Aku kerja kilang je tp gaji 6K++. Rmi pndang hina krja kilang tp xtahu ap yg kami buat. Mari sy jelaskan.

Foto sekadar hiasan : Aku berusia 40 tahun. Perempuan, isteri dan ibu. Memiliki Diploma Elektrik (Elektronik) dari sebuah universiti tempatan.

Aku seorang juruteknik di sebuah kilang elektronik yang bekerja secara shift 12 jam sehari.

Tujuan aku menulis ni adalah untuk menjelaskan pada masyarakat tentang pekerjaan ini.

Ramai yang seakan suka memandang seperti hina pekerjaan ini.

Seringkali aku berdepan dengan soalan.

“Bila nak cari kerja lain?”.

“Eh, bila nak mohon kerja normal shift?”.

“Teruknya kerja 12 jam, anak-anak mesti tak terurus”.

“Suami lari nanti, kerja macam tu”.

“Tua nanti nak makan apa, pencen tak ada?”.

Jadual kerja aku seperti berikut,

Perlu bekerja 14 hari dan cuti 14 hari untuk 4 minggu.

Ada minggu yang perlu bekerja Ahad,Isnin dan Selasa.

Cuti pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.

Ada minggu yang perlu bekerja Ahad, Isnin,Selasa dan Rabu.

Cuti pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Jika kerja shift pagi, masuk kerja pukul 7 pagi dan pulang 7 malam.

Jika kerja shift malam, masuk pukul 7 malam dan pulang 7 pagi.

Pening juga aku nak explain pasal shift pattern ni untuk orang yang tidak pernah kerja kilang. Kalau aku cerita detail lagi, nanti jadi telenovela la pulak.

Secara ringkasnya, aku perlu bekerja 12 jam sehari untuk 3 atau 4 hari seminggu, siang atau malam mengikut jadual.

Apabila usia dah mencecah 30an aku tidak lagi bekerja shift malam. Hanya bekerja shift pagi sahaja, dah agak senior dan perlu berurusan dengan ramai orang yang bekerja normal shift.

Sebenarnya aku suka hidup begini. Tekanan kerja sangat rendah. Tak perlu fikir hal kerja di luar waktu bekerja. Aku akan ada banyak masa dengan anak-anak dan suami sebenarnya. Suami aku freelance.

Kami bebas kemana-mana pada hari bekerja.

Aku juga dapat merasa menjadi ibu sepenuh masa untuk 3 atau 4 hari seminggu,

Boleh siapkan anak pagi-pagi dan hantar ke sekolah. Boleh siapkan makanan tengahari dan tunggu anak pulang. Kalau malas, aku beli saja di kedai.

Dulu suami juga bekerja seperti aku, cuma kami decide salah seorang perlu kerja yang tidak terikat dengan masa bekerja supaya lebih mudah nak uruskan anak.

Dia ada bakat, jadi dialah yang buat kerja freelance. Kami berkorban sedikit supaya anak tidak perlu dijaga oleh orang lain.

Sebenarnya dari segi pendapatan juga, pekerja kilang ni berpendapatan agak tinggi untuk kategori kelulusan akulah. Jangan dibandingkan dengan pilot pulak ye.

Aku mendapat gaji pokok 5k++ sebulan.

Ada juga alaun lain juga.

Jika aku bekerja lebih masa untuk 12 jam, aku akan dibayar RM 400++.

Biasanya aku akan menerima gaji bersih seki tar 6k++ sebulan sekiranya ada membuat beberapa hari OT (overtime).

Jika mampu atau nak pakai duit, boleh saja OT untuk 14 hari.

Sektor elektronik sangat tinggi order sekarang.

( Aku tinggal dikawasan yang bukan bandaraya, jadi pendapatan sebegini bagi aku agak tinggi).

Dengan pendapatan seperti itu aku mampu untuk menabung untuk rancangan persaraan kami kelak serta untuk pendidikan anak-anak.

Mampu juga untuk menyumbang untuk ibubapa kami. Mampu untuk membayar zakat serta bersedekah sedikit sebanyak.

Tidaklah semuanya indah, ada sisi gelap jugak untuk perkerjaan ini. Didunia ni mana ada tempat tak ada masalah.

Lain kali aku tulis tentang sisi gelap ya.

Cuma aku direzekikan dengan boss dan teammates yang sangat baik.

Kesimpulannya, aku nak bagitau orang ramai. Cara menikmati kehidupan untuk setiap orang itu tidak sama. Tidak perlu judge orang atau kemukakan soalan seolah-olah menghina pekerjaan orang.

Bye…

– Natasha Awanis (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntizen:

Netizen 1 : Tak pernah rasa hina pun keje kilang. Malah lepas je benti kilang, lagi respect dgn org2 yg kerja kilang dan sektor 3D ni. Tak pernah nk banding2kn rezeki. Kilang puan keje ni mmg seronok. Tpi tak byk kilang mcm tu. Sblum ni keje 12jam shri dan direct 6 hari. Kejar output. Smpai target pun tetap production kena jalan. Kerusi pulak tak disediakan, klau line stop dduk la atas lantai. Itulah realiti keje as operator. Pnah skli mesin tak jalan, borak2 pun kena marah . Keje takde stress pun sbb buat bnda yg sama brulang2. Bab gaji as operator biasa la kena ot. Baru lah nmpk senang sikit. Apa pun semoga mereka2 yg keje kilang ni ditambah2 rezeki. Respect pd jiwa2 yg kental semata2 mencari rezeki.

Netizen 2 : Nasihat aku sebagai pekerja kilang, kalau nak merasa mcm confesser ni punye environment, start your career dengan diploma/sijil kemahiran. Tempatkan diri at least sebagai juruteknik. Yg paling penting, kilang mestilah yg ada nama atau MNC. Kalau kilang biasa2, try keje 2 3 tahun, if tak ok, jump next kilang. Untuk pemegang sijil/diploma, biasa boleh buat proses jumping ni 3 ke 4 kilang. Umur masih muda, pengalaman kerja sudah ada, attitude ok, confirm tiada masalah utk next employer ambil bekerja dan rate gaji juga akan bertambah. Yg paling penting adalah layanan HR/boss pada korang. Sebagai pekerja atau sebagai robot. Kalau setiap tahun ada kenaikan dan bonus 2bulan dan juga cuti rehat yg considerable, sudah memadai utk korang setia pada company tersebut. Lambat laun confirm gaji basic makin bertambah, position makin naik, and ada worklife balance yg berpatutan. Untuk degree holder, hanya yg bertuah sahaja yg dpt menikmati betul² manfaat as executive. Sebahagian besar terpaksa bertahan melakukan kerja² operator di tempat2 yg tiada career development hanya kerana memikirkan betapa sukarnya untuk mendapat kerja baru yg bersesuaian dgn level akademik yg ada.

Netizen 3 : Ya betul sis. Ade makcik yang low mindset tanye keje mane? Kite ni jenis tak reti nak jawab direct “sy engineer, makcik”, so kite jawab jela depan dia “keje kilang, makcik. Dekat bla bla bla”. “Ouhh keje kilang. Taknak carik kerja lain ke? Anak2 sekarang tak sama dengan anak2 dulu kos sekolahnyaaa” kite pon teekebil2 jawab “in syaa allah cukup makcik.. ni jela kelulusan sy adoo “. Haha. Depa ingat kat kilang ni ade operator je keee. plus kalo operator pon depa ingat gaji singgit dua kaa . Wujud lagi ya zaman sekarang ni pe’el makcikw bawang mcm ni. Setiap pekerjaan ade je sisi baik and sisi gelap dia. Plus keje kilang nii haa keluaq pintu pagar kilang je memang ai dah tak pikiaq pasal kerja dahhh.

Sumber : iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *