Gambar sekadar hiasan
Aku rasa nak meluah kat sini, harap admin sudi siarkan. Seriously selepas berumah tangga aku totally tinggal kawan-kawan zaman seronok. Aku fokus pada keluarga. Cuma tinggal kawan- kawan pejabat yang aku kenal selepas kahwin..
Anyway, tujuan aku kat sini cuma nak meluah saja. Sebab benda ni terbuku di hati aku.. aku simpan sendiri, aku rasa aku boleh depress. Bacalah luahan isi hati aku yang panjang ni dengan minda yang terbuka.
Alhamdulillah aku seorang isteri yang bekerjaya, gaji aku lebih tinggi dari suami. Aku di bidang swasta dan suami kerja kerajaan. 10 tahun usia perkenalan dari saat mata bertemu mata sampailah hari ni dah beranak 5.
Macam mana nak mula ya, aku perkenalkan latar belakang aku dan suami. Umur kami 9 tahun beza. Suami lagi tua dari aku.
Aku ni merupakan perkahwinan kali kedua dia, maksudnya dia bercerai hidup dan 3 bulan selepas bercerai dia terus masuk meminang aku.
Macam mana aku boleh terima dia? Ntah. Maybe masa tu zaman baru nak up, so kalau ada orang meminang tu kira hebat la. Tapi aku rasa masa tu rebound period kot.
Both of us in frustrated phase, bila berjumpa tu banyak meluah perasaan so tersangkut tanpa sengaja.
Tapi sebab aku berkenalan dengan dia dalam fasa dia dah proses bercerai, jadi aku lah dituduh punca. Sedangkan aku kenal dia di saat dia dah naik turun mahkamah. Kami bercinta pon masa bertunang.
Sebelum tu aku cuma kenalan biasa. Setahun bertunang,tu pun aku yang paksa dia decide tarikh nikah. Sebab kalau tunggu ditunggu nampak macam takda penghujung, dia pon 50/50 dengan aku.
Dia masuk meminang pon aku boleh rasa, dia nak tunjuk kat ex wife dia yang dia boleh cari perempuan lain.
Sebab dia pernah bagitau aku yang ex wife dia pernah hina dia masa gaduh “pergi la cari perempuan yang nak kat kau kalau ada, dengan rupa kau tak seberapa tu” ..
TBH, memang dulu mula kenal aku rasa dia tak handsome pon, serious rupa takda. Haha. Tapi sebab aku rasa dia baik, ya baik sangat.
10 tahun perkahwinan, Alhamdulillah, selepas fasa pertama habis maknanya 5 tahun pertama berlalu kami dah saling kenal mengenali dan boleh terima diri masing2.
Masuk fasa kedua, aku rasa aku makin matang in term of responsibility aku sebagai isteri, mak kepada anak2, menantu dan anak kepada kedua ibu bapa kami.
So, kitaorang jarang gaduh dah. Dalam sebulan tu kalau ada pon time awal2 PMS saja. Itu pon kalau ade yang trigger, tapi mostly kitorang sangat la happy family.
Bab kerja, suami aku ni jenis selalu outstation. Boleh kata dalam sebulan tu ada, lagi2 kalau kena time ada operasi. Sebulan tu pasti takde kat rumah. Aku kan kerja, so aku ni ada office mate yang click.
Tapi tu la, betul orang yang paling rapat dengan kita tu boleh jadi orang yang paling kita benci satu hari.
Nak jadi cerita, aku menang declare si M ni bff aku, M ni kantoi ada hubungan dengan budak sepejabat kitaorang yang berstatus suami orang, dan dia pula isteri orang. Cliche kan cerita2 macam ni bukan dalam drama saja eh, real depan mata pon ada.
So, bila aku tegur apa yang dia buat tu salah, dari situ start dia tak boleh terima. End up sampai sekarang dia still in relationship dengan lelaki tu dan kitorang dah pun putus kawan.
Dalam masa yang sama jugak, ada la kawan aku ni Z ni pon sejenis liar tak bertempat, dah jadi bini orang pon still melayan kawan lelaki dia ajak jumpa kat hotel. So, tak payah cerita lebih2 korang mesti dapat agak apa jadi.
Seterusnya ada jugak lelaki kat pejabat aku ni yang berstatus suami orang, dok gila kat sorang janda ni, bini kat rumah dah meroyan macam orang giler.
Next kes, ada lagi satu kisah kat pejabat aku jugak ada suami orang dok giler berkawan dengan anak dara department lain, elok balik kerja lepak mamak sama, yang aku jadi geram kawan2 lelaki yang lain elok sama cover.
Setiap kes ni aku memang share dengan suami, dan suami aku memang dengar dan kadang sama naik la nak marahkan kawan2 aku ni. Cuma dia pesan suruh jadikan iktibar dan pengajaran..
Sebenarnya, point aku baru nak mula..
Sesungguhnya, apa yang jadi depan mata aku tu semua adalah hint Allah nak bagitau yang aku pun akan terima ujian tu. Siapa sangka kan, aku sendiri tak sangka. Sampai sekarang aku rasa ralat.
Semua ni berubah 360 darjah.
Di tahun ke 10 perkahwinan ni, aku diuji. Suami aku kantoi ada kawan perempuan. Dalam aku dok sibuk kongsi cerita kawan2 aku… takda sekelumit pon rasa bersalah dia untuk bagitau aku yang dia berkawan dengan perempuan lain..
Benda ni kantoi dalam aku pantang anak ke lima. Bayangkan selama ni aku rasa aku lah isteri terpaling bahagia, rupa nya aku ditipu hidup-hidup. Rasa hati tu hancur, kulit tu macam disiat-siat. Boleh bayang tak aku rasa luka hancur berkecai macam mana??
Long cut short, aku check handphone suami. Selama ini, aku tak pernah check ya. Sebab aku tak tau password dia, kali ni aku tau sebab hari tu aku ternampak dia touch pin code dia, masa dia trace guna face id tak berjaya.
Even aku dah tau pincode tu, jarang sekali aku godek handphone dia. Tapi ada satu hari tu aku ni macam dibisik-bisik suruh check.
Naluri isteri tak pernah salah. Aku check, aku nak tengok WhatsApp saja. Masa scroll, ada satu WhatsApp yang catch my eye sebab DP dia perempuan. Conversation ada satu saja.
Dan ayat perempuan tu seakan2 kecewa dengan mesej sebelum tu. Maknanya la kan, ada conversation la sebelum tu, yang mana suami aku dah delete. Kat situ aku trigger. Ok aku aim this number. Cepat-cepat aku snap gambar.
Hati aku jadi tak sedap, next day masa suami aku mandi, aku memang nak check handphone dia. Masa tu, aku dah menggigil nak buka. Sebab aku punya naluri cakap, aku akan dapat jawapan.
Serious sebelum ni buka handphone takda rasa gigil, berdebar macam ni. So, dalam ketar tu aku buka. Ya Allah.
Masa ni jantung aku jatuh. Aku blackout sekejap. Rasa tak percaya giler la. Perempuan tu whatsapp aktiviti dia, dan dia bahasakan suami aku “Bang”.
Perghhhh itu dah lebih sangat, orang yang level2 mesra nak mampus saja panggil bang bang ni. Terus aku snap gambar.. kumpul bukti laa.
Hmmmm… so aku panggil dia confess. Yada yada yada, dia bagitau tu kawan lama dia, kawan biasa. Kawan yang dia kenal sebelum dia kenal aku. Tapi sebab perempuan tu orang east malaysia, dia tak berjodoh. Keep contact sampai sekarang.
Masa dia explain, langsung aku tak boleh terima.. tapi ni first seumur perkahwinan kitaorang keluar ayat mintak maaf dari mulut dia.
Aku dalam pantang, boleh bayang tak aku meroyan macam mana?? Dia cuma keep mintak maaf dan tenangkan aku. Kalau tak, gaduh la macam mana dia bukan jenis mintak maaf.
Aku rasa diperbodoh. Dia guna alasan tu kawan lama dia sebagai tiket untuk terus berhubung. Kenapa kisah perempuan ni tak pernah dia kongsi kat aku, padahal kawan kawan perempuan dia banyak, dan dia selalu share cerita apa jadi kat pejabat dia, usik usik kawan dia.
Even dia contact dengan ex dia zaman sekolah pon dia kongsi dengan aku. Tapi cerita pasal perempuan ni langsung dia tak pernah bagitau. Aku kecewa.
Point aku. 10 tahun aku ditipu, aku rasa perkahwinan aku sia-sia.. selama ni aku setia, agungkan dia, tatang dia bagai raja. Ini yang dia balas aku.
Pengorbanan aku beranakkan anak-anak dia, dia tak nampak ke dia buat2 tak ingat.. Hmmmm aku kecewa. Patut kan aku rasa kecewa??
Ujian untuk aku… tapi sungguh ia berat.. tak terjangkau dek akal aku akan diuji macam ni.. Selama ni aku tengok drama saja, leps tu bila dah campur kat ofis rupa nya benda ni jadi kat dunia nyata.
Lagi buat aku sesak dada, benda ni kena batang hidung aku. Allah.. berat wei.. anak dah 5, apa lagi yang aku tak sempurna…
Bila aku tanya, dia kata aku tak da cacat cela. Aku ingat dia lelaki teragung, tapi dia lelaki yang buat aku tersinggung. Sakit wei. Kalau setahun dua takpa, tapi ni dah 10 tahun. Mintak maaf sahaja tak semudah tu untuk buat aku lupa. Aku simpan dalam hati. Hmmmm
Dari aku yang sebelum ni setia, aku jadi terfikir nak cari kawan lelaki jugak. Orang kata nak buat kawan cari time susah2.. tapi nanti nusyuz pulak. Hmmmm sabar. Tapi nak sabar ni cukup perit. Luka ni terlalu dalam. Sakit, sangat sakit rasa ni.
Kalau ada yang sudi nak tau apa yang aku tanya masa sesi confess sampai dia boleh buka mulut dan mengaku, dan ada kejadian kedua jadi next day yang sekali lagi aku rasa ditipu hidup-hidup.. aku nak luah lagi.. tapi aku rasa ni pon dah terlalu panjang.
Konklusinya. Kalau dari awal aku boleh expect the unexpected, so sakit tu tak la seteruk ni.. Siapa patut kita percaya lagi kalau macam ni jadi nya..
Yang benar,
– Meroon (Bukan nama sebenar)
Antara reaksi warganet :
Hafiz Aiman : Sebelum kami suami isteri tidur kami akan lakukan pillow talk. Setiap hari kami akan bergilir – gilir untuk berkongsi apa yang kami faham tentang agama.
Contoh pada hari isnin isteri saya ingatkan saya tentang perintah Allah supaya jaga pandangan mata. Kemudian isteri saya akan terangkan kenapa dalam hidup pentingnya menjaga pandangan mata.
Pada hari selasa pula saya ingatkan isteri saya tentang perintah Allah supaya jangan dekati zina. Kemudian saya akan terangkan apa itu zina dan saya ambil contoh ikhtilat. Saya terangkan pula apa itu definisi ikhtilat, hukum ikhtilat, adab ikhtilat dan batas ikhtilat.
Bila kami suami isteri selesai berkongsi ilmu. Kami akan beritahu selagi mana kami mencintai Allah. Selagi itulah kami akan mencintai amanah dariNYA. Selagi mana kami mempercayai Allah. Selagi itulah kami akan mempercayai amanah dariNYA. Apa jua perkara yang akan berlaku terhadap diri kami selepas ini. Kami akan redha dengan ketentuan dariNYA.
Sebelum kami lelapkan mata isteri saya akan berkata terima kasih abang kerana sudi menjadi suami sayang dan minta maaf abang sepanjang sayang menjadi isteri abang. Lepas itu saya pula akan beri ucapan sama terima kasih dan minta maaf dekat isteri saya.
Akhir sekali dengan ucapan assalamualaikum dan dijawab waalaikumussalam terus kami tidur.
Beginilah antara cara kami memupuk kekuatan, kesetiaan dan kebahagiaan dalam rumahtangga kami.
Norizan Mamat : Salam,
Benda dah jadi, makcik tak mau sebut sangat. Cuma makcik nak ingatkan pada semua gegadis dan isteri isteri. Jangan percaya 100% pada suami, tetapi jangan pula syak kita membuat kita tidak bahagia dan jadi cemburu buta pula.
Kita tidak perlu percaya 100% supaya jika ada terjadi apa apa, hati kita dah bersedia. Manusia ni macam macam. Kalau kita dapat bahagia sampai ke tua, syukur sangat dah.
Dugaan ni biasa la… lalui saja. Hadap dugaan dengan setting di minda kita, semua ini akan berlalu. Jangan terlalu terbawa bawa hingga tidak bahagia.
Samada kita atau pasangan kita, semuanya pinjaman. Gembira selagi dapat bersama. Kalau sakit hati pun, gaduh la… tapi… kalau nak bahagia, kena let go dan memaaf. Nak lupa memang susah. Tapi, itu yang kita kena buat. Rasa sedih, menangis saja la.
Selagi dia dapat jadi suami dan ayah yang baik utk anak anak kita, jangan jadikan perkara tu sebagai titik permulaan tidak bahagia dan menjadikan anak anak sebagai mangsa melihat kita tidak bahagia gaduh tiap masa.
Semoga ada jalan.
Sumber : iiumconfession