Foto sekadar hiasan :
Saya seorang house wife yang mempunyai 4 orang anak, dan semuanya telah bersekolah. Suami berkerja di sebuah syarikat swasta.
Masalah saya disini adalah, urusan rumah tangga semuanya saya yang uruskan. Bermula beli barang dapur, dan urusan sekolah anak saya yang belikan.
Suami saya hanya pentingkan kerja dia saja. Hp boleh dikatakan 24 jam ditangan. Bila ditegur asyik dengan hp, alasannya kerja dia memerlukan dia respon secepat mungkin.
Bayangkan lah, dia balik kerja, dia boleh berdiri tercegat depan pintu semata2 reply wasap group kerja dia, bertapa pentingnya kerja dia.
Kalau hari berkerja saya bercakap dengan dia pun dia buat endah tak endah sebab sibuk dengan hp. Sampaikan saya minta dia tukarkan gas pun dia boleh lupa macam tu saja, akhirnya saya buat sendiri.
Walaupun saya seorang suri rumah, saya buat bisnes kek di rumah. saya tengok seller makanan yang lain, ramai saja suami yang tolong delivery kan, tapi kalau minta suami saya buat delivery jangan harap.
Tak pernah sekali pun dia buat. Apatah lagi nak delivery, customer dah datang depan pagar rumah pun, dia payah nak tolong. Saya jugak lah yang tengah kelam kabut kat dapur, keluar bagi pada customer.
Belum lagi bab minta tolong belikan barang dapur yang tak cukup. Kadang2 nak masak ada satu dua bahan tak cukup memang tak la nak minta dia keluar belikan.
Sama jugak kalau ada mentol lampu terbakar atau rosak, kalau suruh dia tukarkan alamatnya berminggu minggu dia biarkan. Akhirnya saya ambil tangga saya panjat and tukar sendiri.
Bab anak2, saya uruskan semuanya. Kalau tunggu dia, esok nak sekolah atau esok nak raya baru dia tanya. Tu pun kalau tanya. Kadang tak tanya langsung.
Saya tak suka buat kerja last minit, saya suka siapkan awal2, memang saya akan buat sendiri. Yang saya boleh beli dekat pasaraya, saya pergi beli sorang2. Yang boleh beli online saya beli saja online.
Yang paling saya terasa hati, dengan saya saja macam tu. Cuba berkait dengan family dia, boleh pulak dia buat perfect.
Semua dia jaga elok saja, kalau adik beradik dia datang, sanggup dia suruh saya tidur dekat bilik stor yang sempit tu semata2 nak suruh family dia tidur bilik utama kami.
Kalau boleh dia nak bagi bilik dekat adik beradik dia sorang satu (adik yang dah berkahwin) katanya nak bagi privasi kat dorang.
Dia tak pe la boleh tidur kat ruang tamu, saya kena jaga aurat, saya mengalah la tidur kat stor asalkan saya boleh buka aurat time tidur.
Sebab tu la adik beradik dia kalau datang rumah saya menonong saja naik tingkat atas terus masuk bilik utama tak de tanya saya dulu pun, sebab dah terbiasa.
Kadang2 datang bisikan syaitan, aku ni semua buat sendiri, kenapa suami aku tak macam orang lain. Nak makan apa2 pesan saja suami bawak balik. Tapi aku, nak makan pergi la cari sendiri.
Lama lama aku rasa macam aku tak perlukan suami. Ya Allah ampunkan aku.
Tolonglah buat pembaca, bagi saya kata kata semangat. Kadang kadang saya lemah, terasa seperti saya ketua keluarga.
Adakah aku tak bersyukur?? Adakah aku terlalu cerewat dan besar besarkan hal remeh temeh??
Tolong bagi saya nasihat jika saya isteri yang tak bersyukur. Suami saya tak ada perempuan lain, dia cuma hidup dengan dunia dia, tapi dia ada isteri dan anak anak kenapa biarkan saya sendiri.
Bab duit dia beri semua pada saya, makan pakai saya cukup malah mewah.
Untuk pengetahuan semua, saya pernah hampir nak berpisah dengan dia disebabkan adiknya.
Di sebabkan dia mendahului adiknya dari isteri dia sendiri. Saya larikan diri, saya bawak anak anak, saya drive sorang2 balik kampung saya dengan jarak beratus kilometer.
Dia sendiri terkejut, dia ingat dia boleh buat sambil lewa, bila saya mintak berpisah, dia merayu rayu. Kadang kadang hati saya jadi sekeras batu.
Tapi sampai bila saya nak rasa macam ni. Ampuni aku Ya Allah.. kadang kadang aku tak berdaya.
– Dira (Bukan nama sebenar)
Antara komen ntizen :
Netizen 1 : Dah nampak macam tu, kalau aku senang je, ko kikis duit dia banyak2, simpan duit tu, duit sendiri jangan guna langsung utk rumah, delivery tu semua boleh ambik orang sis, tapi kalau saya, saya fokuskan untuk habiskan duit suami pegi spa, upah orang kemas rumah mingguan, beli rumah lagi satu, bila family dia datang, ko pegilah rumah lagi satu, cakaplah nak privacy pulak, pelik betul, sepatutnya stor tu dijadikan bilik utk tetamu, ni ko pulak kena tidur stor, mana2 kerja yang boleh bayar org, ko bayar je, dah kata duit dia banyak, biar je dia dengan kesibukan dunia dia, rapatkan diri dgn anak2, jaga kesihatan fizikal dan mental, pergi lah spa ke, gym ke utk kesihatan diri, tak semua yg kita nak, kita dapat, at least dia tak curang dan bukan kaki pkul…
Netizen 2 : Berat sebelah ek. Lebihkan keluarga dia, bini layan macam babu. Hawau betuii.. Bak kata orang Melakau.
Ermm.. Takde pape nasihat. Nak suruh cerai pun salah, tak suruh cerai pun salah. Tapi memang Hawau la kalau laki macam ni.
Boipren (baca suami) aku balik kerja pun masih sanggup sesama pergi delivery item. Biarpun dia penat. Sebab dia rasa itu tanggungjawab bersama. Itu la jugak we time kami.
Malang nasib kau dik. Buat la pilihan terbaik.
Netizen 3 : You gain some, you lose some. Isteri yg dimewahkan suami mmg hakikatnya akan hilang masa dgn suami. Because time is money. Dari masa dia bekerja tu laa dpt income mewah mcm tu.
Ok. Tarik napas. Hembus. Skrang awk ade duit kn. Kenapa bersusah payah nk jual kek? Lps tu komplen husband tak tlg deliver kek. Money is not your priority so quit jual kek. Mentol terbakar? Upah je org dtg pasang. Upah maid balik hari uruskan rumah.
Bab ipar duai masuk bilik utama tu. Luah laa kt husband tu. Ckp kt die kalau nk jugak provide sorg 1 bilik, suruh die buat rumah 5,6 bilik tidur. Duit ade kn. Dlm bnk2 bnde ini je isu plg berat. Kau gadoh je dgn laki kau bab bilik tu. Mmg patot digaduhkan pn.
Isu2 yg lain compensate dgn duit yg die bagi. Upah org je buat semua bnde. Tak payah nk susahkn diri sendiri.
Sumber ; iiumc