Aku graduan ijazah terjebak dgn AKPK. Bru gaji pertama dah amek kereta H. Pkai kredit card sesuka hati.

Foto sekadar hiasan : Sedikit pengenalan mengenai diri yang sudah berumur hampir 35 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Sekarang bekerjaya sebgai seorang jurutera di company di Ibu Kota.

Mula bekerja dengan gaji permulaan RM3000 sehingga yang terbaru RM7300.

Mula bekerjaya pada umur 24 tahun dan masa ni sangat seronok sebab tidak ada komitment dan gaji bulanan pula hampir RM3000 di mana perasaan ketika itu tidak dapat digambarkan kerana masa belajar hanya mempunyai elaun bulanan RM200 sahaja.

Di kilang, bergaul pula dengan rakan sebaya dari lepasan ijazah dengan gaji bulanan yang hampir sama. Pada masa ni perbualan harian hanyalah berkisarkan mengenai Kereta, Motorsikal, Smartphone dan Travel.

Biasalah masing masing Gaji masih lagi fresh belum terikat dengan mana mana loan.

Bekerja tanpa ada sebarang commitment dengan bank membuatkan nafsu membuak buak untuk ada lifestyle seperti kawan kawan yang mempunyai credit card, Smartphone latest edition, motor CC besar dan juga kereta Berjenama H.

Bagaimana boleh terjebak untuk memiliki credit card? Salah satu sebab adalah cadangan dari rakan untuk membeli smartphone dengan 0% interest. Bergaya kan? Dua tahun terikat dengan credit card dengan bayaran 1++ sebulan.

Perasaan memiliki credit card memang sangat best sebab beli barang tak keluar cash, swipe sahaja walaupun credit limit hanyalah RM5000.

Waktu ini belum mempunyai kereta tapi nak tunjukkan tahap bergaya tu nak isi minyak RM5 pun swipe credit card hahah. 6 bulan selepas itu sudah mula buat 10% downpayment dengan dealer H with monthly payment RM850.

Mula terbelit dengan credit card apabila pembayaran bulanan hanyalah sekadar MINIMUM sahaja dan ini berlanjutan sehingga tahun kedua dan masa ini jumlah limit sudah cecah nilai maksimum.

Tidak sempat nak selesaikan baki hutang credit card, makwe masa ni pula ajak berkahwin katanya kalau lambat ada orang nak masuk meminang. Sebagai pakwe yang kacak tidak sampai hati nak tengok makwe berkahwin dengan orang lain.

Selesai bertunang, keluarga sebelah sana beri tempoh setahun untuk melanjutkan perkahwinan dengan nilai hantaran RM13K dan juga RM2k duit mas kahwin. *nangis*

Ketika ini baru 2 tahun bekerja dan duit hantaran baru nak cukup dan Pening dengan masalah credit card yang baru cecah limit RM5k, sudah mula buat survey survey mengenai Personal Loan. Haha.

Buat permulaan hanya buat pinjaman dengan A Bank with total 8k dan montly payment baru RM134. Gaji tahun kedua masih maintain dan tiada kenaikan.

Disebabkan bayar duit kereta pun dah hampir separuh dari Gaji, untuk menyimpan RM1k sebulan adalah amat susah (Sewa bilik condo RM400).

Lagi 4 bulan nak berkahwin, duit baru cukup untuk hantaran tak termasuk lagi dengan photgrpher, pelamin, duit baju, barang hantaran.

Tanpa berfikir panjang, mulala panjang kaki ke Bank Is* yang tawarkan rate interest yang β€œrendah”. Permohonan RM30K di buat dan lulus dengan cemerlang. Ketika ini bank luluskan sekali dengan credit card yang ada limit RM8K.

Dari total Personal Loan, Rm10K di gunakan untuk selesaikan personal loan yang ada dan selebihnya digunakan untuk berkahwin. Ya habis lagi 20K hanya untuk sehari majlis perkahwinan. *nangis*.

Fasa baru bermula, masa ini sudah ada komitment Kereta RM850, PL RM450 dan selepas kahwin, saya dan wife berpindah ke rumah sewa di mana rumah ini adalah kosong.

Duit dah habis licin buat kenduri dan ingat wife dapat support sedikit untuk perkakasan untuk masuk ke rumah sewa. Rupanya duit dia pun dah habis juga untuk belanja sebelah perempuan.

Ketika ni wife belum tahu saya punya commitment dan dia anggap everything is okay. Sebagai suami, tak kan la nak bagi wife tidur atas tilam di lantai jer. Masa ni baru teringat kepada credit card yang bank provide masa buat PL.

Jadi dengan CC ni saya gunakan untuk beli Set Bilik tidur, Set Ruang Tamu, Set dapur. Ya selesai sudah RM5k dan yang lebih swipe buat belanja honeymoon. haha

Macam mana boleh terjebak dengan AKPK?

Saya hidup dengan keadaaan hutang begini selama 3-4 tahun juga dan konsep gali lubang tutup lubang, lifestyle masih maintain. Sehinggalah terbelit dan tidak mampu bayar lagi.

Dengan bantuan google, ada jumpa agensi yang manage hutang tapi kenakan fee untuk setiap hutang yang kita buat, dapat la reduce monthy commitment dalam 30% tapi hutang pokok masih tidak berkurang.

