*gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum. Sejak akhir ni banyak luahan kaum ibu yang ‘burn out’ dengan kerja rumah dan suami yang kurang peka untuk membantu.
Semua meluah untuk mencari solusi tapi kadang kala komen warga net lebih kepada merosakkan, kecam kurang beri jalan selesai. Sangat bahaya.
Sangat kesian jika nak difikirkan nasib orang perempuan yang kerjanya tak pernah habis siang malam. Semoga kaum ibu diberi kekuatan menjalani hidup.
Diharap perkongsian apa yang saya pernah buat untuk menyelamatkan rumah tangga yang burn out sedikit beri jalan keluar kepada pasangan yang hadap masalah sama.
Ia mungkin sesuai atau tak sesuai pada keadaan anda. Tapi mana yang sesuai ambillah.
Saya hadapi situasi dimana kemesraan mula hambar, syak wasangka, masing masing rasa pasangan tak sayang dan tak perlu lagi.
Saya alami burn out agak lama berbelas tahun usia kahwin, asalnya kita dah tentu fitrahnya orang perempuan dengan kerja rumah, tidak ingin kasar dengan pasangan, taat dan memudahkan suami.
Tapi saya lupa, bila kita memudahkan suami dan mengajar suami cuci kaki dari awal kahwin.
Akhirnya membentuk dia menjadi kurang sensitif, anggap kita superwomen, ada tenaga berganda dan kalis tekanan. Masa terluang juga beri peluang suami dengan aktiviti luar. Dan kita terus makan hati.
Saya seorang introvert (bagi kaum ibu introvert, jangan dihentam sangat mereka tak bijak, naif, membodohkan diri wahai warganet), tahukan mereka agak struggle berlawan perasan dan sukarnya untuk meluah) tidak seperti orang extrovet.
Jadi yang introvet kita perlu belajar keluarkan apa yang kita simpan sesekali. Barulah akan ada komunikasi keduanya.
Burnout saya hadapi buat saya makan diri bertahun, hilang rasa sayang dan mesra pada suami, membentuk rasa untuk sentiasa melepaskan diri dari perkahwinan, menangis seorang diri.
Tiap kali bergaduh, saya lebih suka mendiamkan diri (silent treatment) ikut mood saya berapa lama saya boleh recover. Biasanya 3 hari atau lebih teruk 2 minggu. Tapi bila acapkali hadapi situasi membisu ini sebenarnya buat saya lagi dispress. Rasa kosong dan hopeless.
Satu hari dalam suasana masih duanya membisu. Selesai solat Subuh, saya menangis agak teruk seolah olah dunia nak kiamat. Sampai bila nak menghadap perkahwinan yang kita hajat kekal sampai mati dengan macam ni. Saya rasa penat.
Saya inginkan kehidupan melalui fasa umur tua dalam keadaan tenang. Saya nekad cabut telekung solat dan mencari suami yang tidur di ruang tamu. Heret tangan dia masuk bilik, suami dah terpinga pinga dan ini lah apa yang saya buat.
Pertama saya ingatkan dalam kepala, yang saya perlu ada dalam mod berbincang dan runding. Bukan confront untuk punah ranah. Intonasi suara perlu kawal.
Biasanya sesi hati ke hati macam ni boleh bertukar jadi lahar membuak keluar jika sama sama emo. Objektif adalah untuk mencari titik temu dan solusi.
Saya mulakan ‘we need to talk’. Semua ni tak bagus untuk kita, untuk anak dan mental tortured. Saya menarik sungguh sungguh agar suami fokus pada apa yang kami nak bincang.
Saya tanya hati ke hati apa yang tak kena, case by case yang menjadi incident kami pecah hati, kami brainstroming. Nampak macam meeting dalam pejabat kan. Tapi its work.
Dari situ, saya dapat explanation apa persepsi suami pada saya kenapa dia re act macam tu macam ni, sama juga dia pun dapat tahu apa judgment saya pada dia itu ini. Semuanya kami beri explanation dan yang salah masing masing kami admit salah.
Pada awal bincang memang sedikit ada pertikaian cara masing masing, tapi kat sini amat penting kita cepat kawal dan sedar, cool down dan ingatkan balik kami sedang berbincang untuk selamatkan satu rumahtangga.
Buangkan sedikit ego, akui kesilapan diri masing masing dan menerima kekurangan pasangan kita.
Kita semua ada kekurangan dan kita ada salah pada pasangan. Itulah kita perlu admit. Tetapi apabila lalui sesi hati ke hati ini ia memberi jawapan yang selalu kita salah jangka pada pasangan yang buat kita jauh hati samalah juga di pihaknya.
Namun adakah setelah melalui usia perkahwinan lama, kita tiada usaha jalan untuk membangkitkan semula rasa sama seperti kita mula mula kahwin.
Kami membuat perjanjian yang sepatutnya kami buat awal berkahwin, pembahagian tugas dan tanggungjawap. Memberi keutamaan pada pasangan dan rumahtangga dari urusan lain. Jika mahu perkahwinan ini diteruskan.
Bernula ini kami seolah olah memulakan balik perkahwinan kami dengan menyedarkan peranan masing masing, belajar lebih banyak apa yang pasangan kita suka atau tidak kita buat ibarat kata tackle semula hati masing masing.
Saya menyusun balik jadual kerja saya untuk beri keutamaan pada urusan dapur kerana suami amat suka jika dapat makan masakan saya.
Isu ini berkait juga sebab lapar, apabila saya penat, lauk pula tidak dibeli oleh suami untuk masak, nampaklah disitu dia memandang saya kurang menjaga makan minum dalam rumah, saya pula memandangkan kurang tanggungjawap menyediakan lauk basah untuk dimasak.
Semuanya salah persepsi.
Bila kami lalui sesi hati ke hati ini, suami sedar dia kerap tidak sediakan barang mentah memudahkan urusan dapur saya, maka dari situ dia berubah. Kurang beri perhatian pada saya, kurang banyak masa, banyak pegang hp, jadi sedikit demi sedikit, dia mula berubah.
Bila ada dua pihak berkerjasama dalam rumahtangga maka ia akan jadi satu team bola sepak yang mengasak lawan. ‘Lawan’ adalah hasutan emosi untuk membenci pasangan dan bercerai. Dah tentu itulah kesukaan syaitan dan jin untuk meruntuhkan satu rumahtangga.
Saya pernah lalui pengalaman berjalan seorang diri malam dalam ketakutan, serba salah rasa berdosa kerana tidak maklum ke mana saya pergi (dek sakit hati), diusik lelaki kerana tiada suami berteman, menyebabkan saya rasa inilah antara akan dilalui oleh ibu ibu yang hidup sendiri.
Membuat saya ingin terus ada suami untuk menjaga fitnah diri dan maruah. Saya perlu akui dalam kekurangan suami ada kebaikannya itulah sebab kita suka padanya dulu.
Mungkin pasangan kita berubah atas sebab sebab yang seperti saya sebut awal tadi, maka kita perlu mengubah, membaiki bukan terus membuang.
Saya meminta suami menjadi betul betul ‘suami’, menjaga nafkah dengan baik, tahu bila masa keutamaan dalam rumah perlu diberi perhatian berbanding hal luar. Jangan dipikul semua yang bukan tugas kita, beri peluang untuk dia jadi suami yang sepatutnya.
Mari ibu ibu yang mengalami masalah sama, mari kita cari titik temu dengan pasangan kita. Jangan kita mengalah dengan ujian perkahwinan kita. Mana tahu kita menjadi lebih ‘hidup’ dan ‘berkahwin semula’ lepas melalui susah ini.
Saya juga tak nafikan, ilham untuk sesi brainstroming ini datang lepas saya merintih pada Allah lepas solat, saya minta sungguh sungguh agar masalah kami diberi cara nak selesai. Itu perkara asas untuk keduanya kita dapat berubah.
Saya kini cuba memperbaiki solat di awal waktu dan khusyuk saya yang banyak caca marba dek kesibukan dan kepenatan uruskan anak anak. Mencuba satu helai Al Quran setiap hari.
Jika pasangan tak solat, teruskan solat, akan diberi kebaikan pada kita meskipun tidak pada dia.
Pada kaum ibu yang telah berpisah, saya doakan anda semua diberi peluang berkahwin semula dengan pasangan yang lebih baik dan pengalaman lepas akan mematangkan perkahwinan.
Yang sedang bermasalah, makan hati, saya doakan semua masalah anda semua dapat selesai secara aman.
Kita kadang kala tiada ilmu, tiada pengalaman, kita percaya sejurus di akad, kita semua ingin menjadi isteri isteri yang baik dan dapat redha suami untuk mudahkan perjalanan kita di sana kelak.
Untuk kaum suami, apabila anda akad nikah, adalah satu perjanjian untuk menjaga dan mendidik kami kaum isteri, bukannya menuntut kesempurnaan kami sedang anda juga tidaklah sesempurna mana.
Maka salinglah terima kekurangan dan baiki diri dan pasangan dengan contoh baik dari anda sebagai ketua keluarga. Ketua itu maksudnya dominan. Gunakan kuasa dominan untuk membawa keluarga ke tahap baik.
Seperkara lagi kita yang punya anak anak hari ini, latih dan didiklah anak urusan rumah, ramai anak lelaki membesar jadi raja kerana didikan awal dirumah merehatkan anak lelaki sebaliknya anak perempuan disuruh macam macam.
Ia sama berlaku pada suami saya yang berlatarbelakangkan anak anak lelaki tidak diajar berdikari kerja rumah, ayah menjadi raja, ibu menjadi kuli. Kini saya ingin mengubahnya dari awal.
Anak anak lelaki dan perempuan saya bagi tugas sama rata, malah lelaki saya ajar kerja orang perempuan supaya dia dapat membantu orang rumah kelak.
Yang bermula dengan cara tidak baik, ambil lah pengajaran kisah kisah matang dari iium confess ini untuk teladan dalam kehidupan dan baiki diri.
Terima kasih IIUM Confession sedikit sebanyak banyak saya belajar dari sini untuk mematangkan diri.
– Fatimah (Bukan nama sebenar)
Antara komen netizen :
Nerry Zetty : suami saya kalau dia kata ngantok, saya balas balik saya pun ngantuk! kalau dia kata lapar, saya pun lapar! kalau dia kata malas, saya pun malas. jadi nak tak nak buat jugak.
tak puas hati direct jer terus. ni cawan sapa tak basuh? ni lampu memang auto tutup sendiri,air melimpah, sebut jer Sayangilah bumi anda!
tetamu datang rumah , kata rumah macam asrama sebab penuh papan tanda peringatan, jaga kebersihan/ jangan letak barang atas printer . senang cerita tak sempat bebel tulis dan tampal. kat kedai rm2 banyak jual tanda2 tu
selamat mencuba
Harnizah Razak : Hebatnya TT,dapat cari jalan penyelesaian utk rumahtangga,moga terus istiqamah bersama,beruntung sbb dpt yg mendengar walau baru bangun tidur,bukan semua mcm tu,tp perkongsian yang baik,mmg lazimnya masalah utama ialah telah merasa bertanggungjawab tapi hakikatnya tak masuk ke hati,contohnya,dah penat kerja nak makan tp barang basah tak beli,nafkah tak bagi sbb isteri bekerja,bulat2 serah semua urusan rumahtangga dan anak2 kepada isteri,ramainya suami yang begini zaman ini..berdikari pun dah jadi satu kesalahan zaman ni,moga TT terus istiqamah memperbaiki dan meniti bahagia,tua bersama ..
Sumber : iiumc