Aku anak favourite ayah. Bila ada anak, ayah mula sygkan ank aku dr cucu yg lain. Smpai aku jd mngsa keadaan bila adik beradik lain benci aku.

Foto sekadar hiasan : Aku mempunyai 9 orang adik beradik, 4 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Aku anak ke 8, 3 orang kakak juga sudah berkahwin, dan seorang adik perempuan yang masih bujang.

Kisah ni tentang ayah aku, seorang yang sangat tegas, tetapi mengamalkan sistem pilih kasih sejak aku lahir lagi. Anak kesayangan ayah adalah aku. Ya, aku. Jadi kenapa aku yang jadi m4ngsa? Sebab ayah sayang aku. Semua orang jadi bennci pada aku.

Aku tak pernah minta kasih sayang yang berlebihan macam ni, aku cuma nak hidup biasa, dapat berbaik dengan kakak–kakak aku yang tak pernah suka dengan aku.Dan sekarang ni, anak aku, Ali, jadi m4ngsa, jadi cucu kesayangan ayah aku, jadi cucu–cucu yang lain pon tak suka dengan Ali.

Yang paling sedih bila aku dilabel sebagai anak derh4ka oleh kakak–kakak aku, sehingga orang luar pon menganggap aku anak derh4ka. Kisahnya, masa anak aku 6 bulan, pernah ada kes dengan pengasuh. Sehingga anak aku warded di hospitaI selama 2 hari. Aku jadi fobia, dan bercadang untuk berhenti kerja.

Tapi aku kena notice sebulan. Jadi ayah dengan ibu volunteer untuk jaga anak aku dan berjanji aku akan ambil lepas notis aku tamat. Lepas berhenti je kerja, aku terus balik ke rumah ayah yang jaraknya hampir 300km dari rumah aku untuk ambil balik anak aku.

Di sini konflik bermula bila ayah tak nak pulangkan balik anak aku, dengan alasan dah terlampau sayang. Dia minta nak jaga 3 bulan lagi. Ajaib. Ayah aku bukan jenis yang suka budak. Sejak kecil walaupun aku anak kesayangan ayah, segala keperluan selain kewangan ibu yang uruskan.

Bak kata ibu, masa anak–anak kecil, salin pampers anak sekali pun ayah tk pernah. Tapi dengan Muhammad Ali, jangankan salin pempers, ayah mandikan, susukan, tidurkan main, semua ayah yang buat memandangkan ibu dah tak sihat.

Aku berkeras nak ambil Ali balik, sebab tak nak susahkan ayah, ayah dah tua, tak kuat, jadi biarlah ayah berehat. Tapi ayah lebih bijak mengatur str4tegi. Katanya sejak ada Ali, dia lebih sihat sebab ada ‘exercise’ jaga baby. Katanya stamina m4kin kuat.

Jadi bila itu alasan yang ayah berikan walaupun aku tahu aku bakal dikecam lebih teruk oleh kakak dan orang luar, aku relakan lagi 3 bulan. Hmm. Sepanjang 3 bulan tu, setiap 2 minggu aku akan balik ke kampung untuk melawat ayah dan beri duit belanja keperluan anak aku.

Pejam celik, 3 bulan pon berakhir. Masa yang di tunggu tiba. Ayah masih lagi beri bermacam alasan supaya Ali tinggal dengan ayah. Tapi kali ni aku nekad, apa terjadi aku akan ambil Ali balik.

Sebab aku dah tak tahan dikecam anak derh4ka oleh adik beradik sendiri dan orang luar sebab tinggalkan anak aku dengan ayah walhal ayah sendiri yang beriya nak jaga Ali. Ayah menangis bila aku angkat Ali masuk dalam kereta. Ya Allah, inilah kali pertama aku lihat airmata ayah.

Sumpah, sepanjang 300 km dari rumah ayah ke rumah aku pon, aku dan suami bersedih sepanjang perjalanan. Aku menangis sebab aku buat ayah menangis. 3 hari Muhammad Ali tinggal dengan aku, ibu telefon. Katanya ayah demam. Tak mahu makan, tak mahu minum, tak mahu tidur.

Setiap subuh, bila ayah bangun subuh, ibu raba bantal ayah basah dek air mata. Solat ayah diakhiri doa yang panjang yang ibu sendiri tidak tahu butir bicaranya. Ayah lebih banyak menyendiri, tak mahu berbual, lebih banyak solat sunat dari biasa, mengadu pada yang maha esa.

Ya Allah berd0sakah aku? Apa aku lebih berd0sa membiarkan ayah begitu atau merelakan ayah menjaga Muhammad Ali? Hari ke-4 Muhammad Ali dengan aku. Aku tewas dengan pujuk rayu ibu untuk merelakan ayah menjaga Ali. Aku berbaIah dengan suami tentang ayah dan Ali.

Ampunkan isterimu suamiku. Akhirnya suami aku beralah bila dia membaca setiap pujuk rayu ibu di inbox aku tentang keadaan ayah. Kami bertolak pulang ke kampung pada hari tu jugak. Kini sudah 3 tahun berlalu. Ali sudah menginjak usia 4 tahun.

Selama 3 tahun Ali tinggal dengan ayah, selama itu lah aku menahan sebak di d4da. Dih1na, dic3rca,dan dipandang rendah oleh adik beradik sendiri bahkan orang luar. Hujung tahun 2017, aku mengandung sekali lagi. Aku lah orang paling bahagia saat itu sebelum aku terbaca satu posting dari salah seorang kakak aku yg berbunyi:

”Seronoklah hidup, tiap hari berf0ya–f0ya, anak bapak jaga. Mengandung lagi apa susah, bapak kan ada”

Aku masih ingat, dengan usia kandungan yang baru 6 minggu, bukan ucapan tahniah yang aku harapkan bila aku post di group whatsapp tentang khabar itu, tapi cukuplah aku tak dipandang rendah begitu. Suami aku terbaca post itu, walau tak dituju secara langsung pada kami, tapi kami yakin post itu untuk kami.

Malam tu kami bertolak balik ke rumah ayah. Sebab kesabaran suami sudah sampai ke kemuncak. Selama 3 tahun kami tinggal tanpa Ali, setiap hari suami berdoa supaya kami diberi cahaya mata lagi, agar terubat kerinduan kepada Ali.

Kami inginkan suasana rumah macam keluarga yang lain. Kami rindu suara kanak–kanak menyambut kepulangan kami dari kerja. Sampai di rumah ayah, per4ng besar tercetus. Kakak–kakak tinggal tidak jauh dari rumah ayah.

Esok pagi kebetulan hari minggu ayah panggil semua balik rumah ayah. Suami aku bertegas mahu ambil Ali. Ayah bertegas mahu jaga Ali. Aku menangis di sisi ibu. Ayah meng4muk, ayah marahkan kakak. Kakak dihaIau, ayah tak izin kakak datang rumah ayah.

Aku terk3jut, tak sangka kata–kata tu terluah dari mulut seorang ayah. Ayah mohon ampun dari aku dan suami. Sekali lagi, kami tewas, kami rasa berd0sa, tak sepatutnya seorang ayah memohon ampun dari anaknya. Suami seperti aku, terlalu lembut hati bila melibatkan orang tua.

Walaupun dih1na dan dic3rca. Kami pulang ke rumah kami pada malam hari. Tanpa Muhammad Ali. Sekali lagi dugaan tiba, kandungan aku gugur pada usia 7 minggu. Lepas satu, satu dugaan kami. Harap pembaca doakan kami untuk dapat cahaya mata lagi.

Jangan sangka semua orang yang membiarkan ibu ayah jaga cucu tu anak derh4ka. Kita tak tahu situasi mereka. Mungkin ada juga yang akan kecam ayah dengan sifat pilih kasihnya. Tapi mungkin ayah ada sebab tersendiri.

Masa aku kecil, aku bukan anak yang nakal, bukan juga anak yang baik. Tak pernah sekali aku berlakon baik untuk dapat perhatian abah. Cuma aku suka duduk di rumah. Aku kurang berkawan macam adik beradik yang lain.

Aku agak cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Jadi letih di sekolah bila sampai rumah, aku lebih suka duduk di rumah. Berbeza dengan yang lain, yang ramai kawan. Balik sekolah boleh lepak dengan kawan–kawan.

Mungkin sebab tu ayah lebih rapat dengan aku. Tentang ayah dan Muhammad Ali pula, ayah ade 7 orang cucu. Cuma 2 orang cucu lelaki. Cucu sulong yang lelaki dah besar. Lebih kurang usia Muhammad Ali semua perempuan, takkanlah ayah nak jaga cucu perempuan mungkin sebab tu ayah lebih rapat dengan Muhammad Ali.

Kesimpulannya, buat ayah-ayah dan bakal–bakal ayah di luar sana, layanlah anak–anak dan cucu sama rata. Yang mend3rita bukan hanya yang kurang kasih sayang, yang terlebih kasih sayang juga mend3rita, lebih lagi bila masing–masing dah dewasa, sudah pandai mengh1na dan menc3rca.

Buat anak–anak, ibu dan ayah adalah harta yang paling berharga, jangan sesekali Iukakan mereka. Kalau terasa hati dengan ibu bapa, cuba lihat balik apa silap kita. Ibu bapa bukan maksum.

Mereka juga ada salah dan silap. Cubalah tegur dengan berhemah.Ibu Muhammad Ali. – Nur.

Kredit : kepo bareng

Leave a Reply

Your email address will not be published.