Cara yang diorang guna sebagai contoh hutang kita Credit CC RM800 sebulan, kita hanya perlu bayar RM500 sahaja, dan duit ni diorang akan bayar ke setiap CC dan withdraw balik guna diorang punya terminal.

Saya gunakan agensi ni untuk manage hutang dan bayar fee dekat agensi selama setahun sebelum diorang pun tutup kedai. Selepas itu, sengsara saya kembali dengan kena bayar semua commitment seperti biasa iaitu 2CC+2PL dengan total RM1350 sebulan.

Masa ni saya dah bertawakal, memang rasa gelap masa depan sebab hutang hutang terlampau tinggi serta CCRIS Record macam jahanam sebab hutang asyik sangkut serta kereta dah dua bulan tak bayar.

Suatu hari saya dapat email dari satu agensi yang katanya program diorang ada join partner dengan bank harimau untuk manage semua hutang. Waktu baca ni memang sangat tertarik kerana commitment saya dari RM1350 dapat dikurangkan sehingga RM650.

Malangnya agensi ni kenakan yuran sebanyak 10% dari total hutang kita dimana bersamaan RM5500 hanya untuk kurangkan komitmen.

Selidik dengan lebih mendalam lagi baru lah saya dapat tahu program ni adalah AKPK yang ditubuhkan oleh BNM untuk elakkan ramai orang yang banyak hutang dari bankrupt dan juga sebagai penasihat kewangan.

Saya ada bagitahu dekat agen tu nak direct ke AKPK malangnya diberitahu permohonan saya tidak akan berjaya keranan banyak hutang. Katanya lagi agensi diorg sahaja dapat luluskan permohonan saya dengan AKPK.

Melalui survey dari internet saya terus berkunjung ke AKPK Kuala Lumpur untuk tanyakan lebih details lagi dan waktu nak kesana seperti nak gunakan topeng sebab malu kalau terjumpa dengan rakan2. Dalam otak dah set yang AKPK ni adalah tempat untuk orang bankrupt sahaja.

Jadi sebab itulah sebelum dapat berjumpa dengan pegawai AKPK kita kena hadiri kursus kewangan dan penerangan yang dianjurkan AKPK terlebih dahulu.

Selesai kurus saya dapat booking perjumpaan dengan Pegawai dari AKPK dan Alhamdulillah pegawai AKPK sangatlah terbaik serta permohonan saya nak sertai AKPK adlaah lulus.

Diorang takda nak pandang rendah dekat kau, sebaliknya diorang tolong kira hutang dan berhubung dengan bank untuk kurangkan pembayaran ikut berapa yang kau mampu. Selesai perkiraan semua saya hanya perlu bayar RM450 sahaja selama 10 tahun.

Short story, hutang saya selesai dalam tempoh 4 tahun dan CCRIS rekod saya tersangat clean dan padu. Persepsi orang yang nak join atau daftar AKPK adalah susah nak buat loan (DEYY LU HUTANG DAH TINGGI LAGI MAU PIKIR ITU LOAN).

Sebenarnya persepsi ni adalah SANGAT SALAH!

Sebulan selepas clear semua full settlement dan dapat surat release dari bank saya dapat apply credit card baru dengan limit RM30K (card ni tak activate pun hanya untuk test bank blacklist ke tidak untuk graduan AKPK) serta loan rumah yang lulus dengan score terbaik.

Syukur alhamdulillah banyak yang dapat belajar dari program AKPK terutama financial planning. Pesanan saya kepada yang banyak hutang dan tak boleh manage silalah ke AKPK untuk dapatkan hidup yang tenang daripada dihantui panggilan BANK.

Yang Benar,

Graduan AKPK

– Taro (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntizen :

Netizen 1 : Congratulations πŸ‘πŸ‘πŸ‘…
Susah nak jumpa a men..yang ketepikan rasa malu dan ego..dalam menyelesaikan permasalahan kewangan..

Alhamdulillah..ada kesedaran..ada keinsafan dalam membetulkan keadaan..walaupun berkali anda ke sana sini untuk reschedule kewangan anda..last..u serah diri juga pada AKPK..means u really..really..needed help..

Better sebolehnya dan sebaiknya jangan gunalah..even u tell yang ur payment on time sekalipun..better don’t lah..kerana ia melibatkan jiwa dan hati..

Tambahan pemakanan…hati akan jadi sangsi..

Netizen 2 : Credit card tak salah. Yang salah tu sikap. Sy dah guna credit card for 6-7years dengan limit 20K. So far, credit card la banyak membantu sebab boleh collect points, dapat redeem beberapa jenis kitchen appliances menggunakan points, luggage bag 4 (tak pernah beli, semua dpt free masa sign up) & mcm2 benefits lain. Ccris still cantik asalkan bayar outstanding semua on time & jgn biasakan diri bayar minimum. Bank buat duit dgn interest dari situ la. Even limit 20k or 30k jgn la swipe sampai habis limit. Sy cuma guna around 1k je. Jgn terikut2 org nak beli latest iphone or brg branded.

Netizen 3: guna kredit kad ni kena jaga nafsu..situasi sy pula ambik kredit kad guna masa penting n kecemasan shja..contoh,bil rawatan klinik kalau gaji lambat lg,modal meniaga bln puasa..itu je..dh guna dapat gaji terus setel kan..jangan tangguh..set dlm minda,kad tu umpama along,x bayar bank kacau x aman hidup..

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.