Aku bru brsalin 8 bulan, kwn dah ajak keluar lepak. Suami xizin, aku trus ajak lepak kt rumah. Xsngka mcm ni jadinya

** gambar sekadar hiasan

Salam, aku Yana. Aku ada tiga orang bestfriend sejak kecil. Tiga dah berkahwin, yang sorang lagi masih bujang.

Masa kami semua bujang, kami selalu keluar sama-sama. Pergi vacation setiap tahun, cuma taklah sampai tahap ke luar negara.

Memandangkan kami berempat masing masing dicampakkan di Kedah, Johor, Kelantan dan Sabah, dapatlah kami berjumpa di negeri study masing-masing.

Tradisi bercuti mula kurang sejak kami mula bekerja & seorang dari kami sedang sambung master. Jadinya last bercuti bersama-sama adalah sebelum PKP pertama, dua tahun lalu.

Dalam tempoh dua tahun tu, tiga orang dari kami dah berkahwin. Aku dan seorang kawan aku, dikurniakan zuriat.

Jadi selepas kerajaan umumkan boleh merentas negeri, si bujang dalam group kami cadangkan untuk pergi bercuti lagi sekali.

Dia spam group tu dengan cadangan dia, dan kawan aku yang dua orang lagi tu turut serta menambah pendapat. Aku diam sahaja. Buat-buat busy.

Baru-baru ni si bujang ada datang ke kawasan yang aku tinggal. Aku baru ajak dia berjumpa, tapi si bujang ni siap-siap dah plan untuk aku dan dia berjumpa di mana. Si bujang ni ajak aku cafe hopping, 20km+ daripada rumah aku.

Aku cakap tak boleh, sebab suami aku tak benarkan aku keluar tanpa dia. Lagipun aku ada anak kecil umur lapan bulan.

Aku ajak dia datang kerumah aku sambil suami aku di pejabat (suami benarkan), kebetulan aku pun akan bercuti pada hari yang aku cadangkan tu. Bolehlah lepak-lepak selesa di rumah sambil aku jaga anak.

Si bujang perli aku. Dia katas seolah-olah suami aku sejenis mengongkong isteri sebab tak benarkan isteri keluar bersosial.

Tambah panas pulak bila kawan aku yang lagi dua orang yang dah kahwin ni, suami diaorang benarkan untuk keluar bersuka-suka dengan kawan.

Dia tak cakap terus, tapi secara perlian yang buatkan aku kecil hati. Ada sekejap aku rasa macam si bujang cakap tu betul, rasa bersalah kahwin, rasa macam kahwin dengan orang yang salah, tapi bila aku reflect balik, kawan aku tu yang tak betul!

Dalam group, aku dikira paling penyabar. Sejenis yang tak kisah. Jadinya, aku biarkan benda tu berlalu. Sebelum tu aku ada cerita tentang si bujang tu dekat mak aku. Mak aku cakap biarlah, mungkin dia sedih sebab kawan-kawan dia dah kahwin.

Isu jadi lagi bila si bujang ni plan untuk bercuti. Boleh bawa suami dan anak. Sewa villa. Group WhatsApp penuh dengan location-location villa yang dia rasakan sesuai.

Sekali lagi aku cakap, suami aku tak benarkan untuk bercuti macam ni, walaupun dia boleh ikut. Sekali lagi aku dan suami kena kecam. Lepas tu minta aku slow talk dengan suami untuk izinkan aku.

Aku? Memang taklah. Aku tahu suami aku macam mana. Dia takkan benarkan.

Bila suami aku dikecam mengongkong, tak open, tak beri freedom. Aku pula dikatakan menurut sahaja suami macam orang bodoh, tak ‘women empowerment’, tak mahu bersuara untuk ‘freedom’ diri sendiri. Ya ke?

Aku boleh pergi kemana-mana, asalkan suami aku ada ikut sekali. Suami aku tak pernah sekalipun pergi pasar, aku nak pergi pasar.

Suami aku bawa temankan aku ke pasar, walaupun dia sendiri tak pernah jejakkan kaki di situ. Aku nak pergi muzium, suami aku bawa aku ke muzium. Semua tempat dia akan bawa.

Yang lain, cukuplah aku katakan yang aku dilayan tak ubah macam queen, dan semuanya suami uruskan, termasuklah basuh berak anak.

Alhamdulillah, aku tak pernah sekalipun rasa susah selepas berkahwin.

Bila aku boleh keluar tanpa suami? Bila aku keluar dengan ibu bapa dan adik beradik aku sahaja.

Itukah yang dikatakan tak ‘freedom’ ? Aku rasa kehidupan aku sekarang lebih baik dari sebelumnya. Tak tunggang langgang, dilayan macam permaisuri.

Ya, benda ni aku tak beritahu straightfoward kat diaorang, sebab aku tak nak mereka compare hidup mereka dengan aku.

Suami aku pun jarang sangat melepak walaupun dulu sebelum kahwin, tiap malam dia pergi melepak sampai pagi.

Sepanjang berkahwin, tiga kali sahaja dia lepak dengan kawan dia. Tahu-tahu, pukul 10.30pm dah balik rumah. Itupun lepak di kedai betul-betul tepi rumah, yang aku boleh tengok dari balkoni. Siap boleh lambai-lambai lagi.

Memang aku tak diberi izin untuk keluar bersosial sana-sini dengan kawan-kawan, tapi bagi aku, masa itu dah pun berlalu.

Aku dah berkahwin, dah beranak sorang. Fokus aku bukan dengan mereka, tapi dengan keluarga. Mak aku pun bising kalau aku keluar jumpa kawan, lepastu tinggalkan suami di rumah.

Me time? Time teman anak tidur petang itulah me-time aku. Selebihnya aku suka me-time mandi lama-lama sampai kecut jari jemari.

Bagi aku, ni bukan issue freedom tak freedom, woman empowerment, your body your choice. This is about marriage itself. Marriage is a teamwork, bukan aku-dengan-hal-aku, kau-dengan-hal-kau.

Mental dan fizikal aku amatlah okay, aku bukan di brainwash oleh suami ke apa ke sampai nak ‘dikongkong’ macam ni.

Aku selesa duduk bawah ketiak suami. Ada suami yang benarkan isteri pegi bercuti, maka pergilah. Suami dia, bukan suami aku. Suami aku, kalau nak pergi mana-mana, dia nak angkut aku dan anak sekali.

Akhir cerita, disebabkan aku tak dapat join group bestfriend aku ni pergi bercuti, aku dah dikick keluar dari group whatsapp bestfriend.

Sampaikan siap warning aku lagi, kalau ada masalah dengan suami, jangan cari mereka. Kiranya dah official mereka nak putus kawan dengan aku lah ye?

Biarlah. Aku tak kisah pun. Andai worst come to worst, keluarga aku masih ada, tetap utuh dengan aku.

Ya, aku ceritakan perkara ni dekat mak aku. Mak aku menyokong penuh untuk aku tak berkawan dengan mereka dah. Sekarang aku tak perlu rasa guilty bila tak dapat join activity diaorang, yeyey!

– Miss Yana (Bukan nama sebenar)

Anatar komen netizen :

Sherri Azzi : Susah jugak nak komen.

Sebab laki kau ni nampak gaya lelaki patriarki dan kau pulak jenis pompuan kena stocklom syndrome.

Tapi ada orang ok je situasi diatas, hinggalah masalah sampai, barulaaa… Dia sedar selama harini dia hidup atas decision orang lain.

Ada orang pulak laki tak kisah langsung, nak pi mana, ngan sapa, berapa lama. Dia pulak meroyan, laki tak pernah jeles. Suspek laki dia ada pompuan lain pulak. Kakakakka.

Apapun laki bini ni kena ada tolak ansur dan pemahaman yang jelas la pasal tujuan perkahwinan tu. Kalau berkepit macam nak mati bawah ketiak laki sampai tak ada kehidupan lain atau tak boleh nak buat decision sendiri, AWAS la hidup kau. Nanti mesti keluar lagi confession kat KRT atau IIUM,

“Salam min, please hide profile, selama harini saya menghambakan diri untuk laki saya, tapi ini balasan untuk saya.. Bla bla bla”….

Kah kah kah. Salam takziah untuk wanita wanita hamba lelaki macam ni.

Leanne Vox : Aku kalau keluar dengan kawan dah kahwin, aku biarkan mereka yang merancang. Supaya ikut kesesuaian timing mereka. Tapi tu lah. Biasanya sampai ke sudah tak keluar.

Kita merancang sesama bujang, available dan yang jenis adventurous je lah.

Tapi selalu aku berada dalam kalangan org perempuan dah kahwin ni, time happy suamilah, anak2 lah segalanya. Bila ada masalah, eh tahu pulak kau cari kawan nak bercerita, nak minta tolong(xnak cerita dengan mak ayah, takut mak ayah pandang serong pada suami kesayangan tu).

Kesimpulannya, dah kahwin sekalipun jangan buang kawan.

Sutera Permata : Maaf sis.. kalau apa sye ckp ni salah. Saya seolah2 nampak kwn2 sis tu rindukan sis. Dia mcm jeles sis dgn suami je. Sebb korang dah kawan dari kecik kan? .
Sampai kick sis bila sis x bersama dorang.. atau saya sorang je rasa mcm tu?

Mungkin rindu sngt2. X nmpk nak gunakan sis cuma nmpk dia nak bersama sis je. Kan?

Jangan la kita jadi batu api. Kita tak tahu apa yang jadi kat kwn2 TT. mungkin hanya nak berkawan tapi kawan jauhkan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *