Aku krja cuci pinggan ,syukur dpt Bos baik. Bos pernah tegur pekerja lelaki pakai rantai. Esok nya xsangka dia dah xpkai rantai lagi dah.

Foto sekadar hiasan : Salam semua pembaca. Saya Azzam dan bekerja sebagai pembantu kedai makan dari tahun 2015 hingga sekarang. Lepas SPM, terus bekerja di situ. Boss serta anak2nya baik, pemurah dan dah macam family…

Saya nak ceritakan sedikit pengalaman saya. Bermula dengan menjadi tukang cuci pinggan, menyapu serta mengemop kedai.

Tahun 2018, saya jadi cashier. Kadang-kadang ikut boss pergi beli barang. Boss kalau singgah supermaket, mesti cakap, “Zam, ambillah apa kamu nak. Acik belanja.”

Mula segan juga. Lama-lama ambil satu. Boss tanya cukup ke satu. Ambillah lebih sikit katanya. Seronok dapat boss yang baik. Anak2 boss pun sama. Kalau diorang pergi holiday, mesti akan bagi ole2 untuk pekerja.

Kadang turut bantu kat kedai. Saya dulu pernah demam tapi gagahkan juga kerja. Boss tegur sebab muka dengan bibir pucat. Saya kata demam sikit. Terus dia suruh anaknya bawa saya ke klinik swasta. Dan bagi cuti 3 hari untuk saya…

Sebelum balik, anak Boss belikan bubur McD… Memang baik mereka semua nie…

Kadang apa yang tak bestnya, bila dua tiga pekerja berkira kalau buat kerja. Kalau kerjanya basuh pinggan, cawan, periuk, kuali, itulah jer yang buat. Tak boleh buat kerja lain.

Contohnya, tolong angkat barang yang dibeli dari supermarket, diorang taknak tolong sekali. Sebab bukan kerja diorang katanya.

Kerja diorang basuh pinggan jer. Potong sayur, kopek bawang, blender rencah pun orang lain. Takkan campur punya. Pernah minta blenderkan cili kering, dorang boleh jawab, “Bukan kerja saya…” Ya Allah, kalau boleh janganlah berkira.

Saya yang cashier nie pun ada buat cuci pinggan, mop dan sapu lantai tue semua.

Tue belum lagi yang perangai kerja on-off. Tak datang kerja tanpa bagitahu sebab. Ada yang datang beriya nak kerja. Dah kerja, dua hari kemudian tak datang dah. Faham kerja kedai makan penat tapi mana2 kerja pun letih kan.

Ada satu cerita tue, pekerja Indonesia perempuan kerja dekat 6 bulan, lepas tue bagitahu nak berhenti kerja sebab nak balik kampung terus.

Boss saya pun lepaskan lah dan passport dibagi balik. Tapinya, lain yang jadi.

Kebetulan ada abang penghantar ais tanya, “Ely (bukan nama sebenar) kerja kat restoran sekian2 ya?” Saya pun jawab, “Eh, bukan dia dah balik Indonesia? Sebab dia berhenti dulu katanya nak balik sana.”

Abang tue balas, “Sebab ada nampak beberapa hari lepas dia kat situ, tengah hantar air kat customer..”

Saya pun terkejut. Saya cerita balik kat Boss. Dan Boss cuma cakap, “Biarlah dia. Dia tipu tue urusan dia dengan Allah. ”

Pekerja on-off nie dah banyak kali hadap. Ada yang ditegur dengan baik pun, esoknya taknak datang kerja dah. Ada yang demand gaji tinggi.

Ada satu hari tue sorang budak perempuan minta kerja, Boss pun bagitahu sekian2 gaji tue semua. Makan minum free ya. Bancuhlah air apapun kecuali air tin, air botol atau kotak dalam peti sejuk. Tue kena bayar.

Dah tue, budak perempuan tue kata, “Takpelah, Cik…bBaik saya kerja kat Starbucks…”

Larhhhh… Dah tue, kenapa pulak datang kedai nie minta kerja? Minta terus jerlah kat Starbucks tue… Aduhai.. Kelakar pun ada.

Tue pasal pekerja. Nie pasal customer pulak. Saban hari hadap customer yang berbagai ragam. Sabar dengan tak sabar jer hadap. Yang hat bayar kat kaunter duit main baling tue biasa dah.

Yang ambil lauk tak ingat dunia tapi bila bayar boleh cakap, “Eh, mahalnya. Kat tempat lain takde mahal macam nie…”

Yelah, mahal sebab ambil lauk sotong, ada ikan lagi. Lepas tue ada semangkuk sup tulang. Berapa agak2 totalnya?Bayangkan ya, sosej sebatang 50sen pun ada yang komplen mahal.

Kuih pun sama. Yang nie, ada sorang Akak muda nak bayar makanan, sekali dia tanya, “Kenapa kedai nie jual jajan eh? Bukan apa, kalau budak2 nampak mesti nak beli. Jajan bukan elok pun…”

Saya just senyum jerlah. Sorang lelaki yang merupakan suami Akak tue datang kaunter dan, “Dik, bagi Winston merah satu..” Hurmmm… Akak tue cakap jajan tak elok untuk kesihatan tapinya… Faham sendirilah…

Boss saya nie Solat tak tinggal. Pekerja pun bergilir pergi Solat. Katanya mana nak berkat gaji kalau tinggal Solat. Dan pernah ada satu pekerja nie pakai rantai. Dia lelaki. Boss tegur cakap orang lelaki Islam tak boleh pakai rantai. Dan dia akur. Esoknya dia tak pakai dah lagi.

Itulah serba sedikit cerita pengalaman saya. Sebab tue saya tak tukar kerja walau banyak dah kawan or saudara-mara ajak kerja tempat lain.

Sampai ada sepupu saya kata, “Berapalah sangat kerja situ.” Bagi saya, gaji kerja situ taklah rendah sangat. Setiap tahun naik RM50-RM70… Makan minum free.

Dan paling best, beberapa bulan sekali, Boss bawa kami pekerja nie beli baju dan seluar. Mana nak dapat Boss sebaik itu?

Dia dan anak2 anggap kami nie sebagai keluarga…

Saya dulu kerja naik EX5 kepunyaan Ayah. Sekarang pakai Perodua Viva tapi secondhand. Jadilah, janji ada kenderaan udahlah ye dak…

– Azzam (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Bagus dik. Rezeki datang dlm pelbagai cara. Walaupun gaji awak tak besar tapi awak enjoy dengan kerja awak…dapat boss yg baik.

Semoga perniagaan boss awak kekal maju & awak beroleh manfaat.

Mungkin satu hari nanti awak boleh belajar selok belok berniaga dan buka bisnes sendiri.

Netizen 2 : Dulu lepas SPM sementara nak tunggu panggilan utk sambung belajar pon sy kerja di kedai air. Hanya jual air sahaja. Boss perempuan, agak garang. Sy kerja sebagai cashier. Masuk tengahari balik malam. Dengan pekerja- pekerja lain boss garang skit. Dengan sy boss cakap baik- baik. Saya agak mesti sebab sy perempuan kot boss cakap elok- elok.

Lepas dapat panggilan sambung belajar, saya cakap dengan boss nak berhenti. Boss kata dia sedih, boss kata sejak sy jadi cashier sales banyak, lebih dari dua kali ganda. Saya tak faham apa yg bos nak sampaikan. Ada abang kerja situ juga bagitau, rupanya- rupanya cashier sebelum ni yg dah lama kerja curi duit jualan. Sebab tu sales tak banyak.
Lepas sambung belajar terus lost contact dgn boss.

Tahun 2017 masa nak solat dekat surau Sogo KL, sy jumpa semula boss lama yg sy panggil umi. Umi cam sy sejak sy masuk ke dalam surau.

Saya pon sebenarnya lama cari umi, alhamdulillah waktu tu umi masih sihat. Umi baik sangat, selalu bagi gaji lebih dekat saya lepas habis kerja dan xberkira. Cumanya umi dah x berniaga sebab dah tua, x larat nak uruskan bisnes.

Sekarang ni asbab teknologi, dapat la bertanya khabar umi. Semoga umi sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan

Netizen 3 : Alhamdulillah dik..semoga terus berkat rezeki buat majikan dan adik sekali..tak tahu kenapa airmata akak menitis sekali bila baca kisah adik..akak terasa ketenangan adik walaupun mungkin ada orang pandang rendah pada pekerjaan adik..takpe dik..paling penting rezeki yang halal dan berkat Allah kurniakan untuk adik..semoga terus dipermudahkan segala urusan..

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *