Lpas adik khatan, ak dan dia tidur luar. Ak perasan ada perempuan tenung bawah adik. Hairan aku.

Gambar sekadar hiasan.

Bismillah. Alhamdulillah terima kasih admin post cerita saya sebelum ni. Saya baca semua komen. Ada yang kecam dongeng dan rekaan, ada yang minta sambung, ada yang suruh berubat. Saya senyum saja. Hehe.

Semua tu ada jawapan sendiri. Dah lama sahabat saya suruh saya tulis cerita saya kat FS tapi saya lebih pilih untuk disini sahaja atas sebab tertentu. Ade komen yang kata “hanya hantu boleh melihat hantu”. Yes, saya tak nafikan. Memang betul pun ape yang tuan katakan.

Ade jugak kata memang anugerah sebab dari 4 tahun dah boleh nampak. Semua yang tuan puan kata tu betul. Haha malas nak menafikan. Malas nak gaduh pasal hantu pulak. Haha. Benda ni bukan anugerah bagi saya.

Bila dah masuk umur 22 baru saya tahu yang benda ni terjadi dari saya bayi rupanya. Tapi nanti lah saya cerita part umur 22 tu.. hehe.

Ade yang cakap ni cerita dongeng rekaan semata-mata. Dulu pon saya fikir perkara yang sama. Tapi sebenarnya benda ni memang real depan mata. Nak menyakinkan orang jadi satu kerja pulak. Ikut tuan nak percaya ke tidak. Tiada paksaan. Hehe

Saya nak sambung cerita. Tapi sebelum tu saya minta maaf, saya tak pandai nak bercerita dengan teratur. Yang mana saya teringat saya akan cerita. Apa yang saya cerita ni semua berdasarkan pengalaman saya saja tau.

Masa umur 9 tahun tak silap, masih duduk rumah opah. Saya ada adik lelaki, saya namakan dia Najo, masa tu umur dia 6 tahun, dia berkhatan. Bila berkhatan ni tahu-tahu jelah kan, terbaring tak buat apa-apa.

Tengok tv 24jam. Makan dihantar disuap. Bukan jeles okay.Okay saya teruskan. Dulu ibu selalu pesan, jangan tidur dekat laluan orang. Tak baik. Saya tak percaya benda ni masa kecil-kecil dulu sebab tak faham kenapa tak boleh tidur di laluan orang.

Ada satu malam tu entah macam mana ibu saya terlupa nak alihkan adik dari tempat dia baring tu. Siang-siang ibu letakkan dia atas kerusi malas depan tangga tepi dinding, pandai-pandailah korang bayangkan ye.

Jadi sampai ke malam dia tidur kat kerusi tu depan tangga dalam rumah opah ni. Saya tidur di ruang tamu berdekatan dengan adik saya ni, malam tu saya terjaga jam 1 lebih saya ternampak perempuan badan lubang ade uulat jatuh-jatuh dari lubang badan dia tu.

Muka dia pulak ni korang bayangkan ye, ade lumpur keras kat muka tu dengan datrah pekat hanyir mengalir disebalik luka kat muka dia ditambah lagi pasir tanah yang melekat kat dar rah tu.

Tapi masa tu saya tak tahu tu hantu. Jadi saya terjaga, saya tengok saja perempuan tu tengok anuuu adik saya.

Mungkin sebab ada darrah tu yang dia minat tu. Adik saya ni rupanya dia pon sedar masatu cuma dia tak cerita esoknya.

Esoknya dia demam panas tapi ibu fikir dia demam sebab berkhatan saja. Adik saya masuk sekolah menengah baru dia bercerita ape yang jadi pada dia masa dia berkhatan dulu.

Sebelum dia terangkan ciri-ciri hantu tu pada ibu, saya siap boleh teka lagi dan semua yang saya katakan betul dan sama dengan yang dia nampak. Hehe.

Ni cerita masa saya masuk tingkatan 3. Ade kem ibadah. Korang pon mesti pernah join kan? Yang ade program nangis-nangis cakap pasal ibu ayah tu, yang kena tunduk-tunduk tutup mata bayangkan ibu ayah mening gal la sedih la.

Saya masa tu rasa takde buat dosa kat ibu ayah jadinya bila kena part nangis-nangis tu saya tak join diorang tutup mata nangis.

Saya tunduk jugak tapi sambil tengok sekeliling. Tengok kawan-kawan saya nangis. Dalam hati cakap apalah nangis beria sangat, mesti banyak buat dosa kat mak bapak diorang ni. Jangan kecam tau.

Masa ni saya masih kecik so fikiran pon tak matang. Masa saya tengok sekeliling tu, saya ternampak ade gula-gula putih kat luar tingkap sebelah surau.

Dia diri saja tengok kitorang yang tengah nangis-nangis ni. cuba teka ape jadi 10 minit lepas tu? Hahaha. Tiba-tiba ade sorang budak perempuan ni angkat kepala dia tengok ke arah gula-gula putih tu terus histe ria. Kecoh kejaplah satu surau tu malam tu.

Padan muka abang akak fasi. Sape suruh buat program sedih-sedih. Pandai-pandailah diorang settle. Kami yang lain masuk balik kelas untuk baca yasin dan tidur.

Next ni masa saya masuk matrik. Masa ni saya dah mula faham diorang ni jenis yang macam mana. Bila saya pergi tempat baru, saya akan fobia. Sebab setiap tempat ada yang “jaga”.

Cara diaorang nak berkenalan dengan saya sebagai orang baru ni, diorang akan kerjakan saya cukup-cukup.

Saya dapat tawaran sambung belajar kat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan lepas habis SPM. Saya dapat asrama blok C4.

Yang pernah pergi sana memang tahu lah macam mana hutan dia, macam mana tinggi nak balik asrama tu, dengan jalan gelap lagi kalau lampu susur gajah tu rosak. Haha.

Masa tu jugak ade vlral pasal akak karipap baju merah. meremang lagi. Minggu ke dua saya kat sana dah habis dah minggu orientasi. Dah mula minggu belajar pulak.

Malam tu saya tidur awal sebab saya memang jenis tidur lepas isyak dan study lepas tahajud. Roommate saya masih study, dan ada yang keluar ke cafe.

Saya ade terjaga malam tu mungkin jam 2 pagi. Saya rasa dada saya berat. Saya ternampak baju merah atas badan saya. Omaigadddddd saya kena tindih ke. Sekali tengok dengan rambut-rambut akak karipap tu kena kat muka saya.

Saya cuba capai tangan roommate saya untuk minta bantuan, cuma hujung jari saja boleh gerak. Nak bercakap pon tak keluar suara. Nangis weh masatu. Sumpah nangis taktahu nak buat ape.

And know what? Saya masih tak boleh tidur pejam mata buat-buat tidur pon tak boleh. Sebelah katil roommate saya ni saya nampak ade 3 orang sami botak pakai baju kuning. Sorang tu tinggi badan besar, sorang lagi tu kurus sederhana tinggi, yang last tu kecik gemuk.

Diorang perhatikan saja saya kena tindih dengan akak karipap. Betul-betul korang kerjakan aku ye demi untuk sebuah “perkenalan”?. Sampai saya letih baru saya tertidur. Esoknya satu badan sakit. Saya mengadu pada roommate.

Saya bagitahu keadaan saya jenis yang macam mana boleh nampak ape semua. Mereka faham Alhamdulillah. Mereka lah yang selalu jaga saya teman saya sebab masa ni saya dah tahu mereka tu hantu yang jahat. Hahahaha

Last cerita untuk part kalini, penat pulak taip panjang-panjang. Haha. Nanti kalau korang minta sambung, saya sambung lagi.

Terima kasih sudi baca cerita Pajo. Salam perkenalan dari Pajo. Hehe.

– Pajo (Bukan nama sebenar)

Antara reaksi warganet :

Chegu Mary :

Ini bukan kisah untuk dikongsi bersiri siri atas permintaan ramai..sepatutnya kisah seperti ini tidak menjadi sesuatu yg asyik untuk di kongsi..kerana tiada faedah melainkan keseronokan si pembaca yg minat dgn ganre puaka dan hantu…Saya berkata begitu kerana semua itu pernah terjadi pada diri saya ketika remaja sehingga meningkat dewasa…hasil muhasabah diri..rupanya ketidak sempurnaan dalam amal ibadah saya ketika itu menyebabkan segala syaitan dan jin, saya boleh nampak..tapi apabila dekat diri kita dgn solat al quran dan zikir..maka hilang lenyaplah semua benda tersebut..Tak pernah menjelma dan nampak sekali pon..maka buatlah sesuatu..jangan seronok sangat bila hijab dibuka, hingga boleh dikongsi jadi cerpen pendek….ilmu yang tiada faedah walaupun sekadar hiburan bacaan…maaf ya adik…sekadar pendapat dan pandangan..

Sumber : iium confession

Leave a Reply

Your email address will not be published.