Aku isteri yg bertudung labuh. Bila check HP suami, trkjut aku tgk, tiba2 rasa nak free hair semula. Xsngka suami mcm ni.

Foto sekadar hiasan : Assalamualaikum. Sebak sangat rasa di dada ni taktau nak luahkan dekat siapa. Tak mau mengaibkan suami jadi saya luahkan semuanya di sini. Sekadar ingin melepaskan beban di hati.

Nama saya Diey. Saya dah berkahwin selama enam tahun.

Di zaman bujang saya dulu, saya berpakaian seperti kebanyakan wanita Melayu sekarang, pakai baju sekadar membalut tubuh. Tudung saya singkat, baju ketat, seluar pun ketat. Badan saya pulak berisi tapi tidak gemuk.

Memang ramai yang suka usha saya dulu. Saya rasa hotstuff sangat masa tu, padahal orang usha sebab suka benda percuma saja. Hahaha

Sehinggalah saya berkahwin, mengandung dan melahirkan tiga orang anak, bentuk fizikal saya mula berubah. Payvdara, perut, punggung semuanya mula melondeh.

Dah macam2 cara saya buat, makan jamu, workout, teknik urutan tapi tak berhasil. Saya hilang keyakinan diri.

Saya dah rasa tidak menarik di mata suami. Saya selalu nyatakan kegusaran saya di depan suami. Tapi dia selalu cakap dia okay.

Dia faham saya melahirkan dan menyusukan anak, sudah tentu aset2 itu akan jatuh. Saya berasa lega sekejap dan rasa bersyukur sebab suami saya terima saya seadanya.

Sehinggalah suatu hari saya tergerak hati nak cek history google chrome suami kerana kami selalu berjauhan sebab pjj. Hampir terkedu saya. Penuh dengan carian tentang “nekad woman”.

Saya rasa macam ditipu. Rupanya selama ni dia suka tengok badan wanita lain berbanding badan isteri dia sendiri.

Dah lah sekarang saya mula berhijrah ke arah yang lebih baik. Saya dah tukar gaya pakaian saya. Saya pakai tudung lebih labuh, baju longgar, sarung kaki, handsock.

Saya mula persoalkan adakah patut saya berpakaian seperti wanita jalang yang dia suka tengok tu?

Saya rasa kecewa. Hampir saja saya berpatah balik menjadi diri saya yang dulu.

Baru saya faham sekarang kenapa rata2 orang yang saya kenal bila diceraikan atau diduakan suami, daripada elok bertudung terus jadi sexy, daripada berniqab mula buang tudung.

Mungkin kecewa kerana suami mereka tidak menghargai kecantikan mereka tapi gilakan kecantikan wanita lain.

Tapi saya cuba muhasabah diri. Mungkin ini ujian untuk saya. Walaupun tidak sampai curang atau berzina tapi ini pun sudah cukup mematahkan hati saya.

Saya tak tahu bagaimana isteri di luar sana mampu memaafkan kecurangan suami mereka berkali-kali sebab bagi saya apa yang saya hadapi pun sudah terlalu melukakan.

Adakah saya akan buka tudung sebab suami saya? Sudah tentu tidak. Malah saya semakin kuat menyatakan Allah terlalu sayangkan saya,

Sebab tu Dia patah-patahkan hati saya, sebab Dia nak saya letak kebergantungan pada Dia satu-satunya dan bukan pada manusia.

Tentang suami saya, dia suami yang baik, terlalu baik cuma dia kalah dengan nafsu dia.

Saya akui saya wanita yang tak sempurna di matanya tapi saya tidak kisah kerana saya ingin terlihat sempurna di mata Allah sahaja.

Dengan ujian ini saya semakin dekat dengan Allah, tiap hari saya menangis memohon ampun pada Allah. Ampunkan dosa saya, ampunkan dosa suami saya.

Mungkin ini cara Allah nak menebus dosa-dosa saya di zaman silam. Redha dengan semuanya.

Dan buat wanita di luar sana tolonglah jaga maruah anda. Usah mengharapkan hanya lelaki yang menundukkan pandangan kerana anda tidak tahu bagaimana mata lelaki berfungsi.

Jadilah wanita yang mahal, yang diinginkan semua orang tapi hanya satu yang bisa memilikinya.

Sekian.

– Diey (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Hai sis.. Sebelum mengandung berat sy 58kg.. Sgt ideal dgn ketinggian yg tak berapa tinggi ni.. Bila mengandung berat sampai melahirkan 83kg.. Semua baju kurung, tshirt, seluar bagai tak muat..

Lepas bersalin berat sy 70kg sy still tak berpuas hati, sy keep on makan makanan berpantang sampailah anak usia 8 bulan skrng.. Kalau teringin sgt baru sy makan makanan bertumis bagai.. So berat sy skrng dlm 68kg.. Walaupun payah nak kekal seperti sebelum kahwin tapi sy berpuas hati dgn diri sy.. Anak tidur je sy kemas rmh sampai berpeluh2, then elakan gula ganti stevia which is zero calori.. Now baju lama2 still muat.. Yg pentibg konsisten.. Bukan ahri ni workout hari ni kita slim..

Mengenai suami sis why not slow talk dgn dia.. Tyn dia Why suka tgk benda mcm tu.. Itu zlna mata.. Kalau suka wanita yg slim apa kata dlm 1-2 hari seminggu dia jaga anak.. Sis pergi workout di taman atau gym.. Jgn hipokrit tak kisah bdan isteri walhal belakang kita tgk benda bukan2..

Sy pernah dengar ustaz bg ceramah.. Suami atau ayah yg suka tgk video lvcah etc tak layak walikan anak bila mereka nikah nanti..

Netizen 2 : Mengikut kajian psikologi….wanita dilayan mengikut telinganya…makanya kena cakap yg baik2..yg indah2..puji pujian kepada wanita…yang menyedapkan auditorinya…Dan lelaki perlu dilayan mengikut matanya…makanya perlu dipersembahkan yg cantik2…yg menarik visual matanya…makanya untuk isteri mendapat kesenangan telinganya bukan dengan bertanya suami…tp dengan mempersembahkan visual yg menarik…so suami kena belajar puji isteri..Dan isteri kena belajar seksi depan suami…sekadar tips ringan tp manfaat utk kita semua yg dah lama berkahwin… kdg2 malas nak berseksi seksa depan suami…hakikatnya Itulah yg suami nak tengok…Dan buat suami rajin2lah puji utk hargai isteri sb Itu juga adalah nafkah batin yg Allah balas dengan kebaikan…membahagiakan jiwa isteri adalah kewajipan….sekadar pandangan makcik yg serba dhaif ni.

Netizen 3 : Kak, satu sy nak bagitau.. Suami sy selalu puji sy pandai jaga diri, sampai dia cakap sy ni rajin workout sampai body jadu fit lepas tu sanggup labur beli produk skincare mahal sebab hanya utk muka je..

Terus sy balas kata2 dia ‘niat aku nak jaga diri ni sebab aku syg diri sendiri, lelaki ni kalau kta niat lebih2 nak cantik mereka tak kan puas..Ramai isteri2 cantik dan slim d luar sna tp bercerai sebab org ke3’

Jadi, buat semua tu sebab utk beri keyakinan dan syg diri sendiri..Kalau laki dah bosan dgn kta yg penting kta tak kecewa lelebih

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *