Foto sekadar hiasan :
Baca perlahan-lahan kisah di bawah.Sekiranya bermanfaat dan memberi pengajaran, boleh share kisah ini pada kenalan2 anda supaya sama2 kita ambil iktibar.
Salam semua, harini aku nak cerita sikit antara sisi t0ksik di alam perkahwinan, iaitu berkahwin dengan pasangan hipokrit, pemalas & bare minimum. Aku share sebab aku sedang merasai perit nya dapat wife yang macam ni dan aku harap perkongsian aku dapat membantu korang mencari atau menjadi jodoh yang lebih baik, lebih berkualiti.
Ok cerita bermula:
Aku kenal wife aku 5 tahun sebelum kawin, sebab aku memang jenis nak pilih pasangan yang betul. Aku rasa tindakan aku bijak, tapi aku lupa, akal manusia lebih licik dan bijak. Ok sedikit background pasal kiteorang.
Aku dari Keluarga B40. Seumur hidup aku memang aku diterapkan dengan kerja keras dan belajar pandai-pandai sahaja jalan keluar aku dari kemiskinan. Wife aku dari keluarga M40. Ibu bapa, adik beradik semua terdidik, cukup makan pakai.
Berbalik pada aku, jadi 3 hari lepas last paper exam Diploma, aku dah kerja kat restoran sebab aku nk bayar yuran pengjian aku (aku pkai bank loan, bkn PTPTN). Aku bekerja smpai lah sekarang (umur aku 40an). Tahun yang sama aku grad, aku berkenalan dengan isteri aku sekarang.
Jujur aku bagitau awal-awal, kalau jadi berkahwin aku memang expect wife aku faham yang aku memang workaholic dan aku expect wife aku juga untuk bekerja dan punya pendidikan, Aku trauma dengan hidup serba kekurangan dan aku taknak anak aku lahir dalam situasi yang sama.
Masa kenal wife aku, dia masih belajar. Masa aku tetapkan syarat itu sebagai asbab perkahwinan, dan aku memang seorang yang workaholic dan dia SETUJU. Dia ok je kalau aku buat kerja time makan, dating.
Aku kerap cancel plan dating sebab kena pergi ofis. Bila dah 2-3 tahun kenal, aku tengok dia pun macam jodoh yang aku cari. Maka aku pun bermula lah susun langkah nak berkahwin, matlamat aku untuk settlekan study loan aku dulu sebab aku taknak dibebani hutang masa nikah nnt.
Alhamdulilah, umur 27 habis segala hutang study aku. At this time, Alhamdulilah aku dah bekerja di MNC sebagai seorang Eksekutif. Sama juga dengan wife aku (tahun pertama dia bekerja). At first aku nmpak macam OK.
Tapi lepas 3 bulan kerja, wife aku dah start mengadu tak tahan pressure kerja. Pada aku normal lah, gaji dibayar tinggi, tak kan expect 0% pressure? Aku pun bagi nasihat, ingat balik ape kita dah janji dulu, dan memang lumrah hidup di alam pekerjaan.
Stress memang ada jadi kita perlu atur dan rancang perjalanan karier kita. Kita bukan anak orng kaya. Jadi pilih lah, penat kerja atau penat miskin? Kalau tak boleh survive di alam pekerjaan mungkin boleh explore alam perniagaan plak. Tapi alam perniagaan ni lebih keras.
Wife aku back then dia bersetuju. Jadi aku pun ingat settle lah. Macam aku cakap, akal manusia ni licik. Setahun lepas berkahwin wife aku decide taknak sambung kontrak pekerjaan dia. Alasan dia pressure lah, boss suka aim dia la, macam-macam lagi.
Memandangkan dia pun tengah pregnant, aku iya kan sahaja lah. Wife aku kata dia nak kerja yang rileks skit, kerja waktu office hours dan cuti pada weekend. Akhirnya wife aku dapat kerja di suatu syarikat kecik jarak 30km dari umah sebagai kerani.
Aku iya kan juga lah, walaupun wife aku berpendidikan tahap Ijazah. Aku bagi tempoh pada diri aku, ini maybe sementara sahaja.
Aku tetapkan tempoh 2 tahun untuk wife aku ‘berehat’ dari dunia korporat. Sementara itu, aku usaha cari duit lebih dengan buat bnyk side hustle. Aku jual baju budak bawak Grab dsb.
Penat lelah aku membolehkan aku memiliki beberapa unit rumah sewa. Tempoh 2 tahun pun berlalu, aku berbincang balik dengan wife aku yang gaji dia sekarang ni, serupa macam dia tak payah kerja. Tolak duit minyak, tol, makan di ofis memang kiraan (-) setiap bulan.
Itu belum masuk kos masa merentas traffic jam lagi. Wife aku kata dia taknak jadi housewife, dia nak bekerjaya. Ok lah, aku layankan.
Aku tanyalah nak interview company mana plak lepas ni? Jawab dia sempoi, dia nak resume kerja kerani sahaja sebab dia happy kerja situ walaupun tiada kenaikan gaji tahunan. Kat situ lah dia bekerja for the next 8 years.
Adeh. Kenaikan gaji basic sepanjang 8 tahun tu jujur aku cakap, sama dengan fresh grad Degree. Aku dah 13 tahun berkahwin, dalam tempoh itu (dan still going strong), aku pergi kaunseling kat Pejabat Agama, slow talk dengan ipar, mertua, makcik pakcik semua lah.
Diorng terkejut bila dengar yang kerja rumah, basuh berak anak pun aku bantu. Kiranya aku tak perasan jadi raja pun kat rumah tu. Yet, bini aku plak macam raja.
Bangun suka-suka hati dan soalan kerap tiap pagi, u beli ape untuk breakfast? Tapi despite all that, masih lagi wife aku tak berubah. Aku bawa wife berubat traditional kot-kot lah kan? Haha. Tapi pun sama, tiada perubahan.
Jadi at this point, aku dah redha. Wife aku pun dah jadi full time housewife. Itu pun bare minimum katanya nak try buat job freelance.
Aku pun beriya lah beli komputer, subscribe broadband, beli meja segala lah. Guess what? Workstation tu jadi port tengok cerita Korea je gais. Aiseh. Ok, mesti korang tanya kenapa tak crai je cari yang lain?
Haha, kau tau kan bab tuntutan nafkah bagai? Dia dah siap2 planning dah untuk itu gais. Dia duduk cerita yang dia kenal lawyer yang handle kes shari’ah Ok gais, aku cerita sikit lah pasal kahwin dalam Islam ni.
Harta sepencarian ni adalah harta yang dikumpul SEPANJANG perkahwinan sefaham aku. Tak semestinya kena ada bukti pasangan ada bagi sumbangan kewangan & sebagainya. Kalau dia tuntut makan pakai anak, InsyaAllah aku boleh bagi.
Tapi macam mana kalau dia tuntut lebih dari itu? Rumah sewa semua aku yang beli, aku yang manage. Tak kan semudah itu nak kena rampas?
Dan kebanyakan lawyer shari’ah memang suka kes-kes macam ni. Easy money. Jadi ape aku buat sekarang? Wife aku still bare minimum, aku dah penat maki, motivasi macam-macam lah, doa pun dah.
Pvkul, sepak trajang je belum lagi (aku bukan kaki pkul). Sekarang ni aku fokus nk membesarkan anak aku aje la smpai diorng besar. Aku labur kat pendidikan diorang semua.
Bila dah tak perlukan aku sebagai bapa lagi, mungkin aku berundur. Time tu aku maybe jual segala harta aku dan bersiap untuk hidup seorang diri kat umah jagaan orang tua sahaja lah.
Kalau wife aku nk tuntut harta sepencarian, masa tu ape pun dah takda lagi. Jujur aku cakap , aku rasa hidup aku mcm kena tipu dan aku di ikat dengan undang-undang shari’ah.
Aku pernah cakap kat wife aku, kalau aku nk kawin lain, aku bayar nafkah anak, tapi janji jgn minta harta aku? Dia diam gais. Itu pada aku, memang itu lah plan dia.
Dia tau aku trauma hidup susah jadi itu lah senjata dia. Jadi aku nk share lah kat adik-adik. Korang (baik laki, baik perempuan) discuss lah elok2 sebelum kahwin.
Kalau kau malas, atau apa2 sifat buruk, kau come clean je lah. Jangan lah seksa pasangan kau. Dengan bagi macam2 alasan padahal kau nak kawin sebab kau nmpak pasangan kau boleh provide untuk kau.
Kira senang hidup lah. Aku dah melalui dan masih lagi mengalami. Perit gais, umpama Neraka dunia. Aku hidup dalam kepura, puraan. Kat luar orang tengok aku macam bahagia.
Bercuti sana sini, makan itu dan ini. Tapi itu aku buat untuk anak aku sahaja. Nothing more, nothing less. Aku nak kawin lain nanti habis dia cukur harta aku, sebab setahu aku belum pernah lagi aku dengar Hakim menghalalkan hujah bini malas, bare minimum. Haha.
So aku harap korang tak jadi mcm aku. Aku bukan tak percaya pada rezeki. Aku cuma lebih percaya pada usaha. Man jadda, Wa jadda. Maaf cerita punya susunan tak menarik, aku just nak luahkan aje. Aku takda medium nk luahkan.
Ok lah gais. Aku doakan agar korang jadi lebih baik dari aku dari setiap aspek kehidupan ya dan maafkan aku kalau perkongsian aku mengguris mana-mana hati korang.
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Antara komen netizen :
Easy Padta : Abg diuji dgn harta ni bang. Untung lah ada bini nak kan abg, lahirkan anak anak. Kalau nak hitung bebanan dia bawak perut ke hulu kehilir, mngandung.
Tahla. On the other hand, Mgkin la ada kurangnya isteri jugak, tapi nasihat lah elok2. Ni pendam sorg2 suh bini faham and baca fikiran abg.
Tapi bab harta seencarian tu tak boleh belah. Sampai ke situ fikirnye. Hahaha.Isterinmmg diciptakan untuk dinafkahi bang.
Dah kahwin, janga terima baiknya sahaja. Buruk pun kena terima jugak.
Zanariah Mydin : Dah lama aku tak menjoyah kat sini. Masuk2 je dpt kes serius perlu disekolahkan haha mari kita lontarkan buah fikiran.
Dia ni asal fam b40 dan skrg maybe t20, patutnya dah tak payah hidup susah. Tapi tgk2 susah jugak hidup dia. Susah sbb terperangkap dlm belenggu stigma b40, t20 whatnot.
Semua harta dah ada, wife ada anak ada. Kau nak apa lagi ya? Tak habis2 nak suruh wife gila kerja kumpul harta, nak bwk ke mana tu? Ko tak rasa cukup ke dah wife yg happy dan anak2 yg sihat. Happy wife happy life. Biar la dia hidup dgn cara yg dia nak..dah mmg tanggungjwp ko provide utk dia kan.
Ko suka ke kalau ko dan wife sama2 kerja keras siang malam tapi tiap masa under pressure, anak2 jadi mangsa pressure. So kat mana happy nya. Ko jgn sampai terkena penyakit jiwa yg mcm2 jenis sekrg ramai org kena, asbab pressure keje. Kejar harta dunia takkan habis woi. Sbb jiwa manusia ni takkan pernah puas.
Tak faham aku kenapa perlu ko rasa tertipu, ada rasa nak c3rai. Ko rasa 1 bebanan sbb provide utk wife ko. Rasa kena scam lepas kawen. Allahu. Baik jgn kawin la. Simpan semua harta ko tu utk diri ko sendiri. Tua nanti senang kan takyah share dgn sapa2.
Hidup ni kalau taknak berjasa kat org, baik mati. Belum ckp psl jasa kat org lain lagi, baru buat jasa kat anak isteri sdri tapi mcm2 dia fikir. Allah Allah.
Wahida Eida : Jap skrg nie mslh nya hnya kes isteri tak bekerja kan?tu yg rasa mcm tak puas hati betul.dia sendiri kata “bantu” pastu kata isteri dia mcm raja.
da tu jadi suami mmg langsung tak boleh membantu ke buat keje2 rumah??isteri kau keje ke tak,takde masalah pun sbnrnya.yg aku nmpk kau da trlebih mampu da,ok la kan isteri kau tak bekerja.
bab2 keje rumah nie biasa la bantu membantu.risau nau bab harta,ingat Allah nk tarik harta kesenangan kita sekejap jer.kalau perangai kau mcm nie mmg sampai bila2 hidup kau tak tenang.ape masalah entah nk berkira sgt.
org lain trauma jugak hidup susah bagai,tp takdelah sampai tahap mcm kau.org lain gaji tak smpai 2k boleh sara anak bini,bahagia jer Allah cukup kan segalanya.
kau nie da ade segala nya risau sangat isteri tak bekerja,risau sgt isteri nak amik harta. silap2 nti kau diuji sakit isteri kau tu lah yg jaga kau nanti.tak faham aku org khwin jenis mcm nie.
Lyn Abd Latif : Patutnya kena mention siap2 kat bakal isteri-sy perlukan isteri high flyer keja hebat, provider, rajin macam bibik berbayar.
Tip top lah serba serbi. Barulah filter jd bakal isteri. Ini nasik dah jadi bubur brader. Tpkan. Cara bercerita sembang ke bulan. Berkira kemain. org lain kawin,ko pun sibuk nak kawin tp tang nafkah pun gagal terok. sila mereput.
Bibi Nadia : Dua2 kena faham tanggungjawab. Part anak, Suami cuci berak. isteri offer diri pakaikan diaper.Begitulah sebaliknya.
Kerjasama, empati.Bab nafkah. tanggungjawab yang Allah beri kepada suami untuk digalas.
Umur 40 kan? Patut slow down dah kumpul harta.
Dunia ni makin dikejar makin jauh. Pandulah isteri, tarik tangan solat sama2.
Kredit : iiumconfession