, ABANG kau yg kena sediakan makanan utk keluarga dia, termasuk mak sekali. Bukannya mak yg kena sediakan makanan.
So, yeah, puncanya ialah ABANG kau, bukan kakak ipar kau.
Ann Fardan : Sejak bila menantu atau kakak ipar kena amik alih kerja2 rumah dan memasak? Sebelum ini dia xde kan.. Siapa yg buat? Emak dan awak kan.. So buatlah mcm biasa.. Kalau xnak masak just bgtahu pandai2 lah diaorg fikir apa nak makan… Isunya keluarga awak x didik anak lelaki iaitu abg awak buat kerja2 rumah..
So kenapa beban tu nak diletakkan atas kakak ipar plak?? Makcik balik umah mertua memang x buat apa dik… Semua adik beradik dan suami yg buat… Makcik sumbang kewangan dan bantu mana2 yg mampu je…balik rumah mak makcik suami makcik makan tdo je..
Semua makcik dan adik beradik yg kemas dan siapkan makan minum… Sb tu kami seronok balik umah mertua masing2… Sb xde budaya kuli kan menantu. Mak makcik selalu pesan jgn harapkan org luar.. Anak2 yg kena pastikan rumah sendiri terurus dan bantu mak ayah sendiri.
Noy ML : akak sbg seorg akak ipar nk bg cdgn pd kau , pegi bincang ngan abg suh BERPINDAH dgn KADAR SEGERA sbb nye manusia ni,duk dekat mesti bau busuk duk jauh2 baru bau wangi..lumrah beripar duai gitulah.. akak ipar awk tu x dak masalah pom klau x masak tpi mak yg kesian nk jugak masakkn..so kalau abg n kak ipar x dek kat rumah tu,konpem mak x yah masak2 dah.. so sifir die sama je
tunggu turn awk plak nti bila dah kawen n jadi akak ipar baru awk tauu
Sumber : iium confession