Aku cuba2 pluk suami, tp dia selalu menepis. Sdih bila aku je yg mulakan dlu. Tiba2 dia jerit sesuatu buat aku menangis.

Foto sekadar hiasan : Hai semua. Aku tengah kusut fikir pasal hidup aku dengan suami aku sekarang ni.

Aku ringkaskan la ya. Aku perlukan komen2 dari orang yang aku tak kenal sebab aku tak kan cerita benda ni dengan orang keliling aku. Aib rumahtangga aku tak pernah sebarkan kat orang.

Aku seorang pegawai di syarikat swasta. Gaji sederhana. Suami aku kerja kerajaan. Gaji sederhana jugak. Suami aku jenis orang yang baik. Soft spoken.

Aku kahwin dengan dia sebab sikap dia yang caring dan soft spoken tu la. Aku seorang yang lantang jadi aku sangat selesa dengan dia. 9 tahun usia perkahwinan kami dan dikurniakan 4 orang anak.

Kadang-kadang kami gaduh puncanya sebab aku selalu tak puas hati dengan sikap dia. Suami aku seorang yang malas amek pot dan ignorence. Jadi dia tak pernah mulakan pergaduhan.

Ya aku akui tu salah aku yang selalu tak sabar. Kadang bila aku muhasabah diri, aku sedar semua tu salah aku. Tapi aku bukanlah orang gila yang nak marah tak tentu pasal.

Punca kemarahan aku selalunya adalah dari sikap dia. Ya dia seorang yang baik, kalau ada rezeki lebih dia belanja kami. Nafkah duit tak pernah tak bagi setiap bulan. Tapi. Adakah mencukupi?

Pada mulanya aku rasa cukup tapi lama kelamaan aku jadi makin tak puas hati. Nafkah batin, kalau aku tak minta memang dia abaikan. Ini yang paling aku sedih.

Aku rasa semua perempuan akan sedih bila rasa suami dah tak mahukan dia. Rasa diri hodoh dan rendah diri jangan cakaplah. Menangis sampai ke pagi kadang-kadang. Dia? Tidur berdengkur tak pedulikan aku langsung.

Tapi lama kelamaan aku pun dah jadi tak kisah. Jadi hubungan kami sangat hambar sekarang. Hadiah atau bentuk penghargaan lain memang tak pernah la dia bagi. Birthday pun aku yang mintak.

Jika aku marah atau sedih dengan suami, suami akan block semua ekses aku dengan dia. Call tak boleh, mesej tak sampai. Fb pun dia block.

Pernah sekali aku eksiden masa aku gaduh, call dia tak pernah dapat sbb dia block aku. And bila dah dapat call aku nangis2 bgtau eksiden dia boleh tanya kereta ok ke tak ?

Bila aku marah, dia cakap of course la awak tu sihat boleh cakap dengan saya kan. Allah luluh hati aku.

FYI time tu aku sarat ngandung anak no 3 8 bulan dan dia outstation. Last2 aku call bapak aku yang duduk jauh mintak tolong dia. Laki aku? Kerja dia yang diutamakan. Sibuk katanya.

Suami aku tak pernah imamkan aku solat. Sepanjang kami kahwin banyak kali aku tegur. Masih dia tak nak imamkan.

Dan dia di rumah tak solat pun. Hanya di tempat kerja dia solat. Anak2 mengaji semua aku yang usaha hantar dan bayar ustaz.

Ya memang dia bagi nafkah duit tapi aku anggap itu sebagai duit sewa rumah yang sepatutnya dia yang sediakan untuk kami. Makanan anak2, pampers, duit belanja. Semua aku. Ya bil elektrik dan air suami bayarkan.

Tapi bila elektrik naik sikit, dia akan merungut macam kami semua membazir elektrik sepanjang kami duduk rumah. Dia lupa aku jugak bayar duit internet, astro, cuckoo. Sikit pun aku tak merungut depan dia bila duit tak cukup.

Aku akan usaha sehabis mungkin untuk cari duit extra untuk bayar bil semua. Tapi dia kalau tak cukup duit, dia akan suruh aku bayar bil yang patutnya jadi tanggungjawab dia. Lama-lama aku bengang la jugak. Gaji kami sama saja padahal.

Suami aku selalu oustation. Bila dia kerja luar, hal anak-anak langsung dia tak pedulikan dah. Apatah lagi hal aku. Aku positif covid tahun lepas pun, malam baru dia msj tanya ok ke hari ni.

Ntah2 aku ni m4ti kejung dulu pun dia tak tahu dalam rumah tu. Anak kami semua masih kecil. Yang sulung baru 8 tahun. Entah apalah anak aku akan buat kalau jadi apa2 kat rumah.

Kalau time raya, memang tak de la dia nak hulur duit extra untuk beli baju raya. Aku kena sediakan semua.

Aku bukan nak mengungkit tapi seluar dalam dia kemain berkilat, seluar dalam aku dah koyak rabak pun dia tak belikan. Seluar dalam anak2 lagi lah. Barang dia tak main la cikai-cikai. Aku ni baju pasar malam saja aku bedal.

Baru2 ni dia buat loan berbelas ribu. Bila aku tau aku tanya dia untuk apa. Dia jawab sebab dia nak beli mesin padi. I am like what? For what? Mak dia nak beli mesin padi kat kampung.

Aku cakap kenapa tak bincang dengan aku dulu? Dia jawab, tak rasa nak bagitau awak pun. Aku memang marah gila waktu ni.

Sebab bila hujung bulan kau tak cukup duit bini kau dengan anak2 yang jadi mangsa. Bila aku tak bagi pinjam, habis dia pinjam dengan sanak sedara. Ya Allah malu tak yah cakap la. Usaha la cari side income. Ini tidak. Masa free kau tido. Main game.

Kalau aku merajuk, nak kan perhatian dia, sorry la dia nak pujuk. Aku ni cedera kat dapur panggil dia pun dia wat dekk saja.

Belum lagi aku cerita aku kena tepis bila peluk dia malam-malam. Banyak kali aku menangis depan dia, dia pandang dan buat tak tahu saja.

And ada sekali tu aku menangis sebab terlampau sedih dia masuk bilik sebelah dan menjerit SI4L PUNYA BINI. B4BI! Aku terkejut.

Aku tanya dia. Dia cakap kat siapa? Dia balas aku cakap kat kau lah si4l. B4bi kau ni. Allah masa tu, hilang semua sedih aku.

Sayang dan cinta aku dekat dia, pufffffff hilang macam angin. Aku angguk ke. Okaylah. Aku ni syial. Barbi. Okay bang. Aku gi keja dulu ya bang.

Semoga bini syal awak ni tak bagi awak stress la bang. And aku pergi keja macam tak ada apa2. Aku pun pelik dengan perasaan aku.

Malam tu dia balik kerja. Muka dia sugul. Aku tak rasa nak cakap dengan dia langsung. Aku nak pegi kedai dia nak ikut. Aku layan saja la.

Dalam kereta dengan anak-anak semua kami dua diam saja. Balik rumah. Aku masuk bilik. Menyusu anak bongsu kami. Dia masuk dan terus menangis.

Minta masf berkali-kali. Aku? Jujur cakap aku tak ada rasa apa. Sedih pun tak. Marah pun tak. Cuma kejadian tu memang kekal dan segar dalam otak aku. Diputar macam tape rosak.

Suami aku memang baik bab2 kerja rumah. Dia tak pukul aku. Dia rajin main dengan anak-anak. Tapi tulah, itu jelah kelebihan dia yang aku nampak. Untuk aku memang aku tak da rasa lebih dah dia di mana-mana.

Perempuan ni tak kisah susah sama-sama dengan suami. Asalkan suami tahu hargai. Usaha sama-sama.

Jangan biarkan bini bergelut sendirian. Sebab sebaik dan sebidadari macam mana pun isteri, last-last jadi raksasa juga kalau hadap tekanan perasaan macam ni.

Dan para suami. Jangan ambil mudah dengan perasaan isteri. Buruk macam mana suami, isteri terima. Tapi bila dihina, perasaan tu akan hilang terus dari hati.

Sekarang, kalau aku dengar dia tak sihat or ada masalah, aku tak rasa risau langsung. Kau hal kau. Aku hal aku. InsyaAllah aku kekal dalam perkahwinan kita ni demi anak-anak.

– Miss B (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Saya tak pernah bersetuju dengan kenyataan, “bertahan dalam perkahwinan toksik demi anak-anak”. Satu hari nanti anak-anak akan tinggalkan kita. Belajar, berkerja dan bekeluarga. Jadi, apa yang tinggal untuk kita sebagai isteri? Hanya satu perkahwinan yang toksik. Betul, manusia boleh berubah. Persoalannya, bagaimana jika tidak berubah? Anak-anak akan hidup dalam persekitaran keluarga yang toksik melihat ibu bapa yang kerap bertengkar dari kecil sampai besar. Ibu yang beremosi, tempiasnya akan terkena kepada anak-anak.

Apa-apa pun, semua keputusan di tangan puan. Semoga urusan puan sentiasa dipermudahkan.

Netizen 2 : Ada pesanan dr seorang motivator, dalam rumahtangga yg tak membahagiakan atau suami sudah tak menjalankan tanggungjawab dgn baik, isteri ada 3 pilihan samada nak memperbaiki rumahtangga, bertahan atau melepaskan. Setiap orang ada pilihan masing² dan pilihan yg dibuat sudah pasti ada sebabnya. Puan telah buat pilihan untuk bertahan, semoga puan terus kuat.

Cuma pastikan anak² berada dalam environment yg sihat. Peranan suami/bapa sangat besar dalam sebuah keluarga, suami/bapa sbg ketua & contoh kpd anak². Bila tuntutan agama yg utama iaitu solat si bapa tak jaga, adakah itu akan jd contoh yg baik buat anak².

Nerizen 3 : Ayah sy mcm ni.. tak romantik, tak bg perhatian tapi dia baik rajin tlg mak sy.. mak sy pun struggle perasaan jg masa muda tapi bila abah & mak sy dah masuk 50an bila anak2 dah besar, diaorg duduk berdua.. berubah abah sy tu, lagi caring dgn mak sy selalu bawa mak sy jalan, makan sana sini, beli itu ini.. maybe waktu sahaja bisa membaiki semua ni.. bukan dia tak nak buat, maybe banyak fikir kot.. Sis pilih la nak sabar sekarang je, atau nak sabar sampai habis.. sbb perangai manusia ni mcm2.. tgk jenis juga yg sis blh hadap sabar..

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.