Air kuku dan janggut dibuat minum. “Anak ajaran sesat”.Gadis dijadikan isteri lelaki tua. Nikah tanpa had

Foto sekadar hiasan

Aku terpanggil untuk berkongsi rasa dengan confession sebelum ni, Anak : Aset atau Liabiliti?

Aku seakan punya pengalaman yang sama dengan confessor. Jika kita pernah berada dikolompok yang sama, aku harap kau lari. Lari sejauh mungkin, keluar dari kepompong mereka. Kita boleh hidup di luar, percaya lah.

Sedikit pengenalan dari aku. Aku, pernah membesar sejak kecil dalam satu jemaah yang pernah diharamkan oleh pihak jabatan agama. Namun saki baki nya masih ada dan berkembang pesat ke seluruh dunia hingga ke hari ini.

Bermula umur 10 tahun, aku diletakkan di ‘asrama’. Dan dijaga oleh mereka yang bukan ahli keluarga aku sendiri. Berada jauh di negeri berbeza, ditinggalkan keluarga atas nama pengorbanan demi kebangkitan agama.

Aku yang masih kecil hanya mampu menangis dalam diam. Tidak boleh keluarkan air mata, nanti dituduh lemah jiwa, tiada ke pergantungan pada Tuhan.

Hidup di asrama tidak lah indah, tiada keluarga tempat mengadu bermanja, makan minum serba kekurangan, ditambah dengan jangkitan kutu dan kudis. Aku teringat kali pertama datang period, tiada yang bimbing. Aku pakai pad pun terbalik, gam diatas.

Aku paling benci balik kampung ketika raya. Bila ditanya oleh saudara mara pasal aku sekolah sesat, dikutuk, masa kecil kami adik beradik selekeh comot, memang dipandang hina.

Lebih lagi Umi Abi yang tidak pernah kisah. Tapi masih juga nak balik kampung jumpa Atuk Nenek walaupun mereka tak suka kan kami.

Aku belajar di sekolah aliran perdana. Namun duduk di ‘asrama’ jemaah tersebut. Membesar bersama kawan kawan yang senasib.

Zaman kanak kanak aku tak indah, tiada yang gembira untuk dikenang. Adik beradik ramai, namun tinggal berasingan. Mujur Abi ku kahwin 1 saja. Kalau empat entah lah. Silap silap anak dia sendiri pun tak kenal.

Keputusan UPSR aku 5A dan dapat diterima masuk ke SBP. Namun atas nama jemaah, sekali Umi aku cakap tak perlu dah sambung belajar. Terus je duduk dalam jemaah. Sedih, sebab aku suka belajar. Syarat belajar orang jemaah, cukup kau tahu menulis dan membaca.

Aku pernah di hantar merata tempat di seluruh Malaysia, di mana ada nya cawangan perniagaan jemaah. Dikerah untuk bekerja seperti orang dewasa. Tiada gaji hanya makan minum dan tempat tinggal disediakan oleh jemaah.

Katanya orang atasan, biar kita miskin asal jemaah kaya. Walhal orang atasan dan anak anak mereka, serba mewah. Pegasasnya sendiri tinggal di banglo serba mewah. Makan sedap setiap hari. Anak buah staf bawahan di kerah seperti hamba.

Jika jemaah tiada wang untuk bayar sewa permis atau mahu buka cawangan baru kami orang bawahan akan dikerah untuk keluarkan wang simpanan, gadai kan barang kemas hingga tiada apa. Bait bait kata yang sering di tekan, kena ” sami’na waatqna, kami dengar dan kami taat.”

Betapa hebat nya ekonomi jemaah yang kalian lihat, di sebalik itu gaji kami tidak diberi, duit tiada, wang simpanan di sesah, tenaga dan masa dikerah. Umur yang sepatutnya belajar, kami kena kerja. Makan apa ada hidup serba kedhaifan.

Aku tidak nafikan bab agama memang mereka pandai cakap. Pada mereka yang suka kan benda keagamaan, pasti mudah terpengaruh, termasuk lah Abi aku.

Masa tu siap lah, perlahan lahan mereka akan jadi parasiit bermula dengan minta sumbangan wang sedikit demi sedikit atas nama agama.

Meningkat remaja, seorang demi seorang kawan aku mula di kahwin kan. Jika muka kau cantik, body mantap kau akan dapat kahwin dengan lelaki bujang, anak anak orang atasan.

Jika sebaliknya, pasti akan di kahwin kan dengan jadi isteri ke 2, 3, atau 4 dengan lelaki lelaki tua kerepot. Malah ada kawan aku yang jadi isteri ke 4 Ayah pada kawan kami yang lain.

Kahwin cerrai kahwin sudah jadi budaya. Nikah pula tidak perlu ke pejabat agama, cukup sekadar nikah sesama jemaah. Jemaah dan p0ligami berpisah tiada. Kadang sampai tak kenal anak sendiri.

Malah sebilangan yang ada kaitan ikatan kekeluargaan sesama sendiri. Jika dikumpul kan semua dari 4 isteri, ada yang sampai berpuluh anak.

Hampir 10 tahun aku dalam jemaah tersebut, banyak kali aku cuba melarikan diri. Namun gagal. Ditambah pula Umi Abi aku yang taksub.

Terlalu banyak benda khurafat yang berlaku, antaranya setiap kali malam Jumaat kami diwajibkan buat tahlil. Di tengah nya ada botol berisi air dan ada kuku serta janggut pengasas jemaah tu. Ya, betul apa yang kalian baca. Kuku dan janggut.

Selesai tahlil, diwajibkan semua untuk minum air tersebut. Bila aku ingat balik aku rasa nak muntah. Tapi nak buat macamana, aku kecil lagi masa tu. Ikut saja.

Bab baca Alquran amat jarang sekali di lakukan, sebab kata orang atasan baca saja buku buku hasil nukilan pengasas jemaah tu, itu adalah bait bait tafsiran dari Al Quran itu sendiri.

Bab solat punya, dimana mana pun mereka boleh sembahyang secara jamak. Walaupun sudah tinggal lebih dari 3 hari di sesuatu tempat. Amat bercanggah dengan ilmu yang aku belajar masa KAFA darjah 6 dulu.

Setiap kali berdoa, kami kena sertakan nama pengasas jemaah supaya doa akan dimakbulkan Tuhan. Banyak lagi sebenarnya perkara perkara sesat yang dilakukan.

Hingga lah satu hari, aku nekad untuk lari dari jemaah ni. Aku plan dengan pulang ke kampung untuk sambut raya. Sejak itu aku terus tak balik ke jemaah.

Bertalu talu panggilan telefon dari orang atasan, semua kol Umi dan Abi aku. Umi Abi aku pun bising mula anggap aku pengkhianat, terpesong dan bakal rosak jika keluar dari jemaah.

Itulah pun yang sering dimomokkan oleh mereka, jika kami keluar dari jemaah, kami akan lagi teruk dan hina. Kerana pada mereka jemaah ni lah satu satu nya jemaah kebenaran.

Satu lagi punca kepayahan untuk kami keluar, adalah kami nak kemana? Belajar pun tak habis. Nak kerja apa?

Macamana nak survive? Tapi aku percaya rezeki itu di tangan Allah, bukan mereka. Alhamdulillah, aku berjaya dan keluar dan berjaya membina hidup baru. Jauh dari mereka.

Dipendekkan cerita, tak lama aku keluar dari jemaah, pengasas jemaah tu pun meninggal dunia. Entah lah aku tak tahu apa aku rasa masa tu. Aku cuma doa dia tanggung la apa yang dia buat pada seluruh jemaah yang dia asas kan.

Sesekali aku teringat kisah lama, aku cukup geram betapa buang masa nya aku selama berada di sana. Semua salah Umi Abi aku. Ya salah mereka.

Apa yang aku belajar dari pengalaman hidup aku ni, ingatlah syaiitan itu takkan pernah berhenti menghasut setiap anak Adam. Manusia bukan saja boleh sesat meraba dalam kegelapan, malah boleh sesat dalam silau nya cahaya.

Reaksi Warganet

Puan Zuera –
Alhamdulillah dah keluar dari jemaah tu.. Kesian nya hidup dalam jemaah tu, hak pendidikan di nafikan, mengerah tenaga kanak kanak dijadikan buruh, pernikahan tanpa rekod di pejabat agama.

Kesian nya.. Dipaksa berkahwin dengan lelaki sebaya ayah untuk dijadikan isteri ke dua atau ketiga. Yang atasan semakin kaya, yang bawahan dipergunakan..

Semoga confessor dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Nur Afieda –
Saya tahu jemaah yang diperkatakan ni. Ada beberapa orang kawan terlibat dulu kerana Ibu Bapa.

Namun setelah diharamkan alhamdulillah kawan kawan saya ramai berjaya dan belajar tinggi.

Pernah berdepan dengan orang yang berada dalam kumpulan ajaran sesat. Tapi bukan jemaah ini. Mereka sangat taksub dan apa jua nasihat yang kau bagi mereka tak kan dengar. Bagi mereka, mereka yg betul, kau yang sesat, derhaka, buta, tuli bla bla.

Memang mereka yang dalam jemaah sesat ni solat ke laut dalam. Yang saya kenal tu cukup dengan niat dan ingat Tuhan dah dikira solat. Moga mereka diberikan hidayah sebelum pengakhiran hidup mereka. Aaminn.

Ummu Safiyyah –
Ayah saya dulu kerja askar di Sabah. Habis semua duit gaji diberi pada jemaah. Sampai tinggal kipas stand dekat rumah. Satu satunya kipas yang ada dirumah pun nak diberi kepada jemaah.

Anak sendiri sakit demam tak hirau. Tapi guna kereta sndiri sanggup pergi hntar anak jemaah demam..

Habis kerja gi markas. Sampai lewat malam..

Pi kerja (askar) pakai jubah. Gantung gmbar abuya dekat rumah. Tanya jiran, nampak tak ada wajah abuya pada bulan tu? Taasub punya pasal..

Last last mak saya tak tahan. (Sorg sorg di sana. Pantang beranak, anak 3orang semua sendiri. Suami tak hirau. Takda keluarga. Mujur ada jiran jiran baik)

Mak ngadu pada orang atasan askar. Ayah join jemaah tu. Tak lama tu dapat balik semenanjung. Tapi dekat semenanjung jumpa jugak markas jemaah tu. Lagi dekat dengan rumah, jalan kaki sat ja..

Sabor je la.. cerrai lama dah.

Moga ayah bertaubat atas dosa dosanya tak hirau dan nafkahi anak bini dan taksub dengan jemaah tu.

Ramai je yang join ok. Tak abai anak bini, boleh fikir waras. Tapi yang taasub tu yang kecundang..

Dari sini mak saya belajar solat. Belajar pakai tudung. Banyak la belajar mengenai agama. Nak kata sesat tak berani. Taasub tu sesuai. Saya pun banyak mmbesar dengan lagu lagu nasyid jemaah tu. Sangat sangat bagus. Sekarang saya bagi anak dengar pula.

Contoh lagi tutup aurat, tutup aurat jangan bagu dilihat. Maruah tinggi peribadi mulia.. itulah tuntutan agama..

Syakriah Ishak –
Cara meluah pun dah tahu confessor ni anak yang bijak. Ada mind set sendiri yang lebih rasional. Barang yang lepas jangan dikenang lagi. Cukup dijadikan senjata untuk membina kehidupan yang lebih baik.

Betul sangat. Rezeki Allah SWT yang bagi. Selagi kita usaha + doa + tawakal. Insya-Allah Allah SWT akan bantu hambaNya yang sentiasa mohon kepada Nya secara terus.

Fahaman yang dibawa oleh persatuan yang umi dan abi join saling tak tumpah seperti fahaman K0munis yang diasaskan oleh Karl Mark. Mmm entahlah.

Ermm Kay –
Berderau drah saya baca. Ini bukan jemaah. This is a cult. Bagi sesiapa yang tak tau cult Tu ape, boleh tengok banyak movie luar berkisarkn cult seperti movie Colonia. Modus operandi maybe berbeza, tapi asasnya Sama.

Saya tak faham kenapa jemaah ni Masih dibenarkn beroperasi. Ini dah melibatkn bukan sahaja bidang kuasa jabatan agama , tetapi undang undang.

This is child abvse, mental abvse, vi0lating the human right, workers right etc. To some extent, s3xual abused. It’s crazy to think we’re still allowing this in 2021.

Kepada sesiapa yg masih berada di dalam jemaah ni, I’m sending prayers for all of you to be given strength to get out from this hell.

Kalau ada sesiapa tahu mana mana NGO atau badan yang boleh tolong golongan yang lari daripada jemaah ni untuk bina hidup baru semula, maybe dengan ambil SPM, sijil atau minta kerja Yang tak perlukan kelulusan dan sebagainya, please share. Semoga Allah brsama sama kalian.

Sumber – Bunga Indah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.